23 January, 2018

Nasi Ayam versi campak2!

Marilah aku share resepi nasi ayam style orang tak rajin masak renyah2,mana tau kot ada orang yang sepsis tak berapa rajin macam aku.Bagi aku,nasi ayam ni sejenis menu yang sangat simple tapi nampak macam ko put an effort nak masak sebenarnya nan hado yea kawan2..

Sangat simple memasaknya,rajin dengan tak aje!

Nasi

  • Beras 5 pot
  • 1 ekor Ayam belah 4 (rebus dalam air banyak seperiuk-nak buat stok kan)
  • *Butter + Minyak sapi-1 sudu
  • *Serai 1 batang-tumbuk sikit
  • *Halia-1 inci tumbuk
  • *Bawang putih –seulas dua aje tumbuk
  • *Rempah  (bunga lawang,kulit kayu manis & buah pelaga,cengkih)
  • Daun pandan

Ayam tu ko rebus,masukkan ayam yang belah 4 tu bila air dah menggelegak.Motifnya supaya ayam tuh takdelah keras kejung pas goreng nanti.Basuh beras elok2,letak sana tepi dulu.Dalam pan asing-tumis perkakas bertanda * sampai wangi pastu lebur dalam periuk yang ada beras yang siap cuci tadi.Stok ayam dah mengelegak,sila sukat masukkan stok ayam dalam periuk nasi.Ikat daun pandan & letak garam secukup rasa.Campak masuk rice cooker semula.Siap!

Sup Ayam

  • Tumis bawang putih,halia & rempah (bunga lawang,kulit kayu manis & buah pelaga,cengkih) sampai wangi-aku campak masuk dalam periuk stok ayam tu.Kalo ada kiub ayam,aku campaklah sebiji.Perasa dgn garam,tabor daun sup,daun bawang & bawang goreng kalo suker!Siap dah sup ko!

Ayam goreng
  • Ayam
  • Madu
  • Sos Tiram
  • Halia –ditumbuk dalam 1/2 inci
  • Kicap manis

Ayam yang ko dah rebus tadi,bawak keluar-letak madu,kicap manis,sos tiram & halia tumbuk.Lumur luar dalam.Peraplah sekejap dalam 10-20 minit biar berasa sampai ke isinya.Pastu dah usai perap tu goreng dalam minyak terendam,api kecikkan sikit yea,Ayam tu dah ½ masak belah dalam,kita Cuma nak garingkan aje isi luarnya tu aje.Tak perlu nak masak beria sangatlah!


Cili cicah

  • Cili merah
  • Halia-1 inci tumbuk
  • Bawang putih 3 ulas
  • Garan secukup rasa
  • Cuka makan-3-4 sudu

Semuanya mesti blend,masuk periuk masak sampai mengelegak,Siap!

Kicap

Ini selalunya aku taram buat,lebih perapan ayam tu aku campur dgn sup,perasa dgn garam kalo suka
Siap!


Bahan sampingan
  • Salad
  • Timun
  • Tomato


Dah siap,nampak aje banyak step-tapi senang yaa rabbi untuk orang yang tak berapa rajin macam aku ni.Tengok anak2 makan siap bertambah seronok rasa lagi2 si Auni-suka sangat dia makan nasi ayam yang mama dia masak sampai 3-4 kali bertambah makannya.Hilang penat mak ko!!

Selamat memasak kawan2




18 January, 2018

Aku blogger picisan!

Aku ada jugak azam nak kurangkan merempan dalam blog ni,dah lama rasanya aku tak tulis benda bermanfaat macam entry Beli Rumah sub-sale aku yang memang hit dalam search engine sejak 5-6 tahun lepas which is smp skrg pun aku masih terima banyak emel yang bertanyakan tentang permasalahan pembelian rumah sub-sales.Aku ada masa memang aku akan jawab,sebab aku pun paham betapa sakit jiwanya melalui fasa disbursement bank masa membeli rumah kami duduk sekarang ni..Kalo diberi peluang nak repeat tak beli sub-sales-aku seriklah..Aku teringin nak beli rumah baru under development pulak.Kurang2 aku kuranglah dosa maki hamun bank,pastu maki-hamun tuan lawyer lembab….phuhhh!!

Doakan semoga kami murah rezeki nak beli rumah sebiji lagi yang lebih selesa seiring dengan usia anak2 yang makin membesar ni.Berangan nak beli rumah banglo setingkat,ada 5 bilik,4 bilik air,2 kitchen,2 hall,porch yang boleh masuk 3 biji kereta.Wah..bab berangan kan..sapa pun x leh lawan.Takperlah berangan,bukan kena bayar pun.Dosa pun tak..berangan macam ni sbnrnya memberi motivasi semoga kami suami-isteri berusaha lebih kuat lagi semoga dapat berikan yang terbaik utk anak2 kami.

Suatu masa nanti anak2 semua akan berumahtangga,ada anak-aku naklah rumah aku nanti selesa anak menantu nak tido baring.Biar ada ruang privasi masing2 wpun balik rumah mak/pak mertua gitu.Kenapa aku cakap macam ni..sebab aku dah laluinya skrg.Nak balik rumah mak,tak boleh balik tido serentak semua.Wpun kita tak kisah nak tido berlonggok,tapi kita skrg dah ada suami-ipar-duai,anak2 perempuan yang makin membesar,soal aurat tu bukan soal remeh temeh.Begitu jugak kalo balik kg suami,kena smp awal kalo nak berebut bilik tido or else tidolah tengah rumah-tempat orang lalu lalang.Sebab itu aku sangat bermotivasi untuk ada rumah besar sikit.Bukanlah ada rumah besar nak membongak yea.rumah itu sebagai alat mencari keselesaan untuk berehat aje.

Tapi sejak aku kurang masa berblog,aku berblog semata2 berkongsi rasa & sebagai catatan peribadi aku tentang kehidupan aku bergelar mama kepada 3 cahayamata & strugglenya menghadapi anak2 yang kesemuanya makin membesar,berbagai ragam & karektor masing.

Aku akan cuba kurangkan merempan & akan mula berkongsi cerita yang bermanafaat bila aku ada ruang & info yang cukup untuk aku kongsikan.Aku tak suka berblog utk benda yang aku tak alami sndr-sebab penceritaannya akan jadi statik,tak berjiwa.Jadi aku suka berkongsi cerita jika aku dah go through those event barulah seronok nak bercerita.Aku tahu ada blogger yang suka berblog guna hasil info daripada pak google,hasilnya tak lahir dari hati & tak sampai pada pembaca.Mana datang seronoknya?

Dulu aku rajin share ttg hotel yang sempat aku menginap,kedai makan best –sekarang pegi JJCM nak pegang hp pun tak leh sbb melayan si Adeeb yang sangat tak terduga aksinya.Budak panjang akal ni..seriau kami laki bini-tak leh leka langsung.Ada jugak budak yang mandi tomyam kalo x tgk si Adeeb masa makan kat luar.

Tapi itu dululah,bila roh blogger meresap setiap inci.Even nak buat apa2 pun,kamera memang kawan baik untuk berblog,Apalah blog tanpa gambar kan..macam minum kopi tak bergula.

Apapun niat kita berblog,semoga ada amal yang sedikit-semoga ada ilmu yang bermanfaat & semoga menjadi medium bersahabat dengan para sahabat maya.Aku masih ada circle of blogger friend yang memang stick smp skrg,alhamdulillah.

Ok.esok panjang umur sambung merepek lagi.Nak menyiapkan report yang tak siap2 lagi,Mood demam tak move on lagi katanya!!

Huhuhuhu!!


 Pix:en google






17 January, 2018

Musim sakit!

Musim sakit –acara tahunan

 

Awal tahun sahaja dah diuji dengan ujian kesakitan.Sabtu minggu lepas –petangnya aku dah start seram-sejuk.Takde batuk mahupun flu Cuma perasan tekak sakit sikit bila menelan airliur sendiri.Jadi self conclude yang aku ada throat infection @ tekak merah yang boleh menyebabkan aku demam nanti.

 

Elok pas maghrib mmg badan dah start panas,kepala berat macam ada batu-makanya memang aku telan PCM & tido.Tido awal,mandi pun tak sebab giler sejuk rasa badan.Esok pagi-Ahad- satu badan aku sakit2..demam makin panas.Aku makan roti canai en papa belikan,mandi air panas & bersiap sebab ada meeting kat Tadika Adeeb.Gagahkan jugak pergi sebab dah janji dengan cikgunya.Tak pasal2 orang lantik jadi Naib Pengerusi..sakai!!

 

Balik dari meeting,singgah kejap rumah kakak aku.Aku & kakak aku sebenarnya nama aje tinggal satu taman perumahan tapi nak jupe sekali-dua pun azab.Masing2 sibuk keja.nak jupe bukan main payah-kena appointment segala bagai.Nak mengirim surat dari Sekolah aje untuk Abg Ipar.

 

Pastu terus balik rumah,aku bergulung dalam selimut sebab mmg seram-sejuk badan.Suh en papa masak,sambil aku bagi guide.Jadik jugak dia memasak walaupun dia boleh kira dengan jari berapa kali aje dia memasak sepanjang aku kawin dengan dia ni.Ada takde,dia memasak masa aku dalam jagaan dia masa tengah pantang,aku masuk hospital jaga anak sakit ataupun aku sendiri yang masuk wad.Bukan jenis yang pandai memasak.Anak2 makan abis,jadiler,Asalkan anak2 kenyang.Syukur jugak suami aku jenis ringan tulang membantu bila aku memerlukan bantuan dia.Aku mmg tak makan,tak lalu.Aku mintak en papa buat milo panas,makan sama biskut gula 4 keping.Itu aje yang lalunya.Sepanjang hari memang aku tido,bangun utk solat & nature calling aje.Anak2 tak kacau sgt bila mama sakit ni.Petangnya suami belikan bubur nasi kat pasar malam sebab aku teringin nak makan bubur.

 

Pas makan-tido balik smp ke pagi.Apa kes teruk sgt demam,asal letak kepala aje memang aku tido pengsan tak sedar diri.Isnin mmg badan panas lagi,tak nampak gaya akan reda tanpa antibiotic.Tekak sgt sakit.Sakit badan jangan cakap-macam orang2 tua kata demam urat,Sakit sangat belikat aku.Aku hantar Adeeb gi tadika & aku terus ke klinik.Doktor check tekak dia terus bgtau tekak awak merah sgt,kena cover antibiotic.Balik klinik telan ubat siap2 dan gagahkan diri masak sikit sebab Auni akan balik dr SRA –dia kena makan sebelum bersiap ke SK plak.Masaklah gulai pindang & ayam sos tiram.Itu aje yang larat.Itupun ntah berapa round aku asik terbaring kat sofa sbb berdiri sgt azab utk aku,kepala berat macam ada batu bata!Auni dah pegi sekolah,aku sambung pengsan tido smplah si Ain balik plak.Dia sekolah pagi SK & akan makan untuk bersiap ke SRA petangnya.Yang mudah dengan Ain dia prepare sendiri apa dia nak,tak perlu tunggu aku sendukkan.Aku boleh berbaring dengan aman.Tido lagi smp ke petang-by 4.30pm macam tu baru rasa badan berpeluh.basah t-shirt yang aku pakai.Orang demam memang keyword nak kebah demam kenalah berpeluh barulah nak rasa sihat sikit.But still sakit kepala hazabedah.Malam en papa tapaukan makanan dari kedai Thai.Aku makan sikit & tido awal lagi.

 

Punyalah tak produktif weekend baru ni,asik tido baring melayan badan tak sihat.Nak buat m/,mana,badan jenis sekali-sekala aje sakit,sekali sakit memang melepek macam kain buruk.

 

So hari ni dah kembali bertugas, bekerjalah dengan ikhlas.Demi mencari rezeki yang halal nak besarkan anak2.Demam dah kebah Cuma tekak masih perit lagi.Semoga sehari-dua ni,eloklah hendaknya.

 

Apapun ujian sakit –hikmah yang selalu kita dengat sakit itu penghapus dosa,Moga dosa2 diampunkan Allah & dipermudahkan setiap urusan kita hdknya.Allah tak pernah uji setiap hambanya suka2,pasti ada hikmah tersembunyi.Smg kita istiqomah bersangka baik dengan setiap ujian yang Allah turunkan.

 

Apapun-tak sabar nak habiskan Januari 2018-sebab pertengahan Februari i/allah kami sekeluarga akan pulang ke kampong halaman en papa.Aku suka balik kampong sebab bila balik kampong,means aku memang boleh berehat sungguh2.Tak kecoh anak nak pegi sekolah,nak memasak pun tak susah mana sebab ramai ipar duai gotong-royong memasak.Anak2 pun bila balik kg tak heran sangat kat mama dia ni.Dah malam baru cari mama.So mmg aku look forward cuti CNY ni.W/pun kena bertabah dengan jalan yang super sesak kat highway nanti.Bertabah ajelah,tetiap tahun CNY pun isu jalan sesak dah tak heran sgt.Alah bisa tegal biasa kekdahnya.

 

Sehingga itu selamat bekerja semua

Tingkatkan produktiviti

Kurangkan kontroversi

 

Gitu!!

 

 

*selfie orang sakit namanya ni! 

 

 

 

 

 

 

11 January, 2018

Bajet!

Aku yakin & pasti semua orang yang dah berkeluarga pasti akan ada bajet asas nak hadap untuk setahun.Bajet ni pastinya takkan sama antara satu keluarga dengan keluarga yang lain.Macam aku,aku hujung tahun dah sibuk pikir bajet untuk beberapa perkara wajib untuk tempoh setahun.Ada beberapa pecahan wajib mengikut keutamaan & kena strict menyimpan untuk itu.

Macam aku & keluarga-aku ada pecahan wajib/event yang suka atau tak-memang kena standby jugak duit RM,

1. Bulan 4
Hujung bulan ni,roadtax & insuran akan tamat tempoh-tapi usually untuk yang ni aku takdelah risau sgt sebab usually awal bulan 4 kami suami & isteri akan terima refund LHDN –dan selalunya duit refund nilah kami gunakan untuk selesaikan bayaran roadtax/insuran.Bayar aje dengan MYEG-cukup masa dia hantar aje depan pintu.Senang yaaa amat!Usually paling banyak pun dalam RM1k memandangkan kereta pun dah lama,market value banyak mana sgt.

2. Bulan 5 & 6-Ramadhan & Aidilfitri
Start posa & insyallah panjang umur akan sambut Aidilfitri.This is the big toll actually ikut bajet kami.Selain aku & suami siapkan pakaian anak2 & pakaian kami laki bini-usually kami akan start beli sikit dari awal tahun.Let say Januari beli kain pasang-hantar tailor,February pulak mungkin beli baju jalan anak2-belilah sorang 2 pasang.Mac-pelan2 beli kasut raya sepasang sorang.April-beli tudung raya pulak.May-selalunya perbelanjaan akan spend untuk order kuih raya kesukaan anak2,beli utk rumah mak & nak bawak balik kg sikit-almaklumlah nak buat tak pandai.Awal Jun,barulah tukar duit raya buat sedekah anak2 sedara & standby duit minyak,toll nak balik kg.Serta duit belanja pagi raya rumah mak & kampong.Selain beli baju awal tu-untuk May & June-kami laki bini akan allocate paling banyak RM 1500.00.Fund comes dari duit Govt bayar bantuan raya & tambah sikit duit kami laki bini.Start gaji Jan ni-wajib laki bini allocate RM75 sorang dalam tabung raya –so RM150 X 6 bulan : RM 900.Ini stail yang aku amalkan sekian lamanya sebab nak settlekan keperluan raya anak bertiga sekali harung,bengkok rasanya.Jadi terpaksa buat macam ni setiap tahun.Tipsnya kalo jenis anak badan cepat naik-belilah saiz besar sikit.So far anak2 yang Ain & Auni-badan jenis payah nak naik,so takdelah masalah sgt nak beli awal pun.Adeeb aje problem sikit almaklumlah anak yang sorang ni,berselera aje makannya.

3. Bulan 8-Aidiladha
Macam tahun ni,beraya kat KL aje untuk Aidiladha makanya bajet tak besar mana.Kena allocate RM 300 aje- buat belanja pagi raya kat rumah cik Nee.Dan jugak buat jamuan ringan orang yang datang nak bertakbir raya malam tu.

4. Bulan 11-school break
Aku memang takkan balik kg hujung tahun sebab ada budget allocation adalah untuk budak naik sekolah.In case kami nak pegi bercuti,so Nov @ awal Disember waktu yang paling sesuai sebab anak2 dah start cuti sekolah.Aku memang ada plan nak bawak anak ke KK-tengah recce tiket murah lagi thru AA.Still sakit hati teruk tengok harga tiket kalo time cuti sekolah.Tak suka nak pg hujung minggu,sebab rasa macam penat sgt nak masuk keja pulak next day tu.Lagipun anak2 sekolah semuanya,maka takmo kerana mak ko sibuk nak JJCM,anak2 pulak ponteng sekolah.Lagi2 si Ain sekarang tight schedule sgt dengan kelas tambahan baik SK ataupun SRA.Jenuh!


5. Bulan 12-Back to school
Hujung tahun ni,allocation mungkin terpaksa dilebihkan dari tahun sebelumnya.Macam aku selalu merepek,aku ada niat nak hantar Ain masuk sekolah berasrama-jadi sekiranya Ain layak masuk boarding school maka belanja & peruntukan yang selalunya dalam RM2K terpaksa dinaikkan ke RM3.5k..Macam hujung tahun ni,aku takdelah risau sgt pasal fund  sebab usually aku main sistem KUTU which is selalunya aku akan pilih giliran bulan 11-so aku & suami akan top up sikit aje untuk bayar yuran segala bagai.


Begitulah bajet wajib hadap setiap tahun.Selain standby duit kecemasan,kot kereta meragam-anak sakit,balik kg mengejut dan macam2 lagi unexpected event yang kita takkan jangka.Precaution action tu perlu yea ibu2,adakan simpanan kecemasan.Kena bawak bincang dengan suami,nak menyimpan jangan suh isteri aje simpan-suami pun kena main peranan bagi contribution jugak.Aku masih mengamalkan sistem berkongsi wpun sepatutnya keperluan asas ni tugas & tanggungjawab suami nak sediakan tapi sebagai isteri yang kenal keadaan ekonomi suami –aku tak pernah biarkan suami aku yang hadap semua.Biarlah orang lain yang dok canang pasal nafkah segala bagai,bagi aku mana yang aku ada aku kongsi belanja dengan suami.Biarlah duit ihsan bantu suami ni ada nilai sedekah disisi Allah SWT.

Apapun semoga aku & suami dimurahkan rezeki tahun ni-dipermudahkan kami dengan misi free debt dan dipermudahkan setiap urusan hdknya.Tiada satu pun yang mudah dalam hidup, begitu jugak takde satu perkara yang susah sangat kalo ada proper plan.Kena selalu muhasabah diri jika kita diuji kerana Allah takkan uji kita diluar kemampuan kita.

Selamat merancang semua
Kitalah raja dalam keluarga kita
Tentukan keutamaan dalam hidup
I/allah hidup kita mudah serba-serbi!



*priority kami adalah anak2 kami! 



04 January, 2018

Selamat Tahun Baru 2018-pelan berderet-deret!


Selamat Tahun Baru 2018-hari ni baru berkesempatan nak taip something dalam blog ni.

Punyalah sibuk,sampai tak sempat nak tengok blog sendiri.Banyak benda yang berlaku sepanjang Dec lepas,aku travel back to back ke utara untuk wedding abang aku & jugak wedding sepupu.Ada pulak wedding pakcik kat Puncak Alam & attend majlis bertunang sepupu di Hulu Langat.Punyalah banyak majlis cuti sekolah baru ni.

 

Abis settle segala urusan wedding,settlekan urusan baju sekolah anak2,kasut sekolah,buku sekolah & jugak yuran sekolah.Total burst untuk 3 orang anak lebih kurang dalam RM 2000.00.Fuhh!!Ini nasib boleh masuk sekolah kerajaan ,kalo hantar anak sekolah swasta lagi pengsan mak ko nak tekan kalkulator-mujur Adeeb dapat masuk Tabika Perpaduan-takdelah parah sgt nak bayar yuran pendaftaran segala mak nenek.Memang takde hajat pun nak hantar anak tadika premier sebab aku pun produk tadika kerajaan jugak,alhamdulillah boleh jugak membaca,menulis sebagai bekal nak masuk Tahun 1 nanti.Takkan nak expect budak 6 tahun boleh buat calculus algebra ke?

Sigh*

 

31/12/17 jugak aku berhabis 1k tukar frame pintu utama & dapur yang dah dimakan dek anai2,kepada frame besi serta tukar gril belakang (dapor) .Memang itu dah masuk dalam wishlist aku,nak betulkan pintu by hook or by crook sebelum masuk tahun baru..huhuhuhu!Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan.Dalam dok busy siapkan pintu hari tu,aku risik2 dengan Indon tu berapa kos kalo aku nak simen semula luar rumah aku dr dapor ke porch.Dia pun buat kira2 katanya RM 1K.Nak buat tiles,kena buat kira2 semula..mana mak ko nak cekau duit ni,..marilah berhuhuhu lagik.So yang itu aku target nak buat pada penghujung March 2018 dengan saving paksa RM333.40 sebulan.So aku expect nak suh dia kira berapa jumlah tiles yang kami kena beli kalo nak guna saiz 2’ x 2’.Bolehler kami pelan2 beli sedikit demi sedikit,so by next Dec 2018-bolehlah dia start projek tiles pulak.Gituler cadangan home improvement kami laki bini.Nak buat sekali harung,memang nangis 4-5 round untuk orang yang makan gaji macam kami ni.Nak rumah cantik,rumah selesa- memang sediakan duit Ringgit ajelah.Takde duit sila duduk diam2 ajelah..

 

So kembali kepada cerita “back to school”,alhamdulillah Adeeb tak mendatangkan apa2 masalah pada aku,dia sangat cool dihari pertama persekolahan.Kemujurannya ada anak jiran yang sekelas dengan dia.So kuranglah sikit rasa takut dia tu.Si Ain dah masuk tahun 6 & Auni dah masuk tahun 3-dua beradik tu dah pandai bawak diri.Setakat 3 hari sekolah ni,alhamdulillah-bangun awal & masing2 tido awal jugak. Segala jenis tablet & hp budak2 ni pun aku dah selamat simpan & diorang hanya boleh tgk hari sabtu & ahad shj.Ain tahun ni tahun yang agak penat untuk dia,ada few tuisyen class.Terpaksalah, sebab tahun ni nak exam UPSR kan..PSRA lagik,,suka ke tak suka ke..dia kena hadap jugak.Cuma aku & suami memang atur betul2 supaya kelas tuisyennya tak pack sgt supaya dia ada masa berehat,buat homework dsbgnya.

 

Kesimpulannya tahun 2018 adalah tahun besar untuk Ain serta ujian getir untuk aku & suami menghadapi gelora anak nak exam besar,tahun dimana kena banyak simpan cuti untuk Ain terutamanya serta tahun kena menyimpan duit secara paksa sebab selain pelan nak invest untuk betul rumah buruk kami,kami jugak nak menyimpan untuk Ain-sebab kami ada niat nak masukkan Ain ke Sekolah Berasrama bila masuk Tingkatan 1 nanti.Dah tentu kosnya bakal sekali ganda dengan apa yang kami belanjakan tahun ni.Besarlah harapan supaya Ain boleh masuk SBP-mama memang beranganlah kot leh masuk SMAKL,SMISTA ke..tapi kalo tak dapat-dapat SMA pun mama dah seronok sgt,.Berharap sgt agar anak dara aku ni diberi peluang masuk mana2sebab mama dulu tak dpt peluang macam tu dulu.Aku suka dia masuk asrama supaya dia belajar berdikari,bergaul dengan ramai jenis manusia & bersaing untuk belajar bersama-sama dengan kawan2 nanti.Lagipun seronok duduk asrama ni,pengalaman yang takkan boleh dibeli dengan wang-ringgit.

 

Sehingga Oct 2018-tiadalah pelan jalan2 tido hotel agaknya.Sebab takmo sebab pegi bercuti clash pulak dengan kelas tambahan dia.Kelas tambahan SRA dah start hari ni,hopefully SK akan start minggu depan hdknya.Biar mula awal supaya bagi signal  kat budak2 ni yang exam UPSR ni bukan perkara enteng-biar dia serius nak belajar sikit.

 

Dan bermula 18/1 ni aku akan start kelas Mengaji Dewasa di Masjid Putrajaya,doakan semoga aku diterangkan hati belajar kalam Allah ni.Aku memang tekad tahun ni suka @ tak,aku mesti enroll kelas mengaji.Biarlah takde nilai dimata orang semoga ada nilai disisi Allah.

 

Cuti CNY kami sekeluarga akan balik Tganu setelah last sekali balik raya Haji hari tu.Tahun ni jugak giliran beraya di Tganu-aku takdelah heran sgt sebab raya kat Tganu sebenarnya raya yang paling relax.Tak payah nak kalut memasak,tak sibuk nak travel rumah sedara mara.Duduklah mereput kat rumah kampong tu  sambil mengadap tv takpun telek hp..kahkahkah!!

 

Basically,itu aje yang ada dalam kepala untuk rencana tahun 2018.Sekarang ni tgh dupdapdupdap tggu result UPKK 31/1/2018 ni.Anak tak meroyan,maknya yang sawan!Aku mengharapkan Allah permudahkan setiap urusanku,dilapangkan rezeki hdknya dan dikurniakan baby baru hdknya tahun ni..Ameen!!Tolong aminkan yea..mana tau makbul doa kawan2.

 

So untuk semua kawan2 yang masih sudi telek blog sendu ni,semoga kita sama2 jadi orang yang lebih baik dari tahun lepas.Tingkatkan produktiviti,jauhkan kontroversi..Gitu!!!

 

Adios!



*si Adeeb budak masuk sekolah 1st day!

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...