3-4 minggu ni memang fokus kami suami isteri adalah memastikan Adeeb menghadiri ujian kemasukan 2 sekolah menengah agama swasta yang kami pilih untuk Adeeb melanjutkan pelajarannya di Tingkatan 1 tahun depan.
Adeeb sebagaimana aku pernah sebut,dia bukan straight A' s student.
Pendek kata Adeeb student yang sederhana sahaja pencapaiannya.
Jadi memang SBP bukanlah untuk calon seperti Adeeb.Jauh sangat ketinggalan.
Tapi aku & suami nak dia masuk sekolah agama berasrama.Kami tak memilih aliran Tahfiz untuk Adeeb sebab kita faham kemampuan dia macammana.Aku hanya apply SMA basic sahaja.Yang akan amik STAM Form 4 nanti.
Aku melihatkan pilihan menempatkan Adeeb di SM Harian di kawasan rumah kami sebagai pilihan terakhir.
Bukan x percaya keupayaan sekolah mendidik anak2 kami ttp tak percaya Adeeb boleh jaga diri,terlalu ramai dalam satu kelas menjangkau 50-55 orang sekelas & aku sendiri risau dengan budaya SMK dikawasan rumah kami ni.SMK hanya ada sebuah disini & dikongsi beberapa taman.Bayangkan dikawasan perumahan kami,SK sahaja ada 2 sekolah yang berbeza & mereka yang akan menyambung pengajian Tingkatan 1 akan berkumpul di 1 buah sekolah yang sama.
Belum bab vaping selamba xde segan silu.Melepak kedai mamak bercampur gaul.
Merempit naik motor tak mengira jantina.
Sungguhlah aku seram melihat budaya macam tu.
Aku takut sbg ibu,aku takut anak2 aku terpengaruh dengan gejala sosial yang tak terjangkau dek akal skrg.Jadi aku & suami mmg plan untuk cari opt Sekolah Agama Swasta untuk Adeeb.Tempohari Adeeb dah menjalani Ujian Pemilihan di Ibn Khaldun-malangnya gagal dalam pemilihan.
Semalam Adeeb attend Ujian Pemilihan di SM Kiblah yang terletak di Mukim Sepang,alhamdulillah kali ni Adeeb berjaya menempatkan dirinya.Maknya emo,walaupun sekolah tu bagus,x jauh mana dr umah kami tp tetaplah mak emo.Adeeb anak mama,memang manja mama.Pandai amik hati,foodies macam mama.Membayangkan nak meninggalkan dia diasrama pun maknya dah emo teruk!
Esok insyaallah result PSRA akan keluar,dan aku mmg dah redha apapun result Adeeb produce.Esok barulah boleh aku lengkapkan permohonan SAM Jais untuk Adeeb.Memang mengharap benar kalo Adeeb ada rezeki ke SAM,Tp tetaplah aku faham bahawa peluang sangat tipis jika melihatkan betapa ramainya permohonan dari calon2 seluruh Selangor & membayangkan betapa susahnya nak tembus-aku redha & berserah ajelah.Mana nak tau ada rezeki kan..
Beza utama selain kapasiti pelajar adalah jurang Yuran/Kos.Dari segi yurannya -masih dalam kemampuan kami untuk adakan.Tapi jika dapat sekolah JAIS alangkah lebih baik.Sebab duit RM750.00 sebulan tu kami boleh saving untuk Auni yang akan sambung Uni 2027 nanti.Anak2 kami sorang pun x lepas lg.Memikirkan 5 tahun ke depan,sungguhlah susah hati jugak.
Ntahlah,berbelah bahagi jadinya.Tapi tetaplah kami berdoa angkat tangan,semoga Allah swt lorongkan & luaskan rezeki yang tak disangka-sangka buat kami sekeluarga.
Untuk mereka yang komen,dah berkira2 soal duit-opt lah sekolah harian.Aku x kisah orang nak mengata apapun,Yang penting urusan menyekolahkan anak2 ni,seumur hidup tak pernah lagi kami tadah tangan mintak duit kat orang.Anak2 elok disekolahkan sehingga peringkat tinggi.Cumanya entry ni adalah self rant aku sbg mak yang berkira2 itu & ini.
Aku bukan berada dalam kelompok ibubapa yang bebas memilih sebab kemampuan kami terbatas,kemampuan anak kami jugak terhad.Jadi apapun caturan penempatan Sekolah Menengah anak2 memang jadi isu utama kami suami isteri.Biar rigid memilih dari berputih mata esok hari.
Again,pendapat aku tak mewakili semua.Ini pendapat peribadi,anak2 selagimana kita leh kepung.Kepunglah kuat2 anak2 kita wahai mak pak.Anak2 tak lama dengan kita,diusia masih muda inilah kita kena usaha kepung dia dengan persekitaran yang baik,letak dia dalam circle terbaik,membina rutin yang membentuk sahsiah anak dan yang paling utama kemahuan dia untuk dibentuk.
Tumpang doakan yang terbaik buat anak kami & jugak kami sbg mak pak.Sungguhlah,libang libu rasa.Allah swt sahaja yang tau,bukan mudah jadi mak pak.Kerana mak pak ni selain bertugas membesarkan anak2,kita bertugas untuk menyediakan anak2 untuk masa depannya.Sungguhlah Ya Allah,bantu kami mengalas tanggungjawab besar ini.Semoga anak2 kami berjaya dunia & cemerlang diakhirat kelak.
No comments:
Post a Comment