Pages

14 November, 2013

Kelahiran yang sangat ditunggu-tunggu!

-entry ini sgt panjang-

Maaf banyak2
Amik masa untuk mencoret sesuatu ttg kelahiran anakanda ketiga ini
Sedang up & down dgn rutin baru berpantang & mengurus orang baru nih

Aku selamat melahirkan anakku tepat 40 minggu & tepat pada EDD yang diberi oleh doktor 11-11-2013 pukul 2.21am
Subhanallah!!

Sehari sebelum kelahirannya
Aku macam biasa
Petangnya anak2 mengaruk nak ke taman permainan
Aku pun ikutkan aje
Berjalan2 di taman tasik cyberjaya
Pijak batu refleksologi
Berjalan keliling taman sambil berlawak-kot2 leh paksa adik baby kuar

Keesokkannya pagi2 masak nasi lemak
Siap caption nasi lemak terakhir sblm tiba musim pantang 
Lepas makan pagi Ahad tuh siap jemur baju,kemas dapor siap2!!
Ntah kenapa mengantok,tido dulu sampai kul 2pm

Bangun2 teringatkan Kenny Rogers
Terus ajak papa g Cyberjaya
Makan kat sana
Lepas makan terus g umah bonda kat Sg Besi
Lama x jupe mak kan!!

Smp umah mak lepak2
Masuk asar nak amik wudhu'
Dlm bilik air terjerit sorang2
Tgk ada bloody show!!
Yahooo!!!

Orang lain takut nak bersalin
Aku punya excited
Smp x lalu nak makan
Terus Asar & bawak balik anak2 ke rumah
Masa tuh perut merenyut2 tetiba
Ok..mild contraction has started
Mari kita mula mengira!

Balik umah tgh2 azan maghrib 
Mandi & papa mula mengemas baju anak2 pulak utk dibawa ke rumah adik aku di Putrajaya
Mak aku akan menunggu dirumah adikku

Masa nih contraction sudah berkala selang 10minit
Rasa macam sakit period pain
Tak sakit sangat
Boleh tahan,berjalan macam biasa

Aku hanya bertolak ke putrajaya pukul 8.40pm
Terus ke rumah adik di P9
Makan malam rumah dia
Tel gynae bgtau progress masa tuh
Dia kata dia akan standby
Sakit masih boleh tahan

Back to my birth plan
Mmg plan asal hanya akan bertolak ke hospital apabila contraction sela 5minit
Lepas makan aku try tido
Papa pun cuba tido jugak

Bila contraction menunjukkan sela setiap 4minit waktu dah menunjukkan 12.40t/mlm
Salin baju & kejut papa
Masa nih sudah agak sakit
Mengalir jugak air mata
Jalan pun berdikit2
Anak2 dah tido depan hall
Cium kak ain,auni
Makin deras airmata mama
Yea lah mana tau ajal mama smp awal
Wallahuallam bswb!

Masuk kereta
Sakit makin merenyut2
Papa ajar doa nabi yunus & tak putus2 suruh beristighfar banyak2
Perjalanan hanya 5-10minit sahaja
Sampai di LR
mendaftar & jupe gynae terus
Amik urine,bp reading & terus VE
punyalah berdoa harap dah dilate byk
Rupanya baru 4cm
Adoikhhhh!!!!

Terus ditolak masuk LR
Membuang apa yang patut
Put on CTG pulak
Masa nih contraction sela 3minit
Sangat sakit
Airmata laju macam lepas kena pukul
Sakit nauzubillah
Papa sempat mengaji surah Maryam
Aku tak putus berdoa & istighfar byk2!

Gynae kuar masuk sama dgn nurse
Baca CTG 
Katanya CTG tak cantik 
Contraction kuat sgt
Gynae buat VE lagik
Katanya serviks tebal keliling
Mula tunjuk muka & dia mcm bagi hint yang high possible utk czer
Aku yg tgh sakit tak putus2 berdoa dlm hati jangan smp czer
Permudahkanlah Ya Allah
Kasihani aku

Gynae buat VE lagik
Okey dilate 8cm dlm tempoh 1/2jam
Nurse bagi aku minum air selusuh
Kebetulan selusuh tuh en papa yang buatkan &  mmg aku bawa masuk dlm LR selain tuala kecik utk aku kesat air mata
Sgtlah drama kan?

Minum seteguk
Baca selawat atas nabi
Sambil doa banyak2 dlm hati
Rabbi Yaasir Wala Tuassir

Demi Allah yang menjadikan langit & bumi
Tak sampai 5minit
Gesa meneran sangat2
Aku terjerit sama papa
Bagitau nak meneran sgt
Masa nih gynae & nurse yang diluar buru2 masuk 
Katanya baby dah crowning
Gynae ajar aku position badan aku
Aku yang sedang mengigil menahan sakit
Diajar memegang buku lali kaki
Tapi sebab tgh sakit pegang tuh pun aku failed

Alhamdulillah 2x push
Baby selamat dilahirkan
Sangat mudah 
Takde episotomi kali nih
Takde pethidine,pitocin jugak
Subhanallah!!
Betapa indahnya nature birthing
Kalo aku tau betapa seronoknya natural birthing aku takkan opt utk induce masa bersalinkan Auni dulu


Normal tear-1st degree tear
Berjahit jugak tapi sgt minimum
Alhamdulillah!!

Utk kawan2 yang wishes thru Fb,Ig,whatsapp,sms,blog
Terima kasih banyak2
Tak sempat nak balas satu persatu


Nama: belum official lagik
Berat: 3.24kg
Jantina:Lelaki

Syukur alhamdulillah
Aku kini bergelar ibu beranak tiga
Dikurniakan 2 anak perempuan
Dan seorang anak lelaki
Cukuplah rasanya
Umur pun makin banyak
Terima kasih Ya Allah
Atas kurniaan rezeki ini
Semoga aku & papa
Akan jadi ibubapa yang amanah atas tanggungjawab yang berat ini

Amin







7 comments:

Zaila Mohamad said...

seriau baca padahal pengalaman hampir sama..hahaha

tahniah lagi sekali..

Zaila Mohamad said...

iklan sat, jemput sesiapa yang berkenaan mahu join giveaway sejuta viewers blog Zaila 2013 di sini :

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

@e_da said...

tahniah... lengkap sudah...

Imaan09 said...

tahniah kak lynd, baca saat2 melahirkan ni mmg sentiasa mengundang rs terharu..

Lina said...

tahniah... sebak baca entry, what a great experience.. selamat berpantang ya!

Sya Nash said...

alhamdulillah... praise to d Almighty Allah SWT.. tahniah ye. mcm baru je comment pasal morning sckness hari tu.. hehe.. slamat berpntang.. :)

ibuafiqahhuzaifah said...

lyn...

alhamdulillah, tahniah

irni pun merasa induce n natural birth..

take care..