Alhamdulillah,semalam –aku,en papa & kak Ain sempat attend Majlis Kecemerlangan Akhir Tahun SRA untuk meraikan Auni yang mendapat tempat Pertama di dalam kelasnya didalam exam akhir tahun baru ni.W/pun berjela2 & berjam2 lamanya dengar speech demi speech dan jenuh nak hadam Bahasa Arab pengacara majlis-aku tetap menunggu sehingga Auni dapat hadiahnya.
As usual mak ko memang over,pergi amik gambar,rakam video anak naik pentas semata2 nak share kat ig.fb-sebagai simpanan digital mama kekdahnya.
Bila kita pos kat ig/fb bukan bermakna kita nak brag about it-bukan nak tunjuk lagak kata anak kita cerdik-pandai.Kita hanya berkongsi kegembiraan & jugak macam aku cakap-aku suka aje simpan kat ig-auto share ke FB sebagai medium ARKIB-segala kenangan dalam bentuk gambar & video anak di alam maya.Macam Ig ,bila aku free aku akan scroll down beribu gambar dalam tuh-kadang2 tersenyum sorang2.
But still ada orang yang tak senang hati,busuk hati & terasa hati.Cemburu sebenarnya!Apa nak cemburu sgt pun aku tak tau,anak aku dapat hadiah alat tulis aje pun..bukannya dapat hadiah tiket AA pegi Krabi sakai!!
Jangan dengki rezeki orang,rezeki kita Allah dah bagi siap2 sekian-sekian.Tak payah nak bersangka buruk dengan orang.Kalo tak leh nak tolerate tengok orang sharing happiness,tengok orang share makan itu-ini,gi travel sana-sinun-baik ko deactivate aje semua akaun media social ko baik ig mahupun fb.Sebab media social hak masing2 nak share apa sahaja yang dia rasakan sesuai.
Periksa hati kita,mungkin post kawan2 kita takde masalah sebenarnya-Cuma hati kita yang bermasalah.Cepat sentap,cepat tak senang hati-dengki tak ketentuan hala..bawak2 istighfar & amik tindakan awal.Banyak sgt button yang Mark Zurkerbeg bagi untuk kita sebagai owner FB-block,unfriend,unfollow,hide dsbgnya.Pilihan di tangan kita.At the first place pun xde sapa yang paksa kita follow pun , being friend pun-kitalah tuan yang gatal tangan nak follow/friend tu—jadi jangan nak salahkan mata ko yang terpaksa melihat fb feeds dr kawan2 yang ko rasa tak menyenangkan hati ko.
Dulu aku ada friend dengan sorang online seller,kebetulan dia duduk area rumah aku.Jual segala benda mak nenek.Tapi aku start unfollow dia,unfriend dia bila hampir setiap post dia berunsur #silameninggal.Komplen duit takde setiap hari tapi berangan bukan main besar,Sambut birthday anak siap chartered satu KFC-still meroyan takde duit.Post memanjang soal duit takde,duit tak cukup,belanja mahal- yang bagi aku sangat annoying.Smp kes duit belanja dapor pun ko nak heboh satu dunia..Aiiiyaa…cannot stand loo!!So untuk mengelakkan aku pun sama berdosa mencarut dia tiap kali aku baca post dia-aku terus buat tindakan unfriend dia.Alhamdulillah-kuranglah sakit jiwa aku baca post dia yang tiap satu jam tu.Sama jugak dengan page KRT-aku tiap kali baca mesti aku kemurungan.Takat seminggu –dua aje aku hadap-aku terus unfollow.Sebab aku takmo sebab2 ni aku rasa tak seronok nak mengadap fb.As simple as that,aman bahagia rasa hidup aku tanpa dikelilingi dengan negative vibes ni.
So kembali kepada fitrah apa jua urusan hidup kita adalah PILIHAN.Buatlah PILIHAN mengikut keutamaan ko,ataupun bersesuaian dengan diri kita.Kita dah dewasa untuk membuat pilihan yang terbaik.Pilihan kita takkan sama dengan pilihan orang lain sebab masing2 ada preference masing2,Jalan hidup serta cara hidup kita tak sama masing2.
Ok,back to kisah Auni semalam.Lepas aje dia ambil hadiah,papa dia kata “Jomlah papa belanja Auni minum”Dia terus cakap “kita minum Starbucks yea”Hahhahaha!!Mujurlah hari ni mama-papa gaji dah nak oiiii,kalo tak nangis 4-5 round kami kutip duit syilingdalam dashboard keta.Tapi yealah rezeki anakkan..kami turutkan jua.Bukan selalu dia nak mintak minum kopi mahal,sekali-sekala-boleh kira dengan jari kot.Aku memang ajar anak2 aku minum,biar diorang merasa.Bukanlah ajar anak makan mewah,saje nak bagi merasa apa rasanya minum kopi mahal.Sekali-sekala bila ada duit lebih,atau bonus/claim govt yang super lambat tu masuk-belanjalah anak kan..Diorang sangat suka..Java Chips tu memang menu wajib diorang order.Siap request nama masing2 kat cup masing2.
So mari melayan gambar Auni buat simpanan digital mama diblog ni.Kalo sesiapa yang dah follow blog picisan aku ni,korang pasti tahu betapa strugglenya aku mengadap Auni yang asik kuar-masuk wad sejak umurnya 4 bulan.Mostly cerita dalam blog ni berkenaan Auni.Dan aku sangat aktif berblog dulu sejak mengandungkan Auni lagi.
Untuk Auni Irdina kesayangan mama-semoga terus mengukir kejayaan dunia & akhirat hdknya.