Pages

14 July, 2017

Sedikit coretan Raya 2017

As usual selalu lambat nak melorek kisah dalam blog ini
Keutamaan dah makin kurang agaknya dalam berblog

Sejak dua menjak ni usia makin bertambah
Keutamaan yang satu ni dah beralih arah
Masa yang ada masih tinggal bersisa tak tahu berapa lama lagi
Masih terkehel nak mencari bekalan akhir nanti,entah cukup entahkan tidak
Anak2 yang makin membesar dan perlukan perhatian lebih dari kami & kami yang semakin dimamah usia.

Tapi tetap nak mencoret sedikit disini
Sempena raya yang telah hampir 3 minggu lamanya berlalu
Selamat hari raya untuk semua yang pernah singgah baca blog picisan ni
Mohon maaf zahir & batin pada setiap nukilan yang mengguris hati,pada setiap komen yang tak berbalas @ apa sahajalah

Semoga kita semua dibawah lindunganNYA selalu.

Terimalah gambar raya dari kami sekeluarga sebagai penyeri entry ni


Tiada yang istimewa Raya tahun ni kerana pada 9 Syawal kami kehilangan satu2nya atok diusianya 97 tahun atas masalah kegagalan fungsi jantung.

Hilang rasa seri Syawal..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah atok kami.Al Fatihah.



Kita?
Tak tau bila penghujungnya
Sudah siapkan kita dengan beg trolley kita ?



No comments: