17 October, 2025

ICU Delirium-hadiah berbalut kemas dari Allah swt

Sebagaimana post aku sebelum ini
Setelah 6hari di ICU mak dipindahkan ke Wad Perubatan biasa di blok utama

Aku fikirkan ujian mak ditidurkan dah cukup hebat
Rupanya ujian pasca ICU lebih hebat rupanya

Apa terjadi dengan mak?
Mak berhalusinasi sehingga hari ini
Dan jika dikira-kira mak hampir seminggu tidak tidur dengan baik atau lengkap 6-8 jam seperti sebelum ini.
Mak umpama trauma dengan tidur wpun sekejap.
Setiap kali dia terlelap
Dia akan bangun dengan cepat & terkejut2

Banyak versi kisah aneh mak ceritakan
Sekejap2 dia akan bertanya dia dimana
Belum lagi dia membayangkan dia ditangkap
Tak termasuk kisah dia menjerit
Mengatakan ada orang datang nak tikam dia
Dan macam2 versi kisah yang dia nampak
Katanya ramai orang datang melawat
Dan mak seumpama anak kecil
Dia sangat risau ditinggalkan hatta aku nak pi toilet sekejap 

Dan untuk kami anak2 yang bergilir berjaga malam memang barai jugak
Sama2 tak boleh tido melayan mak
Sungguhlah kali ni memang lain sangat rasa jaga mak.

So keesokkan harinya setelah aku menjalankan sedikit research aka google with chatgpt assistance
Aku jump to conclusion seperti dibawah.
Keadaan halusinasi mak ni bolehlah dikategorikan sebagai post-ICU atau dipanggil ICU Delirium dimana pesakit ada simptom seperti berhalusinasi,tidak cukup rehat,lambat respon dan hyperaktif.
Ia bergantung kepada penyakit sedia ada kepada pesakit,faktor usia,low electrolite serta tempoh masa kebergantungan kepada mesin oksigen.So pendek kata-memang mak fulfilled sumer kriteria yang aku tulis ni.

Aku tepek sini untuk kita sama2 belajar.

So aku mengharapkan semoga keadaan mak tidak berlarutan dan mak cepat2 discaj.Semoga dengan suasana rumah dapat membantu mak sembuh dengan kadar segera.

Relatifnya mak tidak lagi bergantung kepada mesin oksigen lagi, prosedur dialisis telah dijalankan secara rutin berkala dan ubat-ubatan diambil sebagaimana yang disyorkan oleh doktor.Cumanya selera makan mak merosot sejak mak dimasukkan ke hospital.Cumanya bila mak masih di hospital hari ke 10-jangan kata mak,kami yang berulang ke hospital pun cemuih.Apatah lagi dia yang sakit kan.

Apapun aku selalu ingatkan diri aku,pray for the best & prepare for the worst.Dalam keadaan mak apapun boleh berlaku dan jika berlaku sesuatu pun itu telah ada dalam  umpama bom jangka.Mak diusia 76 tahun yang bertarung nyawa untuk terus berada disini.Aku selalu memanjatkan doa  semoga apapun keadaan suatu hari nanti mak dipanggil pulang,aku kena bersedia serba-serbi.Aku tak putus berdoa,biarlah satu masa tu aku berada disamping mak.Mungkin pelik doaku,tapi itu yang aku ulang minta.

Mak itu hanya pinjaman dan satu masa Allah swt akan panggil kita semua.Sifir mati adalah mereka yang hidup.
Tak mak yang pergi dulu,pastinya aku yang jalan dulu.

Hidup tiada kepastian.Semuanya tak mustahil.

Tiada orang yang betul2 sedia untuk mati tapi kematian itu memanggil2 kita.Tak kira kita sedia atau tak-kembalilah kita ke Maha Esa.Bertingkah kata dengan mungkar dan nangkir.Menunggu hari kehakiman & pembalasan tiba.Sungguhlah fragile sgt hidup kita.

Sediakah kita kesana?

Setiap yang bernyawa pasti akan merasa MATI

Matinya manusia itu sesuai dengan kelazimannya.
Wallahuallambissawab










13 October, 2025

ICU INSTITUT ENDOKRIN-HOSPITAL PUTRAJAYA

Sesungguhnya tahun ini adalah tahun jackpot ujian tanda Allah swt sayang kami.
Diuji setiap penjuru kiri,kanan,atas & bawah oleh yang maha kuasa Allah swt

Minggu lepas to be exact 3/10/2025
Adeeb start demam panas.
Affan demam hari Ahad 5/10/2025
Keesokkan harinya 6/10/2025 en papa pulak demam
Demam panas sgt2,makan ubat temp drop
Lepas tu spike semula
Adeeb lagi melepek-so swab test
Influenza A
Mak kebetulan tido rumah kami Sabtu & bertolak balik ke rumah adik Ahad tu -6/10/2025

Aku EL jaga anak2 yang demam
7/10/2025 adik vc bagitau mak batuk sangat,xleh tido & start dedar badannya
Susah hatilah jugak dengarnya

8/10/2025 pagi2 Subuh dapat whatsapp mengatakan mak dah dibawa ke ED HPutrajaya sebab mak nampak tercungap2.
Aku plak huru hara dirumah,Affan demam serupa nak runtuh rumah rebelnya
Aku mmg sambung EL lagilah hr Selasa tu
Cpt2 uruskan bdk2,makan-minum baru aku tinggalkan anak2 ke hospital nak melawat mak

Sampai ED-as usual ED bukan senang2 nak curik masuk.
Mak dah dipakaikan oksigen.Masih boleh bercakap & berbual mcm biasa diselang-seli dengan batuk dia yang annoying tu.
Aku takdelah rasa apa,sbb diagnose awal kes mak adalah Influenza A
So pendapat aku,start antiviral insyaallah mak akan cepat sihat.
Kalo ditahan pun mungkin sebab oksigen drop ajelah.

Aku tinggalkan ED pkl 6.40pm
Mak siap cakap esok kamu datang tau tgk mak.
Aku cakap aku datang esok tengok mak lagi
Nak menguruskan anak2 dirumah plak yang masih demam.
Tapau makan dulu baru gerak balik rumah.

Mandi,solat maghrib & uruskan makan malam suami dan anak2
Elok dah sudah makan,dapat voice note dari adik lelakiku mengatakan "Doktor nak tidokan mak,paru2 mak start collapse"
Nak mintak waris sign consent letter

Allahu separuh pengsan aku
Salin baju,terus sarung tudung-start keta pecut ke HPJ
Aku smp lobi hospital kurang 1/2 jam
Smp sahaja ke ED-tgk adik aku dah terjelepuk kat lantai ED
Adik aku bgtau-doktor dah intubated mak

Allahu....separuh meraung aku
Rasa macam mak nak pegi dah tinggalkan kami
Memang tak malu dah masa tu
Bengkak2 mata menangis
Adik lelaki aku sempat ajar mak mengucap sebelum proses intubasi tu.

Doktor bagi izin kami untuk tengok mak
Mak dah tak sedar
Matanya ditutup dengan kapas
Penuh wayar ditubuh mak

Mak dibawa ke ICU kuarantin selepas itu di wing baru Hospital Putrajaya-Institut Endokrin
Mak tak boleh dijaga,kami hanya boleh melawat ketika waktu melawat sahaja




Aku dah rasa macammana rasa hidup ko tetiba rasa sangat kosong
Aku membayangkan yang mak takkan bangun dah
Mendengarkan kisah intubate ni
Buat aku seram sejuk
Banyak sgt aku baca kes ditidurkan yang tak bangun2 dah
Sungguhlah aku rasa sangat takut

Berkampunglah aku di HPJ 
Ulang-alik,diluar waktu melawat aku tggu di surau/lobi
Aku rasa macam taknak jauh dari HPJ
Aku hanya nak berada disana,apa2 jadi Doktor boleh reach waris dengan kadar segera
Aku juggling dengan keja,x lepas laptop
Aku apply wfh ,siapkan keja pending sebab minggu depannya ada Audit besar-besaran.

Magiknya,hari kedua iaitu Rabu selepas mak intubated Selasa malam tu
Tengahari tu mak sedar sendiri mamai2
Allahuakhbar
Kata doktor,kuatnya semangat makcik
She's truly a fighter!

So doktor extubate mak pada hari yang sama
Alhamdulillah,nampak lega sikit kita yang melihatnya
Mak masih on high flow concentrated oxygen
Wpun nampak dia x selesa,kita kena kuatkan semangat
Itulah rawatan yang bersesuaian kerana oksigen mak drop
Paru2 mak penuh air

Mak merasa buat dialisis 2x di ICU
Kali ke-2 HD baru mak nampak segar sikit
Percakapan dia mula kedengaran spt sebelumnya
Mak mula faham kenapa dia dimasukkan ke ICU
Alhamdulillah,berkat sabar & doa anak2,saudara mara
Mak bangun ,oksigen mula naik 99-100%
BP pun mula trend menurun
Dan setelah berpuasa makan 5hr lamanya
Mak dah dibenarkan makan

Sujud syukur
Mak dah dipindahkan ke Wad Perubatan biasa malam tadi

Tak sabar nak pegi melawat mak petang ini
Semoga dengan ini mak dapat sembuh cepat  dan discaj balik berehat dirumah dengan lebih selesa

Sungguhlah pengalaman ini bukan pengalaman yang best untuk dikongsi tetapi pengalaman ini sebagai knock down percubaan untuk kami adik beradik .
Macam 1st warning Allah swt bagi
Untuk buat yang terbaik buat mak selagi mana Allah swt pinjamkan mak pada kami

Kawan2 tumpang doakan
Semoga mak kami
Hajjah Ainee bt Mat cepat sembuh ye.

Mask up kawan2,bgtau mak ayah kita elakkan keluar rumah dan sentiasa berjaga2
Pakai mask semula dan carry hand sanitizer semula kemana-mana.
Siapa sangka Influenza A bawa mak ke ICU 6 hr lamanya.

Tinggal tak sampai 3 bulan lagi dipenghujung 2025
Aku mengharapkan tiada lagi episod debaran warded mengejut lagi
Semoga mak kuat,sihat hdknya.
Semoga kami juga kuat bersama2 mak melayari masa emas mak ini.

Ameen Yaa Rabbal Alamin.






02 October, 2025

Farewell :backdated 2 tahun lepas

Ntah kenapa aku peram kisah ni hingga 2 tahun lamanya
Antara keputusan yang paling berat aku buat dahulu
Leave previous post & promoted and moved to a new place
Kawan2 baik,boss baik sporting
Pendek kata baik belaka semuanya
Cuma ketentuan takdir 
Rezeki bersama kawan2 lama takat situ aje
Aku move on to a new roles


Bersama teman sepejabat lain cawangan yang beria menjayakan farewell ku 




Antara menu makanan yang ada hari tu

Terima kasih atas hadiah2 yang diberikan
Sampai skrg masih ulang pakai telekung yang sama
Al-Quran pun masih diulang baca
Semoga pahala berpanjangan buat yang memberi
Dan alhamdulillah silaturrahim masih berpanjangan sampai hari ini