Pages

11 April, 2013

Kamu tahu apa itu MABUK?

Bukan mabuk minum liquor
Mabuk kerana hormon sebenarnya
Hormon estrogen yg terbentuk
Semasa kita mengandung

80% wanita yang tak bertuah
Akan mengalami sindrom ini
Dan aku salah seorangnya

Mabuk merupakan petanda baik
Yg menunjukkan perkembangan janin dalam rahim

Namun begitu
Utk melalui fasa mabuk itu
Bukan fasa yang mudah kawan2!

Put it this way

Pagi2 perut memulas2
Mulut payau
Loya tiba2
Masuk toilet berkumur utk wudhuk
Muntah
Keluar segala isi perut
Sampai warna kuning2
Itu namanya asid perut
Pahit nauzubillah
Proses itu shj mengambil 1/2 jam
Lembik badan jadinya

Cuba makan
Biskut, roti
Muntah semula
Nasi jauh sekali

Ubat tahan muntah
Ubat pening
Gaviscon
Ubat suntikan tahan muntah
Turunkan kadar Bp
Apa yg tidak dicuba?
Drip air pun sudah 2x
Tapi mungkin belum jupe penamatnya lagik

Lembik lagi
Pening jgn kira
Bagai bumi berputar ketika kaki melekap ke lantai

Rasanya penyumbang pening
Adalah kerana sugar level drop
Mana taknya
Makan segala benda
Pengakhirannya ke singki

Terbaring lesu
Buat kerja tak larat
Bukak tv pun malas

Ketika mabuk ini
Deria bau sgt sensitif
Jgn terbau yg pelik2
Yg kuat2
Busuk apatah lagi
Muntah jawabnya

Bukan dipinta begini jadinya
Orang kata jangan diikutkan sangat
Tapi orang boleh cakap
Orang tak rasa apa yg kita rasa

Dunia setakat hari ini
Hanya rumah
Living room-terbaring atas sofa
Menunggu en papa balik tghr nanti
Mujur anak2 paham
Tak mintak yg bukan2
Tak bising wpun mama x masak2
Asik mkn lauk beli di luar

Sabarlah anak2
Sabarlah suami

Saat ini mama is loser
Mama bertarung dgn fasa paling perit
Demi menerima roh baru dlm rahim

Bukan mudah menjadi mama

+_____+

utk yg bertanya
Ini yg aku lalui sejak 3 mggu lepas

Redha
Sabar
Menanti

I/allah,Allah permudahkan jln lain buat aku nanti

Selalu berbaik sangka dgn ujian Allah

Amin





4 comments:

Imaan09 said...

setuju bab org suka nasihat tu "jangan ikut sangat..jgn layan sangat" hanya y merasa y tahu kan! cakap memang senang..ok, take care kak lin dear!! ENJOY the moment..

Sya Nash said...

salam perkenalan, lin..
Ya Allah.. saya amat memahami.. malah dah rasa 3 kali.. mabuk 24jam.. bukak mata bermula la mabuk tu sampai mata terpejam.. trjaga pun dgn sebab mabuk.. ibarat mabuk perjalanan yang malangnya perjalanan ni ibarat tak sampai2!! saya alami utk ketiga2 pregnancy selama 5 bulan!! berapa kali drip tak terkira.. tepat je habih bulan ke lima baru la beransur baik.. org akan cakap macam2.. kita ibarat hidup dlm dunia lain.. jgn pedulikan tu semua ye.. lalui setiap hari dgn doa.. saya doakan lin ye.. ajaibnya, walaupun dah perit utk 3 kali, Allah tetap ilhamkan keinginan utk yang ke4!! Allahu Akbar.. Dia lah Yang Maha Berkuasa dan Mengetahui tiap sesuatu..

littlehumblelynn said...

Lea

Sedang mengira hari-bilalah mabuk nih akan hilang.
Doakan yea dik

littlehumblelynn said...

Sya Nash,

Tq for drop sweet comment
Sy sgt terharu sbb ada yg btl2 faham keadaan sy skrg.

Smg 4th pregnancy akn dtg utk awak tak seteruk 3 yg lepas. Sy pertama kali mabuk teruk mcm nih ;(