Pages

01 November, 2014

Ini harta dunia & akhirat

Siapa sangka kan
Aku dah sebegini tua
Anak berderet 
Tak pernah sangka

Rezeki Allah 
Anak tiga orang
Dua anak dara & seorang teruna


Anak anak itu sumber kekuatan
Sumber untuk mama tersenyum 

Proses membesarkan anak2 bukan semudah kita menyebutnya
Bukan mudah & sbg ibubapa 

Anak2 setiap seorang datang dengan pakej yang berbeza-beza
Potensi yang berbeza
Kerenah yang berlainan
Dan yang paling penting pendekatan mendidik itu jugak berbeza antara satu sama lain

Bila teringatkan zaman mengandung ketiga-tiga mereka ini
Persamaan yang sedikit sama
Mabuk tahap dewa!!
Tapi yang paling teruk adalah masa mengandungkan Adeeb
MasyaAllah..teruk sungguh

Mengidam?
Masa mengandungkan si Ain teringin nak makan cempedak goreng-wpun hanya cempedak ttp susah nak jupe kalo belum musimnya
Finally jupe jugak tp lambat jgk nak dapat
Dan dah nak beranak sgt,sawan nak makan pulut kuning
Adalah kawan kat opis willing masakkan
Makan sungguh2 hati masa tuh
Dan hasilnya Ain giler makan pulut skrg nih

Masa mengandung si Auni
Sawan minum teh o ais limau 24jam
Lunch hour mesti tapau coke letak ais ikat tepi
Aiskrim tetiap hari adalah wajib
Dan aku mengidam nak makan buah laici fresh -tangkai bukan laici dlm tin tuh
Dapat jugak..mak aku yang carik
Dan sampai skrg Auni paling suker air laici ais

Mengandung Adeeb...awal 5 bln pertama mmg xde sgt idea nak mengidam tuh
Aku mabuk teruk,stok memerap atas sofa
Masak pun tak,mengemas jauh sekali
Berbulan anak2 & suami tapau makan kat kedai

Ada sekali teringin nak makan tempoyak ikan patin
Nak time tuh jugak
Meleleh airmata nak jugak..
En papa pun pegi beli ikan seekor kat kedai 
Tolong siang,cuci bersih2
Perap dgn tepung nak hilang hanyir
Barulah aku masak
Dalam tgh2  mabuk tuh
Seperiuk aku bedal sorang
Wahhhh.,pastu muntah smp lembik!!!

Tapi bila hbs musim mabuk
Aku makan like a king
Aku makan apa shj
Even petang sblm bersalinkan dia aku g bantai makan Kenny Rogers
Takde lgsg isu berat naik mendadak
Sepanjang mengandung Adeeb berat hanya naik 5kg
Giler heaven!!!

Bersalin ketiga-tiga nih pun punya cerita masing2
Persamaan ketara semua bersalin pada hari Isnin

Pengalaman bersalinkan Ain
Bersalin secara induce sbb waterbeg leaking
17jam tanpa painkiller
Rasa nak penyepak jer nurse masa tuh
Bila kita dah x tahan 
Mintak painkiller-dia sound "ohh time nih dah x blh request painkiller,awak tggu bersalin ajelah"
Dah tuh-dia pun xbgtau masa mana leh mintak painkiller tuh
Bila teringat jer,mmg smp skrg aku menyirap!!!

Bersalin Auni
Ini mmg volunteer request induce
Sbbnya arwah bapak mertua ketika itu warded kat hospital
Aku takmo tgh2 mlm sakit nak beranak
Suami pulak xde sbb dia tggu ayah dia kat masa tuh
Bersalin yg nih-mudah..sakit tak lama

Bersalin Adeeb paling seronok-1st time normal birth tanpa induce
First time aku timing contraction sendiri
Dan bersalin Adeeb -tgh2 mlm 2-21am-cukup 40 minggu @ due date
Satu malam aku tak tido lepas bersalinkan Adeeb
Allahuakhbar!!
Tak tau mana dtg kekuatan itu
Bayangkan 24 jam aku tak tido

Dan melihatkan anak2 membesar bukti kekuasaan Allah
Dari sekecil2 manusia sekarang dah besar macam nih

Sayangnya pada anak2
Betullah orang kata
Selagi kita tak ada anak
Kita takkan tau maksud cinta tanpa sempadan tuh
Cinta seorang ibu pada anak-anaknya
Kasih seorang ayah 
Cinta tanpa syarat
Semuanya dia sayang
Takde lebih takde kurang

Semoga Allah jaga kamu bertiga
Pelihara kamu bertiga
Jadi anak soleh &solehah
Berjaya dunia & akhirat seiring sejalan
Jadi asbab utk mama &papa moga ada hisab amal baik buat pemberat sebelah kanan kami
I/allah...

Masa mama makin singkat
Suatu masa mungkin sampai waktunya itu
Kita tak tau
Moga jadi kenangan buat kamu tiga beradik

Ain Darwisyah
Auni Irdina
Adeeb Ridzqin

Harta dunia & akhiratku!!








3 comments:

AMIIZAA said...

Seronoknya Lin...mcm2 pesyen ada masa Preggy ya:):)

Ain pandai pakai tudung style tu cute sgt:)

Rohani Hashim said...

Alhamdulillah kaklyn murah rezeki kan. Setiap anak ada rezeki masing masing..

Abang Bear said...

Salam

memula aku ingat nak baca entry ni mcm sajak... eh bukan sajak rupanya... luahan hati jer... hehehe