As usual,aku semedang lewat kan
Hari ni dah 9hb January
Aku baru terhegeh2 buat blog
Aku busy tau-awal2 tahun ni selain menyiapkan report closing year end.
Awal tahun as usual.
Orang lain menunggu midnight.
Aku pkl 10pm dah lebuh ke syurga.
Mengorok be like.
Isnin lepas Adeeb memulakan kertas 1 UPKK-nya
Adeeb anak kami yang memulakan pelajaran formal di Tahun 1 ditahun pertama PKP
Dengan dia yang tak boleh membaca
Sekolah plak pdpr berbulan2
Memang ke laut sungguh jadinya
Kesian Adeeb
Jadi logiknya Adeeb ketinggalan dalam banyak pelajaran.
Sekolah kebangsaan pun hanyut.
Sekolah agama lagilah ke laut dalam perginya.
Bila exam-kebanyakkannya markah memang MERAH ajelah warnanya
Kami as parents memang susah hati jugaklah
Tapi nak salahkan dia xleh jugak
Sebab PKP 2 tahun lamanya beri impak & minat dia pada pelajaran
Dia kesekolah sebab dia kena pg sekolah
Minat tu tak nampak sangat
Berlarutan sehingga dia masuk Tahun 5 tahun lepas
So bertambah cemaslah kami sebab dia akan menduduki ujian UPKK
So back to back dia ada kelas tambahan
Brush up penguasaan jawinya plak
Memang hustle betullah jadinya!!
Trial UPKK-memang tak nampak sinar langsung.
Sumer subjek bertulis GAGAL
Tgk en papa mengadap anak bujangnya saban malam
Kdg2 kesian sama Adeeb
Kalolah papanya lebih awal mula Gear 5 takdelah kelaut sangat anak ni
Ikut hati geram aje dengan kelaku paknya
Tak tahulah kot paknya sentap kuasa 3
Ironinya disini suami adalah Guru Subjek Pendidikan Islam Gred DG48.
Sewajarnya dia sangat berpengalaman nak tackle kes anak2 slow ni.
Malangnya paknya biar anak hadap lautan gelora tu sorang2 smplah tiba kemuncak UPKK
Memang geram aje kalo teringat
Tapi being mak2 be like
Aku malas nak kata apa
This will be a big lesson learn untuk paknya & aku sendiri
Nak marah anak pun xde gunanya
Apa sahaja result UPKK nanti
Redha & raikanlah
Setiap anak pasti berbeza kemampuannya
Anak2 perempuan kami sangat excel dalam pelajaran
Mungkin Adeeb akan cemerlang di bahagian lain plak
Setakat ni nampak Adeeb excel dalam Ping Pong
Adalah sekali dua wakil MSSD main Ping Pong
Raikan perbezaan anak2
Tak berjaya dalam pelajaran
Mungkin boleh explore lain plak
So follow the flow
Kita support minat anak2
Kita usahakan apa yang perlu
Utk Adeeb sempena Paper terakhir Arab hari ini
Semoga dipermudahkan urusan Adeeb hendaknya!
Biarlah x dapat A pun,mama tak marahlah
Asalkan lulus mama dah happy sangat dah tu
So sama2 kita tunggu result UPKK nanti
Semoga Allah memberkati usaha Adeeb hendaknya
Ameen Yaa Rabbal Alamin.