Petang semalam tgh hujan2 aku hantar si Putih ke bengkel kawan lama di Setapak Jaya all the way dari Puchong.Walaupun jauh tapi sebab nak save duit RM 1500.00-aku sanggup travel jauh & hari ni sehingga hujung minggu ni aku “carless”.Sila bertabah mama!!
Lepas aku dapat quotation dari bengkel c*** hari tu,so aku terus whatsapp kawan lama aku ni.Dia memang kawan baik,aku kenal dia dari kecik lagi.Aku tanya dia, berapa quotation dia boleh bagi kalo aku nak buat top overhaul & skim head sekali.Dia quote aku paling mahal RM1000,paling murah dia boleh bagi RM800.Dia tak caj aku Upah-mungkin sebab atas dasar kawan lama agaknya.Aku kenal dia ada 27 tahun kot.Giler lama!
Aku harap dapatlah kereta aku disiapkan secepat mungkin ,at least Sabtu ni sebab betapa patahnya kaki aku bila takde kereta ni.Tentang kereta baru,aku takmolah cepat sgt melatah submit loan semata2 kerana ujian kecil ni.Aku rasa nak hadap pakai lagi kereta ni 3-4 tahun lagi.In case aku perlu jugak nak beli kereta aku akan tunggu tahun 2019.Raya 2019 to be exact.Masa tu Kak Ain pun dah tingkatan 1,Auni dah darjah 4 & Adeeb 6 tahun-jadi sangat sesuailah nak tukar kereta yang besar sikit seiring dengan anak2 yang makin membesar.
Loan baru bermaksud komitmen baru-dengan anak yang makin membesar,ekonomi aku & suami yang sama2 makan gaji masih ditakat lama,mengharapkan kenaikan gaji yang basic aje-kadang2 fikir macam takleh lagi nak tambah komitmen lain.Gaji kami suami isteri tak banyak mana-adalah tak sampai 10k kalo gabung gaji bersama.Dengan loan rumah,kereta,personal loan dll buat kami pikir panjang..tunggulah lagi at least setahun lagi.Nak settlekan loan suami semua dalam tempoh setahun & try apply loan kereta pada Mac 2019(kalo aku panjang umur)-ikut jangkaan aku,loan kecik2 yang lain dah settle masa tu.
Ini namanya “delay satisfaction strategy”.W/pun anak2 merengek nak kereta baru,pekakkan telinga mama!Anak2 dah pandai mintak itu-ini,kitalah sebagai mak-ayah yang kena kawal situasi.Kena ajar anak cara bersyukur,at least diorang masih ada kereta yang masih berfungsi dengan baik.Anak2 aku tak rajin berpanas berhujan sejak lahir lagi.Sekali-sekala ajarlah susah sikit.
Sekarang pun kalo takde kereta tak berasa sgt agaknya,berlambak kot Grab/Uber-tinggal order & bayar aje.Yang penting ada duit semua jadi.Area rumah aku pun ada LRT baru aliran Putra Heights-senang sangat kalo takat nak merendek gi KLCC naik tren..hahahah!!
Aku tak tau orang lain,tapi pelan aku untuk free debt 70% berjaya-aku ada 30% untuk settlekan semua o/s.4 tahun lepas aku sangkut dengan kemelut kad kredit & personal loan.Aku tutup semua kad kredit (RHB,SCB & Citibank) aku,aku buat arrangement untuk settlekan tiap satu akaun kad kredit aku.Aku settlekan o/s PL aku.Memang sakit nak settlekan tu tapi apa pilihan yang ada,Mula2 perit hidup takde kad kredit tapi alhamdulillah 4 tahun aku berjaya juga free CC.Untuk bermula memang perit tapi lama-kelamaan alah bisa tegal biasa.So next year,aku ada azam nak tolong suami untuk settlekan kad kreditnya & loan dia yang kecik2 tu.Kalo bukan isteri yang nak tolong suami,siapa lagi kan?Semoga Allah murahkan rezeki kami suami-isteri untuk bayar semua hutang yang ada.
Semalam result naik kelas Ain & Auni dah keluar.Alhamdulillah-Auni dapat maintain kelas 1 baik Sekolah Agama mahupun Sekolah Kebangsaan.Sementara Ain berjaya naik kelas –untuk Sekolah Agama-dari kelas no 3 naik kelas no 2 & untuk Sekolah Kebangsaan dari kelas no 4-dia berjaya jump ke kelas no 2.Ini berita yang mengembirakan buat aku & suami terutamanya bila melibatkan Kak Ain.At least she manage to slot herself into top 3 class.Dia ada tunjuk progress yang baik untuk subjek lain except Maths.Takpe kakak,kita usaha sama2,
Sekarang ni aku busy dengan siapkan hantaran untuk Abang aku yang nak menikah Jumaat depan di Penang.Jenuh aku bermain dengan glue gun,dengan riben,gabus..aishhh macam2..pening kepala jugak nak hadap bekas hantaran ni.Dah ler tak berapa nak kreatif tapi disebabkan aku ni nak membantu dalam segi wang Ringgit tak berapa nak mampu-aku bantulah ikut kapasiti yang aku mampu buat,Doakanlah semoga bekas yang aku gubah cantik hendaknya,
So list to do aku bertambah panjang ;-
1-to ensure kereta aku siap on time Sabtu ni
2-siapkan bekas hantaran paling lewat Ahad ni-hantar rumah mak
3-datang awal rumah mak Ahad ni,ada kenduri doa selamat (tolong mak masak)
4-mula draf list nak beli barang sekolah anak2 (sambil intai tabung ayam yang mana ada)
5-make sure baju jubah Ain/Auni siap sebelum Jumaat minggu depan
6-start packing baju-bajan nak ke Penang Jumaat depan
7-kemas rumah,masukkan kotak buku2 lama Ain/Auni tahun ni untuk recycle
8-settlekan keja pejabat sebelum cuti panjang
9-amik baju aku kat rumah tailor
10-cari kemeja turquoise utk en papa & Adeeb..(bilalah nak tawaf shopping mall x tau)
Apapun wish me luck!
Harapnya aku tak kelam-kabut sangat,buat keja 1 by 1 biar sampai settle
Cepatlah wedding abang ni settle,selagi tak settle-selagi tu lah aku serabut yaa rabbi!
*still x update pasal birthday Adeeb ke 4-pelan2 naaa