29 August, 2025

Syurga itu MAHAL ye?

Mak dah kembali ke rumah ku
Dah sampai giliran aku menjaga dia
Aku as usual,rutin sedia ada memang sama
Masih memasak,menguruskan kain baju,melayan anak2 terutamanya Affan yang masih belum mampu berdikari-sumer masih harapkan mama atau papanya yang uruskan.
Dan semalam bertambah lg satu tugas rasmi
Menjaga ibu yang uzur-dementia + tidak boleh berjalan tanpa bantuan.

Setakat ini-selain mengelolakan ubat2nya,kena make sure dia makan dengan teratur,salinkan diaper dia,mandikan dia selang sehari dan uruskan dia dengan wuduk diatas katil.Positioning katil mengadap kiblat & yang paling penting make sure dia tak overthinking,Kita nak elakkan bp dia naik mencanak.

Secara peribadi-menjaga mak yang tidak boleh berjalan tak sesusah melayan dia yang sedia ada DEMENTIA.
Jadi sedikit kesusahan sebab dia LUPA dia tak boleh bergerak sebenarnya.
Susah sebab dia asyik nak turun katil sebab dia kata dia bukan OKU-dia masih boleh bergerak ke sana-ke mari.Sedangkan sebenarnya dia yang LUPA serba serbi.Dia lupa yang dia telah melalui operation dua minggu lalu.Sungguhlah,aku speechless.

Mentally drain Penat jugak sebab tak expect akan lalui isu ini.Macammana aku nak menghadap beribu hari ke hadapan.Sungguhlah orang kata Syurga itu MAHAL ye!

Takde daya & upaya selain menadah tangan kepada Allah swt semoga dipermudahkan urusan ku hdknya.Jauh disudut hati aku berharap fasa ini cepat berakhir,aku kuat semangat dan terus mencari hikmah tersembunyi dalam setiap sisi terendah kali ini.





25 August, 2025

Mak dah DISCAJ!

Tiada kata lain selain syukur alhamdulillah.
Mak selamat discaj pada hari Khamis lepas yakni 21/8/2025.
Aku yang membantu bawak mak balik ke Putrajaya tempohari.
Struggle ye,keta Myvi kan comel
W/pun mak duduk di seat depan sebelah pemandu
Kakinya yang patah tu macam x selesalah
Nak berlunjur jadi sakit/sengallah kot
2x terpaksa berhenti dibahu jalan sebab mak tetiba melorot ke bawah,jenuh jugak dibuatnya.

Dalam keadaan mak sekarang ,adalah mak masih in pain.
Masih xleh buat apapun
Makan-minum perlu dibantu
Solat pun atas katil lagik
Buang air kecil/besar masih dalam diaper lagik

Minggu depan mak ada appointment Orthopedik di HUKM untuk urusan buka jahitan & jugak untuk fisio
So setakat ni,memang bertambah lagi appointment hospital mak
Dari nefro,Onco,diabetes,bp clinic ke Ortho -fisio.
Relatifnya baca sahaja dah memenatkan apatah lagi menguruskannya 1 demi 1.Jika kita yang menguruskan dah rasa perit apatah lagi mak yang menanggungnya.

Aku berdoa semoga Allah swt permudahkan urusan aku menjaga mak dengan baik.Memurahkan rezekiku dari jalan yang tidak disangka2.
Semoga suamiku & anak2ku memberi kerjasama pada aku melalui rutinku yang baru.Semoga aku kuat semangat hdknya.Aku yang bekerja sepenuh masa & dalam masa yang sama merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak yang sedang membesar dan kini memakai apron baru yakni menjaga ibu yang sakit.

Aku malas dah nak berfikir2 siapa yang layak jaga mak atau kenapa aku..kenapa bukan dia.Aku melihatkan rezeki menjaga mak ni,bukan sumer orang akan dapat.Ini adalah peluang aku mendidik anak2 secara langsung bahwa t/jawab menjaga ibubapa yang uzur adalah t/jawab seumur hidup.Jangan berkira kau lagi patut jaga mak atau kenapa aku?Anggap sahaja ini sahaja ruang lingkup terbatas dengan peluang membina jambatan pahala tanpa batas iaitu menjaga /menyantuni ibubapa yang uzur.

Aku tak tau sampai mana masa yang ada atau sampai bila mak akan bertahan dengan episod kesakitan demi kesakitan.Tapi selagi masih ada ruang & peluang aku akan rebut peluang yang ada.Semoga tak jadi penyesalan berpanjangan jika suatu hari  Allah swt panggil mak balik.

Aku teringat kisah Dato Chef Wan- dia kata dia xde sedikit pun rasa ralat atau penyesalan bila arwah maknya pegi sebab selama hidup ibunya,Dato Chef Wan dah buat yang terbaik  untuk beliau.Dan kisah ini sangat menginspirasikan aku.

Aku tak kaya tau,aku bekerja sebab nak support suami dan untuk beri yang terbaik pada anak2 aku.Aku nak anak2 belajar setinggi boleh dan disebabkan itu aku sanggup bekerja kerana dengan 2 pendapatan dalam keluarga-kami dapat support selain basic necessity kat umah,kami dapat provide lebih lagi untuk anak2.Anak2 perlu tuisyen-maka kami mampu membayarnya.Anak2 nak pegi lawatan,insyaallah mampu diadakan.

Pendapat aku sbg ibubapa,kita yang memilih untuk ada anak dan melahirkan anak2-jadi tanggungjawab kita beri yang terbaik pada mereka.Cukuplah dulu kita puas hidup susah,nak pg lawatan pun bayar RM30 pun mak kita x mampu adakan.Aku tak menyesal jadi orang susah tapi kesusahan itulah yang membentuk aku hari ini.

Melalut dah kan.Sekarang selain fokus urusan keluarga,aku ada ibu sakit yang perlu dijaga,dilayan makan-minumnya,aku juga kena balance urusan rumahtangga dengan baik.Aku taknak anak2 dan suami terabai.Insyaallah sedang diusahakan beli sebiji tv,supaya anak2 & suami boleh melepak kat hall atas.Sebab mak akan berada di living hall kebanyakan masa.Nak letak mak dibilik bawah,jadi kesian sebab bilik tu xde tingkap.Rumah aku jenis Semi-D Cluster.Jadi memang disadvantage sebab bilik bawah memang xde tingkaplah.Tapi itu ajelah rezeki rumah yang kami mampu beli.Pun dah bersyukur banyak sebab mana dapat dah rumah sebesar itu dengan harga RM190K sekarang ni.

Aku seboleh2 berusaha untuk beri apa yang aku mampu.Setakat mana yang boleh aku usahakan.Semoga mak selesa hdknya berada dirumah aku bermula Khamis ni.Semoga tak merepek suruh hantar dia balik rumah dia.Semoga aku jadi sesabar manusia melayan mak nanti.

Ameen Yaa Rabbal Alamin.




















19 August, 2025

Husnudzon itu JIHAD seumur hidup!

Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah swt
Mak selamat menjalani pembedahan memasang skru angkara insiden patah seminggu lepas

Mak stabil,sepanjang malam aku menjaga dia
Takde mengadu sakit
Dia macam high dose painkiller
Ingat2 lupa dia berada dimana
Dia hanya mengadu kenapa kaki takleh angkat
Dia tak ingat yang dia telah menjalani pembedahan kaki pg tu

Apapun cabaran sekarang selain usaha pemulihan emak yang bakal mengambil masa lebih dari 6 bulan.
Adalah apakah cara untuk aku & adik beradik untuk menjaga mak ini
Mak ada rutin dialisis Isnin,Rabu & Jumaat.
Kami adik beradik semuanya bekerja sepenuh masa
Sungguhlah,aku masih berdoa dengan Allah swt untuk memberi ilham macammana caranya aku nak menjaga mak dalam keadaan aku sendiri tak mampu nak hire nurse sepenuh masa jaga mak.

Sungguhlah ujian Allah swt kali ini buat aku rasa terduduk jugak.Setakat siapkan makan minum mak,jaga mak setelah balik keja-aku rasa masih mampu hadap lagi.Masalah utamanya siapa yang boleh standby 24/7 dengan mak?

Betullah orang kata-ibu boleh jaga 8 orang anak tapi 8 orang anak tak boleh jaga ibu seorang.
Aku ingin komen melalui perspektif aku yang sedang melaluinya skrg.

Mak kita menjaga kita dulu dengan bantuan taska/caretaker.Bila dah besar sikit kami diajar tentang rutin bersiap ke sekolah,berjalan sendiri ke sekolah & uruskan hal ehwal persekolahan sendiri.Mak hanya bagi biayanya sahaja.Mak masih bekerja ketika itu.Kami makan apa aje yang mak masak waktu pagi sebelum dia ke tpt kerja.Hidup seadanya berdikari tapi makan minum,tempat tinggal dibiaya dengan kemampuan mak & pencen arwah abah.

Bila mak jatuh sakit skrg,kami semua sudah dewasa,ada keluarga & kerjaya.Anak2 masih bersekolah.Prioritinya memang dah berubah.Kewangan pun sekadar yang ada menghidupkan anak2 dirumah/mahupun diasrama.Jadi masa terhad & terkejar2 menguruskan rumahtangga & mak yang sakit sama naik.Jadi tak hairanlah bila ada bidalan tersebut.Sebab situasi mak membesarkan kita takkan sama saat anak2 dewasa & punya komitmen masing2.

Sebelum pompang atau propa isu yang lebih kurang sama,kita kena lihat perspektif keluarga tersebut.Kami berusaha dengan apa jua kemampuan kami,buat apa yang termampu.Curahkan apa yang ada tanpa jeopardise hal ehwal rumahtangga masing2.

Menemankan mak malam tadi yang high dose painkiller


Muka pagi ni,eye bag sekilo.Tido kat ward,tido2 ayam ajelah.Kena masuk opis jugak wpun mengantuk tahap apa lagi.


Wad Ortho Tingkat 4 HCTM



Apapun aku redha dengan ujian Allah swt yang satu ini
Bak kata orang-terimalah dengan bersangka baik
Allah swt amik satu dr telapak tangan kita
untuk bagi space kita terima benda lain dr Dia.
Sungguhlah sedang mendidik diri supaya husnudzon dan mendidik diri agak sabar dengan rasa ketidakadilan rasa asyik2 aku aje yang kena
Sebab anak2 kita melihat sekarang.

Allah swt tak tidur ye
Mana nak tau suatu hari nanti
Aku diduga perkara yang sama
Insyaallah anak2 kami akan memperlakukan aku & suami secara ehsan jugak hdknya nanti.
Kan....




18 August, 2025

KL-KUALA BERANG dalam tempoh 24 jam

Aku sempat lari ke Kuala Berang Sabtu lepas
Kami bertolak dari rumah pkl 5.32am,singgah solat Subuh berjemaah di sebuah surau ke masjid ke area MRR2 sebelum melepasi Lotus Ampang
Adeeb & Affan pun xsempat mandi pagi tu,aku suruh pi toilet cuci muka & terus masuk kereta.Masing2 pun masih mengantuk lagi.

exit Tol Gombak

Aku terpaksa buat mcm tu sebab kami kena tiba ke Kuala Berang sebelum 1pm.Alhamdulillah perjalanan smooth,kami sempat singgah sebentar di RNR Temerloh untuk bersarapan.Kami tiba di perkarangan SAHUT pkl 12.10pm.

Ini aje menu sarapan yang aku beli.Makanlah kongsi2 4 beranak


Pun makan tetap makan wpun x sedap mana.
Affan & Adeeb mandi di RNR Temerloh

Wpun hidup aku huru-hara minggu lepas menguruskan mak yang patah kaki,aku terpaksa uruskan hal Auni jugak.Beberapa barang Auni kena dihantar kesana sebelum majlis Hi-Tablenya 21hb ni.Jadi antara emak & anak,suka atau tak suka.Kena uruskan hal Auni.Hal mak kita pass over pada adik beradik yang lain plak.Hal ehwal anak kita sudah tentulah kita mak ayahnya yang kena handle,nak harapkan siapa lagi.

Mak post Echo test Jumaat lepas

Sampai ke SAHUT,Auni hanya boleh keluar asrama 1.15pm.Bawak makan ke restoran Nasi Kukus,apa aje pilihan yang ada di KB tu selain apa yang ada.Jadi takleh memilih sgt,KB pekan kecil slow pace.Bandarnya sekangkang kera aje,di pinggirnya ada sungai.Terkenal dengan makanan ikan Baung & anak2 aku x berapa suka makan.Jadi xde pilihan lain selain ke Umira Nasi Kukus,betul2 terletak di pekan KB.Lari sekejap ke DM Mart-melayan Auni nak beli barang2 keperluan dia yang kebetulan dah hbs.

Auni pun x berapa sihat.Malam sebelumnya dah berangkut ke klinik.Doktor diagnosed Gastritis.Sabtu hari tu pun masih belum lega sakitnya.Susahlah hati kami.Ajak ke klinik untuk amik jab,xmo plak dia.Berangkutlah ke farmasi-beli Gaviscon & minyak panas.In case ubat yang klinik bagix jalan,dia ada standby yang lain.

Lepas tu melepaklah kami anak beranak dalam bilik hotel.Kami menyewa sebuah unit hotel di bandar KB-dptlah golek2 sambil layan a/c.Selalunya kalo ke KB kami akan menumpang tido kat rumah arwah MIL/FIL di Dungun tapi disebabkan Affan baru kena chicken pox 3hr-aku x berani bawak kesana.Rumah tu dihuni oleh adik ipar sekeluarga.Pkl 5pm keluar semula cari lagi sedikit barang2 Auni sebelum htr semula ke SAHUT.Dia kena masuk semula plg lewat pukul 6pm.Ntah kenapa dia sedih sgt bersalaman dengan kami berdua-dah kita pun sama emosi.Wpun ini tahun ke-4 Auni berada diasrama,tetaplah sedih rasanya meninggalkan anak  diasrama.

Auni kesayangan kami

Lepas hantar Auni baliklah terus ke hotel.Lepas maghrib/jamak Isyak-kami turun makan berjalan kaki aje kat kedai makan yang berada kurang 50m dr hotel.Senang aje,makan situ,Kedai dobi pun ada kat sebelah.Sempat jugak mak ko mengepaw selipar kat Al IKHSAN store sebelah tu.

Lepas makan,pengsan tido!Keesokan paginya ,bersarapan roti canai di gerai tepi jalan & terus bergerak exit Tol Ajil ngam2 pkl 9am.Sempat pi makan ikan patin di GO'BANG MAJU PATIN TEMERLOH.1st time kami kesana,sebab bosan makan kat RNR.RNR skrg dah lah makin mahal,x sedap mana pun & crowded.So kami exit TOL TEMERLOH,memandu dalam 5minit dah smp restorannya.Boleh tahan sedap & bagi aku harga berpatutanlah.Kalo aku g makan kat RNR lebih kurang tu jugaklah harganya pun.


Antara menu yang kami ambil-restorannya serve makanan style dah siap berhidang kat kaunter.Kita ambik apa yang kita nak & dia akan kira harganya kat kaunter.

Berebut Adeeb & Affan makan cendol.

Lepas makan sambung semula perjalanan ke KL-kami selamat tiba dirumah 3.08pm.Pengsan memasing.Sempat mendobi 2 round.Tersedar pkl 6.35pm,solat Asar & start masak untuk makan malam.Apa yg ada ajelah.Lantaran lama dah x ke pasar/kedai acheh top up lauk pauk.Minggu lepas leh kira dengan jari berapa kali aje aku masak,selebihnya makan kat kedai aje.

Bertabahlah en papa & anak2.Doakan semoga dipermudahkan urusan Opah yang tgh sakit,semoga hidup kita kembali teratur bila Opah dah discaj nanti.Suka atau tak suka,hidup kita takkan sama macam dulu.

Pagi tadi lebih kurang 8 lebih mak dah ditolak ke OT.Insyaallah malam ni turn aku menjaga mak.Semoga dipermudahkan urusan aku malam ni.Wpun ada sedikit gusar sebab giliran menjaga post ops Day 1 ni sedikit disaster ye,kita x tau macammana mak leh tolerate dengan kesakitan post off-painkiller nanti.Allahu.sungguh x leh nak membayangkan dengan kata2.

Tumpang doakan semoga aku kuat,mak lebih kuat lagi hdknya.






 

13 August, 2025

At my LOWEST point of my LIFE

Agak lama blog ni terbiar sepi
Aku melalui hari demi hari
Selain bekerja sepenuh masa
Ada keluarga yang perlukan perhatian total
Termasuk ibu tua yang ku jaga bergilir2 dengan adik-beradik yang lain

Kemuncak ujian Allah swt 
Menjaga pintu syurga nan satu
Emak terjatuh Isnin lepas (11/8/25)
Dan benda yang paling aku takleh nak expect
Mak patah kaki di tulang yang bercantum dengan joint pinggang.

Mak dibawa ke HUKM menggunakan ambulan waktu ini.

Sungguhlah ini adalah saatnya aku betul2 numb
Aku langsung tak jangka akan melalui ujian ini
Ujian mak sakit secara tak langsung ujian bagi kami anak2nya

Kesusahan hati aku melarat2 sehinggalah mak selesai ops nanti
Ops mak bakal hadir dengan 1001 komplikasi
Mak baru shj didiagnosis dengan sakit jantung July lepas
Dan mana ada ops meskipun untuk orang sihat yang tiada komplikasi apatah lagi untuk mak yang memang sakit sedia-ada pun tak terkira 
Dan dengan keadaan mak skrg makin susah hati rasanya

Belum lagi susah hati utk post ops nanti.Apa caranya kami menjaga mak dengan masing2 bekerja sepenuh masa.Dan bukan semua mampu untuk hidup tanpa gaji berbulan lamanya.Dan apa caranya untuk mak ke pusat dialisis di Cyberjaya dalam keadaan dia tak boleh duduk.
Allahuakhbar!

Sungguhlah sejak usiaku mencecah 40 tahun ujian Allah swt bukan secubit.Ujian aku menjaga mak sakit keluar masuk hospital,Belum ditambah dengan ujian2 kecil yang lain.

Aku tak minta banyak,semoga Allah swt pinjamkan kekuatan & kurniakan ilham untuk kami adik beradik semoga sepakat jaga mak dengan baik sementara Allah swt masih pinjamkan mak pada kami.

Doakan kami kawan2 jika sudi.
Doakan aku kuat
Doakan semoga boss bertimbang rasa dengan keadaanku sekarang.
Daakan aku murah rezeki untuk cuti tanpa gaji jaga mak hdknya.