Pages

10 June, 2014

1st week vacay-done

Baru sahaja menghabiskan cuti seminggu
Dan minggu ini minggu terakhir bercuti panjang
Sebelum mula kerja semula isnin depan

Cuti bermula dengan short vacay ke Bukit Gambang Resort yang maha ramai Isnin minggu lepas
Seriously tobat nak pegi masa cuti sekolah
Apapun kanak2 yang bertiga sangat seronok berendam


Tapi kami tak bermalam pun di BGRC
Gara2 tak buat early reservation
Harga pakej melambung-lambung
Rupanya booking ke BGRC macam berebut rega tiket AA
Lagi awal kita booked lagi murah harganya
Ok-lesson learnt!!

Jadi selepas puas bermandi manda 
Bertolak ke rumah kakak ipar di Kuantan
Bermalam semalam disitu
Keesokkan harinya
Pulang ke kampung halaman en papa di Dungun
Wpun takde lagi orang tua disitu
Kami tetap pulang macam biasa s/mana serupa macam kedua mertua masih hidup dahulu

Seronoknya balik kampung
Sebab kak ipar rajin melayan kami nak makan itu & ini
Dia jugak mintak aku masakkan gulai ikan patin tempoyak
Siap belikan ikan patin yang besar,siap tolong cuci siang bagai
Aku masak mmg reti
Tapi bab cuci nak hilangkan bau mmg failed!!

Hasilnya sangat sedap!!
Langsung tak berbau
Kata kak ipar dia cuci dengan daun jambu


Resepi-google yea!!

Anak2 aku si Ain &Auni mmg suka balik kg
Almaklumlah ramai sepupu sepapat
Main dari pagi ke malam
Solat sama2
Makan,mandi sama2
Seronok sgt!!


Dan di kampung aku rehat sikit dari mengasuh si Adeeb
Ramai tukang dukung
Tukang bagi mandi
Tukang bagi tido
Nak menyusu aje htr pada mama


Jadi wpun tak kemana-mana
Memang berehat sungguh rasanya

Dan selepas 6 hari
Pulang ke KL
Banyak benda nak buat kat rumah nih
Tapi as usual
Kejaplah..sat lagi lah
Hahhaa!!

Tak puas bergolek dengan anak2
Tak puas bergumpal sama budak2 nih

Ok..masa bersiap
Ada misi jalan2 cari pasal kat Ikea sat lagi
Konon2 nak cari high chair si Adeeb
Hopefully itu aje yang dibeli
Ikea sangat berhantu ok!!



1 comment:

aIEn said...

waahh best nyer g bcuti...
nyum2 sedap tu tempoyak ikan patin =)