Adakan majlis kecil-kecilan
Kenduri kesyukuran sempena hari lahir mak & anakanda Ain yang berkongsi tarikh lahir yang sama
Kenduri kecil2an aje
Jemput jiran tetangga & saudara mara terdekat
Masak sendiri penat sendiri
Walaupun penat puashati sebab A-Z buat sendiri
Kek birthday Mak & Ain yang aku tempah dari baker depan rumah..kek chiffon aje sbb takmo kek yang heavy sgt sbb menu utama adalah nasi.
Ini aje yang sempat aku snap pun sebab aku punyalah busy kuar masuk nak top up lauk pauk yang dah habis dekat meja hidang.
Dan rasanya inilah paling ramai crowd compared dgn majlis yang sebelum2 ini sampai beras tanak sampai 7kg habis..
Alhamdulillah.Semoga ada rezeki nak jamu orang makan lagi lepas ni.
Aku doakan semoga mak diberi kesihatan yang baik,dipanjangkan umur & diberi ruang waktu & rezeki utk aku terus berkhidmat padanya
Utk Ain semoga jadi anak yang solehah& berjaya dunia & akhirat.