30 September, 2025

Adeeb & PSRA 2025

Semalam merupakan hari pertama PSRA buat anak kami yang ke-3,Adeeb Ridzqin

Sebagaimana post tahun lepas,Adeeb bukanlah high achiever student-anak ini masuk sekolah di tahun pertama PKP.Selain struggle dengan kemahiran 3M-nya,dia xde motivasi nak struggle belajar.UPSR pun dilupuskan sama tahun pertama PKP.Memang lost betul anak2 PKP ni.

Bayangkan tahun lepas sepanjang dia di Tahun 5,punyalah susah hati kami bila dia nak menduduki UPKK.Bayangkanlah,struggle dengan penguasaan tulisan/bacaan JAWI-semedang dia FAILED sumer subjek UPKK.Smpkan aku bgtau Adeeb- mama xmo A pun dari Adeeb,mama nak Adeeb LULUS aje.Alhamdulillah-sumer subjek LULUS wpun tak secemerlang anak orang lain.Adeeb berjaya score 7B,1C,1D.Nangis aku..sungguhlah struggle sungguh aku dengan Adeeb.Penuh drama airmata neng yatimah maknya pon!

Tahun ni aku dok membebel2 jugaklah,bagitau Adeeb-pulunlah PSRA ni.Tahun depan Adeeb x pg sekolah agama dah,Ini tahun last dah.Dia as usual-non-chalant be like.Tak tau lah apa rezeki Adeeb untuk PSRA tahun ni,tapi apapun result dia produce nanti-aku yakin itu pastilah setanding dengan usaha dia yang seadanya & itulah ketentuan rezeki dari Allah swt.

1st day kuarantin PSRA-en papa yang hantar ke sekolah

Selekeh kemainlah si Adeeb

Aku masakkan macaroni goreng untuk kelas Adeeb bersarapan semalam.Alhamdulillah settle semua!


Takde doa yang lain dari mama,semoga Adeeb dipermudahkan urusan menjawab kertas2 PSRA & berjaya menjawab dengan baik.Semoga anak2 yang sama menduduki PSRA berjaya dengan cemerlang MUMTAZ jua hdknya.

Kami xde apply sekolah khusus untuk Adeeb sebab kita sebagai mak-pak tau kemampuan dia macammana.Kita taknak dia berharap pada benda yang dia susah nak capai.Kita nak dia concentrate dengan apa yang dia mampu shj.Adeeb sangat minat main Ping Pong & kami berharap ada rezeki dia ke sekolah sukan.Kami juga ada  plan nak apply Sekolah Agama Menengah bawah JAIS-walaupun kami tau saingan agak sengit tapi at least ini ajelah pathway yang kami nampak untuk Adeeb.Kami juga plan nak try apply sekolah menengah agama swasta untuk Adeeb.

Tak nampak gaya kalo terus duduk dirumah,segala mak nenek mak-pak uruskan.Jadi my parenthood style,untuk Adeeb memang kami kena guna kuasa veto untuk dia sambung belajar dalam sistem sekolah berasrama.Kemujurannya dia setuju dan dia hanya berharap x dpt asrama jauh sgt dr umah.Doakan ada rezeki Adeeb hdknya nanti.

Tumpang doakan semoga Adeeb berjaya dalam PSRA nanti.Mana nak tau -ada rezeki Jayyid Jiddan jadiklah..mak ko mimpilah kalo anak leh MUMTAZ.Ada yang buat kenduri kalo anak leh MUMTAZ weiii..






29 September, 2025

Pintu SYURGA nan satu!

Mak dah berkerusi roda hampir 2 bulan lamanya
Ada masa2 tertentu,mak kena duduk dirumah aku
Terutamanya jika adik aku kena outstation dsbgnya

Jumaat lepas memang aku amik cuti 1/2 hari jaga mak
Mak duduk dirumah aku smp pg tadi
Pagi tadi aku kuar awal 6.40am hantar mak ke Cyberjaya untuk dialisis rutinnya

Menjaga mak sekarang tak sesusah jaga mak ketika dia baru kuar wad tempohari
Mak dah kuat berdiri & berjalan dengan diampu 
Tapi most of the time memang dia pakai kerusi roda
Selain uruskan makan-minum dia
Kena make sure dia makan ubat ikut dos mengikut waktu
Aku juga kena make sure dia dibantu untuk solat.Sekarang difasa mengingatkan dia untuk ganti solat yang tinggal sewaktu warded 11hr tempohari semasa operation kaki.
Kena salinkan pampers dia
Bantu dia dengan wuduk
Dan positionkan dia mengadap kiblat

Selebihnya melayan mak berbual
Wpun mak akan bercerita berulang2
Ttplah layan sebab itu aje yang aku mampu buat
Sekurang2nya mak tau ada orang yang masih mahu melayan dia
Ada masa mak bercerita tentang zaman persekolahannya
Ada masa mak bercerita tentang urusan membesarkan kami zaman dia masih muda
Ada masa dia bertanya berulang kali
Macammana mak patah kaki Lin?
Sungguhlah,layanlah dia selagimana dia masih mahu bercakap
Satu hari nanti mak xde,mesti aku akan rindukan omelan dia.

Mak suka makan sate
Chicken chop
Yong tau foo
Nasi goreng aku katanya sedap-macam dia masak
Mak cerewet bab makan,kalo dia makan bertambah maksudnya sedaplah ditekak dia.


Sekarang kami adik beradik take turn menjaga dia terutamanya ketika hari bekerja
Mak xde penjaga
So masing2 kena take turn bercuti
Suka ke tak suka ke
Inilah aturannya sekarang
Masing2 tak sepakat nak hire caretaker
Susah nak kata 
Jadi bila takde KESEPAKATAN bab duit ringgit ni
Maka kita pusing cara lain plak


Mak solat atas kerusi roda

Pagi2 kena on tv-mak suka tengok tv

Ni gambar kat umah adik,mak masih boleh makan sendiri.Makan x banyak mana pun.


Aku melihatkan ujian menjaga mak sakit ini
Pada awalnya nampak susah serba-serbi
Tetapi aku selalu yakin
Allah swt permudahkan seiring dengan masa yang terus berjalan.
Aku mengambil pendekatan
Aku buat apa yang aku mampu buat
Aku takmo fikir apa yang orang lain xmo buat
Their lose,not mine

Mak tu hanya satu.
Tiada galang-ganti.
Mak yang seumur hidupnya bersusah payah demi membesarkan kami 8 beradik.
Yang menjadi ibu tunggal seawal umurnya 40 tahun.
Yang mengayuh basikal ke pejabat demi menghidupkan kami kerana mak xde lesen kenderaan.
Dan kekuatan mak belajar menunggang motor.
Mak amik lesen motor & sampai pencen pun mak masih membonceng motor.
Mak berenti membonceng motor bilamana mak mula hilang deria penglihatan yang makin kabur kerana penyakit diabetesnya.
Campur tolak hampir 17-20 thn mak struggle membesarkan kami sehingga masing2 mula habis belajar & bekerja sekaligus berkawin membina rumahtangga masing2.

Sungguhlah,tiadalah aku disini tanpa doa mak
Mak satu2nya manusia yang tak pernah berkata tidak dengan angan2 mak jeninku
Maklah yang selalu ada disetiap fasa hidupku.

Aku berdoa semoga aku terus sabar jadi anak yang berbakti pada mak selagimana mak masih ada dan selagimana aku masih ada.
Aku xde duit banyak,banyak impian mak yang xmampu aku realisasikan.
Tapi aku nak jadi anak yang selalu ADA
Mak boleh andalkan aku selagimana aku mampu

Kuatlah bertahan mak
Hidup takkan sama tanpa mak :(









24 September, 2025

Jalan-Jalan Pulau Redang

Minggu lepas 13hb kami sekeluarga balik ke Terengganu
As expected jalan super jem teruk .
Nak masuk Tol Gombak pun amik masa 2 jam dr exit highway baru tu.SPE ke apa namanya.Dah sumer orang nak bercuti gara2 PMX umumkan cuti extra sehari 15/9 tu kan.

Tp kami pun keluar rumah pkl 10am dr Puchong,almaklumlah nak settelkan anak2 4 orang satu hal.Mengemas rumah satu hal lagik.Packing baju pun last minute kekdahnya.Jadi serba kelam kabut.
Pkl 10am bertolak kami sampai ke homestay di Setiu pukul 10pm.Ngam2 12 jam perjalanan.Itupun berenti merata,makanlah,solatlah,toiletlah.2X tukar drebar sepanjang perjalanan sebab en papa dah mengantuk sesangat.

Apapun setiba di Setiu,memang mandi,solat & pengsan tido.Homestay pun memang last minute dapat,sebab xtau kenapa sumer homestay area Setiu fully book.Nyaris sgt dapat 1 homestay 2 bilik,Wpun bukan homestay estetik bagai tp tetaplah selesa & sejuk yakmat.Yang bestnya keesokkan pagi baru perasan homestay yang terletak di Kg Mangkuk tu seberang jalannya adalah pantai.Sumpah cantik!!

Sapa2 yang tak heran isu estetika homestay,hanya nak tido serta berehat & teringin nak ke Pulau Redang -boleh contact owner ni : Homestay Pok Mat Tel : 011-64282079.Kos semalam adalah RM 180.00.
Reason kami tak masuk menginap di Pulau Redang kerana takde resort yang mampu bayar sewaktu tarikh tersebut.Yang tinggal yang super mahal nak mampos!Which is tentulah aku tak mampu.
So bangun pagi2 esoknya,kami siap solat & bersarapan tepi laut- dan menuju ke Jeti Merang.Bawak keta dalam 20 minit dah sampai.
Baru sampai ke Jeti Merang


Kat sana agen bot yang aku tempah dah ada menunggu.Aku cari Pakej Day Trip pun melalui Tiktok.Ini memang satu hal jugak,sebab 14/9 tu memang fully booked.Kebetulan kata agen,ada guest yang cancel pakej last minit.Jadi rezeki kami jugaklah.Kos tak murah jugak,tp bolehlah sekali-sekala.Aku bayar RM480.00 untuk 6 beranak.Aku booked dr MYSAL HOLIDAYS BOAT SERVICE:TEL: 019-9815479.Pakej termasuk makan tengahari.Jadiklah kan.What to expect,habis bagus dah tu.

Baru naik bot masa ni,Muka Adeeb masih senyum lagik

Racing dengan bot sebelah

Checkpoint1:Water confident activity


Anak2 sangat excited terutamanya Affan.Affan memang risk taker,dia sangat enjoy aktiviti apapun & tak pernah pun dia mengadu takut.Tak macam Adeeb,dia anti betul naik bot.Muka cuak semedang.

Seronok sgt Affan masa ni

Start cuak sebab bot membadai ombak,melompat2 jugak kami

Masa ni cuak bila Penyu lalu bawah kaki

Gambar x berapa jelas,tapi ada 2 ekor penyu berenang situ




Berhenti makan tengahari.Masa ni aku pening kepala,jadi nak makan benda masam2.Mujur ada laksa jual situ wpun rega sepeket RM 10.Beli ajelah,sgt membantu makan yang masam2 time mabuk laut tu.

Bukti anak2 enjoy mandi laut

Tak tau kenapa Ain masa ni,yang pasti dok berpaut kat tangga bot tu ajelah.

Family kecik kami.

Cantikkan view belakang tu






POV :sumpah cantik Pulau Redang.Aku rasa Redang lebih cantik dari Pulau Perhentian.Dan aktiviti snorkeling sumpah seronok buat mereka yang ada water confident.Macam aku yang x pandai berenang,atau kata lain penakut.Surprisingly anak2 pandai berenang belaka,dari Ain hingga ke Affan.Aku & en papa krik2 semedang atas bot.Hahhahaha!!Turun jugak ke laut tp pegang bot tak lepas tangan.

Tapi tu lah mabuk laut tu takleh tahan.Menyesal terlupa tertinggal minyak angin dlm keta.Memang nenong2 kepala rasanya.Tapi bak kata tekong bot tu,kena turun laut baru lega mabuk tu.Memang betul pun.

Apapun seronok ke sana wpun time nak balik semula ke Jeti,hujan turun.Sejuk yakmat.Bot kami plak xleh lalu di Kuala-sebabnya air mula surut.Maka kami dikehendaki turun dan berjalan menunggu bot diseberang plak.Merasalah main hujan sambil menunggu bot mai pick up kami.

Sampai Jeti,mandi & solat jamak Zuhur/Asar.Bertolak ke Dungun.Singgah di KT,makan malam.Sampai di Dungun tumpang tido rumah SILr.Sebab rumah pusaka MIL/FIL ada family biras kami.Jadi segan plak,tumpang tido rumah SIL ajelah-yang berselang sebuah rumah dari rumah pusaka tu aje.

Jadiklah,cuti2 sekolah bersama anak2.15/9 kami patah balik ke KL.Reason: segan nak berlama2 kat umah SIL.16/9 cuti hari Malaysia memang kami melepak aje kat umah.Penat satu macam.

Tak tau kenapa,bila dah berumur ni.Memamg look forward nak bercuti dengan anak2,sebab tak tau sampai bila kami boleh berjalan sesama lagi.Satu masa anak2 membesar & ada dunia masing2.Mungkin makin susah nak bersama macam sekarang.

So next year mana Pulau lagi nak pergi jejak
2015-Pulau Langkawi
2023-Pulau Pangkor
2024-Pulau Perhentian
2025-Pulau Redang
Pulau Tioman
Pulau Kapas
Pulau Tenggol
Kita tengok mana rezeki yang ada,selagi mama sihat,en papa sihat-duit ada-kita pglah memana.Create memories kekdahnya.

So untuk yang berkira-kira nak ke Redang ke Perhentian ke-aku rasa pegi Redang dulu.Sumpah tak menyesal.

Tengok gambar2 ni semula rasa macam nak pegi lagik.Tp insyallah kalo ada rezeki lain,biarlah ada peluang stay kat Redang semalam dua.

Next time,xleh dah buat ad-hoc trips lagi2 masa peak time cuti sekolah.As usual mak ko,suka sgt plan last minute,Dari dulu semedanglah last minute kan.Kemujurannya rezeki murah,ada aje slot kosong.Sama juga kes ke Perhentian dulu,last resort dapat book -begitu jugak book tix flight.Memang serba last minute.Bertabah ajelah!!







19 September, 2025

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas.

Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan.

Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata.

Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu.

Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah dan sedang mewarnai hidup.Anak2 memang truly blessing dari Allah swt.Anak2 jadi pemangkin supaya aku jadi lebih baik hari demi hari,lebih sabar,lebih banyak doanya  dan lebih kuat berusaha sbb nak beri yang terbaik buat anak2 kerana anak2 tak minta dilahirkan.Dia dilahirkan dengan izin Allah swt menjadikan kami sbg ibubapa mereka maka suka atau tak suka,kami memegang amanah untuk membesarkan,mendidik & beri segala yang terbaik dibawah kemampuan kami.

Tak mintak banyak,semoga Allah swt panjangkan usia yang barakoh,dimurahkan rezeki supaya aku dapat retire for good by umur 50/51 nanti.Diberi kesihatan yang baik & terus ada ruang berbakti untuk mak yang makin uzur.Diberikan kemudahan serba serbi & ditunjukkan jalan keluar pada setiap kesulitan.Semoga anak2 berjaya dunia akhirat,ditemukan jodoh yang baik2 dan yang paling utama smg anak2 jadi anak yang mendoakan kami ketika suatu masa kami dipanggil pulang ke negeri abadi kelak.

Layanlah gambar dr hp my eldest daughter-Ain

So that xde plak gambar Ain dlm ni,dah dia yang tukang photognya.


Hello 46th!!

Yours truly

Dengan boypren halal

With Auni my 2nd

With Adeeb-my 3rd

My with bongsu -4th 

Tetaplah nak enterframe potong kek mama.