Pages

14 March, 2014

Loyalty Service Award

Bekerja dalam tempoh yang lama dalam sesuatu organisasi
Dah boleh agak macammana 
Sepak terajang dalam opis tuh
Politik sana-sini
Cara orang tengok kita

Acknowledge or not?
Respected or not?

Aku punya nawaitu
Masa mula kerja dahulu
Nak tolong suami
Dan nak cari duit poket sendiri
Serta nak beri yang terbaik untuk anak2
Supaya anak2 aku merasa macammana anak orang lain
Bersekolah elok
Ada pakaian berganti
Makan yang baik2,berkhasiat
Dan occasionally bawak travel mana2

Aku selesa dgn kerja aku
Cuma biasalah bab tak sebulu dgn boss
Tapi semua atas dasar kerja 
Nothing personal

Aku jenis bekerja
Yang tak suka bertangguh2
Suka bekerja ikut fact
Bukan semborono trial & error
Aku tak kata aku rajin
Tapi selama aku kerja
Aku takde masalah siapkan kerja ikut timeframe
Susah macammana pun
Mesti siap jugak akhirnya

Semalam dapat award Loyalty Service Award
Dapat plaque 
Dan dapat voucher Aeon Retail RM700
syukurlah dari tak ada
Alhamdulillah


Bolehlah top up guna beli baju raya anak2
W/pun pada awalnya nak guna beli handbeg
Tapi as mom
Naluri itu secara semulajadi
Anak-anak jadi keutamaan
Biar mama tak bergaya pun
Asal anak2 pakai cantik,molek
Tak comot macam mama kecik2 dulu

Maklumlah orang susah 
Ayah pulak meninggal umur aku baru 10 tahun
Adik beradik ramai
Dapat berganti baju setahun sekali pun mujur
Tapi kesusahan itulah
Yang membentuk aku hari ini
Acuan yang paling ajaib

Subhanallah!

Semoga aku tetap bersabar utk terus bekerja kurang2 5 tahun lagik
Dan retired before 40th
Doakan yea..



2 comments:

norey said...

Alhamdulillah dan syukur..rezeki dari Allah....keep a good work...

mekchu said...

Rezeki.. penghargaan dalam bentuk voucher.. ku suka....