Pages

27 July, 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Maafkan tuan tanah
Dah habis raya 
Baru terhegeh2 nak ucap Selamat Raya

Busy tahap tak tau nak kata
Sebelum merepek lebih lanjut

"Salam Aidilfitri kepada kawan2 yang masih sudi singgap baca blog cabuk ni & mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalo ada penulisan aku dalam blog ni yang tak boleh dihadam dek hati perut kawan2-almaklumlah tuan tanah tulis blog sukahatimakayah dia kan?Terima kasih atas ukhwah silaturrahim,smg kekal berpanjangan"

Raya tahun ni jatuh pada turn aku
Maksudnya kita beraya di Rawang dulu & pusing utara bermula Raya ke -2

Rabu malam dah bertolak ke rumah persinggahan raya kami sekeluarga di Bukit Sentosa,Rawang.Tiap kali raya mmg rumah ala homestay mak tu jadi tempat berkumpul.Rabu pas maghrib,dlm kul 9 pm masuk tol jalan Duta-kereta mula banyak.Jalan pun ala siput jugak smp en papa ada hati nak berenti tido kat RNR Sg Buloh-gile over nak balik Rawang jer kot!!

Smp Rawang mmg takde aktiviti selain tido sambil menengok mak yang suddenly demam panas.

Khamis sebelum raya tuh-barulah sibuk nak wat preparation raya.Rebus nasi himpit segera tu & wat rendang ayam.Pastu sibuk masak utk berbuka pulak.Adik beradik pun dah start berlonggok kat rumah mak.Last day posa tu super penat,tgk air paip pun terliur.Berbuka puasa mmg minum air berteko2 agaknya,super haus!

Malam raya,as usual iron baju raya anak2,en papa & diri sendiri.Dan melayan anak2 main bunga api.Pastuh pengsan tido smp ke pagi.

Awal pagi bangun mandi & subuh.Rupanya ank2 lagi awal bangun dari mama papa.Anak2 lagi excited nak raya kekdahnya.

Aku tak sempat pun g solat sunat raya sbb bersilat dgn si Adeeb & tolong mak menyiapkan meja juadah.

Pas solat raya,makan beramai2 dan sessi bergambar






Haaa banyak lagi
Tak an ank paste banyak2
Guna mobile site dari hp jer nih

Apapun raya nih paling tak berapa nak best sbb mak tak berapa nak sihat dari sehari sebelum raya
Kami adik beradik sgt susah hati sebab mak susah nak pg hospital

Sabor jerlah

Apapun mak dah beransur pulih skrg
Alhamdulillah!

Skrg aku mmg super busy
Mmg jarang betul telek blog
Blog sendiri pun jarang telek
Blog orang lagilah...

Mencari momentum nak menulis balik!!

Wish me luck

No comments: