Pages

12 December, 2015

JJCM:Kuala Selangor -De Palma Hotel,Cendol Durian Burhan,Aroma Ikan Bakar.Cendol Bakar & Karipap King Kong-all in one!

*Warning:Blog post ni agak panjang & muntah darah tgk gambar-takut ada yang baca @ tertengok penat nak follow baca!!


Semalam aku sempat ke Kuala Selangor bersama keluarga kecilku
Kuala Selangor mungkin bukan destinasi popular untuk berkunjung tetapi dgn izin Allah lepas membaca blog post ini-mgkn ramai yang akan consider untuk short retreat ke sini

Nak ke sini sejak cuti Merdeka lagi
Tapi hotel fully booked masa tu
Since Selangor cuti semalam,maka en papa mencuba nasib untuk book hotel
Alhamdulillah,kali ini ada rezeki
Kami booked hotel-De Palma Kuala Selangor
Deluxe room rega RM150 semalam termasuk sarapan pagi
Aku & en papa booked direct melalui website hotel sebab melalui 3rd party macam agoda sumer fully booked!

Again,aku akan cari hotel murah,yang ada fasiliti kolam renang & complimentary breakfast tiap kali nak book hotel
Sebab anak2 wajib akan tanya ada kolam tak mama?
Dan en papa akan tanya "ada breakfast tak?"

Awal pagi dah bertolak sebab plan asal nak tgk beruk kat Bukit Melawati
Kami ikut highway Guthrie yang super banyak tol tu..hampeh!!
Tapi oklah,tak lama bertapa dalam kereta
Elok plak masa nak bertolak aku sakit kepala..
Mmg tido aje dalam keta sbb berdenyut2 sgt kepala ni..Mungkin sbb sejak akhir2 ini aku asik bangun tgh malam mengelolakan Adeeb yang suka nangis tgh malam..haippp!!

Sampai ke Kuala Selangor pukul 11:30 am terus ke Bukit Melawati
Tapi perkhidmatan tram tergendala sehinggalah lepas solat Jumaat
Lagipun smp tu baru hujan rintik2
Tapi sempatlah tgk beruk yang maha ramai kat bawah
Mak aikhh terjerit2 kita dibuatnya sbb sgt jinak..lol!




*Adeeb langsung tak takut ok.Mama dia yang over terjerit2 takut beruk nih tangkap anka manja dia ni


*sekumpulan beruk yang menunggu makanan

*tgk beruk tu standby nak tggu pengunjung cina ni beli makanan utk dia..cisss..dasar beruk!!Memang banyak jualan makanan khas utk si beruk ni,selain pisang -ada kacang,kacang panjang.Kalo berani bolehlah bagi beruk makan kat sini.

*gerai Cenderahati pun sumer tema beruk!

Kami tak lama kat sini sebab en Papa nak cari masjid nak solat Jumaat.Ada aje masjid sebelah Bukit melawati tu tapi en papa kata nak cari masjid lain supaya kami selesa sikit nak menunggu dia.

Pusing2..terjupe pulak signboard Cendol Durian Burhan

Berhenti sekejap nak try


 
*aku order Mee Kari,cendol pulut durian & cendol jagung-

Seriously sgt sedap!!
Rega tak mahal mana
Jangan tanya aku kat mana-yang aku tau letaknya tepi jalan besar..
Kalo korang ada kat area sini-silalah cuba rasa.Sure teringat2..

Pastu lekas2 cari masjid ,en papa dropkan kami kat Giant Kuala Selangor sementara tggu dia solat Jumaat.

Habis aje solat Jumaat,kami pun terus check in hotel,anak2 dah mensawan nak mandi kolam.

As expected-2 single bed, basic amenities-ada tv,ada kettle,ada peti ais kecik.Jadikler what to expect,dah bayar pun murah lol!


*bilik2 dia style macam ni-x payah naik tangga @ lif bagai..sonang!Aku lagi suka macam ni dari jenis yang tinggi2 tu..

Dan anak2 sibuk salin baju nak terjun kolam-aku tak join sbb aku sakit kepala,en papa aje yang melayan anak2.

*si domok Adeeb yang paling happy gn kolam renang


*kolam renang-oklah utk kanak2 lepas geram cuma mak pak tak leh tinggal anak kat sini sebab takde khidmat life guard kat situ.

Balik aje mandi-budak2 lapor.Memang plan nak ke Aroma Ikan Bakar & tgk jam baru pukul 4:15pm.Bila check waze tgk restoran dah start bukak pukul 3:00pm maka cergas ke sana.Kita dinner awal.

Sampai sana dalam pukul 5pm-tempat duduk dah 1/2 penuh..Aiyokhhh...kalo mai lepas maghrib ntah2 ada yang balik sajer.

*sedang sibuk memilih seafood untuk dimasak

*rules & regulations kat situ-cari meja makan dulu,dapatkan no baru gi pilih seafood segala.

*ada tempat makan macam ni jugak selain meja makan biasa tu tapi kena caj rm10-20 rasanya.tapi tempat gini pun fully booked!


* bab order makan mama memang win..pilih sotong 4 ekor besar tapak tangan masak cili,ikan gerut lingkungan 400gram buat bakar ,tomyam campur,paprik ayam si auni,telur dadar,nasik 4 pinggan,air 4 jenis-totol burst tak sampai rm56.

Serious sedap terutama ikan bakarnya.Recommended utk yang suka seafood utk try.Kat sini banyak lagi seafood jenis kerang-kerangan tapi aku tak order sbb en papa & anak2 x pdi makan.Dari membazir baik tak payah order.Rega bagi aku,munasabahlah.Takdelah mahal sgt.Aku pnh makan kat Senibong Seafood Johor,lebih kurang macam yang aku makan kat sini-rega nearly rm90!Gulp!!

So boleh datang lagi kalo ada rezeki lagi tahun depan.

Balik Aroma gi singgah solat Asar kat Masjid Jamek yang terletak di pintu masuk nak ke restoran tu.

Dah Asar terus balik hotel,pengsan awal malam tadi.Pukul 9pm sumer dah tido!
Penat yaa rabbi!

Bangun pagi-solat subuh.Dengan masing2 tak mandi kecuali en papa terus g breakfast.Motip-heater problem.Mmg mencari nahas nak mandikan kanak2 sejuk2 tu.

Pas breakfast-mandi kolam balik budak2 ni,Last but not least kekdahnya.



Aku tak mandi-tak tau kenapa aku sakit kepala lagi pas makan.Dah seminggu aku sakit kepala waktu pagi melarat smp ke tengahari..

Check out pukul 11:30-pg try Cendol Bakar & Karipap king kong yang famous tu.


*order 3 mangkuk.aku rasa cendol Burhan tu lagi sedap kot..ikut tekak aku tp orang mmg ramailah jugak.

*dan karipap king kong-nothing to shout out..rasanya biasa aje cuma isi ayam dipotong kasar2 gitu dimasak sama kentang & saiznya yang besar.rega RM3.50.

Habis makan-terus masuk highway LATAR & balik ke rumah..

Habislah cerita cuti2 malaysia 2h1m versi marhaen.

Anak2 seronok jadilah kan..Makanya utk tahun 2015-penutup cuti2 Malaysia kami sekeluarga.Dua minggu lagi nak balik kg utk kenduri ayah su budak2 ni.







1 comment:

Kakcik Nur said...

Seronoknya berjalan seharian macam ni kan? Benar-benar waktu berkualiti bersama keluarga. :)