Tanggal 19/2/2024 around 9.15am
Aku otw ke pejabat
Di traffic light bawah flyover
Kereta aku di lane kiri-kena langgar dengan motor Modenas yang merosakkan lampu belakang,mengemekkan fenders,sagat sebelah pintu bahagian kanan
Menggigil acik dalam keta-parking kat road side
Ini adalah pengalaman pertamaku sejak memandu dilanggar dari belakang
Aku tel en papa bgtau kena langgar & paksa en papa mai tgk aku
Aku pelan2 melintas jalan tgk mamat malang tu
dia nampak stabil,boleh cakap & bangun tanpa dibantu serta beliau mengadu kaki injured & back pain.
Mana tak sakit nampak dia melambung masa tu.
Aku pun startlah membebel-ko dah kenapa laju2 bro
Skrg yang injured awak-sy sikit pun xde injured
Skrg macammana?Motor ada insurance?Ada road tax?
Nak bawak hospital ke macammana?
Katanya dia suh wife dia dtg bwk ke hosp
Bgtau motornya ada 1st party polisi insuran & suh aku buat polis report
So setelah en papa smp kami ke balai polis
Dok di balai buat statement jupe IO aje amik masa 2 jam lamanya.Lepas tu IO buat statement susah nak menang kalo berlanggar dengan motor ni Puan.Walaupun Puan tak salah tapi undang2 Msia ni memang bagi imuniti kuat pada penunggang motosikal kerana mereka antara golongan yang berisiko tinggi diatas jalan raya.
Dah tu?
Kalo dia penunggang motor pi langgar pejalan kaki sampai mati-kira dia tak salah jugaklah ke macammana?
Saya dilane yang betul-saya bergerak dalam 30/40km/j sebab traffic light baru bertukar warna hijau-tup2 saya dilanggar dari belakang & tup2 Tuan kata saya salah..dah apa keadilan disini?Saya buat report sbg cover report let says saya memerlukan ia untuk dokumen insurance claim -nak claim NCD penunggang motor tu.
Acik super emo weiii...
Bayangkanlah..mangsa itu awak tup2 at the end awak plak yang kena saman RM300.00 sebab awak buat report kereta dilanggar motor.Tak ke super nak marah ?
Setakat ni belum keluar apa2 keputusan dari IO-sebab mamat malang tu masih dirawat di hospital.Jadi dia belum buat report side dia plak.
Semoga keadilan berpihak kpd aku kali ni.
So sementara ni pakailah dulu keta en papa sebab dia pun masih cuti sekolah.Keta comel aka MYVI tu masih boleh bergerak cumanya aku lah sakit hati tengok keadaan keta tu yang menyedihkan.Apapun paling lewat pun minggu depan kena hantar Body & Paint Perodua jugak-supaya keta boleh siap sebelum sessi persekolahan bermula semula.Susah jugak kalo guna keta en papa semedang sebab keta dia tu besar,payah aku nak parking kat area pejabat aku ni.Almaklumlah kiri-kanan jalan orang parking haram-kita nak menyelit pun takut tersagat keta kita atau keta orang.Masalah sejagat betul.
Roadside parking-post accident |