16 July, 2025

PARA THAI RESTAURANT-IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Lama dah kan rasanya aku tak review restoran kan
Kali ni aku nak review satu restoran yang rasanya ada banyak cawangan bersepah kat Klang Valley ni
Untuk mereka yang follow blog ni dari dulu pasti tau aku peminat Thai food sejak dulu lagi
Ada beberapa Thai restoran yang aku suka makan

Last time aku suka makan kat Red Wok Bangi
Malangnya Red Wok tak bertahan angkara Covid 19
Aku sempatlah ke Red Wok bungkus makanan on the very last day that time.
Masih ingat lagi,masa tu Covid-19 tengah meriah readingnya-berpuluh ribu sehari
Tapi sebab last day kan
Gigih tinggal kanak2 tau!
Pegi menapau makanan punya pasai

So kali ni aku nak review restoran ni
Para Thai ni dah 3x aku pegi
Merasa  jugak ke Mitsui outlet jugak sama bff ku Echa

Yang aku nak review ni cawangan IOI City Mall-ni memang dah jadi tempat outing sama anak2 jika cukup korum
Pertama dekat dengan rumah kami
Kedua parking banyak
Ketiga nak makan banyak pilihan
Keempat sebab ada wayang kot
Sebab kami suka tgk wayang reramai walaupun tengok kartun melayan dak Affan aje

Last visit ke IOI bulan lepas cuti Maal Hijrah rasanya,melayan Affan nak tgk wayang kisah Elio
Layankan ajelah,wpun tgk enam beranak tiket wayang beratus jugak

Lepas tengok wayang lapar
Disebabkan ramai umat manusia kat IOI masa tu
Opt makan kat Para Thai ajelah
Wpun still q kat luar tp x lama mana pun

Tetiba rindu anak2 dara-masing2 diasrama skrg

Affan yang fussy makan pun habis sepinggan

Mieng Kham fish with Thai betel,Tomyam Seafood,Telur dadar & meatball soup (kalo x silap)


Masa anniversary dinner tahun lepas-1st time ke Para Thai.

Personal review:-
Taste : 4.5/5.0
Price tag: Reasonable (fine dining rate) 4.0/5.0
Portion: Acceptable 4.0/5.0
Come back again: YES


Sapa2 nak recce menu boleh klik menu Para Thai
Tapi ni price tag dari tahun 2022 -cuma price differ perhaps tak jauh mana.Mungkin RM3-5 kot.Cuma tu lah dah start July kan,x tau kot SST impact makin tinggi plak harganya.Wallahuallam bswb.

So bagi aku,sekali sekala korang nak splurge makan,Tak salah pun.Bukan selalu kita nak makan beria kan.Mungkin untuk special occasion,apalah salahnya tak.

Aku tak tau orang lain tapi bahasa cinta bagi aku adalah eat a good food!
Aku suka belanja anak2 makan sedap2 mengikut kemampuan aku.Sebab aku nak anak2 tau mak pak sentiasa akan berikan yang terbaik untuk anak2.
Anak2 boleh splurge makan minum asalkan x beri mudarat pada kesihatan.

Teringat arwah abah cakap
Jangan berkira soal makan
Suatu hari nanti jatuh sakit 
Makan pun x lalu dah
Sebab tu wpun hidup susah masa kecil dulu,x pernah lagi tak cukup makan.Cumanya takdelah makan ayam hari2 macam anak2 skrg.Wpun menu mak masak simple tetaplah sedap teringat2.

So back to review
Recommended  untuk mereka yang sukakan makanan Thailand
Makanan sedap & tempatnya pun cantik
Bolehlah feeling2 dating walaupun dah berpuluh tahun kawin
Gittewwwww!!










15 July, 2025

R.E.L.A.P.S.E.D

Pagi2 ini aku dikejutkan dengan whatsapp dari abangku yang ke-2
Beliau merupakan pesakit kanser NFC (Nasopharyngeal cancer (NPC) sejak tahun 2020.

Berkahwin & punya 3 orang anak2 yang masih kecil.Yang sulung baru 6 tahun,belum pun masuk sekolah aliran perdana.

Berita pagi tadi menyatakan bahawa abangku relapsed semula kansernya.Pada tahun 2020,stage 3,dan menurut onko IKN macam merebak & pastinya telah berubah ke stage 4.

Sungguhlah aku terpaku membaca kandungan whatsapp tersebut.Aku rasa numb!Aku tak tau ayat apa nak aku karang yang boleh membalut sayu dihati abang atau yang boleh memujuk aku untuk redha.Aku sendiri rasa sedih apatahlagi abangku itu.

Aku yakin ujian Allah swt tiada satu pun yang sia2.Pasti ada hikmah disebaliknya.Kehidupan kita tidak selamanya immortal-suatu masa kita bakal dipanggil balik mengadap ALLAH swt.Tiada sifir yang sihat tidak mati dan juga yang sakit pasti mati.Sebabnya kita sumer bakal jenazah,bakal dipanggil bila waktunya tiba.Tak kira samada kita sedia ataupun tidak.

Aku perlahan2 merasakan bahawa,penyakit hanyalah asbab kematian.Sedangkan kematian itu adalah pasti buat semua yang hidup.

Aku berdoa semoga Allah swt mempermudahkan urusan rawatan buat abangku,dipermudahkan urusan mereka sekeluarga melalui ujian yang maha getir ini.

Insyaallah selagi namanya adik beradik,cubit peha kiri,peha kanan terasa peritnya.Kami akan selalu menyokong,membantu  dengan apa sahaja kemampuan yang ada.Bertahanlah abangku,anak2 masih perlukan ayahnya.








14 July, 2025

Senyum ! Allah kan ada

 

46 tahun-tanpa filter.
Motivasi untuk terus bertahan & berjuang 

Hampir seminggu lamanya
Berulang dr rumah-HUKM
Mak masuk wad
Sepatutnya warded untuk routine endoscopy
At the end-sangkut Oksigen drop plak
Terpaksa on oksigen
Maka endoscopy pun cancel
Terpaksa re-schedule semula selepas usai jupe Cardio nanti

Kali ni Doktor kata macam mak ada lemah jantung
Dah ada TCA dengan cardiology plak lepas ni

Begitulah ye
Makin kita berumur
Bertimpa2 ujian bencana tubuh 
Aku x merungut jaga mak sakit
Tetapi inilah rentetan bencana tubuh yang mak aku lalui satu demi satu 
Kadang2 aku melihatkan ujian mak merupakan ujian & peringatan jugak bagi aku
Ujian rumahtangga jugak dimana disinilah suami teruji dengan kesibukan isteri yang ke hulu-hilir menjalankan tugas  sebagai seorang anak dan dalam masa yang sama memegang takhta sebagai isteri dan ibu jugak.Kemujurannya suami sangat memahami & tak pernah plak merungut tengok wife huru hara ke sana-sini sejak mak jatuh sakit 5 tahun lepas

Hari ini kembali ke pejabat tempat mencari rezeki sebab dah beberapa hari aku EL menguruskan mak.
Lemau jangan cakaplah
Memikirkan kerja bertimbun nak hadap & drama pejabat yang tak berkesudahan
Separuh hati rasa seronok bekerja ada gaji sendiri -boleh beli apapun tanpa mintak approval dari suami.
Tapi separuh hati seronoknya kalo duduk rumah aje-pagi2 bangun buat sarapan,siapkan anak2 ke sekolah-lepas tu boleh pi jogging.Pendek kata menjadi house wife & dalam masa yang sama banyak ME time.
Tapi itulah angan2 tak setara dengan apa yang kena hadap.

Hutang kereta yang berbaki 
Hutang PL yang berbaki 3 tahun
Anak2 sorang pun x habis mengaji lagi
Sungguhlah hidup mengira detik nak peghabis hutang aje setiap hari.

Tak mintak banyak
Semoga aku terus kuat 
Kuat bekerja,kuat berkhidmat jaga keluarga,jaga mak & dimurahkan rezeki nak settlekan hutang untuk ada masa banyak menguruskan mak yang makin uzur
Kekangan hutang sahaja yang menjadikan aku masih bekerja wpun hati meronta2 nak resign & jaga mak.
Sungguhlah ujian sejak aku melangkah kaki ke 40-an tak berenti lagi
Ujian bukan secubit
Jika tak kuat lama dah rebah
Sungguhlah meminjam kekuatan mak
Walaupun diuji satu demi satu
Mak masih kuat bertahan

Allah swt sebaik2 pengaturcara
Berbaik sangkalah dengan aturannya.











02 July, 2025

TRAINING be like!

As usual kadang2 aku kena paksa pegi training 
Ada yang aku volunteer pegi
Ada yang aku memang kena paksa pegi

Semalam & kelmarin aku attend training paksa di Concorde Shah Alam
Aku xdelah kata x suka attend training
Tapi kalo training tu bg input sewajarnya utk aku praktiskan dalam industri atau kerja aku,oklah kan.
Jika x related ttp terpaksa gantikan bos dsbgnya
Memang lemau teruklah aku.
Dah menganga pastu mengantok tahap gaban

Kemujurannya kali ni attend training ditemani seorang lagi staf lain
So takdelah lemau sgt aku kat sana,ada kawan berbual
Aku pi training aku paling suka tang free flow coffee aje
Being coffee lover,free coffee tu sangat best ye
So aku memang overdose coffee kat sana

Cuma training semalam tu
Kami xdpt enjoy buffet kat Melting Pots macam sebelum ni
Jadi x best sgtlah tang makan tu
Sebab buffet spread tak semeriah macam kat kafe
Tapi makan tetap makan
Sekejap2 makan,sumpah heaven!

Marilah layan gambar aneka makanan yang aku sempat snap
Keseluruhannya makanan sedap
Kenyang smp ke malam
Syukur alhamdulillah