Pages

13 April, 2015

Sibuk,GST & aku

Teramatlah sibuk akhir2 ini
Nak jengah blog pun dah takde masa
Blamed on hectic life
Blamed on being super mama to 3 super kiddos

Aku rindu nak membebel dlm blog ni
Rindu nak meroyan sorang2
Biarlah 700 kali bukak tutupnya aku sorang
Still seronok sbb niat bina blog ni dulu sbg perakam kenangan,platform meroyan & tepek aktiviti keluarga buat kenang-kenangan!

How's life with GST?

Soalan bikin panas!!!

Being me,typical marhaen
Hidup mkn gaji yang tak seberapa
Tok laki pun makan gaji
Duduk di bandar besar
Ada 3 anak yg sedang membesar

Agak terkesan
Atau ayat paling hampir "terduduk" jugak

Rasanya dah tak tau nak berjimat tang mana
Bukan makan kedai tetiap hari
Bukan shopping baju tetiap minggu
Kalo beli baju anak pun,sebulan sekali
Takat beli baju longgok2 rm6-7 sehelai buat basahan,almaklumlah anak2 cepat membesar-maka baju2 basahan diorang akan restock sorang 2 psg setiap bulan
Bukan jenis minum kopi rm15 secawan

Tapi bila seruan kerajaan suh rakyat berjimat cermat
Rasa mendidih jer darah nih
Rakyat stok hidup asal ada nih paksa berjimat
Tapi orang2 atas berjoli guna duit rakyat tanpa rasa malu @ serba salah..

Shame on you!!
Berjawablah nanti di akhirat kelak
Sementara hidup nih,belasah cukup2
Sampai waktunya,tiba masa utk payback time

For the time being
Mmg xde cara selain berjimat sebaik mungkin
Bercuti dari 3x setahun,kita cut off jadi 1x setahun
Makan luar -cut off sebulan 2x
Kurangkan pengeluaran ATM di MEPS
Mula alert bila ada harga murah utk pampes & susu anak
Stock up bhn kering
Makanlah seadanya,jgn lagi bermewah2 mkn & elakkan pembaziran
Sila kunci nafsu membeli keta baru
Pakai sampai lebam keta yg ada
Maintain sebaik mungkin
Dan sempena musim perayaan akan datang
Bersederhanalah seadanya


Samada kita suka @ tak
Mahu @ tidak
Realitinya kita tanggung & hadap setiap hari
Semoga cukai GST ini digunakan untuk menaiktarafkan servis kepada rakyat,meningkatkan subsidi utk kita & berbaloi utk generasi anak2 kita..

Siapa tahu selepas ini Msia akan jadi negara berkebajikan macam kat luar negara..dapat subsidi penjagaan anak,skim itu,skim ini..

Kita tengok!

Tunggu & lihat!!

Entry emo di pertengahan bulan GST..








1 comment:

Rohani Hashim said...

Ok kaklyn,sy pn positifkan diri kannn...mana tahu byk kebajikan dan manfaat rakyat akn dpt lps n kan..aamiin