Pages

27 December, 2014

JB,HFMD -Cuti paling haru!!

Isnin-Rabu aku & family ke JB
Konon2 nak bawak anak bjln
Sebelum bertolak aku sempat pg bayar pendaftaran untuk tadika Auni
Kos hanya RM230 untuk pendaftaran-tadika gomen jer!

Suami booked hotel Silka Jb thru booking.com rega RM240 untuk 2 mlm including breakfast

Sampai Jb melilau cari hotel,mujur ada Waze..mmg sgt membantu
Elok aje check in mandikan Adeeb
Bukak aje pampers dia,penuh blister kat nappy area dan perasan few kat tapak kaki
Allahuakhbar...HFMD pulak...

Mandi2,on waze cari klinik & farmasi
Pegi klinik area Taman Johor Jaya
Confirmed-HFMD
Doktor kat klinik tuh mmg terangkan yang xde ubat utk hfmd-kecuali monitor temp
Aku pun mmg maklum sbb Auni pernah kena dulu
Tapi at the end doktor bg plak antibiotik segala-aku x bg pun adeeb makan.
Cakap x serupa bikin!!

Balik klinik,aku melilau cari farmasi sbb aku perlu cari ubat spray untuk ulser namanya Aloclair-mmg magik ubat nih utk ulser & senang nak guna.

Balik farmasi cari tempat makan,anak2,dah lapar.wpun ikut ittenary nak g Danga Bay tapi nan hado sbb Adeeb merengek sbb ulser & dah mula demam...G makan kt food court Tesco jer area Taman Johor Jaya.Sadis!!

Mlm pertama mmg nightmare,Adeeb menangis meraung sbb sakit ulser dia tuh..mmg aku x tido sgt..kejap2 bangun dukung dia.

Terus menyesal sbb bawak anak bjln tanpa sedar yang anak itu sebenarnya tak sihat!!

Habis day 1-nanti aku sambung kisah hr kedua-lagi haru!!

No comments: