15 April, 2026

Kisah 13/4/2026 : Adeeb

Isnin lepas aku MC sebab aku masih sakit mata yang melarat2 dari Jumaat minggu lepas
En Papa bawak ke KK setelah ubat GP tak menjadik
Kata Doktor di KK ,ada kemungkinan ianya allergy reaction
Cuma dah tua2 ni takde plak dalam pengetahuan aku yang aku ni ada allergy kepada apa2
Bak kata Doktor,faktor usia-imun badan tak sekuat dulu

Balik dengan ubat titis mata yang baru & ubat makan.
Sebelum balik,pg try makan kat Kopi Sudin di Cyberjaya yang baru aje heboh dalam Thread
So ini kalo rajin aku post kat separate entry 

Balik rumah relax2,mengadap netflix kat atas
Turun bawah dalam 1pm lebih,tengok Adeeb makan nasi
Adeeb pulak tengah cuti peristiwa sebab sekolahnya ada hari Sukan Sabtu minggu lepas.So memang dia tak bersekolah Isnin lepas.
Kebetulan sebelum ke klinik memang aku dah siap memasak 
Sebab Affan bawak bekal sebelum ke transit

Adeeb bagitau,lepas makan nak pg kedai beli jajan
Kedai rumah kami x jauh mana,masih bolehlah nak berjalan kaki
Sebelum2 ni pun memang kami izinkan aje kalo Adeeb nak ke kedai

Lepas dia jemur baju memang tetiba senyap-maksudnya Adeeb dah pegi ke kedai.
Tup2 dalam pkl 4pm aku terima satu mesej dalam grup kelas Adeeb
Mencari Pn Azlin-jadi aku yakin-mestilah aku kan
Sempat jugak aku check nama ahli grup whatsapp yang lain kot ada yang sama
Aku pun mesej yang bertanya
Sejurus tu seorang ibu menelepon bagitau
Anak aku si Adeeb terlibat kemalangan motor bersama kawannya yakni anaknya

Allahuakhbar,lembik lutut aku dengar
Tak lama selepas itu 
Kami kelam kabut bersiap nak ke hospital Cyberjaya yang terletak kurang 10km dari rumah kami

Adeeb & kawannya dah sampai ke ED 
Adeeb disorong masuk ke Yellow Zone sementara kawannya ditempatkan di Red Zone
Geram,kesian sama banyak kita sbg mak 
Geram sebab dia menipu tak bagitau nak menumpang kawan naik motor
Lokasi kemalangan pulak,dijalan besar
Dan menambahkan rasa geram-tak pakai helmet plak tu

Hampir 7 jam lebih jugak Adeeb di ED
Dari pkl 4pm sampai 11.30pm baru boleh discaj dari ED

Kemujuran takde internal injury,sumer outer injury
Luka sagat kat bahu,kaki & tangan
MC seminggu doktor bagi
So seminggu ni memang Adeeb melayan mak pak dia merepek read:membebel
Memang aku marah betul2 kali ni
Harapnya dengan episod ini dia serik hendaknya,jangan berani2 lagi membonceng kawan atau cuba2 bawak motorsikal selagimana takde lesen lagi.
Cukuplah kami sekeluarga kehilangan anak saudara 8 tahun lepas angkara kemalangan motor
Sakitnya kehilangan tu sampai sekarang masih terasa

Inilah fasa ujian mak pak kan
Dulu masa anak2 ni masih kecik
Kita mengadap isu demam batuk hampir setiap bulan
Dah besar sikit mengadap isu minor injury,jatuh berlari,terhantuk,luka jatuh dsbgnya
Dan besar remaja ni kena mengadap aksi stunt pelik2 macam ni plak.

Sebab itu menjadi mak ayah
Bukan sekadar hanya bagi cukup makan pakai
Tapi nak memahamkan anak itu
Baik buruk sesuatu
Nak provide ilmu dunia akhirat
Ajar anak erti tanggungjawab
Dan yang paling penting 
Misi memanusiakan manusia ni bukan semudah ABC

Tumpang doakan semoga Adeeb cepat sembuh
Jadi anak yang berjaya didunia
Cemerlang di akhirat kelak.

Ini gambar dalam ambulan,kawan Adeeb yang terbaring tu


Baju dah digunting dari dalam ambulan lagi









No comments:

Kisah 13/4/2026 : Adeeb

Isnin lepas aku MC sebab aku masih sakit mata yang melarat2 dari Jumaat minggu lepas En Papa bawak ke KK setelah ubat GP tak menjadik Kata D...