19 December, 2024

TIPS MENUNAIKAN UMRAH DARI 1ST TIMER

Setelah beberapa bulan aku menghilangkan diri
Hari ni ntah hantu raya mana yang merasuk
Aku kembali ke blog picisan ini

2 tahun lepas to be exact pasca pandemik
Aku & suami telah menunaikan Umrah kami
Satu-satunya spiritual journey yang aku harap sumer orang Islam dapat mengalaminya sendiri
Sampai ke hari ini tak leh move-on

Hari ini aku nak kongsikan sikit tip bagi aku yang sangat membantu
Terutamanya untuk first timer yang bakal menjadi Duyufurrahman.

1.Pakaian
Bagi aku tak payahlah bawak se-almari ke sana.Most of the time akan pakai jubah atau jubah suit-pant tu.Aku rasa max boleh bawak 4 pasang,dan bawak 2 helai baju tido buat tukar2.Jangan lupa bawak sweater sbb sejuk dalam kapal terbang.Dan aku tetiap hari cuci baju & jemur dalam toilet.Alhamdulillah w/pun musim sejuk,baju kering seadanya.Bawak stokin,tudung seadanya(lebih baik warna hitam/putih),dan bawaklah thermal clothes jika anda berangkat ketika waktu musim sejuk.Last time aku pg pada bulan Februari-sumpah menyesal sbb tak bawak langsung thermal clothes ni sebab tak expect cuaca sesejuk itu,waktu itu suhunya tu adalah lebih kurang 7-10 degree celcius.Thermal clothes ni boleh beli dengan harga yang berpatutan di Uniqlo.Belilah baju & seluar sekali.Yang peliknya ketika itu Madinah lebih sejuk dari Mekah.Mungkin faktor geografi agaknya.

2.Ubat-ubatan & toiletteries
Silalah beli & standby dari tanahair sebab harga di Madinah/Mekah harganya agak mahal.Boleh standby wet tissue sebab sgtlah berguna ye bila disana.Untuk ubat-ubatan selain ubat biasa kita ambil eloklah standby beli Lozenges- sebab kebanyakannya jemaah sakit tekak disana atas perubahan cuaca mendadak.Beli banyak sikit pun xper,bolehlah jugak sedekah bila kita dgr orang batuk bersahut-sahutan kat sana nanti.Jika pergi ketika musim sejuk,sila bawak lotion/vaseline secukupnya sebab cuaca yang sejuk membuatkan kulit jd kering sesangat & akibat aktiviti berjalan yang sangat banyak mungkin menyebabkan kulit/pelipat melecet dengan sadisnya.

3.Shopping souvenir
Kalo ditanya pendapat antara Mekah & Madinah mana lebih murah harganya.Pendapat aku mengikut pengalaman enteng -Madinah lebih murah.Kedai2 di sana dibuka seawal waktu Subuh & kebanyakan kedai2 disana menjual barang yang serupa/sama.(Jubah,tasbih,sejadah,minyak wangi etc).Kurma/kekacang juga antara benda wajib para jemaah borong sbg buah tangan.Banyak jugak souvenir dijual secara terbuka di setiap kawasan tumpuan ziarah & harganya lebih murah dari kedai.Keywordnya pi berjalan2,compare harga & tawar-menawar.Nasihat aku adalah selesaikan urusan shopping souvenir ni biarlah di Madinah shj.So di Mekah kita leh concentrate beribadah dan berlama2 di Masjidilharam shj.

4.Makan-minum
Ok,bab ni tak berani nak komen banyak.Sebab masa pegi kami datang dengan pakej Fullboard.So makan minum memang disediakan oleh pihak hotel.Cuma ada sekali dua kami berdua try makan diluar.Tak murah ye.Anggaran SAR15-SAR20 untuk sepinggan makanan cuma memang portion besar,boleh share 2 orang.Sana-sini ada orang jual nasi arab.Trylah makan,konfem balik Malaysia pasti teringat2 sebab sedapnya lain macam.Try jugak makan aiskrim pak arab,kunafa & daging unta ye.

5.Sedekah
Aku sgt encourage dr Malaysia lagi korang belilah coklat,gula2 banyak2 sebab kanak2 sangat ramai disana.Sedekah disana jariahnya berganda2-rebutlah peluang bersedekah diTanah Haram.Untuk sedekah kepada petugas2 pembersihan ataupun askar2 yang bertugas disana-aku nasihatkan sedekahlah duit dalam Riyal bukan RM.Sebab kadar tukaran RM kat sana rendah.Dan kebanyakan Forex kat sana tak terima pun small notes RM nak tukar pada SAR kat sana.Kesian plak kalo pi sedekah RM1-RM5.Jenuh kawan tu nak tukar SAR,jadi pointless plak untuk depa simpan small notes begitu.

6.Tukaran RM -SAR
Aku lebih suka mengingatkan untuk menukarkan duit secukupnya di Malaysia sebab RM kat sana tukarannya agak rendah.Macam tempohari aku hanya tukar RM 1100-SAR1000.Dan aku mengaktifkan mode:International withdrawal dari Maybank.Jadi bila x cukup duit,aku withdraw aje dr sana.Bersepah ATM.

7.Sim Card & Internet access
Aku xingat berapa harga kami beli Sim Card dulu.Tp kosnya lebih berganda mahal dari Malaysia.Kami beli Telco Mobilly masa tu.Tak tau betul ke spellingnya.Masa tu agennya mai dtg hotel jual simcard.Hati2 dengan agen ni.Since kami baru sampai maka kebanyakannya duit besar2 belaka.Masa tu kami nak beli 2simcard lah-harga dalam SAR 240.00 kot.Ada cash SAR 500 shj.Dia kata nanti dia pulang semula balancenya.Kita pun menunggulah.Tetiba dia buat hilang ingatan mengatakan kita ni ada baki lagi yang dia tak refund,Mujur mutawif pandai cakap Arab-dia tolong kami mtk refund semula.
Beruntunglah kalo hotel ada unlimited wifi.Masa kami kat Madinah ,hotel xde access Wifi,tetapi bila di Mekah alhamdulillah ada akses Wifi yang baik.Sempatlah vc sama anak2 & mak di Malaysia.

8.Aktiviti Ziarah
Masa disana TA memang ada buat aktiviti ziarah,ada yang sedia-ada dalam pakej,ada jugak yang tiada dalam pakej.Yang mana tiada dalam pakej wajiblah kena top up duit asing.Ikut kesesuaian & kemampuan masing2lah,last time aku & suami hanya follow aktiviti ziarah yang sedia ada dalam pakej shj.Ada ziarah luar yang memerlukan top-up SAR200 seorang yang bagi aku tiada keperluan wpun orang kata bukan senang nak sampai lagik.Aku yang x berapa nak ada cash byk,aku berbincang dengan suami,Baik buat umrah sunat dari kesana-niat nak ke Mekah nak beribadat,biarlah berlama2 dalam Masjidilharam aje.Tak dapat peluang berziarah,dapat pahala iktikaf pun jadiklah.Program ziarah ni bagus untuk menambahkan ilmu pengetahuan & sejarah.Tapi yang jadi aneh bila program ziarah jadi medan shopping .Pendek kata sumer place of attraction kat Mekah/Madinah ni memang dipenuhi dengan para peniaga.Rata2 penuh orang berjual beli.Apapun tepuk dada tanya selera.

9.Kasut
Hampir sepanjang masa kita akan banyak berjalan terutamanya ketika menunaikan ibadah Umrah.Steps boleh mencapai ke 15k-20k steps sehari.Belum tambah ziarah luar dsbgnya.Invest pada kasut yang baik.Yang selesa & menutup aurat bagi jemaah wanita.Beli kasut tawaf getah di shopee/lazada-sangat membantu.Ada orang yang alah marble macam aku,aku mengalami/diuji dengan tapak kaki pecah sepanjang disana wpun berstokin.Aku mmg x beli kasut tawaf & smp skrg aku rasa menyesal tak beli.Sakitnya kaki tuhan aje yang tahu.So lesson learned.Insyaallah jika ada rezeki kesana lagi-wajib kena beli kasut untuk Tawaf.

10.Masa
Jika kita pegi ikut TA tolong belajar tepati masa,sebab kita pegi melibatkan kumpulan yang ramai.Alert jugak dengan masa yang ditetapkan untuk memasuki Raudah.Alert jugak dengan waktu solat terutamanya waktu solat Jumaat.Kita wajib berada dalam masjid seawal 4 jam sebelum waktu solat Jumaat.Jangan berlama2 di masjid ketika kita bermiqat  jika kita lihat jemaah yang datang berpusu-pusu menunggu giliran untuk solat sunat.Bertimbangrasa antara satu sama lain.

11.Sabar
Dari airport lagi kena bawak banyak bersabar-di KLIA kena hadir 4/5 jam lebih awal.Sampai ke Madinah kena mengadap Imigresen Saudi yang rigid.Belum lagi melayan mak guard/pak guard Masjid yang super cengih.(garang).Sabar ajelah,anggap sahaja kena marah,kena bentak sebagai ujian dari Allah swt.Mula2 smp Madinah terkejut jugak dibentak2 ketika clearance-dia x paham omputih,kita plak tak paham Arab.Maka communication breakdown kat situ.So sebelum smp KLIA kita nak berangkat ke sana-wajib pasak siap2 kena banyak2 SABAR.

Apapun tak serik ke sana lagik,semoga ada rezeki Allah swt jemput kami sekeluarga suatu masa kelak.

Untuk yang bakal menunaikan Umrah masa terdekat,semoga dipermudahkan urusan anda semua ye!

Malam terakhir sempat solat Isyak di mataf


Bergambar ketika tamat Tawaf Wida

Gambar setelah selesai Umrah wajib

Gambar selepas Subuh terakhir Masjid Nabawi,Madinah









Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...