Pages

25 August, 2015

Reunion DAK


Mungkin ramai tak tau
Aku nih dibesarkan di rumah anak yatim Darul Kifayah dibawah kelolaan Baitulmal & JAWI bila arwah ayah meninggal dunia
Aku tinggal disana sejak umur 12 tahun
Dengan adik beradik yang ramai & hanya mak yang bekerja menyara kami 8 beradik confirmlah tak cukup kan
Mak mahukan yang terbaik utk aku

Tapi sikit pun aku tak sesal
Aku rasa beruntung sebab mak hantar aku dididik disana
Aku tak malu mengaku 
Aku bangga jadi produk anak yatim yang alhamdulillah-berjaya!

Seteleh 22 tahun
Kami menjejak kasih & tekad untuk bertemu dgn kawan2 lama & penyelia kami pada penghujung Syawal baru ni

Bukan mudah yea
Aku antara orang kuat event tuh
Segala komunikasi hanya melalui whatsapp semata2
Update kehadiran
Update pot luck
Sessi brainwash utk mereka yang kejap nak datang kejap taknak tu
Sessi kutip duit pun aku yang handle
Nak beli hadiah jer pun
Nyaris tak darah tinggi aku
2mggu +  punya perancangan
MasyaAllah..rasa nak nangis

Hari yang ditunggu2 pun tiba
Sampai hang handphone aku sbb beribu mesej whatsapp
Betapa excitednya kami nak berjumpa

Bila berjumpa 
Tak tau nak start dari mana
Banyaknya cerita
Inilah adik beradik aku
Waktu dok jauh dgn mak

Sila layan gambar yea

*selfie dengan penyelia paling sporting -Ustaz Azmi




Antara menu potluck kami

Kak Zura & Ina

sessi tazkirah & tahlil utk mereka yang telah meninggalkan kami lebih awal

Rakan2 lelaki Darul Kifayah bersama penyelia kami

*aku dan rakan2 perempuan yang berkesempatan hadir

*group photo!





Bila teringat majlis ni aku sure senyum sendiri
Mereka2 inilah yang mewarnakan hidup aku waktu kecil
Merekalah tempat bermanja,merajuk,mengadu
Pernah bergaduh,pernah bermasam muka
Pernah macam2lah
Makan minum sepinggan
Tido sebantal
Nakal pun sama2

Semoga Allah pelihara ukhuwah kita
Dan pelihara kawan2 semua dunia & akhirat.

Sumpah lillahitaala
Aku sayang korang semua!

Utk Ustaz Azmi
Terima kasih sebab rotan saya dulu 
Sebab kalo tak kerana rotan tu
Saya tak jadi orang macam sekarang!




3 comments:

Eda Ejai said...

Di mana kita dahulu itulah yang menjadikan kita hari ini.. seronok.. terkenang masa eda dok asrama dulu.. =D

Haslinda VitaLynd said...

Semua orang ada jalan cerita masing-masing yang penting bahgia dengan apa yang kita lalui.

Jiey^Mien said...

Ya Allah Kak Lynn, sisi akak yang tak pernah saya tahu.
Tabik.
=)