Minggu lepas 30/5/2025-2/6/2025 kami sekeluarga keluar JJCM Ipoh-Arau-Kangar
Mengambil kesempatan long weekend kekdahnya
Sempatlah JJCM cara kami
Jumaat dah dkt pkl 5pm baru bertolak dr rumah ke Ipoh
Wpun terperangkap dalam jammed disebabkan keluar rumah sama waktu orang lain kuar kerja makanya dekat 2 jam dr rumah nak menyampai ke Sg Buloh.Amik kaw!
Berenti di Sg Buloh,makan & solat jamak.
Lepas tu sambung perjalanan ke Ipoh,kami menyewa homestay disana
Sampai dalam 10.30pm di Ipoh
Homestay cantik elok,bersih kemas & yang paling penting murah -kami secure harga RM 130 semalam dr Booking.com
Baru perasan bila mencari penginapan tempohari-disebabkan kami ni rakyat jelata ramai (6 beranak) jadi opt paling mudah & selesa adalah menyewa homestay.
Bila tengok ag***:harga sewa semalam let say RM200 ,ada plak additional charges lg (perhaps cleaning fee ) yang berbeza antara satu property dengan property yang lain dan kosnya x murah jugak ye.Ada yang extra RM 150.00 semalam.,
Tp bila dengan Booking.com-harganya RM200-makanya RM200+ Service tax sahaja.Macam baru ni kami hanya bayar RM142.00 (kos sewaan +tax)which is bagi aku quite berbaloi jugak.
So kawan2 yang macam aku-leh try search kat Booking.com untuk cari penginapan yang murah & berbaloi.
Smp homestay anak2 mengaruk nak maggi plak.So masakkan maggi kejap dlm rice cooker.Siapkan makan budak2,naik mandi-solat & tido pengsan.
Esok paginya terlajak Subuh-kejutkan anak2 solat.Dan bersama en papa & Affan kami keluar tapau sarapan.Budak2 yang lain pakat pengsan tido semula lepas solat.
Makan & menunggu anak2 bersiap & kami check out pkl 11am.Terus ke AEON yang berhampiran dengan homestay tu.Sempatlah membeli baju Affan sepasang.Anak2 yang lain katanya x jupe baju yang berkenan.Selamat duit mak ko!
Menyambung perjalanan ke Arau.Dekat pkl 4 perut mula lapar semula.Almaklumlah pagi tu makan light breakfast aje,dan makan roti beli kat Aeon.Pkl 4 mencari makan,en papa exit Sg Dua.Kami makan disitu-ngam2 exit Sg Dua.Ada kedai berderet tepi jalan.Orderlah set nasi,tomyam,ikan,paprik bagai.Amik kaw kena harga RM 145.00.Tutup mata- bayar ajelah!
Lepas makan sambung lagi perjalanan.Berenti lagi kat RNR Gurun-berenti untuk solat Zuhur+Asar.Punyalah ramai manusia-berpeluh2 solat sbb surau pun penuh umat manusia.
Kami meneruskan lagi perjalanan bila azan maghrib berkumandang-sebabnya risau tak tau hala lagik ni.Kami ni menyewa sebuah lagi homestay di Arau.Exit highway-terpaksa masuk jalan kampung yang gelap gelita.Memang berharap dengan lampu kereta ajelah.Aku xleh lah haisshhh jalan macam tu,jadi anxiety teruk sebab aku ni penakut suasana gelap.Sebab tu smp skrg aku tido pun pakai lampu.Mujur waze bertindak cemerlang-kami selamat tiba ke homestay 9.30pm.
Again,masak maggi lagi untuk anak2.Sumer mengaruk lapar sebab last makan pkl 4pm tadi.Huhuhuhu
Tapi malam tu punya penat -tertido awal.Anak2 masih huhahuha lagi dengan papanya.Tapi panas weii walaupun on aircond.Perthlis panas litlit weii..Rengsa jadinya.
Pi godek kipas bilik belakang bawak masuk dlm bilik kami,siap letak atas katil,Hala kat kaki.Barulah boleh tido sampai ke pagi.Again-keesokan paginya subuh gajah lagik.
So bersiap2 sumer,by 9am kami dah keluar rumah.Bersarapan di Warung Teratak Bunda yang viral di TT- makanannya bagi aku biasa2 aje nyah!View ajelah yang stunning- tepi bendang.Tapi kan,aku rasa hype aje lebih.Murah pun x jugak.Breakfast sahaja kami kena RM64.00 which is +- lebih kurang harga sekali makan di Klang Valley jugaklah.
 |
Antara makanan yang kami order-rasanya biasa2 jer nyah! |
 |
Makan sebelah bendang kekdahnya! |
Lepas sarapan kami ke Wang Kelian-look out point yang pada awalnya en papa xmo pg.Sedikit mengamuklah aku,bukan senang kami nak sampai.Wajiblah kesana.Agaknya malas nak dgr wifey membebel-dia bawak lah jugak kesana.
 |
Inilah keluarga kecil kami-bergambar di Wang Kelian |
Turun dari Wang Kelian kami naik ke Padang Besar.Aku rasa x pernah sampai,last time aku smp ke Bukit Kayu Itam aje.Menyopping x ingat.Beli kacanglah,beli beg mengkuanglah,beli kaftan,beli baju blouse,kuali,minyak angin Thailand pun aku borong.Total hangus ada rm350+ kot.Tapi panas weii,sumpah mengelegak rasa kepala sepanjang kat sana.Kemujurannya xde lah smp migrain atau anak2 demam.Alhamdulillah.
Keluar dari Padang Besar-tetiba nampak macam mini petting zoo tepi jalan.Adeeb mengaruk nak berenti.So kami berentilah masuk.Rupanya itu adalah Taman Agrovet Perlis,not a big compound tp oklah tptnya.Ko leh petting kuda kat situ,ada rusa,ada lembu New Zealand.Bdk2 mmg enjoylah.Tiket RM2 ( Dewasa) ,RM1 (Kanak2)Jadiklah kan.Cumanya panaslah weii..garing terus rasa.
Cari masjid sejurus kuar dari situ,Pertama sebab nak cool down,solat & tumpang caj hp.
Lepas tu waze kedai makan.Dah dkt kul 4pm lebih baru lunch pon.Perut serupa roller coaster.
Ntah kedai apa yang kami waze tp literally kedai makan biasa yang terletak ditepi jalan.Jadikler.Janji kenyang & sedap.
Teruskan perjalanan ke 2tpt lagi iaitu Kg Warna-Warni-perkampungan kecil diatas air yang dicat dengan warna-warni.Kena naik motor sewa yang telah diubah-suai.Kami 6 beranak termasuk tukang bawak motor jadi 7 orang naik 1 motor.Rega RM35.00 memusing kampung.Semata2 nak beli Cucur Udang viral.Banyak spot bergambar,aku refuse turun.Reason pertama panas yaa ampon,kedua orang ramai naw.
Lokasi terakhir di situ adalah ke Kg Wai,hajatnya nak naik bot.Tapi again,orang super ramai.Dan aku x kuasa menunggu.So beli makanan ikan,bg Adeeb & Affan bagi makan ikan ajelah.Kemain jinak pulak ikan dalam sungai tu.Banyak plak tu.6 lebih kami gerak ke Kangar,hajatnya nak beli ubat gigi & maggi Ain.Tapau dinner sesiap sebab dah x rasa kaki dah nak berjalan lagi malam tu.
 |
Suasana di Kg Wai-ramainya umat manusia |
Sampai homestay sebelum azan maghrib.Mandi & berehat ajelah malam tu.
Esok paginya check out ,pi sarapan satu lagi restoran viral kat TT.Sumpah tobatlah nak pg cari kedai makan viral dah.Indah kabar dari rupa.Dah ler servis super slow,makanan x sedap,mahal satu hal lagi.Order lontong -dapat 4 bj nasi impit,telur rebus-harga RM9 semangkuk kecil.Lagi mahal dari harga aku makan kat KL.
 |
Selfie sebelum menunggu sejam lebih utk sarapan shj! Tobat lahum...kalo sedap takper jugak Nasi lemak hangit Servis slow Mahal plak tu..hoiii mendidih darah rasa |
Sambung perjalanan balik,singgah di Taiping.Rumah pakNgah aka adik mak.Tumpang makan tengahari & kami ikut WCE highway untuk balik ke KL.Jalan x jem ikut situ cuma highway tu bukanlah highway sepenuhnya sebab separuh highway,separuh lagi jalan kampung.Exit terakhir kami masuk Kuala Selangor.Dari situ nak menyampai ke rumah kami 2 jam lagik.Pitam!
Penat yakmat xleh kata!
9.50pm baru selamat sampai rumah.
Laundry back to back!
Penat tapi puas hati
Duit ringgit yang lebur insyallah boleh carik
Tapi moments spend bersama anak2 takkan berulang kembali
Semoga direzekikan lagi kami sekeluarga berjalan2 lagi sementara kami suami isteri masih sihat
KOS LEBUR versi marhaen macam kami
Kami tak naik keta besar jadi kos minyak kereta adalah jimat
Makan pun bukanlah kat kafe
So kos lebur bagi aku agak berpatutanlah
Cumanya jika aku x menyopping bagai kat Padang Besar,aku rasa leh jimat lagik.
Tapi aku rasa bukan selalupun aku bershopping kan
Jadi kali ni bagi aku "acceptable"
Ok mana next journey kami
Plan nak berjalan lagi hujung tahun ni
KK ke?
Mai kira tabung ayam dulu!