Musim hujan dah bermula disini
Sampai kemaman hujan mencurah2
Perjalanan smooth
Baby & anak2 x meragam
Cuma kak ain & kak auni mula berebut tempat utk berbaring di seat en vios di belakang
Almaklumlah keta kecik
Rakyat bertambah
Balik Dungun
Sebab anak sedara en papa berkahwin hari nih
Majlis besarnya esok
Lepas jumaat nih akan diadakan majlis akad nikahnya
Ikut rencana seminggu aje nak bertapa kat sini
Malas dok sini lama2
Tak seronok dok rumah orang kan
Hujan batu rumah sendiri lagi seronok!
Anak2 yang suka sgt balik kg
Sepupu ramai yang melayan
Tapi aku tak berapa nak suka berlama2
Lebih2 lagi musim hujan nih
Risau dgn diri sendiri yg tgh berpantang lagik
Memikirkan baby lagik
Aduhai!!
Saat nih duduk berdua dgn baby
En papa sibuk dgn urusan kenduri-kendara
Pandai2lah aku bawak diri
Masak apa yang patut
So far aku masih berpantang makan yang kuah2 kurang smp hari ke 15
Makan ikan panggang semata dgn nasik
Lada hitam + halia muda
Tungku 2x sehari
Dan pakai barut perut jugak
Tinggi rahim masih 10cm
Sedang berusaha utk turunkan kurang2 5cm smp cukup 44hari nih
Minum macam biasa
Cuma takdelah ais batu macam selalu
Boleh pun sebenarnya hidup tak minum ais
Aku mmg tak leh tolerate pantang kena sekat2 minum air lg2 dgn rutin menyusu
Aku jugak minum air kunyit awal2 tuh
Dan sambung minum air mas cotek produk Leesa Formula
Utk elakkan sembelit makan ubat gynae bagi namanya Lactulose
Dan aku jugak telan physillium husk campur dgn air oren suam
Ubat2 lain makan multivitamin yg gynae bagi
Makan ubat dlm set pantang tuh aje
Itu aje yang aku amik
Selain makan byk buah oren & epal utk digestion & improve fast healing proses
Nak kata strict pantang
Tak jugak
Cuma bab makan jaga betul
Sbb takmo suffer kemudian hari
Pagi2 masih minum milo+ biskut @ roti butter
Tghr makan nasik
Ptg minum milo balik
Malam makan nasik balik
Pagi2 bgn tido kalo baby tak bangun
Aku akan bertungku awal pagi
Mandi & pakai barut terus
Baru makan pagi
Berpantang nih selain masa utk ibu berehat
Sebenarnya masa ibu utk memulihkan kesihatan diri
Makan kena tgk jugak
Jangan pakat tolak belaka
Kena ikut logik akal jugak
Ada yang aku ikut,ada jugak yang aku bangkang kaw2 terutamanya bab minum air bersukat tuh
Aiyokhhh!!
Apapon masing2 ada pendapat ttg ritual pantang
Aku masih dgn tradisi kuno,mak kita dulu2
Biarlah tak slim down mana pun
Asalkan rasa badan sihat kan!!
Aku berpantang 44hari
Dan berpantang utk bersama 100hari
Dari bersalin Ain lagi aku dah amalkan macam nih
Suami kena faham bukan selalu edisi bersalin nih
Trauma melahirkan bukan mudah nak lupa weeiii!!
Bak kata mak aku
Ibu kena sihat utk jaga semua orang
Biar anak nangis
Jangan ibu yang nangis!!
Misi pantang kali nih
Berpantang selagi boleh!!
Chaiyok mama!!!
1 comment:
selamat berpantang!! yang penting luangkan masa berehat dan bf baby banyak2..
Post a Comment