Hidup aku sumpah haywire sejak minggu lepas
Bermula dengan salah sorang staff aku yang tender resignation mengejut
Diikuti dengan Affan yang demam seminggu lamanya
Mujurnya aku uzur-maka kurang sikit tang ujian berlapar tu
Affan demam start Isnin depan
Aku ingatkan demam sebab isu tonsilitisnya
Selasa bawak klinik &start antibiotik
Tapi kali ni walaupun dah makan antibiotik
Affan masih x kebah demamnya
Rabu malam aku mula cuak sebab Affan punya temperature constant spike wpun baru lepas makan ubat demam 2 jam lepas
Tapi nak ke hospital malamnya
Aku plak x larat,penat yakmat
Khamis pagi aku EL
En Papa pun dah start demam Rabu ptg
Terpaksa heret ke hospital jugak
Kitorang ke KPMC sahaja
Sebab KPMC ni agak convenience
Wadnya selesa yakmat
Sekejap aje resultnya kuar
Positif Influenza B
Kurang 2 jam Affan dah dapat wad
Naik wad start antiviral-aku pun tggl dia kejap sama papanya.Aku masuk opis skjp.
Keja banyak pending bila staff aku sorang resign mengejut maka aku terpaksa bantu cover keja dia sementara nak dapat pengganti baru.
Baru dpt naik wad |
Meragam hazabedah |
Affan masih x kebah demam wpun dah start antiviral 48jam
Ptg Jumaat dia start batuk2 yang sangat annoying tu
Sabtu pg baru Paed mai cek-confirm Bronchitis.
Maka start frequent neb 4 jam sekali
Affan lebih baik pada hr Ahad pagi
Alhamdulillah-Paed discharged Affan
So dpt balik-smp rumah semalam pkl 5.30pm
Raya?
Rasanya plan raya kami terpaksa dirombak secara mengejut
Sebab nak settlekan antibiotik Affan dulu baru balik kg
Rasanya Raya 1 beraya di KL rumah omak
Ada sedikit kerisauan takut Affan demam semula di pertengahan perjalanan yang memakan masa 6-7 jam lamanya dr Puchong ke Dungun.
Insyaallah Raya ke-2 kami akan pulang ke sana
Kebetulan memang kena hantar Auni pada hari Sabtu tu
Balik kg selain nak beraya,adalah bersilaturrahim & juga balik kg merupakan escapism aku untuk berehat.
Aku suka aje balik beraya sbb aku mmg suka road travelling-suka berjalan jauh.
Apapun semoga dipermudahkan urusan plan beraya kami ni hdknya.
Selamat hari raya gais untuk mereka yang masih baca blog picisan aku ni.
Maaf zahir & batin ye
Pandu dengan berhati2
Semoga selamat sampai ke destinasi.