29 January, 2024

Weekend Getaway :Alor Setar & menyantuni anak nak SPM Batch 0623

Jumaat lepas aku & suami serta Adeeb & Affan bertolak ke Alor Setar-tiada lain tiada bukan selain menyantuni anak sulung kami yang menduduki SPM hari ini.
Dari Puchong pukul 2.30pm & kami tiba di Alor Setar beberapa minit lagi jam nak ke 11malam.
Kami checked- in di Hotel Seri Malaysia dengan kadar 
RM 132.00 semalam melalui platform Agoda.

Sampai sumpah penat tapi masih lapar
Order Grab -makan burger ajelah malam2 tu.Actually sblm smp Alor Setar dah singgah makan nasik kat Changkat Jering tp ttplah kebulur sebab gap 4jam-perut dah start lapar semula.

Tido pengsan 4 beranak,kami booking bilik standard aje.Anak2 tido pengsan kat toto yang mmg ready bawak dari rumah,mak pak tido katil single sorang satu.Giler zalim..hahhahaha

Esok pagi2 mesej Warden mintak izin bawak keluar anak.Kami makan roti canai & terus masuk ke kawasan asrama.Jupe Kak Ain-destinasi pertama adalah shopping stationery Kak Ain di Hasani bookstore.Dan kami terus ke Tesco Stargate-shopping jajan,sabun2 dia sementara ada berbaki sebulan lagi masa duduk di asrama tu.

Memusing beli itu-ini



Lepas tu kami waze Restoran Top Ikan Bakar-sebab lapor nak makan nasik plak mak ko.Kak Ain pun belum makan pagi lagi rupanya.Sama kebulur anak beranak pun.Lauk nak kata banyak,rasanya pernah nampak kedai lebih meriah lagi lauk pauknya.Bagi aku acceptablelah.Ada ikan terubuk bakar weii..rega RM20-so terus amik.Makan x tengok keliling dah.Kat KL payah naw nak jupe ikan terubuk kat sana bersepah plak..Haruslah mak ko mengadap.Adeeb & Affan xmo makan nasi,rela depa duduk dalam keta berdua.Yg makan hanya mak,pak & kak Ain shj.Aman mak ko nak mencekik..muahahahaha..

Ikan terubuk bakar rega RM20 seekor

Abis makan,waze semula ke hotel.Bantai tido anak beranak.Pkl 3pm bawak turun Affan & Adeeb ke pool,mak aikkkhh acik impressed weii..tengok saiz kolam serupa saiz kolam olimpik.Alor Setar panas weii..maka mmg x berlama2 anak2 diberi izin berenang sbb risau panas2 kang maghi penyakit demam dsbgnya.Dengan mak ko yang cuti super banyak ni..maka jika boleh dielakkan maslahat yang lebih besar maka kita elakkanlah.


Hotel compound-bersih & sunyi


Kul 4 lebih bergerak keluar balik utk hantar Kak Ain keasrama semula.Cari sate kot nak belanja kawan2 dorm Ain tapi haram xjupe.Alih2 ke SR beli kek sebijik biar dia makan dengan kawan2 aje.Bergerak balik semula ke hotel dengan harapan tinggi melangit.Semoga anak kami ini berjaya dalam SPM & jadi contoh tauladan buat adik2 yang dibawahnya.Besar betul harapan kami bagi anak sulung ni.Tapi tidaklah kami membebankan dia dengan harapan Straight A's dsbgnya.Kami pun sedar anak kami bukan super genius,kami pun faham & sedar kemampuan dia takat mana.Cuma selalu pesan dgn Kak Ain-buatlah yang terbaik kakak.Ini peluang terakhir yang akak ada,jika berhajat nak sambung belajar tinggi lagik.Mama xde banyak reta nak wariskan kat kamu,hanya pendidikanlah yang boleh mengubah masa depan kamu.

Good Luck anak2 G6


Sungguh sedih rasa hati meninggalkan anak bertarung dengan ribut petir SPM sedangkan kami jauh disini.Doa ajelah kami sbg mak-ayah semoga Allah swt bantu anak kami walau dimana berada sekalipun.

Muka copy-paste papanya.Memang anak papa sorang ni.

Keesokan pagi yakni semalam-kami bangun awal.Bersiap2 & checked-out.Kami waze tempat sarapan Breakfast Port Station-dalam 5km dr hotel kami.To be surprised boleh tahan sedapnya & variety bab makan western breakfast ajelah.Ada jugak nasik lemak,roti jala.Tapi bagi aku sedaplah.Walaupun kedainya biasa2 aje tp crowd boleh tahan.Boleh try pada sesiapa yang berkunjung ke Alor Setar.







Selalunya kalo kami ke Alor Setar macam wajib g makan kat Medan Alor Merah tapi kali ni saje nak try tempat lain.Lepas ni xtau bila lagi nak mai Alor Setar,x tau mana plak rezeki Kak Ain lepas ni.Harapan kami biarlah di KL/Selangor ajelah.Takpun paling jauh pun Selatan-Melaka ke ..puas dah rasa duduk berjauhan dengan anak ni.

Kami selamat sampai ke Puchong ngam2 pkl 5pm ,itupun sebab memusing exit Sg Buloh sebab pi makan asam pedas kat depan Penjara Sg Buloh.

RM hangus- ada plus minus 700 kot.
Miskin mak pak sekali berjalan...

Raya Cina cuti panjang wajiblah jadi tukun kat rumah.Duit hbs dah ni weii :(





23 January, 2024

HR yang tersakiti!

Sapa HR sini?Meh angkat tangan..
Aku x tau kenapalah aku tercampak ke HR hampir 10 tahun lamanya
Sejenis bukan aku yang rajin melayan orang
Tup2 kena melayan orang itu-ini
Rasa macam salah bidang plak

But still accomodates jugak apa keperluan orang2 ni
Tapi tu lah bila kita start melayan
kita yang lemau at the end
macam2 plak mahunya
macam2 plak komplennya
Still sabor,hadap ajelah drama manusia mudah lupa ni atau manusia tamak haloba

Mengikut peraturan sangat dia kata kita strict
Tak ikut undang2 sangat-bila kita linear lebih kurang
Dikatanya kita x stern-dia pijak plak kepala kita
Dah ko nak apa setan???

Ada masa kita tak naklah on the rule sgt😣
Being HR sendiri bermaksud human resources
Become humanity-berperi kemanusiaan
Janganlah meletakkan undang2 tanpa ada rasa kemanusiaan
Tapi biasalah manusia ni
Mana pernah puas hati
Tapi bukanlah jugak membelakangkan undang2 yang telah digariskan sekian lama untuk menjadi rujukan dan panduan asas.
Pun tetaplah dikatanya kita itu,kita ini
Geram weiiii mendengarnya

Skrg aku malaslah nak layan 
Ko rasa ko betul
Amik sumer...aku x hadap
Ko bagus ke ko hebat ke
Silakan amik trofi depan sana
Asalkan ko bahagia

Aku disini cari rezeki
Get it my work done
Getting paid by end of the month
Tak hadap caci maki umpat keji orang
Tak pernah hadap pun orang puji melangut
Takde...aku sejenis bukan kaki ampu dari dulu
Tak pernah berkawan baik dgn boss
Boss is boss..period
Dia add kat fb pun aku rejek
Sejenis berbual hanya soal kerja
Tak lebih tak kurang

Ko baik dgn aku
10x aku layan ko baik lagik
Ko jahat dengan aku
Aku serahkan pada Allah swt membalasnya bagi pihakku



Tak tahu berapa lama leh bertahan dibidang ini
Bidang yang selalu jadi punching bag
Yang selalu jadi orang tengah
Yang kena bersikap neutral 24/7
Yang kejap2 kena maki
Yang kejap2 kena panggil masuk mengadap
And list goes on

Wish me luck
Tak harap banyak
Dapat bertenang dan terus bertenang aje cukuplah
Semoga Allah swt bantu dalam setiap urusan pekerjaanku hdknya

Aamiin Yaa Rabbal Alamin

















 

17 January, 2024

Puasa ganti dibulan Rejab dan mesin basuh harus diganti

Panjang naw tajuknya kan
Layankan ajelah
Hari ni menyambung puasa ganti
Dari semalam lagi mengantinya pon
Orang lain dah seronok2 posa sunat Rejab
Aku baru terhegeh2 ganti posa
Padankan muka aku pon
Makan non stop tak hingat nak ganti posa awal

So semalam alhamdulillah
Walaupun hari pertama
Tak melepek sgt
Cuma by 5pm tu dah start perit tekak-baru rasa haus
Lapar xde sangat
Agaknya duduk keja dalam ekon sejuk2
Cuaca kat luar pun x panas mana-maka kuranglah cabaran lapar & dahaga tu
Balik keja goreng ayam celup tepung si Adeeb order-kalah dia yang posa
Lepas tu tumis bayam 
dan masak lemak cili api ikan kembung
Setel buka posa 3 perkara tu aje
Aku tak tau org lain
Aku berbuka posa mmg ada air sejuk,ada nasi lauk alakadar pun bertambah2 nasi 
Makna kata aku x heran xde makanan berjenis2 sbb posa ni kita lebih sibuk nak minum air bergelen2 aje pon

Hari ni hari kedua
Rasanya balik kang nak buat sup ayam-sambal kicap & ikan kembung goreng aje
Habis sedaplah tu
Kalo rajin pi bancuh nescafe-kalo tak rajin buat air sirap kordial bancuh campur air tu aje
Harus 2 pinggan wajib habis tu

Ada geng yang sama ganti posa?
Chaiyooookkk...we can do this 

Berkisah pasal mesin basuh rumahku itu
Mesin basuh kat rumah tu dah berusia 5 tahun jenama Sharp-aku ingat lagi aku beli mesin basuh tu tgh berpantang dak Affan
Guna duit bonus masuk masa tu
Mesin kat rumah tu mmg heavy duty
Hari2 wajib membasuh at least 1round
kalo ada adik aku baru beround2 jadiknya
2-3 hr dah perasan
macam xleh spin-bila time spin untuk keringkan berbunyilah..bila en papa cek rupanya bukan kering aje tak leh tapi pusing utk mencuci pun tak leh rupanya
aku dok ingat yang mesin tak leh kering baju aje

Jadik macam malas nak pikir
Macam nak beli mesin baru ajelah,agaknya dah smp hayatnya rosak
5 tahun berkhidmat dgn jayanya
Maka kita consider as cemerlang jugaklah
Ikutkan fund yang ada memang allocate utk anak2 nak naik sekolah bulan 3 ni ,belanja nak beraya & saving utk Ain.Lagi satu major servis keta Myvi hjg bulan ni.Sungguhlah sumer guna RM weiii.😉Hjg bulan jugak kami akan ke Alor Setar bagi moral support pada anak dara yang nak amik SPM hjg bln ni.Duit lagik....huhuhuhuhu..

Tapi kalo xde mesin basuh lagi susah mak ko
Mak ko rajin sgt kan 😢

Pagi2 ni smp opis en papa htr vid YT-cara2 nak repair mesin tu.Fuh...mujurlah ada handy manny kat umah kami ni,dia mmg ada talent bab2 nak baiki bab2 nak bagi punah pun ye jgk,Katanya dah oder sparepart dr Shopee.Jadi kita tunggu ajelah magik dia ni menjadik ke tak.Kalo x jadik wajiblah up 1 lg entry-Washer Hunting ✌

So moral of the story,suka atau tak suka,Kena berduit,Banyak benda guna duit dan banyak benda yang kadang2 tak semena2 kena ganti untuk memudahkan hidup.Lg2 aku bekerja,balik dah penat-masa mana plak nak tertonggeng2 basuh bajunya.Belum lagi keja2 lain terutamanya nak memasak tu.

Aku tak leh bayang orang yang xde mesin basuh dgn ahli keluarga 4 orang ramainya.Mendobi pun ada kos jgk,mana ada yang tak guna kos kan,bg aku pg dobi ni aku menyampah bab menunggu tu.Kat umah ko tekan mesin tu tet-tet-tet dah leh g wat keja lain.Ni kalo kat dobi tak ke haru menunggu sambil tgk gelagat pelik2 manusia di kedai dobi.Yg basuh toto aku pun buat,ni yang basuh teddy bear masuk dlm mesin-yang basuh kasut,yang humban bantal pun ada.Hadoiii..agaknya depa ni ada share dengan owner kedai dobi.


Dah start membebel.Maafkanlah orang berpuasa ni..nak bercakap dgn orang tak kuasa,maka kita bercakap ajelah dgn blog sendiri.





*gambar takde kaitan dengan cerita diatas,harap maklom





15 January, 2024

Mak tak macam dulu

Lama aku tak bercerita pasal mak kan?
Mak tahun ni bakal berusia 75 tahun
Mak dah tak kuat macam dulu
Dah terlalu lama tak merasa air tangan mak
Mak dah tak memasak skrg
Mak cepat penat
Mak kebanyakan masanya dia akan berbaring sahaja disofanya

Mak dah start dialisis -bulan ni masuk bulan ke 5
Buah pinggang mak tak dapat nak buat apa dah
Akhirnya leher mak ditebuk untuk emergency dialisis bila reading creatinine mak melonjak ke langit
Mak dialisis 3hr seminggu di center terdekat dengan rumahku di Cyberjaya

Mak ada kanser perut juga
Operation yang mengambil masa 14 jam telah berjalan sewaktu bulan pertama Malaysia dikenakan perintah PKP
Sebahagian usus mak telah dibuang,kemujurannya mak tak perlu berstoma beg
Alhamdulillah,mak lebih baik sejak operation tersebut cuma mak makin kurus melidi.Beratnya hanya tinggal 40kg skrg :(
Mak dah tak lalu makan
Mak hanya makan sikit2 apa yang dia teringin

Hari2 yang mak jalani dialisis dia selalunya akan tido dirumah aku
Sebab jarak center dialisis dan rumah hanya 10-15 minit pemanduan shj
Selalunya Lia yang hantar,aku hanya menguruskan makan minum mak waktu pg sebelum dia ke dialisis

Aku tak tau berapa lama mak akan bertahan
Sungguhlah kita tak tahu rahsia Allah nan satu ini
Jodoh,ajal & maut.
Kadang2 aku melihatkan mak,dia redha aje dengan keadaannya skrg
Berulang-alik hospital berbeza
Appointment nefro tempat lain
Appointment diabetes & bp tempat lain
Appointment onco tempat lain jugak

Kami adik beradik hanya mampu berusaha memenuhi keperluan check up dia apa yang patut
Bergilir2 kami,mana yang sempat
Dulu cuti tahunanku habis utk menjaga anak2 sakit
Skrg cuti tahunanku kena allocate dengan memenuhi keperluan check up mak yang pelbagai.

Ada perit di hujung kadang2 melihatkan mak skrg
Ketidakberdayaan dia sekarang 
Betul2 memberi pengajaran bahawa sampai masa & ketikanya kita jugak akan melalui fasa sakit2 dan tak berdaya
Pada waktu & ketika itu
hanya berharap semoga dipermudahkan urusan kita
Tak menyusahkan anak2 nanti hdknya

Tak tau antara kami
Siapa yang akan pergi dahulu
Ikut fakta pastilah mak yang akan pergi dulu
Tapi ketentuan Allah swt
Siapa tahu balik kerja nanti
Aku yang dipanggil dahulu

Selagi mak masih ada
Berusahalah kami adik beradik mempermudahkan urusan beliau,memenuhi keinginannya & bawalah kemana sahaja mahunya
Sebab satu masa kita bakal merindukan itu semua

Doakan buat mak kami Hajjah Ainee bt Mat
Semoga Allah swt panjangkan umur mak'diberi keberkatan usia & dikurniakan Husnul Khotimah suatu masa nanti.

Semoga bila tiba masanya aku redha bila  Allah swt panggil semula mak kesisinya 

Suka atau tak suka
Kita hanya pinjaman semata
Kena redha kuatkan hati bila tiba saatnya nanti








11 January, 2024

Plan 2nd UMRAH @ 2024

Aku tak tahulah orang lain
Tapi sejak aku balik dr Umrah 2 tahun yang lepas
Hati aku macam meronta2 nak ke sana semula
Tahun lepas en papa dapat pergi ke sana buat kali ke-2
Rezeki en papa membawa jemaah Umrah
Masa tu dia bertugas sebagai Mutawwif yang berkhidmat secara sambilan dgn Emraz Travel

Minggu ni upline Hanami aku Saadiah up story ttg pakej Umrah murah 9h7m x sampai RM5K
Ishhhh murah sgt ni
Wpun jarak hotel jauh 2km tapi tetaplah tergedik2 rasa nak mendaftar
Ikut realiti xde pun allocation besar begitu disaat tahun ni berhajat menyimpan untuk Ain jika ada rezeki beliau nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi nanti.

Kisah orang nak buat Umrah ni
Senang kalo aku nak simpulkan dengan ayat
Bagi aku Umrah ni bukan untuk orang yang mampu tapi untuk orang yang mahu
Sebab bila orang tu Mahu-insyaallah ada jalan bg dia MAMPU
Aku pun x reti nak explain dengan ayat yang senang paham
Tapi niat kita nak kesana ni
Bila benarlah jemputan Allah swt tu ada untuk kita
Tanpa kita sedar ada aje rezeki kita untuk sampai kesana
Tak tahulah kdg2 mana dtgnya duit tu
Belum lg last minute tup2 ada duit masuk
ntah mana-mana dtgnya

Bagi aku lah,pengalaman aku berhajat nak buat Umrah ni masa aku sgt stress dengan keja dulu
Aku berdoa nak kesana
Nak mintak doa sungguh2 sebab rasa masa tu helpless sgt
Kerja stress,hutang banyak,hidup rasa x teratur
Anak2 kecik lg,sakit silih berganti masing2
Tapi tu lah,jemputannya hanya smp 7 tahun kemudian

Punyalah lama berdoa mintak Allah swt jemput aku & suami--tup2 tahun 2022 barulah kad jemputan rasminya sampai
Rupanya masanya tiba bila hidup aku stabil,anak2 dah mula membesar,dah boleh diharap
Kita banyak dosa,bukan hari ni doa esok Allah swt kabulkan
Jadi sbg umat Islam kita percaya doa adalah senjata kita
Angkat tangan & berdoalah tanpa putus asa.
Allah swt maha mengetahui 
Dia akan lepaskan doa kita satu-satu pada waktu yang tepat.
Bersabarlah menanti waktu yang tepat itu tiba.

So berangan nak ke Mekah semula Ogos ini.
Tumpang doakan semoga dimakbulkan hdknya niat ku ini.
Berangan tak salah kan,kita usaha apa yang terdaya,mana nak tau angan2 bakal jadi kenyataan.

7 bulan akan dtg ini
Kalo leh menyimpan RM300 X 7 : RM2,100.00
Bolehlah simpan duit poket nak kesana

Ada sapa2 nak join sekali
Meh bisik2..kita adjust gi sesama yek
Umur lebih 40 tahun kalo orang perempuan tak perlu mahram dah
Kalo jadi pergi kali ni
Rasanya akan pergi berseorangan
Tuh yang nak adjust carik kawan tu 

Mailer....












10 January, 2024

Azam baru 2024

 Dah 10 Januari baru sempat nak menulis disini

Punyalah busy awal tahun kan

Lagi2 keja macam aku ni,masa nilah kaki jadi tangan-tangan jadi kaki
Siap termimpi2 lagi..apa lah teruk benar kejanya weii..

Azam tahun baru
As usual azam 5 tahun lepas pun x tercapai lagik
Tapi awal tahun ni adalah target sikit yang perlu dicapai
Kena berdisiplin sikit bab kewangan
Lagipun mana tau Ain dapat lanjutkan pelajaran ke Matrix ke Uni ke..tentu banyak nak guna duit.

Tahun lepas azam menyimpan ke laut andaman
As usual bila menyimpan sikit,mengoreknya lebih lagi
Ada plan nak bawak2 anak2 berjalan jauh sikit
Maka 12 bulan ni lupakanlah hobi JJCM tak abis2 tu

Hr ni Ain akan menduduki Ujian Lisan,Mendengar & Bertutur BM
Aku punya debor,Allah swt shj yang tau
Tapi kena tunjuk steady sbb anak kat asrama lagi huru-hara takleh nak kata

Sungguhlah jadi ibubapa anak sulung nak SPM
Kami lebih debor
Anak sulung ni umpama benchmark kejayaan kami sbg mak pak
Kami nak Ain jadi anak yang menjadi contoh tauladan buat adik2 dibawahnya
Nak Ain belajar setinggi yang boleh
Suatu masa nanti berjodoh & ditemukan dengan orang yang boleh menjaganya sebagaimana kami menatangnya spt minyak yang penuh
Apa sahaja kemahuan dia kami turutkan,cepat @ lambat pasti akan tertunai
Takde yang tak cukup dengan anak itu
Keperluannya serba serbi lengkap
Kami taknak anak kami melalui zaman perit kami masa dulu
Nak makan pun bercatu dulu
Semoga segala privillege yang anak2 terima hari ini
Jadi pemangkin semangat untuk anak2 lebih berjaya suatu masa nanti.
Insyaallah.

Wishlist banyak betul tahun ni
Selain nak turunkan berat badan 10 kg
Nak simpan duit secara konsisten dlm THJ
Nak bawak bekal pg opis hari2 which is setakat hari ini masih berjaya bawak bekal hari2 wpun lauknya telur +nasi kicap aje.
Nak settlekan hutang PL separuh tahun ni sebab nak settlekan semua sekaligus mcm misi mustahil aje :(
Nak sambung renovation sikit -tukar tiles bilik atas yang dah mula pecah.
Banyakkan sedekah pada ahli keluarga yang susah
Kurangkan aktiviti mengopi 
Start jogging semula hujung minggu
Stop pelan2 minum manis2 ni
Dan yang paling penting prioritise masa untuk keluarga

Berangan nak repeat buat Umrah tahun ni
Berangan nak ke Jakarta-Bandung bawak kanak2
Berangan nak ada me time dengan husband sebulan sekali.
Tengok wayang minum kopi aka dating yang dah lama kami tak buat atas kekangan masa.

Tahun ni Auni akan masuk T3,Adeeb akan naik Thn 5 dan bakal menduduki UPKK & Affan akan masuk Tabika
Makin bzlah hidup sepanjang tahun ni
Doakan smg dipermudahkan urusan ku & keluarga tahun ini.

Aaamin ya rabbal alamin 












Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...