Pages

11 May, 2016

Happy Birthday Mak ,Happy Birthday Ain !

Ahad lepas aku & family
Adakan majlis kecil-kecilan
Kenduri kesyukuran sempena hari lahir mak & anakanda Ain yang berkongsi tarikh lahir yang sama

Kenduri kecil2an aje
Jemput jiran tetangga & saudara mara terdekat
Masak sendiri penat sendiri
Walaupun penat puashati sebab A-Z buat sendiri

Kek birthday Mak & Ain yang aku tempah dari baker depan rumah..kek chiffon aje sbb takmo kek yang heavy sgt sbb menu utama adalah nasi.

Mak & Ain-cake cutting time!

Ini aje yang sempat aku snap pun sebab aku punyalah busy kuar masuk nak top up lauk pauk yang dah habis dekat meja hidang.

Dan rasanya inilah paling ramai crowd compared dgn majlis yang sebelum2 ini sampai beras tanak sampai 7kg habis..

Alhamdulillah.Semoga ada rezeki nak jamu orang makan lagi lepas ni.

Aku doakan semoga mak diberi kesihatan yang baik,dipanjangkan umur & diberi ruang waktu & rezeki utk aku terus berkhidmat padanya

Utk Ain semoga jadi anak yang solehah& berjaya dunia & akhirat.


06 May, 2016

Telur separuh masak pun sawan!

Aku paling suka waktu makan pagi
Sarapan-breakfast atau apa sahaja yang korang sebut
Memang aku jenis yang amik heavy breakfast..tak tau sejak bila
Tapi masa zaman sekolah dulu aku tak leh makan breakfast kecuali air panas sahaja sbb usually end up sakit perut kat sekolah
Tgh assembly confirmed mencicit cari jamban
Cissss....

Tapi start masuk Uni aku memang wajib amik sarapan
Tapi breakfast zaman Uni biskut kering cicah kopi o pun heaven dah tu
Tak pun nasi lemak bungkus rega rm1 tu

Bila dah kawin 
Dah bekerja 
Aku dah mula tau breakfast apa yang betul2 kena dengan tekak aku lagi2 untuk weekday sebelum memulakan tugasan

Telur separuh masak +

Roti telur bakar
Roti bakar
Tuna sandwich toast
Chicken curry toast

Ini memang syurga dunia buat aku

Kalo weekend 
Best jugak makan nasi lemak sambal sotong
Lontong sambal bilis
Nasi dagang
Soto ayam
Wah..wah..wah...


So bila start bulan posa nanti
Mesti teringat2 menu breakfast aku
Nak buat breakfast masa sahur kang en papa tak suka pulak
Dia jenis makan nasi
Wajib nasi
Mmmmmm...

*lapairlio

Apapun menu yang kita amik
Tak salah pun asalkan berpada2

Selamat berhujung minggu
Dah sarapan belum?


04 May, 2016

11 tahun -Cinta kita memang magik!

30-04-2016
Cukuplah 11 tahun usia perkahwinan aku & en papa
Bukan senang nak sampai ke usia ini
Terlalu banyak suka & duka
Terlalu banyak turun naiknya
Ada masa happy
Ada masa nak bercekau aje
Masam muka-merajuk segala!
Tapi itulah asam garam hidup berumahtangga kan

Bertemu dengan suami secara tak sengaja
Kenal 6 bulan terus dia ajak kawin
Tak banyak buang masa
Magik sgt tu..
Walaupun awal perkenalan mak tak suka dengan pilihan aku tapi kerana jodoh kami kuat,alhamdulillah 11 tahun sudah!


Suami aku satu2nya anugerah Allah yang paling hebat selain anak2ku
Suami yang melengkapi kekurangan aku
Yang sabar dengan kerenah merepek bini dia
Yang boleh adapt dgn sikap aku yang perfectionist,fussy tahap nangis 7 lautan
Suami aku tak pernah kata tidak dengan aku
Apapun permintaan aku,lambat @ cepat mesti dapat.
Tapi as wife aku takdelah nak amik kesempatan kan..kita sbg isteri tahu kemampuan suami kita kan
Sayang suami kan..


Selamat Ulangtahun Adilynn
Mama nak tua bongkok bersama papa
Jangan jemu dengan isterimu ini
Semoga kita terus sayang menyayangi hingga ke akhir hayat

Mama doakan semoga kita dapat melalui onak duri yang bakal mendatang
Didik anak2 kita
Jadikan mereka anak yang soleh & solehah
Mama tak pernah ragu akan papa
Mama tau "you is the best dad for our kids"

Ya Allah
Jaga suami ku dalam rahmatmu
Murahkan rezeki dia
Permudahkan urusan hidupnya
Berikan kesihatan yang baik utk dia


Amin ya rabbal alamin