25 March, 2024

14 Ramadhan

Yaa ampon dah masuk 14 Ramadhan
As usual hidup serupa apalagi sepanjang Ramadhan ni
Pukul 5am dah bangun siapkan sahur & tak tido dah -solat subuh & bersiap nak g keja

Balik keja smp rumah pkl 5pm
Kelam kabut memasak plak
Masaklah apa aje yang ada
Yang mudah2 aje sebab memang berkuntau sgt mengejar masa
Paling cepat sudah memasak pkl 6pm
Paling lewat 6.40pm itupun jika Cik Nee ada kat umah sebab bila Cik Nee ada auto masak beria sikit.

Terawikh kalo x penat sgt,heret jugaklah kaki ke masjid.Kalo penat memang tido awal,sbb mata tu berat aje bila dah lepas isyak tu.

Anak2 alhamdulillah berpuasa tanpa banyak isu
Adeeb aje dah ponteng 2 hari sebab dia demam baru ni.
Affan masih belum diajar berpuasa-insyaallah tahun depan kita try ajar dia pelan2.

Shopping checklist & things to do
Ada beberapa perkara tak dibeli & settle lagi
  • Tudung raya Ain/Auni
  • Dokoh & brooch Ain/Auni
  • Kasut raya Adeeb/Mama
  • Selipar Adeeb yang hilang perlu diganti
  • Bayar duit kuih raya
  • Tukar duit raya
  • Make up si Ain
  • Skincare mama yang dah nyawa2 ikan
  • Buahtangan nak bawak balik kg
  • Seluar jalan Adeeb
  • Haircut for myself-serabut tengok rambut yang tak terurus ni.
  • Cuci dapor & stock up lauk pauk sebelum balik kg 
  • Mengemas hall-cuci kipas-servis a/c
  • Tukar cadar bilik
  • Mula mengemas beg untuk balik kg
Tahun ni memang raya paling berjimat rasanya
Anak2 hanya dapat baju sepasang untuk pakai dipagi raya & sepasang baju jalan & kasut raya.
Takde yang extravagant.Mama tahun ni pun xde beli handbeg raya sebagaimana tahun2 sebelum ni.
Tahun ni staf gomen tak dpt bonus raya makanya tight jugak budget raya kami-semata2 bersandarkan saving yang tak seberapa.

Apapun kena banyak bersyukur kerana masih ada rezeki menyiapkan kelengkapan raya anak2 seadanya.Macammana susah pun wajiblah berganti baju raya anak2, sebab to be frank anak2 pun jarang berganti baju jika tak kerana nak beraya.Sekadar tambah sehelai dua baju duduk rumah terutamanya Adeeb & Affan yang membesar dengan jayanya.Ain & Auni statik aje saiz masing2-sekeping aje.Makan x seberapa bdk2 tu.

Ajarkan anak2 kita tentang rasa syukur,sebab dengan kita bersyukur insyaallah Allah swt akan tambah lagi rezeki kurniaanNYA.Yakin & percaya Allah swt maha pemurah,tiada tangan yang menadah tangan berdoa dibiarkan kosong tanpa pemberian yang diminta atau diberi yang lebih baik dari apa yang kita doakan.

Teruskan berpuasa ye..ada plus minus dalam 2 minggu lagi kita akan menemui 1Syawal.Semoga amal ibadat kita diterima tanpa filter hendaknya.






14 March, 2024

Sudah 3 Ramadhan!

 
Hidup sangat hectic bila bulan posa ni
Pagi2 dah bangun pukul 5am
Memasak ala kadar untuk bersahur
6.30am siapkan sarapan Affan,bersiap solat Subuh & 7am wajib dalam keta dah
Hantar Adeeb ke Sekolah dulu sebab papanya lewat sikit sebab menguruskan dak Affan bersiap untuk ke tadika plak
Sampai opis ngam2 pkl 8am

Balik keja sampai rumah pkl 5pm
Berkuntau kat dapor plak
Semalam paling lama memasak
Masak asam pedas ikan jenahak,goreng ayam,tumis kobis & goreng kuey teow untuk Cik Nee yang kebetulan ada dirumah.
Siap masak pkl 6.30pm-naik bilik mandi & solat Asar.
Terus terlentang atas katil lepas tu
Sebab mmg sakit sangat tangkap habis belikat belakang
Penat kemain semalam
Lepas berbuka sibuk mengejar Maghrib,kemas meja,mencuci apa patut & kain baju
Semalam x larat nak ke masjid berterawikh  sbb sumpah penat 

Pagi ni bangun waktu sama jugak 5am
Hari ni rezeki bersahur nasi goreng sardin aje
Sebelum bangun tu mimpi pelik naw rasa
Mimpi jadi pengantin-nak kawin
siap ada khemah bagai
Bersiap sama mak andam gitttewww
Pengantin lelakinya sapa?
Sepupu den..hahahahahaha..

Aneh2 mimpi di 3 Ramadan.
Begitulah kan..mimpi kawin plak..bilalah nak mimpi jadi jutawan plak kan!!

Selamat berpuasa semua
Stoplah scrolling gosip2 murahan retis
Stoplah tengok content merepek kat socmed tu
Kalo x mampu buat selamanya
Buatlah bulan Ramadan ni
Mana nak tau
ini jadi titik tolak perubahan kearah kebaikan nanti









13 March, 2024

Sessi Persekolahan & Ramadhan 2024

Alhamdulillah
Hari ni adalah hari ke-3 anak2 kembali ke sekolah
Tahun ini 3/4 anak2 bersekolah dialiran perdana
Auni di Tingkatan 3
Adeeb di Tahun 5
Affan di tadika 6 Tahun

Hari pertama sekolah aku bercutilah sebab nak tengokkan Affan masuk tadika
Alhamdulillah-xde huru hara sgt
Mama hantar & tinggal aje kekdahnya
Tapi biasalah mak kan
Seram jugak takut dia x jupe kasut dia
Takut dia susah nak adjust toilet cangkung tu
Macam2lah risaunya..takat boleh pesan ajelah
Selebihnya tawakal shj pada Allah swt.


Mama paksa bergambar depan rumah sebelum pi tadika


Affan didaftarkan ke Tadika Perpaduan aje macam kakak2 & abang dulu

Muka mengantok lagi hari ke 3 bersekolah gara2 ikut mama papa Terawikh malam tadi.

Adeeb dah besar,maka pg2 dia uruskan diri sendiri
Bangun pagi,solat bersiap dan ke sekolah
Tengahari pulak akan ke SRA

Auni plak kami dah selamat hantar dia Sabtu lepas
Budak ni lah yang paling huru hara sikit
Beli barang dia aje beratus habis
Macam2 demandnya pon
Semoga takde drama aneh2 sangat tahun ni ye


Sempat bergambar sebelum tinggalkan budak bertuah ni-kat luar hujan kemain lebat!


Dan hari ni merupakan hari ke-2 umat Islam di Malaysia berpuasa
Macam biasa bangun pukul 5am siapkan sahur seadanya
Nasi goreng penyelamat bila tak tau nak masak apa dah
Balik keja berkuntau masak gulai ikan bawal,goreng ayam & tumis kacang panjang sama udang plak
Buat air sirap sejug
Selamatlah berbuka semalam
Adeeb separuh pengsan ptg semalam
Jenuh kejut bangun tido suh mandi
Dekat pkl 7 x bangun2 pon
Ain lagi hauk,dah ler tak sekolah,x keja jugak
dia lagi penat
tido pengsan x kabor orang kata
Sabor ajelah mak ko!

Tak mintak banyak bulan posa ni
Semoga tak overslept sampai satu rumah x bersahur
Kuat berpuasa,kurangkan makan yang manis2,boss x merepek sgt & dikurniakan kesihatan yang baik spjg Ramadhan
Sebab being mother-tenaga nak guna 2x ganda dari hari biasa sepanjang Ramadhan ni

Selamat berpuasa semua!
Jangan membazir tau!






01 March, 2024

Back to school be like :x


1/3/2024 hari SST kicked in
Nangislah bayar barang lepas ni
Boleh dah tengok senarai barang yang kena cukai 8% selepas ni,tiba masalah kita insaf lebih dan berhemah dalam berbelanja

Hari ni jugak harinya kita boleh start claim back Income Tax yang telah dibayar ke LHDN
Katanya tahun ni dah start terasa bahangnya
Banyak benda yang tak leh claim cthnya;- Perlancongan yang kita dapat rebate tunai RM 1k tahun lepas.
So welcome to Madani era
Serba perit & sakit.

Sehari dua ni dah berjaya settlekan urusan kelengkapan sekolah anak2
Anak yang bersekolah ada 3 orang tahun ini termasuk Affan yang akan memulakan Sessi Tadika 6 tahun-di TABIKA PERPADUAN aje.
As usual mak ko cheapskate😂

Baju seragam termasuk pakaian dalam total adalah RM643.00-ini untuk 3 orang anak ye.Adeeb kena beli seragam untuk 2 sekolah berlainan.Itupun habis sikit dah belinya.Auni hanya sepasang.Adeeb beli 3 pasang.Affan beli 2 track suit.Adeeb dpt track suit 1.Beg sekolah beli 3 buah.Since beg sekolah habis koyak dah masing2.Tudung Auni dan pakaian dalam untuknya.

Buku sekolah Adeeb termasuk stationery 3 beradik tu adalah berharga RM 252.70.Beli plak baju kurung pasang untuk Auni pakai prep-nun beli kat Muaz textile-rega RM 120.00 dptlah 3 pasang & kasut prep sepasang RM 59.30.

Yuran SRA Adeeb dalam RM 357.00 & Auni dalam RM83.00.Yuran Tabika Perpaduan Affan anggaran kami standby dalam RM 300.00.

Jadi plus minus dekat RM2000.00 juga belanja buka sekolah budak2 ni.

Minggu depan kami akan ke Terengganu plak menghantar Auni balik ke asrama.Kos perjalanan wajiblah RM500.00.Tak hantar tak boleh jugak sbb kali ni tiada bas yang disediakan kesana.Suka atau tidak wajiblah kesana jugak.Kena bagi jugak duit poket kurang2 RM200.00 lebih takut ada buku2 yang cikgu suh beli & lagi2 nak bulan posa kot dia teringin nak makan itu @ ini.

So moral of the story memang bulan Februari gaji memang lebur untuk perbelanjaan naik sekolah anak2.Mak pak silalah berjimat apa yang patut.Mujurlah nak masuk bulan posa,jimatlah belanja makan kat pejabat kan.

Tapi bulan puasa tak jimat mana jugak kan..belanja melayan tekak pun boleh tahan.Nak murtabak daging,nak ayam percik,nak puding karamel belum lg nak minum air macam2 kaler maunya.Astaghfirullah..tobatlah Lynn !!
Belum campur anak2 teringin nak itu,teringin nak ini.Takkanlah mama kata xleh.Dah ler penat posa seharian,tak sampai hati weiii...kesian kan.

Membebel kenaikan harga pun xkan memberi faedah-sbg marhaen kitalah kena bijak urus kewangan kita.Kurangkan makan diluar,kurangkan membuang masa browse lazada,shoppppeeeee bagai tu.Settlekan hutang yang ada secepat mungkin.Ajar anak2 membeli yang perlu shj & yang paling penting sekali janganlah pi tambah hutang baru.

Gittewwww!!




Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...