Pages

20 July, 2017

Negatif




Setelah keguguran 2 tahun lepas, tipulah kalo aku katakan aku tak berharap untuk mengandung semula.Aku teringin nak ada baby kecik lagi sebelum usiaku menginjak ke angka 40 dalam dua tahun lagi.

 

Haid ku telah lewat 5 hari,dan entah kenapa kali ni aku cepat-cepat ke farmasi beli UPT walaupun bukan ini pertama kali haidku lewat.Sebelum-sebelum ini pun, haid ku pernah lewat 9-10 hari lamanya tapi aku tak terasa pun nak buat UPT.Aku biarkan aje,tapi entah apa anginnya kali ni.Tak sabar-sabar nak mencuba UPT meski takde apa2 tanda yang perlu aku sangsikan

 

Balik rumah, sempat tenggekkan nasi atas dapor-terus berlari ke tandas mencuba UPT.Tak sampai 30 saat..jalur terang warna merah hanya sebaris yang kelihatan.Sedikit hampa rasa dihati..aku kembali keruangan dapur,sambung memasak untuk makan malam.Usai memasak,masuk semula ke tandas yang sama-lihat semula UPT yang ku letak diatas para cermin..masih satu jalur sahaja yang kelihatan.Konon2 ,kot tunggu lama sedikit-ada 2 jalur meski satu jalurnya samar-samar..*tepuk dahi!!

 

Allahu..sukarnya memujuk rasa sedih & sayu.Walaupun aku telah punya 3 orang anak-ada lelaki & perempuan,keinginan untuk mempunyai seorang lagi bayi lelaki buat meneman si Adeeb membara dalam hati.Maklumlah 2 tahun mencuba,pun dah rasa lelah apatah lagi orang lain yang menunggu lebih lama dari kami.

 

Benarlah Allah SWT yang menetapkan rezeki setiap hambaNYA,dan hanya manusia yang  sentiasa merasakan tidak  cukup dengan apa adanya.

 

Astaghfirullahaaladzim

 

Ampunkan aku,Ya Allah,Aku kufur nikmat,Seharusnya aku bersyukur menadah tangan kerana telah mempunyai 3 anak penghibur duka lara kami suami-isteri.

 

Doakan aku & suami, semoga ada rezeki seorang lagi anak buat kami jika ini ditakdirkan terbaik buat kami.Jika sebaliknya,kami redha & cukup dengan 3 cahayamata yang ada ini sahaja.Semoga kami istiqomah mendidik anak2 ini jadi cahaya penerang hati buat kami,berjaya didunia & akhirat kelak.

 

Tahun ni antara tahun getir buat kami,kehilangan demi kehilangan-ujian kehilangan orang yang kita sayang perlu ditangani seumur hidup..sebu rasa bila teringat.Rasa mata berpasir, rasa sakitnya kehilangan itu ubatnya hanya Waktu.Tiada daya & upaya kita selain bermohon meminjam kekuatan pada Allah SWT.Tahun ni jugak kami bertungkus lumus bersama Ain untuk menghadapi ujian besar buat pertama kalinya iaitu UPKK.Tipulah kalo aku katakan tak mengharap apa-apa dari dia, tapi melihatkan dia..cukuplah dia buat segala yang termampu olehnya,Tak mahu beri apa-apa tekanan padanya,cukuplah kami doakan semoga dipermudahkan hdknya serba-serbi.


Aku takut dilabel mak ayah demanding itu & ini,kita sbg mak-ayah,kita yakin kemampuan anak kita setakat mana.Aku smp skrg menolak untuk dimasukkan dalam whatsapp group kelas anak2 sbb aku tak sanggup jadi munafik..melihatkan mak-ayah dok berbincang ttg markah ujian anak2 ataupun kalut menyalahkan guru jika result anak tak memberangsangkan.Serius aku tak boleh hadam jenis mak-ayah macam tu.Sebelum berbakul dosa kering aku maki dalam hati baiklah aku remove shj semua Whatsapp group kelas anak2.Bukan semata-mata Whatsapp,nak tau kemajuan anak2.Jangan dihitung berapa A dia perlu cari tapi kita bimbinglah dia semampu kita.Gagal ujian bukan penamat hidup, masa untuk dia masih panjang lagi..

 

Mama-papa dulu pun bukan tergolong pelajar straight A- Cuma rezeki kami merasa melanjutkan pelajaran ke Universiti dan tamat belajar di menara gading.Berjaya dapat kerja yang baik demi membesarkan anak-anak.

 

Jadi tidaklah wajar meletakkan benchmark straight A’s untuk anak2.Kalo dapat itu rezeki, jika sebaliknya pun masih rezeki.Alhamdulillah.

 

Semoga Allah bimbing kita menjadi ibubapa yang cemerlang & terbilang.

 

Ameen YRA.

 

 

 

 

 

 

 

 

1 comment:

Nizam.Ariff said...

Kita ajar anak2 untuk hidup selesa dan dirahmati...itu lebih utama.