Pages

04 February, 2015

D.E.N.G.G.I

As usual
Bila ada kes demam denggi barulah ada fogging
Semalam ada staff dari Hosp Kajang datang buat tinjauan kawasan sekitar perumahan sebab jiran depan rumah,anaknya 2 orang demam serentak
Merasa 3 mlm kat wad..kesian kat mama dia!Tp alhamdulillah,semalam dah discaj kedua-duanya.

First time sejak tinggal sini-dgr kes denggi ni.

Semalam time tgh2 melepak golek2 ngadap you tube - dgr pengumuman nak sembur asap @ fogging tuh.

Papa panggil turun,bawak Adeeb g taman belakang rumah.Kak Ain & Kak Auni dah cabut awal lagik.Bukan apa,takut Adeeb lemas pulak terkepung asap tuh

Pendapat aku ler,Pertama-kebersihan rumah mmg t/jawab setiap orang.Elakkan air bertakung,botol terdedah & kemas kawasan luar rumah setiap hujung minggu.Kalo tak rajin buat sendiri,sila upah bangla..Ramai jer yang sanggup buat asalkan upahnya berbaloi.Ada duit semua jadi!

Kedua,precaution.Pasang ubat nyamuk,kurangkan baju2 bergantung dalam rumah sbb nyamuk mmg suker sgt dok celah2 baju bergantung ni.

Ketiga sbg tax payer-apalah salahnya kerajaan allocate budget utk pengawalan wabak denggi nih.Menyediakan khidmat fogging secara berkala at least sekali sebulan.Lebih2 lagi untuk kawasan pesat membangun @ kawasan yang paling byk kes denggi.Percaya @ tak SELANGOR antara negeri yang paling tinggi kes denggi kat Malaysia.

Tapi yealah...aku ni marhaen aje-setakat merempan dlm blog jer.Tggu aku jd YB,i/allah ini usul wajib selain mewajibkan majikan memendekkan waktu bertugas untuk ibu bekerjaya.Kahkahkah!!

Apapun,biar kita selalu beringat.Jgn sampai kita & ahli keluarga menjadi mangsa.

Cukuplah sekali serik tgk suami terkena 5tahun lepas...

Be safe than sorry!!


1 comment:

Miz Eija said...

assalamaulaikum... sekarang ni denggi mcm berleluasa.. sy di subang seminggu 3x fogging tu..