Pages

08 July, 2015

Berbuka di Masjid Sultan Mizan,Putrajaya

Aku & suami suka bawak anak2 berbuka kat masjid
Walaupun ikutkan sedikit renyah
Sbb anak2 kecik lagik
Lagi2 si Adeeb yang tak reti duduk diam

Berbuka di Masjid Sultan Mizan,Putrajaya
Dah aku mulakan sejak Ramadhan tahun lepas

Berbuka di masjid
Simple sebenarnya
Makan apa sahaja yang dihidangkan
Jangan banyak komplen

Selalunya berbuka pihak masjid sediakan air sejuk manis macam sirap ke oren ke
Ada kurma & kuih sepotong
Dah berbuka-terus bersiap utk solat maghrib berjemaah
Memang kelam kabut sikit sbb imam mmg memulakan solat maghrib berjemaah kurang 15 minit dari waktu berbuka

Pas maghrib barulah makan nasik
Pun jangan banyak komplen
Kalo nasib baik,hidangannya sumpah sedap!
Style buffet-g beratur elok2-amik ikut keperluan kita-jangan membazir
Jumaat lepas siap hidang nasi minyak,ayam merah,gulai daging!!
Ada buah lagi.
Tapi ada masa mmg tak kena jugak dgn selera
Tapi bersyukurlah ianya adalah hidangan percuma utk seisi keluarga
Tak perlu bayar sesen pun

Pas makan,sila kutip pinggan & cawan letak ditempat yang disediakan
Basuh tangan pun sila beratur elok2
Jangan bertolak2
Lepas tu berehatlah sekejap sementara menunggu solat Isyak & Terawikh

Di masjid Sultan Mizan
Dewan solat utama & tempat wuduk
Kena turun naik tangga
Memang tak praktikal kalo bawak anak2 kecik
Apa yang aku & suami praktis
Kami bergilir2 amik wuduk @ ke tandas

Aku seronok berbuka ramai2
Masa ni ramai sgt orang
Baca doa ramai2
Berselawat dulu sblm azan maghrib 
Auranya mmg berbeza

Tapi berbuka di masjid
Kena adaptive kalo kita dgn anak2
Usahakan mendidik anak2 ttg adab di masjid
Ajar anak sebaik mungkin tatasusila makan apa shj yang ada

Berbuka di masjid bukan utk orang yang cerewet makan
Yang fussy ttg cleanliness
Wpun masjid-selalunya waktu berbuka ada kes kuah tertumpah,air tumpah
Biasalah kan..so kalo yang fussy mmg tempat ini tak sesuailah

Bagi aku masjid mengajar makan berpada2,didik nafsu & mendidik sabar
Sbb utama kita ke masjid utk beribadat sementara masih ada Ramadhan

Aku tau ramai kata wanita elok berterawikh kat rumah
Aku tak kata itu salah
Tapi pengalaman peribadi aku sendiri
Tak terbuat terakwikh kalo aku buat sendiri kat rumah
Confirm tido pengsan dgn anak2

Terawikh di masjid auranya lain
Seronok & leka dgr imam baca ayat2 quran sepanjang terawikh
Lunak lenggok bacaan mereka
Masyaallah..indahnya.

Aku cadangkan kalian yang belum pernah mencuba,sila cuba sekali tahun ni sementara Ramadhan masih bersisa
Percayalah,ia pengalaman luar biasa!

Tarbiah utk kita sebelum ke Mekah nanti
Mana tau suatu hari nanti kita ada rezeki dipanggil ke sana?

Rezeki kita Allah yang tentukan

Selamat berpuasa kawan2
Jom kita kejar minit2 terakhir sblm Ramadhan melabuhkan tirainya
Semoga Allah menerima amalan kita!



*saprah kain memang dibentang utk para jemaah makan berbuka!

*gambar anak dara & papanya!

*para petugas yang sibuk menghidangkan makanan utk para jemaah,betapa besarnya pahala mereka!




1 comment:

Eliss Mie said...

tak pernah berbuka kat masjid. jumaat ni surau kat rumah tu ada majlis dengan anak2 yatim, tp mcm tak sanggup tengok anak2 yatim tu. jiwa terlebih sensitif..huhuhu