Pages

18 February, 2016

JJCM:Pulau Langkawi @ CNY holiday

Entah mari mana sawan aku
Teringin nak ke Langkawi
Last sekali pergi tahun 2008
So aku booked hotel


Mula2 en papa macam takmo pegi
Aku mmg emolah sbb dah prepare 80% nak ke sana
Agaknya tak tahan tgk muka bini merajuk
Dia pun layankan jugak
Sabtu tu bertolak ke utara
Jalan super jammed

Hajatnya nak bermalam kat Jitra
Tak jadi..
Bermalam semalam kat Seri Malaysia Ipoh
Nama pun tak plan nak ke Ipoh
Tapi disebabkan ad hoc maka memusing jugak cari hotel
Dapatlah rega rm133 semalam

Ada 2 single bed
Dan sekali dgn breakfast

Jadikler nak berehat barang semalam

Lepas breakfast esok pagi 
Terus bertolak ke Kuala Perlis
Alhamdulillah..jalan tak sesak sgt
Dalam 12 tghr kami smp ke Kuala Perlis

En papa drop kami
Ada orang tolong assist carikan parking
Merasaler kena pancung
RM15 sehari parkingnya

Beli tiket feri-rega dewasa RM18 sehala dan kanak2 RM13 -dan sekarang diorang tak benarkan beli tiket 2 hala.Sgt menyusahkan disitu..

Disebabkan orang ramai kami hanya dapat naik feri setelah 2 jam menunggu,sempatlah makan-minum dulu.



*si Adeeb tak reti duduk diam seminit..langsung tak pening apa..kita ki feri belum jalan aku dah start mabuk...faktor usia kah?

Perjalanan amik masa sejam lebih jugak
Sampai shj ke Jeti Kuah
Time ni memang orang yang offer kereta sewa akan kerumun kita
Tapi sebenarnya lebih senang kita keluar dari Kompleks Jeti Kuah tu sebab memang ada kaunter yang disediakan untuk sewa kereta.

Aku tak banyak pilihan sebab bajet utk sewa kereta bukan banyak sgt
Makanya aku pilih kereta Perodua Viva
Disebabkan raya cina -kena pancung lagi
RM120 sehari & aku sewa 2 hari shj

Hotel yang aku booked thru booking.com
Panorama Country Resort
Bukan kat area Cenang tapi berhampiran dengan Pekan Kuah,dalam 10minit memandu

Rega RM192 untuk 2 malam
Takde breakfast kali ni

*masa ni baru smp aje..budak 2 orang ni tak reti menyabar nak terjun kolam..haissshhh!!


*bilik agak besar,ada 2 queen bed..sumer ok except bilik tu heater problem sikit.Aku plak malas nak mtk tukar bilik sbb dah angkut beg segala,malas nak punggah segala bagai semula.

*view dari bilik tu..Cantik!!

Malam tu tak de aktiviti
Sbb penat seharian dalam kenderaan agaknya
Pegi cari makan kat area Kuah
Tapi as usual kena pancung lagi
Mahal yaa rabbi!!
Gambor mmg tak snap ler sbb super lapar malam tu,berperang dgn si Adeeb lg..mmg stress mak ko!

Keesokan harinya awal2 pagi dah kuar
On waze ke Langkawi Cable Car
Masyaallah..super ramai!
Q sepanjang2nya
Makanya canx aktiviti naik cable car 
*alasan solid nak ke Langkawi balik nanti

Disebabkan tak jadi..ke Pekan Kuah
Bawak kanak2 makan pagi cum lunch sekali..
Pastu terus ke Hj Ismail Group
Apalagi shopping coklat si Auni..dia siap korek tabung dia nak shopping coklat kekdahnya


*tempat sawan coklat-kat sini aje rm200 lebur..saja beli utk sendiri telan & kawan2 sikit sorang..kalo tak berapa nak kuat iman,mmg sgt mencabar keimanan lagi2 utk orang yang suka makan coklat!

Pastu sempat jugak pg arca Burung Helang gergasi tu


Tak dan nak snap gambar elok..panas litlit..anak super meragam!

Selesai lebih kurang
Balik hotel mandi kolam..
Budak2 meroyan nak berendam


*maknya jadi tukang jerit..jadi pak guard kat tepi kolam smbl layan ig.

Petangnya pas asar kami ke Pantai Cenang
Superpack orang masa tu
Singgah The Zon kejap nak tgk barang2
Pun ramai jugak umat manusia

Singgah maghrib kat airport
Motip-tak jupe surau
Maka menumpang solat kat surau airport
Hipster sgt kan!!

Dinner kat Restoran area airport sebelah round-about
Nama restoran pun Airport Corner
Sgt sedap & harga berpatutan
As usual tak dan amik gambar
Aku super lapar time tu!!

Disebabkan adik aku order sudu
Kami ke Pekan Kuah semula
Pusing2 jupe Kompleks Haji Ismail Group
Pengsan sekejap!

Terus rasa menyesal sbb tak jupe siangnya tadi
Masuk sekejap setelah 4 round cari parking
Orang sgt ramai..
So sesapa nak ke Langkawi
Untuk shopping,sila ke Kompleks HIG tu
Sure tak ingat pintu keluar

Balik hotel-mengemas pulak barang2 hasil dagangan di Langkawi
Aku siap beli beg roda 24" lagi
Sgt murah kat Langkawi
Lightweight & ada 4 roda
Rega RM105
Kat KL aku tgk rega paling murah RM199
Nangis!

Esok awal pagi
Kelam kabut kejutkan anak
Sebab tiket feri pukul 10:30am
Rushing nak bg anak makan pagi lagi
Nak pulang balik keta sewa
Dan nak mengadap kesesakan jalan menuju ke Jeti Kuah tu

*si Adeeb tido atas meja makan,aku tgh kelam kabut cari makan nak bagi anak makan kat food court


Dan finally berjaya naik feri
Alhamdulillah,takde kastam check beg pun
Agaknya sbb orang super ramai
Tak terkejar dia

*peace dari si Adeeb dlm feri

*sila tumpukan pada beg murah yang aku beli kat Langkawi tu..ituler beg rega rm105 tu..


So tamatlah JJCM Langkawi kami
Total burst :-RM 1600

Jadikler..bukan selalu nak berjalan jauh
Ini dah habis jimat dah ni
Apapun tak serik nak pegi Langkawi
Ada rezeki aku nak pegi lagi sekali
Mungkin 3-4 tahun lagik