Kak Ain pun berlawan2 batuk dgn Auni
Aku dok suspect sbb weekend hari tuh
Budak2 mandi kolam depan rumah
Demam paling tggi 38.7
Tapi batuk sgt teruk
Bawak klinik 4-5 round
Amik neb bagai
Tapi still teruk
Ain & Auni batuk macam 1st time kena
Mmg kesian tgk
Tgh2 tido muntah
Abis tilam
Dalam keta pun muntah jugak sementara nak pg sekolah
Sangat pelik
Kemuncaknya khamis malam jumaat
Aku & papa bangun back to back
Sebab anak2 demam serentak
Batuk tahap nak pecah dada
Jumaat-aku & papa EL
amik refer letter
Hantar baby pg taska dulu
Terus ke CAH ,Puchong
Jupe paed DR Priya
During consultation
Auni finding:
Paed kata lung clear,tp hidung dia sebelah dalam nampak berair wpun tak flu
Ain pulak takde tonsil yang membengkak
Lung clear ttp bahagian hidung sebelah dalam memang berair
Bila dgr batuk kedua-dua mereka
Bunyinya bukan datang daripada paru2 ttp daripada saluran trachea/kerongkong
Paed sahkan anak2 aku ada masalah allergy Rhinitis
Cold allergy
Dimana air yang block di bahagian hidung akibat kesan allergy akan turun menitis melalui saluran belakang menuju kerongkong mereka
So tiap kali berbaring memang mereka akan batuk dengan teruk
Simptom lain mild grade fever on-off
Batuk
Blocked nose
Kata paed untuk baik terus agak susah
Sebab allergy nih disebabkan faktor genetik & juga faktor persekitaran jugak
Utk sembuh terus memang tak lah
Tetapi boleh dikawal
Kata paed hidung mereka harus dirawat dahulu,barulah sakit2 lain akan settle jugak
Kos jupe paed semalam nearly RM800 utk dua beradik
Mujurlah insuran bayar kan!!
Auni & Ain dibekalkan dengan ubat allergy AERIUS utk bekalan 2 minggu
Ubat cuci hidung Sterimar 4xsehari
Dan jugak steroid base nasal spray Nasonex utk Auni & Avamys utk Ain guna untuk 2 minggu
Selain ubat demam
Ubat LORATADINE utk guna setiap malam selama 2 minggu
Balik semalam aku cuba bagi ubat ikut dos
Dengan izin Allah
Auni & Ain ok petang semalam
Malam tadi pun ok,tak teruk sgt batuk
Lena sampai ke pagi
Maka,benarlah seperti diagnosa paed
So sekarang kenalah mula mengawal suhu aircond bilik,elakkan terdedah pada habuk & make sure anak2 amik probiotik & vitamin c secara berkala.
Perkongsian ini
Supaya mak-bapak lain kena peka
Dan amik peluang untuk bertemu pakar jika kesihatan anak merudum & berlarutan lamanya
Diagnosa yang tepat penting untuk kita
Jangan simply anak tak baik berhari2
Dok ulang pegi klinik merata & tukar ubat itu & ini
Apapun alhamdulillah
Seronok tgk anak makin sihat
Ujian Allah yang manis
Mengajar aku & suami
Banyak lagi yang perlu kami belajar
Bukan mudah jadi mama-papa
No comments:
Post a Comment