30 November, 2023

A perk of having kids at boarding school

 Seperti yang aku mentioned entry sebelumnya

Ain & Auni duduk SBP sejak tahun lepas.Ain di Kedah,manakala Auni di Tganu

Baru ni Ain mengadu handphone hilang.Kehilangan handphone ni mmg buat aku susah hati jugaklah

Sebab pertamanya Ain memerlukannya ketika nak travel back balik KL.Tix airplane @ tix ETS kami beli akan htr melalui whatsapp shj

Dan dgn hp dialah dia leh order Grab jika perlu ke airport @ stesen keretapi,serta sudah tentulah being paranoid mama-kejap2 tanya Ain dah smp mana.Tentulah menggunakan handphone.

Sebab keduanya,nanti ganti handphone baru yang elok wajiblah mengeluarkan modal yang bodoh2 pun RM500.Mana ada dah smartphone rega RM199 kat sini dah.Termenung mak ko nak :(

Jadi isu hilang barang ni mmg sgt sinonim diasrama-yang paling kelakar tahun lepas Ain pernah hilang baldi..Just imagine baldi weii..dah kenapa baldi sebesar tu pun nak curik.Hadoii..

Auni plak hilang duit masa awal2 masuk asrama.Hilang beg duit kat  RNR termasuklah ic dsbgnya.

Selain kisah hilang itu ini-kisah anak2 jatuh SAKIT ketika diasrama.Ain pernah demam panas tahun lepas stok melepek macam karpet-aku fly ke sana naik flight terawal ke Alor Setar dan fly balik ke KL pkl 2pm hr yg sama bawak dia balik.

Dan hari ni dapat kabar yang Auni sakit mata- wabak sakit mata diasramanya plak.Apo laie roger adik ipar mtk tlg amikkan dia.Offer balik KL,xmo plak si Auni,Agaknya penat berulang balik KL-Tganu tu.

Susah hatilah jgk bila anak2 sakit diperantauan ni.Ikut emo mak ko,biar sumer balik ddk sama mama.Tak payahlah dok asrama dah.Tp tu lah,Ain dah tahun terakhir ni.Bakal menduduki SPM bulan Dec ni.Auni plak mmg dah seronok sekolah sana,haram xmo balik duduk sini dah :(

Apapun suka ke tak suka hadap ajelah isu2 budak serama ni.Tak hilang barang,makanan kat DEMA x sedap,citer sentap dgn kawan2,tak pun kisah emosi tak ketahuan hala,Lagi satu anak2 duduk asrama ni,mak pak umpama banker ye.Jenuh nak ajar berjimat.Jangan boros belanja,Mak Pak ko xde darah pewaris Hilton nak oiiiii..

Lusa nak htr Ain balik Alor Setar since malam ni dia balik PB wajib makanya Sabtu kami kesana plak hantar dia.Tix ETS dah hbs,naik bas dia serik,Naik flight tix melambung2 reganya,Kalo ikutkan menghantar dia pun seganda harga tix AA tp memikirkan 5hb ni dia nak exam Amali Sains-apalah salahnya kita membeli jiwa bg moral support pada dia kan.

Moral of the story ni,bawak bekal spjg Dec ni.Jangan mimpi nak makan luar sbb bajet makan dah kena divert ke kos nak menghantar anak dara sorang ni.

Gambar kami Raya Aidilfitri 2023










17 November, 2023

Boikot itu jihad kecil kami

Sungguhlah sekian lama aku meninggalkan dunia blogging ni 
Dah hilang rentak 
Hilang idea nak memceceh 
Tak tau apa nak direpekkan 
Sekarang masih intai2 socmed 
Sejak kes Palestin dibedil bertubi2 sebulan lebih lamanya 
Rasa macam tak sanggup nak layan socmed 
Rapuh sungguh hatiku 
Pasti meleleh2 airmata tgk video Sang ibu kehilangan anak 
Sang anak kehilangan ibu..kehilangan ayah sekelip mata 
Sedih tgk anak takung air hujan nak buat minum 
Allahuakhbar Sumpah hati tisu 


Jihad kecil aku & keluarga adalah boikotlah 
Nak bagi duit berapa sangatlah yang kami mampu bagi 
Maka kami berjihad dengan boikot sahajalah 
Sebulan lamanya x ke Mekdi,kepsi faveret anak2,xminum starbak 
Coke faveret mama pun dah lama x minum 
Rupanya banyak barang kegunaan rumah perlu ditukar hatta Milo faveret Affan 


Sungguhlah tak mudah dan tak jugak payah 
Keywordnya mulakan skrg Semoga jihad kecil ini memberi impak melumpuhkan ekonomi ISRAHELL Semoga suatu hari kemenangan buat saudara kita di Gaza dan seluruh Palestin 
Semoga kezaliman ini dapat ditebus dengan kemenangan bermaruah 

Teruskan boikot kecil kita Allah swt tidak melihat sahaja 
Ujian utk bumi barakah Palestin bukan ujian untuk mereka sahaja 
Ttplah ujian buat keseluruhan umat Islam 
Semoga kita bersatu hati & bersoladariti bersama mereka 

 Ambil wuduk Jaga wuduk kita 
 Suatu hari kita akan sampai ke MASJIDIL AQSA 
Pasti tiba !!!



16 November, 2023

After LONG HIATUS-5 years

 Yaa amponnnn...super lama bersawang blog aku ni

Last sekali update lepas bersalin Affan tahun 2018

Sumpah rindu nak berblog


Affan Fahri - 5 tahun hari ini :)


Hari ini Affan dah berusia 5 tahun

Dah banyak cakap,dah banyak akai,dah bijak macam2

Tahun ni jugak aku dah berumur 44 tahun

Tua dah rasa aku


Aku masih bekerja even aku baru sahaja masuk skop kerja baru

Lupakanlah agaknya niat aku nak FTHW

Anak2 makin membesar maka belanja makin besar

Ain anak sulungku bakal menduduki SPM Dec ni

Kalo ada rezeki boleh sambung belajar lebih tinggi lagi


Depan sekali kakak Ain diikuti dibelakangnya Auni & tuan tanah kedaung



Ain & Auni masing2 bersekolah di asrama penuh

Ain nun jauh di Kedah,sementara Auni nun jauh tercampak di Terengganu

Aku sekeluarga masih tinggal di Puchong

Takde banyak yang berubah selain uban mula penuh atas kepala

Hidup masih terkejar2 macam dulu

Cuma skrg hidup lebih teratur berbanding ketika anak2 masih kecil dulu

Dah cukup tido :)

Dulu tido pun semedang tak cukup almaklumlah dulu hidup membesarkan anak2 kecik


Sungguhlah masa itu pantas berlalu

Tak sedar langsung dan siapa menyangka

Aku masih disini mengetuk keyboard

Menitip kisah diblog ini


Banyak yang ingin aku rakamkan

Kisah magis kami sekeluarga

Terutamanya apa yang terjadi sepanjang tahun lepas

Doakan smg aku sihat untuk menitip kisah magis kami nanti


Ada sapa2 belek blog lagi ke sekarang?





Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...