Pages

23 January, 2009

penatnya aku nih..


Spt mengandungkan ain dulu
kelmarin aku MC lagi
Mmg cannot help it
Aku betul2 tak larat
Mabuk aku tahap yg tak boleh aku terima
Mmg penat sgt..badan aku lesu
Aku mula rasa badan aku tak cukup gizi..
Tak cukup vitamin’
Dehydrated
Mana taknya badan aku betul2 tak sdp
Tekak sentiasa loya
Makan ubat tahan muntah yg dr bg pun tak jalan
Pantang minum air kosong
Mulaler aku loya semacam
So pendek kata aku mmg tak sihat sgt!!
Kesian aku
Kalo rekod mengandungkan ain dulu
Aku mabuk smp bulan ke 5 nak masuk bulan ke 6
Kali nih aku tak tau ler smp berapa bulan
Aku baru jer nak masuk 8 minggu
Bersamaan dgn 2 bulan..
Aduiiiii lama lg tuh..
Mati aku macam nih
Bertambah penatlah papa
Bertambah kaya ler org kedai
Sbbnya aku tak masak
Memanjang makan kat kdi
Nak wat macammana
Bukan aku mengada2
Kalo dulu larat jugak aku masuk dpr
Memasak..wpun tgh mabuk
Tp skrg mmg aku betul2 tak boleh
Tgk ikan pun buat aku loya
Nasib baik boleh telan lagi ikan bilis
Favorite dishes aku
Sambal tumis ikan bilis
Semangkuk pun boleh layan!!
Skrg ain tgh buat perangai sgt
Dia tahu yg dia nak boleh adik baru
Mungkin dia rasa insecured kot
Ain..ain…
Aku syg ain
Diakan permata hati ku yg sulung
Aku yakin mana2 ibu pun takkan boleh bhg2kan kasih-syg
Takkan mampu beza2kan anaknya
Malah yg no1 ttp yg terutama
Pendapat aku ler..
Tak tauler org lain
Tahun baru cina yg akan tiba nih
Cuti panjang
Aku & hubby ingat nak bawak ain balik kg
Mungkin jumaat bertolak
Lepak kat kuantan
Sabtu bertolak ke dungun
Selasa mungkin balik KL semula
Terpaksalah..wpun masanya singkat
Asalkan dpt jugak lari drpd kesibukan kota ini
Dpt jugak tgk MIL & PIL kat kg
Ain dah rindu dgn mak tok & tok ayah dia
Kali nih mmg thrill sikitlah balik kg
Org kat kg tak tau aku preggy lagi..
Hehehe..
Saje nak kasi surprise
mungkin aku akan balik smp 27/1
sbbnya aku tak amik extra AL pun
saje malas nak ambik
lgpun leceh amik AL awal2 thn nih
bulan 3 nanti nak balik kg lg
barulah aku akan apply ct
kali nih aku diserang flu & batuk
masih tak sempat nak pg klinik
tak berani nak amik ubat sebarang
tp aku rasa mungkin sbb aircond kat opis yg sejuk bangat tuh..
aku manalah tahan
kdg2 smp tahap menggigil dok kat desk aku tuh
semoga aku cpt sembuh hdknya
aku nak cepat2 masuk dpr semula
masak kegemaran ain
udang goreng tepung
masak tempoyak ikan fav aku
masak singgang papa.
tp bila tuh agaknya
aku tak tau
hanya boleh berdoa spy cepat sihat semula
dan jd LYNN yg tak reti duduk diam macam dulu

No comments: