01 December, 2025

Jangan ajarkan aku tentang SABAR :(



Mak warded semula tengah malam tadi di HUKM
As usual kes yang sama berulang lagik
Mak sesak nafas-kalo terma medicalnya-diagnosis yang ditulis di admission sheet
BP Emergency

Apa terjadi dengan mak
Kes yang sama berulang kembali bilamana dia gagal mengawal pengambilan air terutamanya pada hari Sabtu/Ahad dimana kedua-dua hari ini beliau takde dialisis
Bilamana takde dialisis mmg kena careful betul menguruskan air minum mak
Masalah dengan mak adalah susah atau taknak dengar nasihat langsung
Jadi bila air terlebih-bloated & of coz mak akan jadi sesak nafas

Aku redhalah dengan ujian jaga mak yang sakit
Ujian mendidik aku sabar
Ujian inilah beri kekuatan luar biasa

Aku tak mintak simpati orang
Aku hanya berdoa semoga Allah swt tulis takdir terbaik buat kami sekeluarga
Dan beri sebaik2 ganjaran kebaikan atas apa jua susah payah yang sedang dan bakal kami lalui.

Bekerja sepenuh masa
Yang ketiadaan aku dipejabat akan jadi banyak isu sebagai orang yang bekerja stand alone-ramai yang mengandalkan aku di pejabat.Menjadi strong pillar dalam organisasi memungkinkan aku untuk EL dari hari ke hari.
Kadang2 suka atau tak suka,terpaksa meninggalkan mak di hospital & aku perlu pegi bekerja.
Balik kerja terpaksa siapkan makan -minum anak2 dirumah,barulah ke hospital.
Smp di wad-bateri aku wajib tggl 40% malahan mungkin lampunya berkelip2 tinggal mintak nyawa.
Sekadar menjalankan t/jawab sbg anak w/pun jauh disudut hati geramnya terpaksa melalui episod yang sama saban bulan.
Menemankan mak tido dilantai beku di wad
Keesokkan paginya wajib sebelum subuh berlari dalam gelap  meninggalkan mak,aku masih ada anak2 kecik yang masih bersekolah perlukan figura mamanya di waktu pagi.Sekaligus aku perlu bersiap masuk pejabat semula.
Tido takkan pernah cukup diwad,2-3 jam max dah memadai untuk cas bateri.

Sungguhlah jangan bicara dengan ku tentang erti SABAR
Sebab SABAR aku pasti tak sama definisi dengan SABAR yang kau maksudkan.
Jangan sabarkan aku
Tapi berdoalah untukku
Semoga aku KUAT bertahan sebagai anak
Semoga aku terus TAAT melayani pintu syurga nan satu.

Suatu hari nanti
Jika mak pergi di jemput Allah swt
Sekurang2nya aku tahu didunia ini aku telah melakukan semampuku
Jadi anak yang berusaha berbakti
Dan jadi role model bagi anak2 ku yang sedang melihat ibunya yang huru-hara ketika ini.
Bahawa menjaga ibu itu wajib hukumnya
Kerana ibu itu hanya seorang  didunia
Betapa susah payahnya dia membesarkan kita

Cuma aku berdoa sgt2
Semoga tiada anak2ku yang akan melalui seperti apa yang sedang aku lalui sekarang.
Cukuplah kitarannya sampai aku sahaja.
Semoga satu saat aku sakit tenat-ajalku hadir sejurus itu
Anak2 itu ada jalan hidup mereka masing2
Biarkan mereka menjalani hidup mereka tanpa perlu susah payah menjaga kami suami isteri.
Kerana menjaga orang tua sakit tak semudah menyebutnya
Ada urusan hati yang perlu diuruskan
Sungguhlah syurga Allah itu mahal maharnya

Kuatlah semua anak2 yang sedang diuji 
Jaga orang tua yang sedang sakit
Kita akan kuat melalui fasa perit ini
Dan kita lebih kuat dari yang kita bayangkan.

Ingatlah ayat Al Quran surah Al-Insyirah
Yakinlah ada kemudahan pada setiap kesulitan:)


dan Allah swt janji
Tiada ujianNYA diluar kemampuan kita

Kuat ye!!







28 November, 2025

Jayyid untuk Adeeb :)

Semalam selamat menerima result PSRA Adeeb
Wpun bukan MUMTAZ tetaplah bersyukur dengan result JAYYID yang dia terima.
2 subjek dapat Jayyid Jiddan
2 subjek dapat Jayyid
1 subjek dapat Maqbul
Expected & kami raikan Adeeb malam tadi,belanja dia makan western favorite dia

Rabu lepas Adeeb terima 2 anugerah Koko & PAJSK cemerlang dari  SK-nya.Baru mama perasan Adeeb dah tinggi & handsome dah anak mama :)

Tapi mama a bit emo
Sebab dia berharap sgt dapat ke SAM
Mama cakap,takyahlah kita letak harapan tinggi sangat
Mumtaz kat Selangor ni aje ada 11k candidates

Takkanlah pemilihan SAM nak ketepikan 11k terbaik nak slot kamu yang hanya dapat Jayyid ni.
Memang harsh true-tapi itulah dunia nak,takde satu pun yang akan berpihak pada kita pada setiap waktu.Lebih ramai diluar sana yang lebih baik daripada kita.

Tapi mama akan tetap lengkapkan permohonan SAM esok lusa.
Sebagai cara kita untuk memasuki sistem permohonan
Dapat x dapat belakang cerita
Sekurang2 kita dah berusaha bahagian kita
Kalo ada butang rayuan kita hantar rayuan
Jika ditolak sekalipun,kita sudah berusaha & selebihnya tawakal dengan rezeki ketentuan Allah swt.

Pengesahan penempatan SM Harian kami dah berjaya buat semalam.Masih berkira2 lagi sebenarnya tapi macam aku cakap,kita suka berlari buat keputusan di garisan penamat @ masa2 terakhir yang ada.Kita masih ada ruang untuk berkira2 & buat persiapan seadanya.Jika ke SM Kiblah pilihan terbaik,sediakan duit ringgit-insyaallah segalanya jadi mudah bila ada duit.Persiapan ke SM Harian,setakat nak settlekan buku2 yuran-pun x susah sgt.Cuma jadi serabut cari van sekolah ajelah.

So back to square mama
Do whatever it takes
Apapun rezeki anak kami
Sudah termaktub sejak awal lagi

Apapun tahniah Adeeb
Mama & Papa tau Adeeb struggle
Dan Adeeb dah berusaha
Semoga Allah swt permudahkan urusan Adeeb memasuki SM tahun depan,berusaha gigih untuk berjaya dan yang paling penting start early,Adeeb kena fokus belajar dari awal untuk SM supaya tak jauh ketinggalan.





26 November, 2025

Kisah memilih Sekolah untuk Adeeb

3-4 minggu ni memang fokus kami suami isteri adalah memastikan Adeeb menghadiri ujian kemasukan 2 sekolah menengah agama swasta yang kami pilih untuk Adeeb melanjutkan pelajarannya di Tingkatan 1 tahun depan.

Adeeb sebagaimana aku pernah sebut,dia bukan straight A' s student.
Pendek kata Adeeb student yang sederhana sahaja pencapaiannya.

Jadi memang SBP bukanlah untuk calon seperti Adeeb.Jauh sangat ketinggalan.
Tapi aku & suami nak dia masuk sekolah agama  berasrama.Kami tak memilih aliran Tahfiz untuk Adeeb sebab kita faham kemampuan dia macammana.Aku hanya apply SMA basic sahaja.Yang akan amik STAM Form 4 nanti.

Aku melihatkan pilihan menempatkan Adeeb di SM Harian di kawasan rumah kami sebagai pilihan terakhir.
Bukan x percaya keupayaan sekolah mendidik anak2 kami ttp tak percaya Adeeb boleh jaga diri,terlalu ramai dalam satu kelas menjangkau 50-55 orang sekelas & aku sendiri risau dengan budaya SMK dikawasan rumah kami ni.SMK hanya ada  sebuah disini & dikongsi beberapa taman.Bayangkan dikawasan perumahan kami,SK sahaja ada 2 sekolah yang  berbeza & mereka yang akan menyambung pengajian Tingkatan 1 akan berkumpul di 1 buah sekolah yang sama.

Belum bab vaping selamba xde segan silu.Melepak kedai mamak bercampur gaul.
Merempit naik motor tak mengira jantina.
Sungguhlah aku seram melihat budaya macam tu.

Aku takut sbg ibu,aku takut anak2 aku terpengaruh dengan gejala sosial yang tak terjangkau dek akal skrg.Jadi aku & suami mmg plan untuk cari opt Sekolah Agama Swasta untuk Adeeb.Tempohari Adeeb dah menjalani Ujian Pemilihan di Ibn Khaldun-malangnya gagal dalam pemilihan.

Semalam Adeeb attend Ujian Pemilihan di SM Kiblah yang terletak di Mukim Sepang,alhamdulillah kali ni Adeeb berjaya menempatkan dirinya.Maknya emo,walaupun sekolah tu bagus,x jauh mana dr umah kami tp tetaplah mak emo.Adeeb anak mama,memang manja mama.Pandai amik hati,foodies macam mama.Membayangkan nak meninggalkan dia diasrama pun maknya dah emo teruk!

Esok insyaallah result PSRA akan keluar,dan aku mmg dah redha apapun result Adeeb produce.Esok barulah boleh aku lengkapkan permohonan SAM Jais untuk Adeeb.Memang mengharap benar kalo Adeeb ada rezeki ke SAM,Tp tetaplah aku faham bahawa peluang sangat tipis jika melihatkan betapa ramainya permohonan dari calon2 seluruh Selangor & membayangkan betapa susahnya nak tembus-aku redha & berserah ajelah.Mana nak tau ada rezeki kan..

Beza utama selain kapasiti pelajar adalah jurang Yuran/Kos.Dari segi yurannya -masih dalam kemampuan kami untuk adakan.Tapi jika dapat sekolah JAIS alangkah lebih baik.Sebab duit RM750.00 sebulan tu kami boleh saving untuk Auni yang akan sambung Uni 2027 nanti.Anak2 kami sorang pun x lepas lg.Memikirkan 5 tahun ke depan,sungguhlah susah hati jugak.

Ntahlah,berbelah bahagi jadinya.Tapi tetaplah kami berdoa angkat tangan,semoga Allah swt lorongkan & luaskan rezeki yang tak disangka-sangka buat kami sekeluarga.

Untuk mereka yang komen,dah berkira2 soal duit-opt lah sekolah harian.Aku x kisah orang nak mengata apapun,Yang penting urusan menyekolahkan anak2 ni,seumur hidup tak pernah lagi kami tadah tangan mintak duit kat orang.Anak2 elok disekolahkan sehingga peringkat tinggi.Cumanya entry ni adalah self rant aku sbg mak yang berkira2 itu & ini.

Aku bukan berada dalam kelompok ibubapa yang bebas memilih sebab kemampuan kami terbatas,kemampuan anak kami jugak terhad.Jadi apapun caturan penempatan Sekolah Menengah anak2 memang jadi isu utama kami suami isteri.Biar rigid memilih dari berputih mata esok hari.

Again,pendapat aku tak mewakili semua.Ini pendapat peribadi,anak2 selagimana kita leh kepung.Kepunglah kuat2 anak2 kita wahai mak pak.Anak2 tak lama dengan kita,diusia masih muda inilah kita kena usaha kepung dia dengan persekitaran yang baik,letak dia dalam circle terbaik,membina rutin yang membentuk sahsiah anak dan yang paling utama kemahuan dia untuk dibentuk.

Tumpang doakan yang terbaik buat anak kami & jugak kami sbg mak pak.Sungguhlah,libang libu rasa.Allah swt sahaja yang tau,bukan mudah jadi mak pak.Kerana mak pak ni selain bertugas membesarkan anak2,kita bertugas untuk menyediakan anak2 untuk masa depannya.Sungguhlah Ya Allah,bantu kami mengalas tanggungjawab besar ini.Semoga anak2 kami berjaya dunia & cemerlang diakhirat kelak.










24 November, 2025

Makan2 meraikan November babies :Red Card Cafe,Bangi

Jumaat minggu lepas cukuplah korum kami 6 beranak.
Ain & Auni balik serentak hari Rabu & Khamis.
Maka kami amik kesempatan pegi makan2 sempena meraikan papanya budak2 ni,Adeeb & Affan sekali.

Pada mulanya aku berhasrat nak ke TGIF @ Chillis.
Tapi pikir2 punya pikir setelah aku compare price tags masing2 & memikirkan en papa yang super particular pasal Halal certification bagai.
Dan aku nak mengelakkan cerita2 tak diingini maka aku opt kedai local ajelah.
Aku konar ke Bangi.
Since aku banyak baca review hebat kebabom ttg Red Card Cafe yang terletak di Bangi.
Bila aku recce menu2nya,bagi aku not badlah.Banyak pilihan menu yang ada.
Price wise & yang paling penting x jauh mana

Restoran penuh,dan kami terpaksa naik tingkat atas.Takdelah instagrammable view pun tptnya kalo dibahagian atas.Which is aku rasa owner kena investlah sikit tang ni.
Kebanyakan orang pegi makan benda mahal sekali sekala ni usually datang nak celebrate apa2.Kan best kalo ada spot bergambar cantik2.
Tapi jadiklah,ada jugak meja nak makan kan.
Affan sedikit rebel sebab otw ke Bangi ,dia dah tertido
Jenuh aku memujuknya,siap bawak naik bantal.
Almaklumlah,dia balik sekolah petang tu
Pas maghrib omaknya dah heret ke Bangi

Tapi aku puji bab makanan sumer sedap ditekak aku.
Affan as usual order pasta alfredo
Adeeb dan lamb chop
Auni & chicken chop
Ain & Aglio Seafood yang bagi aku mmg sedap
Aku & husband kongsi sirloin steak
Tambah order Tiramisu & brownies
Bdk2 makan berebut

Ada few gambar yang sempat aku amik
Kebanyakannya makan sampai terlupa nak snap pun


Chicken chop Auni rasa kepci

Spaghetti Aglio Seafood Ain paling sedap


Bersama cinta hati :)
As usual Affan off frame- sedang rebel

Sirloin steak kongsi sama husband

Mujur rebel Affan tak berlarutan-nampak x heret bantal bawak naik restoran tu


Kesimpulannya aku suka makan kat situ
Good taste & price wise
Parking ada w/pun kena memusing 2 round
Portion acceptable
Next time patut repeat lagi
Sebab banyak aje menu yang leh try rasa

Kos lebur dalam RM251.40 malam tu
En Papa yang belanja
Alhamdulillah

Semoga direzekikan lagi nikmat berkumpul bersama anak2 lagi lepas ni
Dah tua2 ni,memang menunggu anak2 bercuti untuk pg makan & outing sama2.
Seronok bila anak2 dah start membesar,mereka umpama kawan kami dah.
Bukan lagi anak kecik yang perlu kami heret susu botol lagi,atau pampers
Mengelolakan anak2 di usia mereka begini
Bukanlah bahagian nak ensure dia behave
Tapi mengajar anak2 bab menepati dan menghormati masa 
Bab bersiap anak2 dara buat mama migrain
Lama kemain!
Haduiiii

Anak2 dara dah balik ke asrama masing2
Auni balik Sabtu & Ain balik semalam
Sunyi baliklah rumah kami
Sungguhlah anak2 itu penghibur kami

Semoga dilindungi sumer anak2 kami walau dimana berada
Ameen Yaa Rabbal Alamin

20 November, 2025

SELAMAT BERGRADUASI TAHUN 6:ADEEB RIDZQIN

Syukur alhamdulillah
Hari ni anak ke-3 kami Adeeb Ridzqin
Selamat bergraduasi Tahun 6
Macam x percaya Adeeb nak naik Form 1 tahun depan

Hari ni memang takde jemputan ibubapa untuk meraikan graduasi anak2 ini
Tetapi papanya merupakan guru sekolah
Maka Adeeb ditemani papanyalah tadi

Pagi ni Adeeb sarung semula baju raya lepas
Papanya yang menyiapkan dia pagi tadi
Siap bersampin bagai
Semalam papanya dah bawak pg barber-gunting rambut
Ntahapapa pesennya rambut budak2 sekarang
Mak ko punyalah tahan mulut dari mengomen
Tapi pelik betul tengok pesen rambut tebal kat tengah2
Geram aje menengoknya

Apapun mama papa doakan yang terbaik  bukan sahaja buat Adeeb tetapi semua anak2 kami
Semoga dipermudahkan urusan Adeeb naik F1 tahun depan
Sekolah apapun mama xde high expectation
Yang penting kena elok bersekolah
Kelengkapan sekolah kena cukup
Baju2,kasut sekolah,buku2 dan yuran kena settle secepat mungkin

Bersekolah diasrama penuh-mustahillah sebab kami tak memohon pun untuk Adeeb
Apply SAM JAIS- masih tertakluk kepada result akhir PSRA
Apply SM Swasta tengoklah mana yang sangkut
Apapun pilihan yang ada
Yang penting kena terus bersekolah & berazam untuk pulun belajar sehinggalah habis SPM

Tak sangka Adeeb dah besar sekarang.Dulu jadi anak manja mama,Mama smp skrg panggil dia Weeyoo..Ntah kenapa terlekat nama tu.


Budak bertuah ni:)


Teruslah mengorak langkah anakku
Teruslah kerja keras mencari ilmu
Mama nak anak2 mama tamat belajar
Benchmark: ada Ijazah Sarjana Muda sekurang2nya
Beza orang berilmu dengan tidak berilmu
Tiada lain selain
Cara berfikir






18 November, 2025

Kematian itu tak cepat dan lewat walau SESAAT

Sabtu lepas ketika aku baru smp di Restoran MAHBUB
Aku menerima whatsapp dari kawan
Membaca perkhabaran kematian sahabat lama
Yang sedang on company trip ke Da Nang Vietnam

Sungguhlah..terkejut membacanya
Meninggal ketika sedang bercuti 
Kebetulan anak2 ikut berjalan sama join company trip
Kawan ni merupakan ibu tunggal yang membesarkan 4 orang anak2 bersendirian setelah arwah suaminya meninggal dunia beberapa tahun sebelum ini akibat sakit jantung.
Kemujurannya anak2 besar belaka dah,yang bongsu mungkin dah berumur 22 tahun

Yang menambahkan sedih & sayu
Urusan membawa pulang jenazah ke tanahair bukan semudah bawak beg baju check in luggage ye
Ini melibatkan urusan rasmi/permit dengan kedutaan Malaysia di Vitenam  dan mengambil masa 3 hari lamanya,jenazah perlu melalui proses embalming dan pengawetan sebelum jenazah dibenarkan masuk cargo pesawat.Embalming ni proses mengeluarkan cecair dari mayat,ini diperlukan bagi memastikan tiada bau yang kurang enak ketika dalam perjalanan jauh.Boleh google,even ada Youtube yang share grafik cara dan proses embalming ni dijalankan.

Sungguhlah,kematian itu selalu menginsafkan
Tapi siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah swt yang satu ini

Semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa arwah,diberi kemudahan untuk urusan pengebumiannya dan yang paling utama diberi kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang sedang berdukacita menerima perkhabaran mendadak begini.

Jika takde aral,jenazah akan tiba di Malaysia pada esok hari anggaran pukul 7.45pm.Disolatkan di Masjid Senawang & insyaallah akan dikebumikan jugak pada esok malamnya.Insyaallah,Lin akan datang ziarah Kak Nor yang baik budi.

Arwah Kak Nor pakai baju merah,baru 50 tahun umurnya 




17 November, 2025

Birthday staycation di M World Hotel,Petaling Jaya.

Bulan November merupakan bulan kelahiran ketiga-tiga lelaki dalam rumah kami.
Adeeb lahir pada 11-11-2013,en Papa lahir pada 15-11-1979 & Affan lahir pada 16-11-2018
Setiap tahun memang kami akan sambut sekali harunglah untuk ketiga-tiga mereka.

Tahun ni since mak masih warded xleh lah berjalan jauh
Kebetulan dari bulan lepas lagi aku dah booked nak staycation kat hotel since anak2 suka mandi kolam renang,dan konon2 aku teringin jugak nak merasa tido semalam kat Hotel M WORLD ni since tahun lepas aku merasa g training Taxation kat situ.
Macam menariklah,sebab walking distance aje ke One Utama.

So lepas habis shif aku jaga mak malam Sabtu tu-aku pun balik umah packing kain baju.Nak g semalam aje pun jadi packing apa adanya aje.

Aku persetankan aje apa orang kata,konon tinggal mak sakit kat hospital g berjimba2.
Aku malas nak bertekak dengan orang yang x pandang cermin ni.
Lantaklah orang kata apa,mak bukan ditinggalkan sorang2 dalam rumah.Dia ditinggalkan diwad & aku bukan satu-satunya anak mak.Dia ada 7 orang anak yang lain.Aku ada masa memang x kuasa nak jadi people pleaser.Aku buat keras hati aku,family aku tetap memerlukan aku & family aku adalah priority aku yang paling utama.Penat dah jadi orang yang sentiasa beralah.

Sebelum ke hotel,aku & suami bawak anak2 makan Nasi Beriani kat MAHBUB.Sedap kemain makannya.Tak hairanlah hype betul kedai MAHBUB ni.Parking aje seksa,terpaksa parking kat Bangsar Village sebab 3x pusing still x jupe parking on site.

Muka ada senyum dapat makan nasi beriani Mahbub yang super sedap!

Licin-licau makan nasi beriani Mahbub!


Lepas makan kami terus check in hotel.Alhamdulillah,puas hati dengan bilik wpun aku booked bilik termurah disitu.Tapi bagi aku habis mewah dah.

awwww!
Welcome gift-habis sumer Adeeb sesah!


Kemain posing!

3 birthday boy yang diraikan


Affan dah merengek nak mandi kolam,so pujuk dia tunggu solat Asar dulu baru turun kolam.Elok lepas Asar hujan plak weii..mengaruklah budak tu.
Pujuk lagi,ajak jalan ke One Utama.

Masuk2 aje OU jupe plak kedai mainan ni.Kemain beranganlah dak Affan

Tapi as usual aku memang x berapa gemor masuk mall jika waktu petang,weekend plak tu
Ramai betul umat manusia
Aku sejenis kalo nak g mall wajib awal2 pagi 
So aku memang x de nak beli apapun
Killing time aje
Adeeb nak cookies,maka pi beli cookies
Minum2 kat cafe & tapau dinner sesiap bawak balik hotel
Sebab malas nak kuar kemana dah malam tu

Balik hotel,paksa anak2 mandi & masing2 mengejar solat Maghrib
Anak2 makan & melayan tv.tablet.
Ntah masa mana terlelap tido smp ke pagi.

Esok paginya,bangun mandi solat Subuh
Ready untuk breakfast buffet
Alhamdulillah kenyang makan
Macam2 benda try makan
Kopi beround2,Adeeb pulunlah makan yogurt
Suka sgt dia.
Affan as usual-dia bukan foodies
Makan pun macam kena dera


Pilih meja tengah2 supaya leh mobile bergerak ke kaunter kiri kanan,depan belakang.

Omelette dan buffet breakfast bagai air dan tebing.
Free flow latte anyones!

Lagi satu staple food buffet breakfast-cereal & choices of milk.



Lepas sarapan seperti yang dijanjikan dengan Adeeb & Affan adalah mandi kolam
Infinity pool terletak di tingkat 15
Besar jugaklah poolnya tapi pool kanak2 taklah semeriah pool tempat lain.Lantaklah haiii..janji budak2 seronok berendam.
Merasalah masing2 berkuak lentang 2.5jam.Itupun kami paksa naik,jika tak paksa mana mahu nak naik.

Kemain berendam!
Pool kanak2 terletak di wing kanan & kiri.In the middle pool dewasa.
Muka mak yang terpaksa menunggu!

Kerusi menunggu anak2 berendam


Pkl 11.30am kami check out & singgah di IOI Puchong
Sebab Affan nak makan The Chicken Rice Shop
Since semalam birthday dia
Maka kami turutkanlah apa mahunya wpun mak pak dia dah jemu mengadap nasi ayam semedang

Apapun wpun duit habis tapi seronok jugak sekali sekala spend duit merasa hospitality.
Merasa jadi orka ,dilayan dengan baik 
Betullah pengalaman mahal mungkin dikira dengan wang ringgit
Tapi kenangan akan tersimpan selamanya.

Ada rezeki bawak anak2 dara 2 orang tu sekali berjalan
Kebetulan budak2 x balik bercuti maka pg ajelah dgn the boys yang ada kat umah.

Apapun itulah kisah staycation kami yang singkat
Tapi cukup beri impak buat diri aku
Aku rasa relax setelah penat betul aku seminggu dua ni.
Aku tak tau bila last sekali aku rasa betul2 berehat
Berada dikasutku yang memegang banyak profil dalam satu masa bukan kaleng2.
Selain ibu,isteri,anak aka caregiver & juga pekerja sepenuh masa.
Sungguh tak semudah menyebutnya.

Semoga diberi rezeki & kesempatan lain bawak anak2 berjalan tempat lain plak.
Insyaallah.






12 November, 2025

Drama ED Hospital Cyberjaya :10/11/2025

Drama aku & ED (read: Emergency Department) bagaikan  seiring sejalan dengan jalur kehidupan aku sejak 5 tahun yang lepas
Setiap bulan dramanya berbeza-beza
Walaupun wataknya mungkin sama
Tapi drama bersilih ganti dari segi lokasi,kesakitan dan mahupun mereka yang perlu aku berurusan

Aku selalu berdoa setiap hujung bulan
Janganlah aku melayan drama ED bulan depan
Tapi betullah orang kata
Benda yang kita tak naklah itu yang kita akan hadap

Semalam hari dialisis mak 
As usual dihantar ke Centre seperti biasa
Tak sampai 1/2 jam Centre telefon mengatakan fistula mak bleeding dan oksigen mak drop ke 60%
Centre call ambulan & mak dibawa ke Hospital Cyberjaya yang kemujurannya kurang 5km dari rumah kami.

Ntah kenapa slow betul emergency response di ED
Kes mak ni sebenarnya clear cut 
Fistula problem & x leh dialisis
Mak plak dah lapsed 2 hr dialisis jadi air bertakung dalam badan-maksudnya memang air penuh dalam paru2
Bila begitu of coz BP pun akan melambung tinggi
Tapi disebabkan Hosp Cyberjaya xde nefro,diorang terpaksa hold mak lama sehinggalah dapat feedback Nefro Serdang.
Masyaallah..dari Yellow Zone ke Red Zone,Mak yang dipuasakan,on CPAP machine,bayangkan rebel dia macammana.
Mak smp mengamuk sebab dia haus nak minum air,sedangkan ED x bg minum lgsg.Just imagine 12 jam xleh minum,kesian kan.

Mak on CPAP machine-masa ni masih di ED Red Zone

Aku serupa nak naik hantu jugak sebab super lama nak tunggu diorang nak uruskan HD mak.Emo tak tau nak katalah,kita ni melihatkan mak kita yang suffer depan mata.Sungguhlah,sedih weii.

10.40pm baru start dialisis di Wad.Kali ni terpaksa gunakan port baru yang ditebuk di peha.Aku menemankan mak sepanjang tempoh dialisis tu,mujurlah masa dialisis tu aku berjaya bagi mak minum sikit.Kesian sgt takleh minum air.Bila dapat minum,barulah nampak mak sedikit tenang.

Tp semalaman di wad memang xleh lelap pun,purata aku dapat tidor mgkn dalam 2 jam.Memang barailah sikit.Aku hanya balik pkl 10 am semalam itupun lepas tunggu doktor round ward,mak pun dah siap makan,sponging apa patut.

Aku apply 1/2 day & masuk opis tengahari semalam.Balik dr hospital,aku tido 1.5jam dan masuk opis 12.30tghr.Keja berlambak2 nak hadap,suka ke tak suka.Makan gaji bermaksud datang dengan tanggungjawab yang diamanahkan.Jadi buatlah kerja & jangan menyusahkan orang lain.

Malam tadi  aku  suruh paksa kakak tolong jagakan mak.Bila tak tido dengan elok,memang otak xleh function betul.Weng kepala jangan cakaplah.Alhamdulillah,semalam menguruskan anak2,sempat masak rendang ayam untuk Auni yang bertolak balik asramanya td pkl 9.30am.

Selamat dah naik bas dr TBS pagi ni.


Cerita Auni ni,Ahad lepas kami pg balik hari Puchong-Kuala Berang-Puchong semata2 Auni demam dah 5 hari.Wpun mengadap rebel cikgu PKHEM-nya,lantak situlah.Tetaplah aku nak bawak balik anak,biar sakit demam mak pak ko jaga depan mata.

Dah memusing bercerita plak ttg Auni plak.Apapun semoga drama di Hospital Cyberjaya ni tak melarat2.Berharap semoga esok mak dah boleh discaj hendaknya dari hospital.

Malam ni aku sambung menjaga mak di wad semula.Balik keja uruskan anak2 dahulu,uruskan kain baju mana yang patut barulah boleh ke hospital.Aku ada rutin harian wajib settle,makan anak2-kain baju & urusan sekolah anak2.Jadi ini 3 keutamaan aku untuk make sure benda paling asas ni kena settle hari2.Aku x suka mengadap baju berlonggok.Baju wajib basuh & lipat hari2,washer-dryer mmg bekerja hari2.Masak bila aku rasa aku nak masak,kalo aku x masak aku tapau.Kemujurannya suami x pernah komplen jika aku x memasak.Beg sekolah Affan aku kena audit hari2,kena tgk semedang grup kelas.Takut ada miss-out memo dari cikgu kelas.Affan masih perlu dibantu menguruskan hal sekolahnya.

So doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.Aku kalo nak kira penat,tak tau nak explain dengan kata2 apatah lagi perkataan.Kadang2 aku merasakan ujian mak sakit bukan ujian untuk mak tetapi ujian buat kami anak2nya.

Doakan aku kaya raya hendaknya,supaya dapat settlekan hutang & boleh 24/7 menguruskan mak.Sungguhlah kalo x sebab hutang yang ada,jatuh wajib aku resign jaga mak.Tapi tu lah kaya pun x,miskin pun x-kami difasa survival -hidup dari gaji bulan ini hingga gaji ke bulan hadapan.Begitulah kan..








17 October, 2025

ICU Delirium-hadiah berbalut kemas dari Allah swt

Sebagaimana post aku sebelum ini
Setelah 6hari di ICU mak dipindahkan ke Wad Perubatan biasa di blok utama

Aku fikirkan ujian mak ditidurkan dah cukup hebat
Rupanya ujian pasca ICU lebih hebat rupanya

Apa terjadi dengan mak?
Mak berhalusinasi sehingga hari ini
Dan jika dikira-kira mak hampir seminggu tidak tidur dengan baik atau lengkap 6-8 jam seperti sebelum ini.
Mak umpama trauma dengan tidur wpun sekejap.
Setiap kali dia terlelap
Dia akan bangun dengan cepat & terkejut2

Banyak versi kisah aneh mak ceritakan
Sekejap2 dia akan bertanya dia dimana
Belum lagi dia membayangkan dia ditangkap
Tak termasuk kisah dia menjerit
Mengatakan ada orang datang nak tikam dia
Dan macam2 versi kisah yang dia nampak
Katanya ramai orang datang melawat
Dan mak seumpama anak kecil
Dia sangat risau ditinggalkan hatta aku nak pi toilet sekejap 

Dan untuk kami anak2 yang bergilir berjaga malam memang barai jugak
Sama2 tak boleh tido melayan mak
Sungguhlah kali ni memang lain sangat rasa jaga mak.

So keesokkan harinya setelah aku menjalankan sedikit research aka google with chatgpt assistance
Aku jump to conclusion seperti dibawah.
Keadaan halusinasi mak ni bolehlah dikategorikan sebagai post-ICU atau dipanggil ICU Delirium dimana pesakit ada simptom seperti berhalusinasi,tidak cukup rehat,lambat respon dan hyperaktif.
Ia bergantung kepada penyakit sedia ada kepada pesakit,faktor usia,low electrolite serta tempoh masa kebergantungan kepada mesin oksigen.So pendek kata-memang mak fulfilled sumer kriteria yang aku tulis ni.

Aku tepek sini untuk kita sama2 belajar.

So aku mengharapkan semoga keadaan mak tidak berlarutan dan mak cepat2 discaj.Semoga dengan suasana rumah dapat membantu mak sembuh dengan kadar segera.

Relatifnya mak tidak lagi bergantung kepada mesin oksigen lagi, prosedur dialisis telah dijalankan secara rutin berkala dan ubat-ubatan diambil sebagaimana yang disyorkan oleh doktor.Cumanya selera makan mak merosot sejak mak dimasukkan ke hospital.Cumanya bila mak masih di hospital hari ke 10-jangan kata mak,kami yang berulang ke hospital pun cemuih.Apatah lagi dia yang sakit kan.

Apapun aku selalu ingatkan diri aku,pray for the best & prepare for the worst.Dalam keadaan mak apapun boleh berlaku dan jika berlaku sesuatu pun itu telah ada dalam  umpama bom jangka.Mak diusia 76 tahun yang bertarung nyawa untuk terus berada disini.Aku selalu memanjatkan doa  semoga apapun keadaan suatu hari nanti mak dipanggil pulang,aku kena bersedia serba-serbi.Aku tak putus berdoa,biarlah satu masa tu aku berada disamping mak.Mungkin pelik doaku,tapi itu yang aku ulang minta.

Mak itu hanya pinjaman dan satu masa Allah swt akan panggil kita semua.Sifir mati adalah mereka yang hidup.
Tak mak yang pergi dulu,pastinya aku yang jalan dulu.

Hidup tiada kepastian.Semuanya tak mustahil.

Tiada orang yang betul2 sedia untuk mati tapi kematian itu memanggil2 kita.Tak kira kita sedia atau tak-kembalilah kita ke Maha Esa.Bertingkah kata dengan mungkar dan nangkir.Menunggu hari kehakiman & pembalasan tiba.Sungguhlah fragile sgt hidup kita.

Sediakah kita kesana?

Setiap yang bernyawa pasti akan merasa MATI

Matinya manusia itu sesuai dengan kelazimannya.
Wallahuallambissawab










13 October, 2025

ICU INSTITUT ENDOKRIN-HOSPITAL PUTRAJAYA

Sesungguhnya tahun ini adalah tahun jackpot ujian tanda Allah swt sayang kami.
Diuji setiap penjuru kiri,kanan,atas & bawah oleh yang maha kuasa Allah swt

Minggu lepas to be exact 3/10/2025
Adeeb start demam panas.
Affan demam hari Ahad 5/10/2025
Keesokkan harinya 6/10/2025 en papa pulak demam
Demam panas sgt2,makan ubat temp drop
Lepas tu spike semula
Adeeb lagi melepek-so swab test
Influenza A
Mak kebetulan tido rumah kami Sabtu & bertolak balik ke rumah adik Ahad tu -6/10/2025

Aku EL jaga anak2 yang demam
7/10/2025 adik vc bagitau mak batuk sangat,xleh tido & start dedar badannya
Susah hatilah jugak dengarnya

8/10/2025 pagi2 Subuh dapat whatsapp mengatakan mak dah dibawa ke ED HPutrajaya sebab mak nampak tercungap2.
Aku plak huru hara dirumah,Affan demam serupa nak runtuh rumah rebelnya
Aku mmg sambung EL lagilah hr Selasa tu
Cpt2 uruskan bdk2,makan-minum baru aku tinggalkan anak2 ke hospital nak melawat mak

Sampai ED-as usual ED bukan senang2 nak curik masuk.
Mak dah dipakaikan oksigen.Masih boleh bercakap & berbual mcm biasa diselang-seli dengan batuk dia yang annoying tu.
Aku takdelah rasa apa,sbb diagnose awal kes mak adalah Influenza A
So pendapat aku,start antiviral insyaallah mak akan cepat sihat.
Kalo ditahan pun mungkin sebab oksigen drop ajelah.

Aku tinggalkan ED pkl 6.40pm
Mak siap cakap esok kamu datang tau tgk mak.
Aku cakap aku datang esok tengok mak lagi
Nak menguruskan anak2 dirumah plak yang masih demam.
Tapau makan dulu baru gerak balik rumah.

Mandi,solat maghrib & uruskan makan malam suami dan anak2
Elok dah sudah makan,dapat voice note dari adik lelakiku mengatakan "Doktor nak tidokan mak,paru2 mak start collapse"
Nak mintak waris sign consent letter

Allahu separuh pengsan aku
Salin baju,terus sarung tudung-start keta pecut ke HPJ
Aku smp lobi hospital kurang 1/2 jam
Smp sahaja ke ED-tgk adik aku dah terjelepuk kat lantai ED
Adik aku bgtau-doktor dah intubated mak

Allahu....separuh meraung aku
Rasa macam mak nak pegi dah tinggalkan kami
Memang tak malu dah masa tu
Bengkak2 mata menangis
Adik lelaki aku sempat ajar mak mengucap sebelum proses intubasi tu.

Doktor bagi izin kami untuk tengok mak
Mak dah tak sedar
Matanya ditutup dengan kapas
Penuh wayar ditubuh mak

Mak dibawa ke ICU kuarantin selepas itu di wing baru Hospital Putrajaya-Institut Endokrin
Mak tak boleh dijaga,kami hanya boleh melawat ketika waktu melawat sahaja




Aku dah rasa macammana rasa hidup ko tetiba rasa sangat kosong
Aku membayangkan yang mak takkan bangun dah
Mendengarkan kisah intubate ni
Buat aku seram sejuk
Banyak sgt aku baca kes ditidurkan yang tak bangun2 dah
Sungguhlah aku rasa sangat takut

Berkampunglah aku di HPJ 
Ulang-alik,diluar waktu melawat aku tggu di surau/lobi
Aku rasa macam taknak jauh dari HPJ
Aku hanya nak berada disana,apa2 jadi Doktor boleh reach waris dengan kadar segera
Aku juggling dengan keja,x lepas laptop
Aku apply wfh ,siapkan keja pending sebab minggu depannya ada Audit besar-besaran.

Magiknya,hari kedua iaitu Rabu selepas mak intubated Selasa malam tu
Tengahari tu mak sedar sendiri mamai2
Allahuakhbar
Kata doktor,kuatnya semangat makcik
She's truly a fighter!

So doktor extubate mak pada hari yang sama
Alhamdulillah,nampak lega sikit kita yang melihatnya
Mak masih on high flow concentrated oxygen
Wpun nampak dia x selesa,kita kena kuatkan semangat
Itulah rawatan yang bersesuaian kerana oksigen mak drop
Paru2 mak penuh air

Mak merasa buat dialisis 2x di ICU
Kali ke-2 HD baru mak nampak segar sikit
Percakapan dia mula kedengaran spt sebelumnya
Mak mula faham kenapa dia dimasukkan ke ICU
Alhamdulillah,berkat sabar & doa anak2,saudara mara
Mak bangun ,oksigen mula naik 99-100%
BP pun mula trend menurun
Dan setelah berpuasa makan 5hr lamanya
Mak dah dibenarkan makan

Sujud syukur
Mak dah dipindahkan ke Wad Perubatan biasa malam tadi

Tak sabar nak pegi melawat mak petang ini
Semoga dengan ini mak dapat sembuh cepat  dan discaj balik berehat dirumah dengan lebih selesa

Sungguhlah pengalaman ini bukan pengalaman yang best untuk dikongsi tetapi pengalaman ini sebagai knock down percubaan untuk kami adik beradik .
Macam 1st warning Allah swt bagi
Untuk buat yang terbaik buat mak selagi mana Allah swt pinjamkan mak pada kami

Kawan2 tumpang doakan
Semoga mak kami
Hajjah Ainee bt Mat cepat sembuh ye.

Mask up kawan2,bgtau mak ayah kita elakkan keluar rumah dan sentiasa berjaga2
Pakai mask semula dan carry hand sanitizer semula kemana-mana.
Siapa sangka Influenza A bawa mak ke ICU 6 hr lamanya.

Tinggal tak sampai 3 bulan lagi dipenghujung 2025
Aku mengharapkan tiada lagi episod debaran warded mengejut lagi
Semoga mak kuat,sihat hdknya.
Semoga kami juga kuat bersama2 mak melayari masa emas mak ini.

Ameen Yaa Rabbal Alamin.






Most viewed blog post