17 July, 2024

Life within past 2 months:)

Takde alasan lain kenapa blog ini dibiarkan sepi selain kesibukan dengan urusan kerja hakiki dan juga urusan sbg ibu,isteri & anak
Banyak benda yang terjadi 3 bulan kebelakangan ini
Result SPM Ain
Struggle dengan beberapa pilihan beliau untuk melanjutkan pelajaran.
Urusan kerja-staff resign-relocation dsbgnya
Cerita kami ke Pulau Perhentian

Alhamdulillah result SPM Ain bagi aku agak baik & aku redha dengan ketentuan rezeki buat dia.
Dan as usual keputusan SPM jadi benchmark untuk beliau nak sambung study .
Ada beberapa offer masuk.
Tetapi setelah ditimbang-tara Ain memilih untuk ke Johor
Insyallah kami sekeluarga akan hantar beliau ke Johor Sabtu ini untuk urusan pendaftaran.Takde doa lain semoga anak ini berjaya walau dimana beliau berada,menjaga solatnya & menjaga ikhtilatnya.

Kesihatan mak-macam biasa,Mak masih sakit perut pagi2.Makin pelupa,nyaris terbakar rumah baru ni gara2 dia memasak & tinggalkan begitu shj sehingga hangit benda yang dimasaknya.Jadi jika dia berseorangan kat rumahnya mmg abang aku akan cabut hose gas spy dia takleh memasak.Kdg2 dia memasak pun dia tak makan pun at d end.Tak tau sebab apa yang sibuk sgt memasaknya.

Port fistula baru mak dah boleh digunakan.Insyaallah mggu ni IJC tube mak bolehlah dicabut.

Auni baru sudah PPT di sekolahnya.Kesian dia..lg sebulan barulah mama/papa dapat melawatnya diasrama.Kekangan masa & kewangan jugak jika nak melawat dia bulan ni.Sebab bulan ni kami menghabiskan sejumlah duit untuk preparation Ain.Jadi memang xde duit extra nak melawat Auni di Terengganu.

Adeeb sedang bergelut dengan games Ping Pong MSSD Sepang.Setakat ni,semalam dia layak ke semi final.Semoga kejayaan buat anak ini.

Affan sangat enjoy dengan kindy life.Dia lebih rela pi tadika dari duduk rumah sama kak Ain.Hahahaha..

Aku masih struggle bergelut dengan micromanage-boss yang annoying kemain.As usual siapa yang follow blog ni dari 16 tahun yang lepas -dengan katik the katak pun aku selalu bergadoh dulu apatah lagi dengan boss sekarang ni.Bukanlah bermaksud aku ni kaki gadoh tetapi aku ni sejenis orang ada prinsip-janganlah ko bodo2kan aku.Aku takde masa layan drama berepisod2 kisah bossy boss ni.

Meh layan gambar kami ketika berkesempatan ke Pulau Perhentian baru2 ini sempena meraikan kejayaan Ain dalam SPM.










Semoga Allah swt murahkan rezeki lagi bawak anak2 berjalan tempat lain plak.








Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...