Fuhhh..bersawang dah blog ni.Maaf banyak2 jika ada yang dok klik2 blogku tak berupdate sekian lamanya.
Sejak aku disahkan mengandung,masuk aje minggu ke 7 akumabuk hazabedah.Dan mabukku hanya settle bila dah masuk mggu ke 17.Bayangkanlah,makan x lalu.Asik muntah aje,bau2 sabun,busuk ,hanyir mmg triggered mabuk aku.Berbulan jugak mandi tak bersabun,muka tak bercuci sebab tak tahan sangat dgn bau sabun.Sabun baju pun jenuh aku tukar sebab baunya yg kuat memang buat aku muntah teruk.
Berapa minggu jugak anak2 hanya makan kat kedai sebab mama suffered heartburn teruk.Terpaksalah,or else berlaparlah sebab mam tak larat nak buat apa.Kalo teringat betapa suffernya mgdg,mmg serik rasanya nak mengandung lagik.
Bulan puasa,aku berpuasa jugak.Cuma setakat ni dah 3 hari aku terpaksa berbuka sebab aku dihidrasi sgt,sampai nak buang air kecik pun xde airnya.Utk mengelakkan mudarat pada diri aku,aku berbukalah dengan bersandarkan dalil rukhsah yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT bagi ibu yang hamil & menyusukan.
Diminggu terakhir ni,aku still tak packing barang lagi.Tahun nii/allah kami akan pulang beraya di Dungun,Terengganu-kampung halaman en papa.Adatlah bila dah berumahtangga,kena ikut giliran beraya walaupun mak & ayah en papa dah lama meninggal dunia.Itu bukan alasan untuk skip giliran beraya sebab en papa masih ada adik beradik & saudara-mara di kampungnya.Bagi aku itulah namanya rumahtangga,kena ada timbang rasa-sumer orang nak beraya dgn keluarga masing2 tapi suka atau tidak kita wajib adakangiliran beraya supaya kedua-dua pihak samada isteri @ suami takdelah bermasam muka dihari mulia.Suami pun janganlah salah guna kuasa veto,kesianlah kat isteri makan hati nak jugak merasa beraya dengan mak-ayahnya sendiri.Jangan juga jadikan alasan mak-ayah dekat makanya kena balik kg jauh pulak-sebab sambutan hari raya dengan pertemuan biasa lain bezanya.Auranya aje dah lain sangat.
Dah melalut merepek mak ko..rumah pun x berkemas lagi.Langsir tak bertukar lagi,hajat dihati nak salin langsir sebablast sekali tukar pun raya tahun lepas loo..Sadis sungguh!List to do panjang berjela,harapnya ½ daripada list tu dapatlah aku settlekan sebelum kami pulang beraya hari Khamis ni.En papa pun baru aje rushing ke bengkel,servis si Putih kami tu.Sumer tggu last minute,as usual my en papa.Nih pun tetiap hari membebel tanya dah bayar zakat fitrah ke belum.Kena selalu diingatkan or else pagi raya baru terhegeh2 nak bayar..aptb!
Baju raya aku & anak2 dara pun x siap lagi.Aku pun x tauler sempat ke tak tailor siapkan baju2 kami.W/pun tailor depan rumah aje,seriau jugak kalo x siap baju.Mana plak nak g cari baju,nak ke bazar dah x larat weiii.Sekarang nak masuk KL pun menangis tgk kereta banyak atas jalan.Kuih raya adaler beberapa balang aku order dari baker yang biasa aku order,pun habisRM200+ jugak utk kuih raya aje.Aku nak buat sndr maksudnya tak lama dah tu.Buang tebiat nak mampos org kata.Sekarang sumer dah senang,order ajelah.Sediakan aje wang ringgit Malaysianya.Selalunya kuih raya tu bukan nak jamu orang pun,anak2 aje yang beria makan pun.Inipun dah dekat 2 balang abis dikerjakan anak2 dan en papa.Sabor ajelah mak ko tgk!
Preparation raya kami anak beranak tak banyak beza dengan tahun2 sebelumnya,anak2 dibeli baju baru 2 pasangseorang,kasut raya seorang sepasang.Allocation duit raya pun kami dah siapkan awal2.Kemujurannya,anak2 sangat tak cerewet-aku dah siapkan bajet sekian2-makanya bila mereka memilih baju,kasut-mereka akan stick pada bajet yang kami telah tetapkan.Maklumlah mak korang bukan DSV,duit tak berapa nak ada.Beli baju raya anak pun bukan beli sekaligus,berdikit-dikit membeli sejak 3 bulan lepas.Lepas raya ingat nak terjah AEON jugak sebab aku suka beli baju raya kat AEON utk anak2 after raya sebab sumernya akan jatuh separuh harga,Adaler baju tukar utk anak2 nak attend jemputan rumah terbuka yang confirm berderet-deret pas raya ni.Rezeki setahun sekali katanya.
Aku taknak membebel panjang.aku akhiri post ini dengan ucapan Salam Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin.Hati2 memandu,ingatlah orang yang tersayang.Semoga aku istiqamah post entry lagi di blog ini pas Raya nanti.Bila mangandung ni,serba-serbi malas yaa rabbi.Nak pakai lipstick pun mak ko malas nak!!
Till then..see ya!!
*tuantanah kedaung pucat lesi dgn kesayangan mama si Adeeb.
1 comment:
شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة تسليك مجاري بالقطيف
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالاحساء
شركة مكافحة حشرات براس تنوره
شركة رش دفان بالدمام
Post a Comment