17 November, 2025

Birthday staycation di M World Hotel,Petaling Jaya.

Bulan November merupakan bulan kelahiran ketiga-tiga lelaki dalam rumah kami.
Adeeb lahir pada 11-11-2013,en Papa lahir pada 15-11-1979 & Affan lahir pada 16-11-2018
Setiap tahun memang kami akan sambut sekali harunglah untuk ketiga-tiga mereka.

Tahun ni since mak masih warded xleh lah berjalan jauh
Kebetulan dari bulan lepas lagi aku dah booked nak staycation kat hotel since anak2 suka mandi kolam renang,dan konon2 aku teringin jugak nak merasa tido semalam kat Hotel M WORLD ni since tahun lepas aku merasa g training Taxation kat situ.
Macam menariklah,sebab walking distance aje ke One Utama.

So lepas habis shif aku jaga mak malam Sabtu tu-aku pun balik umah packing kain baju.Nak g semalam aje pun jadi packing apa adanya aje.

Aku persetankan aje apa orang kata,konon tinggal mak sakit kat hospital g berjimba2.
Aku malas nak bertekak dengan orang yang x pandang cermin ni.
Lantaklah orang kata apa,mak bukan ditinggalkan sorang2 dalam rumah.Dia ditinggalkan diwad & aku bukan satu-satunya anak mak.Dia ada 7 orang anak yang lain.Aku ada masa memang x kuasa nak jadi people pleaser.Aku buat keras hati aku,family aku tetap memerlukan aku & family aku adalah priority aku yang paling utama.Penat dah jadi orang yang sentiasa beralah.

Sebelum ke hotel,aku & suami bawak anak2 makan Nasi Beriani kat MAHBUB.Sedap kemain makannya.Tak hairanlah hype betul kedai MAHBUB ni.Parking aje seksa,terpaksa parking kat Bangsar Village sebab 3x pusing still x jupe parking on site.

Muka ada senyum dapat makan nasi beriani Mahbub yang super sedap!

Licin-licau makan nasi beriani Mahbub!


Lepas makan kami terus check in hotel.Alhamdulillah,puas hati dengan bilik wpun aku booked bilik termurah disitu.Tapi bagi aku habis mewah dah.

awwww!
Welcome gift-habis sumer Adeeb sesah!


Kemain posing!

3 birthday boy yang diraikan


Affan dah merengek nak mandi kolam,so pujuk dia tunggu solat Asar dulu baru turun kolam.Elok lepas Asar hujan plak weii..mengaruklah budak tu.
Pujuk lagi,ajak jalan ke One Utama.

Masuk2 aje OU jupe plak kedai mainan ni.Kemain beranganlah dak Affan

Tapi as usual aku memang x berapa gemor masuk mall jika waktu petang,weekend plak tu
Ramai betul umat manusia
Aku sejenis kalo nak g mall wajib awal2 pagi 
So aku memang x de nak beli apapun
Killing time aje
Adeeb nak cookies,maka pi beli cookies
Minum2 kat cafe & tapau dinner sesiap bawak balik hotel
Sebab malas nak kuar kemana dah malam tu

Balik hotel,paksa anak2 mandi & masing2 mengejar solat Maghrib
Anak2 makan & melayan tv.tablet.
Ntah masa mana terlelap tido smp ke pagi.

Esok paginya,bangun mandi solat Subuh
Ready untuk breakfast buffet
Alhamdulillah kenyang makan
Macam2 benda try makan
Kopi beround2,Adeeb pulunlah makan yogurt
Suka sgt dia.
Affan as usual-dia bukan foodies
Makan pun macam kena dera


Pilih meja tengah2 supaya leh mobile bergerak ke kaunter kiri kanan,depan belakang.

Omelette dan buffet breakfast bagai air dan tebing.
Free flow latte anyones!

Lagi satu staple food buffet breakfast-cereal & choices of milk.



Lepas sarapan seperti yang dijanjikan dengan Adeeb & Affan adalah mandi kolam
Infinity pool terletak di tingkat 15
Besar jugaklah poolnya tapi pool kanak2 taklah semeriah pool tempat lain.Lantaklah haiii..janji budak2 seronok berendam.
Merasalah masing2 berkuak lentang 2.5jam.Itupun kami paksa naik,jika tak paksa mana mahu nak naik.

Kemain berendam!
Pool kanak2 terletak di wing kanan & kiri.In the middle pool dewasa.
Muka mak yang terpaksa menunggu!

Kerusi menunggu anak2 berendam


Pkl 11.30am kami check out & singgah di IOI Puchong
Sebab Affan nak makan The Chicken Rice Shop
Since semalam birthday dia
Maka kami turutkanlah apa mahunya wpun mak pak dia dah jemu mengadap nasi ayam semedang

Apapun wpun duit habis tapi seronok jugak sekali sekala spend duit merasa hospitality.
Merasa jadi orka ,dilayan dengan baik 
Betullah pengalaman mahal mungkin dikira dengan wang ringgit
Tapi kenangan akan tersimpan selamanya.

Ada rezeki bawak anak2 dara 2 orang tu sekali berjalan
Kebetulan budak2 x balik bercuti maka pg ajelah dgn the boys yang ada kat umah.

Apapun itulah kisah staycation kami yang singkat
Tapi cukup beri impak buat diri aku
Aku rasa relax setelah penat betul aku seminggu dua ni.
Aku tak tau bila last sekali aku rasa betul2 berehat
Berada dikasutku yang memegang banyak profil dalam satu masa bukan kaleng2.
Selain ibu,isteri,anak aka caregiver & juga pekerja sepenuh masa.
Sungguh tak semudah menyebutnya.

Semoga diberi rezeki & kesempatan lain bawak anak2 berjalan tempat lain plak.
Insyaallah.






12 November, 2025

Drama ED Hospital Cyberjaya :10/11/2025

Drama aku & ED (read: Emergency Department) bagaikan  seiring sejalan dengan jalur kehidupan aku sejak 5 tahun yang lepas
Setiap bulan dramanya berbeza-beza
Walaupun wataknya mungkin sama
Tapi drama bersilih ganti dari segi lokasi,kesakitan dan mahupun mereka yang perlu aku berurusan

Aku selalu berdoa setiap hujung bulan
Janganlah aku melayan drama ED bulan depan
Tapi betullah orang kata
Benda yang kita tak naklah itu yang kita akan hadap

Semalam hari dialisis mak 
As usual dihantar ke Centre seperti biasa
Tak sampai 1/2 jam Centre telefon mengatakan fistula mak bleeding dan oksigen mak drop ke 60%
Centre call ambulan & mak dibawa ke Hospital Cyberjaya yang kemujurannya kurang 5km dari rumah kami.

Ntah kenapa slow betul emergency response di ED
Kes mak ni sebenarnya clear cut 
Fistula problem & x leh dialisis
Mak plak dah lapsed 2 hr dialisis jadi air bertakung dalam badan-maksudnya memang air penuh dalam paru2
Bila begitu of coz BP pun akan melambung tinggi
Tapi disebabkan Hosp Cyberjaya xde nefro,diorang terpaksa hold mak lama sehinggalah dapat feedback Nefro Serdang.
Masyaallah..dari Yellow Zone ke Red Zone,Mak yang dipuasakan,on CPAP machine,bayangkan rebel dia macammana.
Mak smp mengamuk sebab dia haus nak minum air,sedangkan ED x bg minum lgsg.Just imagine 12 jam xleh minum,kesian kan.

Mak on CPAP machine-masa ni masih di ED Red Zone

Aku serupa nak naik hantu jugak sebab super lama nak tunggu diorang nak uruskan HD mak.Emo tak tau nak katalah,kita ni melihatkan mak kita yang suffer depan mata.Sungguhlah,sedih weii.

10.40pm baru start dialisis di Wad.Kali ni terpaksa gunakan port baru yang ditebuk di peha.Aku menemankan mak sepanjang tempoh dialisis tu,mujurlah masa dialisis tu aku berjaya bagi mak minum sikit.Kesian sgt takleh minum air.Bila dapat minum,barulah nampak mak sedikit tenang.

Tp semalaman di wad memang xleh lelap pun,purata aku dapat tidor mgkn dalam 2 jam.Memang barailah sikit.Aku hanya balik pkl 10 am semalam itupun lepas tunggu doktor round ward,mak pun dah siap makan,sponging apa patut.

Aku apply 1/2 day & masuk opis tengahari semalam.Balik dr hospital,aku tido 1.5jam dan masuk opis 12.30tghr.Keja berlambak2 nak hadap,suka ke tak suka.Makan gaji bermaksud datang dengan tanggungjawab yang diamanahkan.Jadi buatlah kerja & jangan menyusahkan orang lain.

Malam tadi  aku  suruh paksa kakak tolong jagakan mak.Bila tak tido dengan elok,memang otak xleh function betul.Weng kepala jangan cakaplah.Alhamdulillah,semalam menguruskan anak2,sempat masak rendang ayam untuk Auni yang bertolak balik asramanya td pkl 9.30am.

Selamat dah naik bas dr TBS pagi ni.


Cerita Auni ni,Ahad lepas kami pg balik hari Puchong-Kuala Berang-Puchong semata2 Auni demam dah 5 hari.Wpun mengadap rebel cikgu PKHEM-nya,lantak situlah.Tetaplah aku nak bawak balik anak,biar sakit demam mak pak ko jaga depan mata.

Dah memusing bercerita plak ttg Auni plak.Apapun semoga drama di Hospital Cyberjaya ni tak melarat2.Berharap semoga esok mak dah boleh discaj hendaknya dari hospital.

Malam ni aku sambung menjaga mak di wad semula.Balik keja uruskan anak2 dahulu,uruskan kain baju mana yang patut barulah boleh ke hospital.Aku ada rutin harian wajib settle,makan anak2-kain baju & urusan sekolah anak2.Jadi ini 3 keutamaan aku untuk make sure benda paling asas ni kena settle hari2.Aku x suka mengadap baju berlonggok.Baju wajib basuh & lipat hari2,washer-dryer mmg bekerja hari2.Masak bila aku rasa aku nak masak,kalo aku x masak aku tapau.Kemujurannya suami x pernah komplen jika aku x memasak.Beg sekolah Affan aku kena audit hari2,kena tgk semedang grup kelas.Takut ada miss-out memo dari cikgu kelas.Affan masih perlu dibantu menguruskan hal sekolahnya.

So doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.Aku kalo nak kira penat,tak tau nak explain dengan kata2 apatah lagi perkataan.Kadang2 aku merasakan ujian mak sakit bukan ujian untuk mak tetapi ujian buat kami anak2nya.

Doakan aku kaya raya hendaknya,supaya dapat settlekan hutang & boleh 24/7 menguruskan mak.Sungguhlah kalo x sebab hutang yang ada,jatuh wajib aku resign jaga mak.Tapi tu lah kaya pun x,miskin pun x-kami difasa survival -hidup dari gaji bulan ini hingga gaji ke bulan hadapan.Begitulah kan..