Pages

06 January, 2014

Anak kita,cucu mereka!

Pagi nih
Misi menghantar baby Adeeb utk training taska
Aku taknak hantar lewat2 sgt
Takut kalo dah besar sikit baru nak hantar, dia dah pandai kenal orang
Lagi haru...
Nanti jadi kes macam kak ain dulu,xmo orang lain langsung

Terjumpa dgn jiran hujung jalan
Dia tanya mana aku hantar baby
Berapa yurannya?
Dia bagitau tak larat nak jaga cucu
Anak-menantu harapkan dia jaga cucu
Jiran nih pangkat ibu2lah
Aku panggil mak haji

Aku sejak beranak Ain
Mmg mak aku dah warning awal2
Yang dia taknak jaga cucu2
Nak berehat

Dan kitorang adik beradik pun mmg jenis pandai2 ko nak hidup
Cari taska,hire nanny
Except kalo anak2 sakit,mmg mak volunteer nak jaga
Tp selalunya kalo bdk2 sakit,mmg aku terus cuti jaga diorang

Terkesan dgn rungutan mak haji tadi
Aku rasa anak2 jangan amik jalan mudah
Ibubapa kita makin hari makin tua
Dont take them for granted

Pandai buat anak
Pandai jugak mengelolakannya
Get nanny help
Hire maid
Hantar taska
Macam kes aku,baby dalam perut lagi aku dah survey bagai
Sbb tahu,lepas habis cuti aku akan kembali bekerja

Tak percaya taska
Tak percaya orang lain jaga anak kita
Berhenti keja
Asuh anak sendiri

Kasihani mak-ayah kita
Diorang dah penat jaga kita dr kecik dulu
Dah besar kita,kita letak pulak t/jawab mengasuh anak kita aka cucu dia pada dia pulak
Mak kita takkan tolak kalo kita mintak tlg jaga cucunya
Dah nama pun cucu dia
Tapi berpada-padalah..

Ada kes macam anak memperhambakan ibubapa
Bayar upah mengasuh
Dan mungkin tanpa sedar bagi arahan itu & ini pada ibubapa
Tak boleh itu
Tak boleh ini
Sampai ibubapa ini terasa hati,tersentuh jiwa
Derhaka kita jadinya :(
Astaghfirullah!!

Skrg nih ibu itu mula merungut penat
Esok lusa kita tak tahu kan?

Suatu masa kita akan tua jugak
Rezeki Allah,akan bercucu pulak

Dunia nih macam roda
Putarannya sama
Pelakon shj bertukar ganti

Jika mahu anak2 kita layan kita dgn baik bila kita tua kelak
Masa ni lah kita kena tunjuk teladan yang  baik pada anak2 kita
Mereka melihat sekarang

Ain & Auni selalu tanya
Kenapa kita asik pergi umah opah
Aku selalu jawab
Opah tuh mak mama
Dia rindukan mama wpun dia tak bagitau
Macam mama rindukan kamu kalo mama  pg opis/outstation
Nanti kamu berdua dah besar,dah kawin
Kena selalu tgk mama
Sbb mama rindu kamu nanti..

Subhanallah!!


-smg Adeeb serasi dgn pengasuh baru& tak meragam hdknya-






2 comments:

norey said...

setuju dengan Lynn... :)

Daddy Ziyyad said...

Agreed 100% !!

Ramai yg fikir nak ' jimat bajet'..so hantar ke mak ayah jaga...tapi natijahnya, kesian kat org tua tu...dari depa muda dah jaga kita...now, nak jaga pulak anak anak kita..