30 November, 2018

Besday Papa @39

11/11 sebelum aku bersalin
Aku & anak2 sempat buat sambutan besday en papa yang ke 39-tahun bersekali dgn besday Abg Adeeb yang ke 5 tahun
Kami sambut kat Padi House Galleria Putrajaya

Actually birthday en papa jatuh pada 15/11
Tapi pada 15/11 tu jatuh hari Khamis
Aku plak nak masuk wad hari yang sama
So awalkan ajelah sambutannya

Dalam 6.30 bertolak dari rumah
Sampai situ dah pkl 7pm
Terus maghrib dulu sebelum masuk restoran
Disebabkan weekend restoran pun x ramai orang
Cepatlah sikit servisnya

Layan ajelah gambar yea
Aku nak clean up hp space sebenarnya ni
Almaklumlah hp space ada 16gb aje
Penuh vid
Dah penuh space dlm hp ni



*gambar sama cinta hati-betapa saratnya aku weiii!!


*anak2 mmg suka order ni kalo gi makan kat Padi House-sgt sedap!

*en papa yang order ni

*last but not least!

*masih bertiga masa ni!

Semoga Allah pelihara suamiku ini
Diberi kemurahan rezeki
Kesihatan yang baik
Dan dipanjangkan umur hdknya

Terima kasih jaga mama & anak2 dgn baik sekali selama ni
Lagi2 mama tgh pantang skrg
Penat berganda2
Doakan smg rumahtangga kami dibawah rahmat Ilahi hdknya

25 November, 2018

Affan Fahri-4th addition to my lil family

* copy & paste post fb mama khamis lepas.

Hari ni termaktublah dalam sejarah anakanda ke-4 mama,Kami sepakat menamakan bayi ini sbg AFFAN FAHRI BIN ROSMADI

Affan bermaksud Bijak/Cerdas/Pendaki
Fahri pula bermaksud Kebanggaanku/Kemegahanku

Masih mengekalkan huruf "A" sebagai awalan nama anak2 kami:-Ain,Auni,Adeeb & Affan.

Nama Affan ni catchy & sebagaimana nama anak2 yg sebelum ini-memang suka nama yang ringkas untuk dibuat panggilan hari2.Sementara nama Fahri ni sebenarnya mama adalah tersuka dengan watak Fahri lakonan Fedi Nuril dalam AADC2-so mama mengaji maksud namanya & terus terpahat dalam hati nak namakan Fahri jugak utk anak ini.Semoga dia membesar jadi anak yang bijak & menjadi kebanggaan kami sekeluarga nanti.I/allah.

Sekadar coretan utk kenangan mama
Mama check in HPJ 15/11/2018 lewat pukul 8pm gara2 wad O&G tiada bed kosong sejak pagi lagik.Mama hanya booking katil & berjalan dgn en papa ke Alamanda mencari kelambu utk baby & beli barang dapor sikit utk rumah.Balik rumah menunggu lagi call dari HPJ.Pas mama solat maghrib baru Unit Kemasukan Wad call & mtk mama check-in wad asap.

Sempatlah suh en papa beli sosej tepi jalan utk makan malam.Anak2 yg bertiga pun ikut menghantar mamanya ke hosp.Punyalah sayu mama bila peluk-cium anak2,anak2 takleh ikut naik hantar ke atas wad sbb mmg polisi hosp budak2 xleh naik wad melawat apatahlagi bukan waktu melawat pun.We never know what will happen to us during labor😓

Pukul 10pm-Gynae,Dr Azmi round & check mama.
Dia pegang perut mama,tgk saiz rahim dia estimated "this baby gonna be  a big baby-around 3.6-3.8kg"

As gynae saya advice utk c-zer,start puasa midnite ni & esok kita bawak kuar baby!Tapi kalo you nak try normal,saya takut risiko shoulder dystocia (takut bahu baby sangkut) -kita boleh cuba tp bab risiko you kena alert awal2.As medical team-we will definitely try level best to save both of you (mom & baby)

Start panic attack!
Nangis sorang2!

Mama sangatlah down sbb mama rasa macam sedikit seram memikirkan mama tiada pengalaman c-zer langsung wpun dah melalui beberapa kelahiran.Whatsapp en papa,bgtau dia.Mtk dia solat hajat utk mama.Mama pun amik wuduk & start solat Isyak serta berdoa panjang selepas tu.Berdoa smg Allah bagi mudah serba-serbi & jika sebaliknya semoga Allah anugerahkan mama syahid hdknya,Begitu sekali doa mama malam tu.

Dlm 11:30pm mama cuba tido mengiring serba tak kena atas katil wad,cuba lelapkan mata sambil melayan jiran sebelah berdengkur bukan main.Rasa macam dah terlelap tapi perut rasa tak sedap.Macam memulas nak buang air besar & malam tu lah mama dok rasa paling banyak kali ulang keluar masuk pg toilet.

Cuba tido lagi tapi makin rasa tak selesa & mula rasa sakit.Terus terfikir mungkin inilah kontraksi rahim-mama nak bersalin rupanya!Punyalah lama tak beranak kan..smp terlupa macammana rasa skt kontraksi.

Melayan surge setiap 15minit,10 minit,7minit & bila sampai ke setiap 5minit barulah mama bangun ke kaunter jururawat bagitau "saya rasa saya dah sakit kontraksi nak bersalin"Mama siap rekod ctx dalam contraction timer.Melompat nurse panggil MO on-call incharge-terus VE-tgk baru dilate 3cm.Geram aje masa tu sbb sakit makin kerap,kenapalah baru 3cm?

Call en papa pukul 5:30am-bgtau dah start sakit bersalin.Sempat pesan sama en papa,lepas htr Adeeb ke tadika terus dtg wad,mama rasa mama akan bersalin pagi nanti.Kenapa dok ingatkan Adeeb?Sbb dok teringatkan Adeeb yang ada jamuan akhir tahun kat KFC,Cyberjaya.Dia sgt excited,mama xmo dia terlepas pg jamuan tu!

Tapi skt kontraksi yang sangat kerap,smp tak lepas nak tarik nafas..mama try berjalan keluar wad & xmo duduk mengiring atas katil lagik.Mmg nak berjalan spy cepat dilate fully,smp betul2 diluar bilik prosedur-mama jupe nurse bagitau mama rasa macam nak buang air besar.Sekali lagi nurse melompat,check VE semula.Rupanya dah 7.0cm.Dengan takde apa atas tangan mama masa tu waima sepasang baju baby,nurse ada 2-3 orang tolak mama guna katil ke LR dgn sgt laju.Hp tinggal macam tu aje atas katil,segala menda mmg tinggal macam tu aje.Tawakal ajelah masa tu,time tu tak pikir apa dah sbb sakit makin menggila time tu.

Smp LR mama dioffer gas entonoks-mmg fully bergantung kat situ tiap kali kontraksi menggila sakitnya.6.40am en papa smp ke LR.Nurse call bgtau en papa,mama dah ditolak ke LR.Kemujurannya katil LR tu betul2 mengadap jam dinding.Sempatlah jeling jam masa tu wpun dah tak serupa orang.Serupa sayur aje rasanya masa tu,apa nurse buatpun,mmg redha ajelah!

Proses dilate fully 10cm tu tak amik masa yang lama.Tapi mama yang dibawah pengaruh entonoks masa tu tak rasa urge nak push baby melainkan rasa nak hidu gas tu 24/7.Sampailah ditegur oleh nurse kat situ,ditarik gas entonoks ditangan mama & mula paksa mama utk concentrate push baby out!!!Nangis lagik....

Allahuakhbar!

Mama dah lalui 3x kelahiran bayi & kelahiran yang ini sampai mati pun mama takkan lupa.Sangat sakit..lillahi!

Rasanya dalam 15-20minit mama curik nafas nak push baby.Dengan tangan yang lembik,nak pegang buku lali sendiri pun dah xde tenaga-instead nak pegang buku lali mama dok tarik stokin kat kaki.Memang asik kena marah aje dlm LR tu.Lapar & takde tenaga pun yea jugak,last sekali makan pukul 8pm itupun makan Sosej beli kat tepi jalan sblm ke HPJ.Jenuhlah kena bebel dgn team nurse dlm LR masa tu-tapi kalo tak sebab kena bebel rasanya mama pun mmg x terdaya nak push baby jugak.Sejuta ucapan terima kasih kepada team LR yang bertugas dipagi 16/11/18 tempohari-tak taulah apa jadi tanpa sokongan & moral support kalian.Semoga Allah jua yang membalas jasa baik kalian...

Tepat 7.19am mama selamat melahirkan baby lelaki seberat 3.7kg.Dan inilah rekod peribadi mama,bayi terberat yang pernah mama lahirkan.Berjahit banyak jugak kata nurse & proses jahit yang super sakit.....

Kalo teringat semula memanglah kelakar,punyalah seram nak c-zer sampai kena panic attack.Apapun dgn izin Allah swt,mama dapat elakkan dari proses Induce yang sangat mama takutkan tu.Sakit semulajadi,sakit mmg sakit tapi sakit yang sekejap prosesnya.

Walauapapun,inilah kenangan peribadi mama.Semoga anak ini jadi asbab kemurahan rezeki melimpah ruah,merapatkan kasih sayang keluarga & menjadikan kami mama-papa yang akan berusaha keras lagi untuk memberikan yang terbaik buat semua anak2 kami.Smg anak ini jadi ladang pahala buat kami sbg ibu-ayah.Moga Allah beri izin panjang umur kami berdua membesarkan anak2 smg berjaya,berjasa didunia & akhirat hdknya.

Terima kasih utk seluruh ahli keluarga utk mak & adik beradik terutamanya,sahabat handai yang tak jemu melayan mama waktu mengandung dari start mabuk,mula mengidam nak makan itu-ini,sampailah bersalin ni & utk suami tercinta Rosmadi Abd Manaf yang tak pernah jemu & sangat bersabar melayan kerenah isterinya ini sejak awal mengandung sampailah hari ni.

Tak dapat nak sebut satu2..Semoga Allah SWT sahaja yang mampu membalas setiap kebaikan kalian dgn sebaik2 pembalasan pahala hdknya🙏🏻

Inilah anak bujang kami..Budak siangnya tido,malam berjaga.
Tak tau rupa sapa,rupa mama ke rupa en papa ke..Ramai yang kata macam rupa Abang Adeeb,tapi sbg mama -instinct kuat merasakan serupa muka Kakak Auni masa baby dulu.Dagu lekuk macam Kakak Auni.

Kesayangan kami sekeluarga.
Tak puas lagi dicium2,dipeluk2 lagik.Tgh tido pun kami gomol suh bangun,geram sgt tgk si tembun ni.
Bau wangi baby memang mengundang sangat.

Syukur Alhamdulillah
Rezeki yang paling bermakna
Hadiah hari lahir utk en papa yang ke 39tahun
Anak lelaki ke-2nya
Anak yang lahir selang sehari dari hari lahir papanya!

Super Loves!

#confinementnotes
#mybirthstory
#4thadditiontothefamily


*gambar Affan sebelum dicukur rambutnya

*cukup seminggu kami cukur rambut Affan-amik sunat.


13 November, 2018

Waiting Games has started!

39w 4d
Still no show
Takde turun darah
Takde turun air
Takde sakit melainkan braxton hicks yang mai kejap2

Masih bekerja
Masih memandu sendiri
Masih heret kaki mengadap kerja dipenghujung tahun ni semata2 nak cantikkan skor SKT bagai

Masih buat kerja rumah apa yang larat
Masak sikit2 1-2 jenis lauk
Mengemas sikit2 atas bawah 
Buat mana yang terdaya dek badan ibu mengandung yang sgt sarat ni
Selebihnya mendugong atas katil
Sekarang mmg makin cepat penat
Lelah semacam!

Doakan aku yea kawan2
Khamis ni aku akan masuk wad
Menyerah diri utk IOL
Sebab kandungan kali ni aku ada GDM
Gynae tak bagi post date
Due date aku 16/11
Suka @ tak suka kena jugak ke hospital lusa ni

Semoga Allah permudahkan serba-serbi kali ni!!








09 November, 2018

39 weeks

Sangat mendebarkan berada diminggu ke 39
Berdebar nak bertarung di LR
Berdebar menunggu harinya tiba
Berdebar bila melayan braxton hicks
Berdebar mengingatkan prosedur di LR
Berdebar memikirkan sakit diseluk,sakit kontraksi,sakit dijahit,sakit rengat
Berdebar nak jupe baby baru
Sihatkah dia,sempurnakah anak itu?
Berdebar nak mengadap kerenah baby setelah 5 tahun xde baby kecik utk diulit
Allahu!

Tapi dalam setiap debaran seorang aku
Aku tak sabar menantikan harinya tiba
Bilamana doktor bagitau
You dah fully yea
Boleh try teran tiap kali kontraksi dtg
Tarik nafas dalam2,teran tiap kali rasa sakit datang

Secara fizikalnya aku sgt sarat
Umpama watak dalam cerita Batman si Gemok perut boroi yang jalan terkengkang2 tu
Secara mentalnya aku sgt penat melayan ketidakselesaan aku diminggu2 terakhir
Berjalan sgt ngilu dibawah
Sakit pinggang bagai dihiris2 hidup2
Tido tak senyenyak dahulu
Frequent toilet visit back to back

Aku doa banyak2 pada Allah SWT
Semoga Allah beri kemudahan utk aku bersalin kali ni
Setelah melalui episod pelbagai ragam sepanjang mengandung yang sangat hazabedah

Permudahkan aku kali ni Ya Allah
Jika sebaliknya aku redha
Moga jadi asbab penghapus dosaku yang seluas buih dilautan
Peliharalah anak yang bakal ku lahirkan ini
Moga hadirnya dia menjadi asbab kemurahan rezeki kami sekeluarga,menjadi penaut kasih sayang kami anak beranak & semoga dia membesar menjadi Daie penyebar dakwah islamiah hdknya


Tumpang doakan utk aku jika sudi
Semoga Allah memudahkan semua urusan kita hdknya

Ameen Ya Rabbal Alamin





07 November, 2018

Happy 5th Birthday:Adeeb Ridzqin

Semalam aku order kek & pizza
Konon2 nak celebrate birthday Adeeb
Mmg cadang nak buat awal dan mengambil kesempatan cuti Deepavali sekali
Tumpang sambut birthday kat umah opahnya di Sg Besi
Ada ler abang aku & familynya memeriahkan majlis
Yang lain sumer bz

Ikutkan birthday Adeeb 11-11 ni
Tapi aku dok risau kot dah terbersalin awal
Mana nak tau kan
Aku ni dah nak masuk 39 minggu dah
Anytime anywhere orang kata


*cantikkan kek Adeeb-aku order dengan jiran depan rumah aje.Order pagi buta,ptg dia mai hantar.Deco kek tu si Adeeb yang nak sendiri,faveret dia Captain America tu.Sapa area Puchong:boleh stalk ig cempakacakehouse.Harga sgt berpatutan & sedap plak tu!


*kesayangan aku ni,anak manja yang dah nak jadi abang bila2 masa dari skrg!

Semoga Adeeb jadi anak yang soleh
Berjaya dunia & akhirat hdknya

Mama,Papa,Kak Ain & Kak Auni sayang Adeeb sangat2!



04 November, 2018

Ain @ Pulau Langkawi

Selasa lepas Ain joined rombongan sekolah ke Pulau Langkawi
Dgn kos RM320 
Full-board

Aku & en papa beri keizinan & kami membiaya full expenses Ain ke sana termasuk duit poket dia
Sbg reward setahun dia berpenat lelah mengadap & persediaan exam UPSR & PSRA tempohari

Tapi melepaskan anak sejauh itu
Sgt hiba rasanya hati aku sbg mama
Anaklah katakan!!





Namun suatu masa nanti
Samada aku suka atau tak
Anak ini makin membesar
Dia bakal tinggalkan kami mencari jalan hidupnya sndr

Masa berjalan sepantas kilat
Treasure whatever you has rite now!

Semoga anak ini jadi contoh tauladan buat adik2nya kelak!

Ameen

02 November, 2018

Mumps @ Beguk!

Ini mmg ujian disaat aku menunggu hari nak melahirkan bayi ke-4 ku ini
Pagi ni Adeeb meragam
Menangis2 mengadu sakit
Rupanya kena beguk

Allahu
Rasa kena hempuk dgn batu atas kepala
Aku leh bayang betapa sakitnya yang ditanggung oleh budak berusia 5 tahun ni
Sedih plak rasa:(


Aku pun pelan2 pujuk dia
Siapkan susu dia bg dia minum
Mandikan dia & siapkan dia
Nak bawak ke klinik

Bulan 9 hari tu Kak Auni yang kena
Kali ni Adeeb plak yang tak bernasib baik
Skrg mmg musim mumps yea
Merata dengar parents komplen benda yang sama

Takde ubat spesifik utk mumps
Ubat tahan sakit "ibuprofen"
Pcm utk redakan demam
Sbb usually mumps akan associate dgn demam.
Kalo org dulu kala diorang suh letak nila+cuka


Semoga Allah beri kesembuhan kepada buah hatiku ini
Adeeb memang anak manja aku
Pandai sgt amik hati mamanya
Tak pernah sehari pun dia tak ucap
" Adeeb sayang mama"
Cair hati mama!

Cepat sembuh sayang
Nanti adik baby lahir
Adeeb boleh main sama adik baby yea

Smg doa mama dihari Jumaat ni
Allah sembuhkan cepat2 anak mama sorang ni..


27 October, 2018

37 minggu

Semalam mengadap gynae di HPJ
Sangkut plak kat urine test +2
Lemau weiiii!

Gynae scanned adik baby
Katanya dah 3.2kg
Baby baru start nak engage
Tak nampak gaya akan kuar seminggu lagi
Haruslah menunggu lagi at least 2 minggu
Kalo nasib tak baik sampai ke due lah nampaknya membawa perut ni
Macam abg Adeeb -dulu bersalin ngam2 due date dia
Tapi kali ni disebabkan isu GDM aku
Aku kena masuk wad 15/11 jika takde tanda bersalin lagi
16/11 i/allah akan induce utk bersalin
GDM mommy mmg xleh overdue kata gynae

Ikutkan hati mmg tak laratlah
Aku sgt penat pregnant kali ni
Mmg tak fit langsung
Jalan dah rupa pingu
Perut wpun tak besar mana
Still penat menahan sakit pinggang yang super horror
Braxton hicks makin kerap setiap malam
Mmg asik terbaring macam dugong aku ni sejak dua menjak ni

Semoga Allah permudahkan hdknya
Kelahiran bayiku kali ini
Semoga ada rezeki menyusukan bayi ini selama yang aku mampu
Ameen Ya Rabbal Alamin

*tuan tanah yang membawa perut 37minggu..dah tak rupa orang!

16 October, 2018

35w 3d

Aku start sakit lepas maghrib
Menangis2 sakit
Rasa macam contraction
Dengan beg yg tak packing satu hapa pun lagik
Harap en papa yang packing
Ntah apa2 amiknya
Lantakkan situ
Suami bwk terus ke hospital Putrajaya

Terus duduk dewan bersalin
On CTG yang sgt annoying tu
Mmg ada contraction
Performed VE
Dah 2cm dilated
Nurse cucuk dexa 1 dos
Sakit nak mati rasa!
Selama ni dgr orang kata sakit
Hari ni merasa sendiri
Padankan muka aku

Separuh hati aku taknak bersalin seawal ini
Separuh lagi aku rasa tak sabar nak jupe baby
Tp lebih kepada biarlah baby lama sikit lg dlm perut kurang2 3 minggu lg

Aku risaukan risiko paru2 baby yang belum matang bila dia lahir preterm ni
Lgpun baby baru seberat 2.4kg
Aku rasa tak puas nek heret dia lagi
Tak rasa nak mengandung dah pasni

Ya Allah permudahkan aku hdknya
Berikan pilihan yang terbaik utk aku & bayiku ini
Selamatkan kami dalam perjuangan sakit tanpa sempadan ni
Tiada siapa yang layak kumohon pertolongan selain darimu Ya Allah
Ameen Ya Rabbal Alamin






14 October, 2018

Malang tidak berbau

Jumaat lepas kami sekeluarga dikejutkan dengan berita anak saudara suami yang kemalangan di NKVE
Yang heboh dlm berita & paper baru ni

So aku bercuti temankan suami ke hospital
Mak ayah iaitu abg suami & kak iparnya duduk di Tganu
Kamilah yang paling terdekat since dia dihantar ke PPUM

As usual PPUM mmg tempat horror parking & super duper jem teruk
Lagi2 hari jumaat
Nangis rasa nak menyampai ke sana!
Heret si Adeeb plak tu
Kak Ain masih ada paper last PSRA & Auni ke sekolah-minggu depan nak exam Akhir Tahun.


*gambar 1st day,jaw pecah,paru2 koyak angkara tulang rusuk yang patah mencucuk paru2nya.ditidurkan sebab dia sgt in pain kalo dibiarkan bangun.

Kisahnya dia berhenti tepi jalan nak tolong mangsa kemalangan yang terdahulu & tetiba ada satu treler yg panjang bawak kereta baru selalunya tu-tak perasan agaknya terus langgar diorang ni.Apalagi mmg ngeri,lori langgar org kot.What to expect? kita dok ingat dah inalillah dah..mujur Allah masih beri ihsan pinjamkan nyawanya..Subhanallah!

Sekarang still kat ICU
Bila dah stabil,abg ipar plan nak pindahkan ke HTAA Kuantan katanya
Semoga yang baik2 hdknya

Ameen Ya Rabbal alamin

03 October, 2018

Sahabat!

Bila dah nak 4 series ni
Kadang2 kita teringat zaman remaja kita
Zaman kita belajar dulu
Kawan2 yang menyerikan perjalanan hidup remaja kita
Sekali-sekala berkumpul apa salahnya kan

So Sabtu lepas bertempat di rumah salah seorang kawan lama
Gathering kecik2 kekdahnya
Dari sepatutnya ada 7 orang
Yang dapat hadir hanya 6 orang
Macam aku yang dah beranak pinak
Aku heret anak2 sekali
Rumah member tu kondo
Ada pool
Bolehlah kanak2 berendam sambil mak2 buat sessi membawang





Budak2 berendam dkt 3jam
Aku & the geng berborak smp tak sedar dkt pkl 7pm
Punyalah nak bercerita kisah 14-15 tahun yg lalu
Kelakar bila ingat2 semula

Begitulah masa kan
Sekejap aje meninggalkan kita
Antara kami ni tk tau siapa yang akan pergi dulu
Wallhuallam bissawab

Semoga para sahabat dibawah lindungan Allah swt walau berserak dimana sekalipun
Ameen Ya Rabbal Alamin

24 September, 2018

Mama emo-UPSR 2018





Hari ni hari pertama Kak Ain amik UPSR
Mama bangun awal
Siapkan breakfast kot dia nak makan
Kak Ain pun bangun awal hari ni
Lama dia baca doa pas Subuh tadi
Aku pun bergenang airmata baca doa utk Ain pas Subuh 
Emo sungguh mama ko!

Dalam 6.50am dia nak bertolak ke sekolah sama papanya
Dia salam aku,aku cium dia-mata aku bergenang air mata
Emo mama!
Tgk papa dia peluk dia
Makin emo mama

Besarnya pengharapan kami terhadap anak sulung kami ni
Supaya kejayaan Kak Ain bakal jadi contoh tauladan kepada adik2nya

Tapi kami takdelah stress sgt pada dia
Kita tau usaha dia banyak mana
Aku sndr tak menafikan betapa dia tekun belajar,cuma mungkin ada few subjek mmg dia nampak struggle sikit

Ya Allah permudahkan serba-serbi utk anak kesayangan kami ni
Semoga dia berjaya didunia & akhirat

21 September, 2018

Mini Open House

As usual entry utk clearkan hp space
Lama dok perap
Tak tertaip2 
Punyalah malas!

3 weeks Syawal yang lepas
Aku adaler buat mini open house
Sebenarnya utk kawan2 si Ain
Tiap tahun pun dia jemput kawan2 kelas dia mai beraya

So maknya yang x berapa nak rajin
Buatlah menu yang simple2
Asalkan sedap,bajet tak banyak & mengenyangkan



*tengok pun dah tau kan-mee kari looo


*aku masak jugak cucur udang makan sama sos buatan aku sndr

*agar2 santan yang sgt senang membuatnya!

Kawan2 Ain datang tak seberapa ramai,makanan banyak-aku pun jemput jiran keliling makan sekali.

Jadikler..nak masak beria
Aku x larat sgt
Bukan jenis rajin pun yea jugak

Tgklah kot tahun depan
Rajin nak wat open house besar2an

Ok..next entry plak


20 September, 2018

Bayou Lagoon Melaka

As usual entry nak clear hp space
Aku rasa dalam bulan 3 tahun ni
Aku bawak anak2 bercuti semalam ke Bayou Lagoon Melaka
En papa booked apartment 2 bilik
Jadikler utk lepas gian anak2 nak tido hotel kekdahnya

Aku dah start mabuk masa ni
Tp demi anak2,gagahkan jugakler ke sana
Budak2 seronok sgt main air
Berjam jugak kami melayannya

Layan ajelah gambar2 yg sempat aku snap guna hp aje ni



Abis mandi kolam
Kaki mandi,solat bagai & kuar semula cari makan malam
Takde pun pg cari ikan bakar bagai
Kami hanya pg makan kat kedai Thai yang berdekatan aje sbb anak2 penat mandi kolam
Kalo beria nak cari ikan bakar wajiblah sumer pengsan tido dlm keta nak menyampai ke medan ikan bakar.

Lepas makan-balik hotel
Malam tu mmg a bit horror
Macam2 gangguan yang kami hadap tgh malam tu smp ke pagi
Nak cerita pun seram
Mungkin nasib kami tak baik masa tu

Takmo citerlah kang org lain yang teringin nak pg terbantut plak
Overall percutian singkat kami
Anak2 suka..siap tanya bila nak pegi lagi?


19 September, 2018

Red Wok again & again

Aku mmg peminat Chinese food
Mmg faveret ever afterlah
Suka style masakannya
Yang sedap,simple & yg paling penting halal

Aku selalu akan pegi ke Red Wok kalo tetiba teringin nak makan Chinese Food
Red Wok ni kat Bangi
Boleh waze,senang sgt nak carik.

Dah lama tak pegi sini
Last sekali pegi bulan posa hari ni
Since aku nak clear space kat hp gallery
Meh aku membebel pasal makan sambil melayan ailio meleleh2 tgk gambar makanan yg super sedap tu



*ini faveret aku-siakap steam lemon..sgt sedap smp aku x reti nak explain.mahal sikitlah,ikut gram reganya.Dalam $4.50 segram tapi sgt berbaloi mencubanya!

*tomyam dia pun mmg sgt aku suker..pedas,masam mmg blend sekali.Kalo korang yang jenis sgt fussy ttg rasa tomyam-korang wajib try tomyam kat sini!

*sebelah tomyam tu ialah Chicken Marmite-perghhhhh!!ini mmg menangis bila ko start makan..sedap sgt.Crispy,tender & sweet taste.Anak2 mmg sgt suka menu ni.Kalo order mmg akan order portion sederhana.

Harga bagi aku still mampu bayarlah-sekali sekala belanja keluarga apalah salahnya!
Sederhana & portion acceptable
Tempat makan selesa,parking pun ada jer dkt perkarangan restoran.

Apalagi bolehlah plan bawak family makan sini
Mungkin boleh try menu lain plak
Menu yg aku share kat atas adalah menu wajib aku order selain Mix Vege.

Mak aikhhh tetiba lapor *____*

Nangis!!



18 September, 2018

39th birthday!

Its been a long hiatus
Being preggy & cope with normal routine
Its really take tol of my entire life
Nothing much to bragged
Its my entire plan initially of having a new baby anyway
Lol*

Yesterday remarked that im turning 39th
Nothing special to share
Blessed to still alive ,having my husband & kids around
Most important is being healthy & prioritise whatever needed this time

I am 32weeks heavily preggy rite now
With every 2weeks times prenatal check-up make me a bit tiring & fully occupied
Besides that,my 1st daughter Ain will having UPSR next week,its make me a bit nervous.Apparently I am pretending that I am ok,just to help her to show a bit assurance that mama its okay-mama just dont want to put so many pressure on her.Just let her do her best & pray to Allah that Allah will ease her journey on UPSR & PSRA.

Yesterday,there is no fancy celebration for me.No pressie as well
Being old enough to demand those fancy diva party
We went to KLCC,taking trains from Kg Bharu
Had nasi lemak at Kg Bharu althought im looking forward for having Cheese Naan at RSMY but the restaurant yet to open when we reached there.Frust a bit!
Thanks to pregnancy hormone!!

Paste a few pics for my memories in this blog

And sorry for the low quality piccas
As usual "as long as there is picca"






May Allah grant me a good health,abundance of wealth & happiness with my small family

Nothing much to ask for,as we usually receive more than what we ask
Be grateful & keep spread a positivity!

Till then
Wish me luck!


03 July, 2018

Aidilfitri 2018

AIDILFITRI 2018

 

Dah dekat 2 minggu kita melewati Syawal,hari ni baru akusempat nak taip sesuatu utk blog kesayanganku ini.Sekadar wat kenangan Raya 2018-bila  dah tua nanti bolehlah syok sndr baca blog ni.



Sehari sebelum Raya aku balik ke kampung en papa di Dungun.Bertolak lebih kurang pukul 8am ,lepas sahurmemang aku kerahkan anak2 jangan nak sambung tido plak.Sebab risaukan sangkut jem kat highway nanti.Menangislah en papa.Aku jangan haraplah bab naklayan jem,baik aku membuta aje.Ada gak faedahnya.Kalo naksuh aku drive,biar lepas sengsara jem dulu.Barulah aku senang hati offer tlg drive..Sila bertabah en papa, dengan keadaan perutku yang makin membesar,memandu bukan lagi aktiviti yang menyeronokkan bagi aku.Pressure pada kaki yang mengadap keta manual & backpain yang dah mula terasabila kandunganku masuk ke usia 5 bulan.Nangis!!


W/bagaimanapun suka @ tak suka,pegi keja still kena driving jugak.Sapa plak nak jadi supir kan!!


Sampai ke Dungun dalam pukul 3pm.Unpack,mandi & solatsambil berlunjur kaki.Lepas tu baru ke rumah SIL tolongmemasak untuk berbuka dihari terakhir Ramadhan.Hari tu Ain & Auni tak berpuasa masing2 sebab masing2 cirit-biritsepanjang perjalanan kami dari KL-Dungun,Ntah berapa kali kami singgah toilet gara2 2 beradik ni.Kemujurannya siAdeeb tak kena.Kalo si Adeeb kena lagi haru.Kebetulannyasehari sebelum tu,aku tak memasak lantaran takde bahan pun nak dimasak kat dalam freezer tu.Kami beli aje makan katPasar Ramadhan-as usual aku bab membeli di PARAM nimemanjang tak bernasib baik.Kesian anak2. 



Pagi raya aku makan aje kat rumah SIL sbb kami yang stayed kat rumah arwah MIL/FIL mmg xde masak2 apapun.Apapun bab makan mmg pegi menumpang rumah SIL yang selangsebuah rumah dgn rumah arwah MIL/FIL.SIL hidang ketupatpalas manis style kelate tu,soto & sate.Ko tukang makanjangan komplen banyak,orang bagi makan pun mujur!Lepastu snap gambar sampai lebam,sessi bermaaf-maafan.Paling lawak bila anak2 mintak ampun sama kami berdua sbgmama-papa.Adeeb paling lawak,dia dok meniru aksi dalam upin-ipin tu.



Tahun ni kami sekeluarga beraya dengan tema “Dusty Pink”.Warna ni en papa yang pilih sebab baju raya pertamayang kami beli adalah baju raya en papa jadi nak tak nak kena ikut warna baju melayu dia ler.Nak cerita bab baju rayaaku,Ain & Auni.Aku hantar dekat tailor depan rumah.Akunak balik kg hari Khamis,dia x siap menjahit lagi hari Rabupetang tu.Aku serabut jugaklah sebab duit upah mmg akubayar awal2 supaya senang aku nak standby bajet siap2.Rupanya tgh malam tu baru dia hantar,gantung katdepan grill rumah.Makkk aikhhh..sabor ajelah aku!

Raya pertama memang ½ hari aku pegi beraya rumah sedara-mara en papa yang duduk berdekatan dalam kampong yang sama.2nd raya aku x pegi mana,SIL buat mini open house BBQ bagai.Aku x menolong pun,yang menolong en papa ajelah.Aku dah start backpain,berdiri lama & duduk lama pun jadi kepayahan bagi aku.


* dengan cinta hatiku en papa

*keluarga kecilku
*dengan In law family


Lantaklah orang nak kata apa,aku mmg  tak larat.Umur makin banyak,mengandung bukan satu isu enteng.Macam2 ragam mengandung dilewat usia ni.Jadi relevanlah idea-kalo nak mengandung,biarlah mengandung diusia yang masih muda,bertenaga lagi.Menyesal plak awal2 kawin dulu jarak jauh sangat mengandung.Sebenarnya bukan suka2 jarakkan kehamilan tapi rezeki tak berpihak pada aku.



Dah melencong borak pasal kandungan aku plak..aku kalo leh xmo bercerita sgt ttg kandungan aku kali ni.Dengan mabuk yg dekat 5 bulan baru settle,dgn berita GDM yang aku baru terima sebelum raya hari tu,,buat aku sedikit down!


Cuma minggu lepas aku rasa happy sikit bila Berjaya scan gender baby,insyallah dengan izin & limpah kurniaNYA kami akandikurniakan seorang lagi bayi lelaki.Syukur minallah.Adaler si- Adeeb kawan main bola nanti.Semoga aku kuat melalui ½ lagi perjalanan kandunganku ini,menghadap Puan doctor & misi selang minggu,strict diet & semoga bayi yang bakal lahir sihat serba-serbi dan aku pun dapat melahirkannyadengan mudah hdknya.Say no to INDUCE kekdahnya!Paling seram bab induce ni weiiiiii …



Seterusnya aku x kemana-mana beraya pun melainkankerumah sahabat lama Raihan di pekan Dungun & baliksemula ke KL pada Raya ke-6.Punyalah hambar rasa bila beraya sebelah en papa.Lain rasa kita beraya bila dah takdeorang  tua kan.Wpun suami 7 beradik tapi masing2 dah kawinbelaka makanya masing2 clash dgn gilran beraya bersamamertua masing2.Silalah bertabah!



Begitulah serba ringkas kisah raya tahun ni.Aku beraya seadanya,yang seronok beraya ni anak2 ajelah.Masing2 excited kumpul duit raya.Rezeki anak2 semua tu.Kita mak-pak tukang kira ,tukang simpan aje.



Apapun selamat hari raya semua

Maaf Zahir & Batin Malaysia Baru!!

 

 

 

 

 

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...