Pages

31 December, 2015

Cuti2 singkat,wedding Ayah Su Joe.

Cuti Xmas kami berbondong2 balik ke Dungun
Adik suami yang bongsu nak kawin
Mujurlah perjalanan lancar
Sampai setelah 6 jam kematu dalam kereta

Aku berdoa smg tak hujan lebat macam 3 tahun lepas
Dimana tengah musim banjir masa tu
Alhamdulillah
Tahun ni hujan tak selebat 3 tahun lepas

Next day adik ipar selamat diijabkabulkan 
Di Masjid Ketengah Jaya Kerteh 5
Syukur selamat seperkara
Menunggu majlis makan2 pulak atau bekwah bak kata orang sana


*kami sekeluarga di majlis-di perkarangan masjid-sempat lagi aku tempah baju sedondon sama anak2 daraku ini

Majlis pihak perempuan sgt simple
Pengantin pun makan bersila

Dan keesokan harinya prepartion majlis kat rumah kami sebelah pengantin lelaki

*en papa set up pelamin

*tak lupa jugak si sibuk Adeeb yang buat2 sibuk

Penat yaa rabbi
Tapi as usual aku mengelat lebih sebab berkuntau dgn si Adeeb
Malamnya kak ipar siap buat Bbq utk org yang datang rewang smp 8 ekor ayam.

Hari majlis besarnya
Pagi2 sibuk siapkan anak2
Dan menolong menyiapkan lauk utk santapan raja sehari lol!


*ipar duai tgh busy set up table masa ni-aku pun buat2 busy jugak..motif sgt kan!

*pengantin si singgahsana kekdahnya!

*dan makan beradap katanya!

Selesailah majlis yang serba sederhana meraikan adik ipar & isterinya
Semoga hidup muafakat
Berkasih sayang kerana Allah
Dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt.

Ahad-awal pagi dalam hujan yang baru nak bermula kami berangkat balik
Takmo sangkut jammed
Almaklumlah orang Tganu/kelantan ni
Pantang cuti panjang sikit
Confirmed balik kg punya..

Dan sebelum penutup citer
Sila layan gambar pengantin basi ni
Pakej sama kanak2 3 orang


Doakan kami bahagia selalu yea!


12 December, 2015

JJCM:Kuala Selangor -De Palma Hotel,Cendol Durian Burhan,Aroma Ikan Bakar.Cendol Bakar & Karipap King Kong-all in one!

*Warning:Blog post ni agak panjang & muntah darah tgk gambar-takut ada yang baca @ tertengok penat nak follow baca!!


Semalam aku sempat ke Kuala Selangor bersama keluarga kecilku
Kuala Selangor mungkin bukan destinasi popular untuk berkunjung tetapi dgn izin Allah lepas membaca blog post ini-mgkn ramai yang akan consider untuk short retreat ke sini

Nak ke sini sejak cuti Merdeka lagi
Tapi hotel fully booked masa tu
Since Selangor cuti semalam,maka en papa mencuba nasib untuk book hotel
Alhamdulillah,kali ini ada rezeki
Kami booked hotel-De Palma Kuala Selangor
Deluxe room rega RM150 semalam termasuk sarapan pagi
Aku & en papa booked direct melalui website hotel sebab melalui 3rd party macam agoda sumer fully booked!

Again,aku akan cari hotel murah,yang ada fasiliti kolam renang & complimentary breakfast tiap kali nak book hotel
Sebab anak2 wajib akan tanya ada kolam tak mama?
Dan en papa akan tanya "ada breakfast tak?"

Awal pagi dah bertolak sebab plan asal nak tgk beruk kat Bukit Melawati
Kami ikut highway Guthrie yang super banyak tol tu..hampeh!!
Tapi oklah,tak lama bertapa dalam kereta
Elok plak masa nak bertolak aku sakit kepala..
Mmg tido aje dalam keta sbb berdenyut2 sgt kepala ni..Mungkin sbb sejak akhir2 ini aku asik bangun tgh malam mengelolakan Adeeb yang suka nangis tgh malam..haippp!!

Sampai ke Kuala Selangor pukul 11:30 am terus ke Bukit Melawati
Tapi perkhidmatan tram tergendala sehinggalah lepas solat Jumaat
Lagipun smp tu baru hujan rintik2
Tapi sempatlah tgk beruk yang maha ramai kat bawah
Mak aikhh terjerit2 kita dibuatnya sbb sgt jinak..lol!




*Adeeb langsung tak takut ok.Mama dia yang over terjerit2 takut beruk nih tangkap anka manja dia ni


*sekumpulan beruk yang menunggu makanan

*tgk beruk tu standby nak tggu pengunjung cina ni beli makanan utk dia..cisss..dasar beruk!!Memang banyak jualan makanan khas utk si beruk ni,selain pisang -ada kacang,kacang panjang.Kalo berani bolehlah bagi beruk makan kat sini.

*gerai Cenderahati pun sumer tema beruk!

Kami tak lama kat sini sebab en Papa nak cari masjid nak solat Jumaat.Ada aje masjid sebelah Bukit melawati tu tapi en papa kata nak cari masjid lain supaya kami selesa sikit nak menunggu dia.

Pusing2..terjupe pulak signboard Cendol Durian Burhan

Berhenti sekejap nak try


 
*aku order Mee Kari,cendol pulut durian & cendol jagung-

Seriously sgt sedap!!
Rega tak mahal mana
Jangan tanya aku kat mana-yang aku tau letaknya tepi jalan besar..
Kalo korang ada kat area sini-silalah cuba rasa.Sure teringat2..

Pastu lekas2 cari masjid ,en papa dropkan kami kat Giant Kuala Selangor sementara tggu dia solat Jumaat.

Habis aje solat Jumaat,kami pun terus check in hotel,anak2 dah mensawan nak mandi kolam.

As expected-2 single bed, basic amenities-ada tv,ada kettle,ada peti ais kecik.Jadikler what to expect,dah bayar pun murah lol!


*bilik2 dia style macam ni-x payah naik tangga @ lif bagai..sonang!Aku lagi suka macam ni dari jenis yang tinggi2 tu..

Dan anak2 sibuk salin baju nak terjun kolam-aku tak join sbb aku sakit kepala,en papa aje yang melayan anak2.

*si domok Adeeb yang paling happy gn kolam renang


*kolam renang-oklah utk kanak2 lepas geram cuma mak pak tak leh tinggal anak kat sini sebab takde khidmat life guard kat situ.

Balik aje mandi-budak2 lapor.Memang plan nak ke Aroma Ikan Bakar & tgk jam baru pukul 4:15pm.Bila check waze tgk restoran dah start bukak pukul 3:00pm maka cergas ke sana.Kita dinner awal.

Sampai sana dalam pukul 5pm-tempat duduk dah 1/2 penuh..Aiyokhhh...kalo mai lepas maghrib ntah2 ada yang balik sajer.

*sedang sibuk memilih seafood untuk dimasak

*rules & regulations kat situ-cari meja makan dulu,dapatkan no baru gi pilih seafood segala.

*ada tempat makan macam ni jugak selain meja makan biasa tu tapi kena caj rm10-20 rasanya.tapi tempat gini pun fully booked!


* bab order makan mama memang win..pilih sotong 4 ekor besar tapak tangan masak cili,ikan gerut lingkungan 400gram buat bakar ,tomyam campur,paprik ayam si auni,telur dadar,nasik 4 pinggan,air 4 jenis-totol burst tak sampai rm56.

Serious sedap terutama ikan bakarnya.Recommended utk yang suka seafood utk try.Kat sini banyak lagi seafood jenis kerang-kerangan tapi aku tak order sbb en papa & anak2 x pdi makan.Dari membazir baik tak payah order.Rega bagi aku,munasabahlah.Takdelah mahal sgt.Aku pnh makan kat Senibong Seafood Johor,lebih kurang macam yang aku makan kat sini-rega nearly rm90!Gulp!!

So boleh datang lagi kalo ada rezeki lagi tahun depan.

Balik Aroma gi singgah solat Asar kat Masjid Jamek yang terletak di pintu masuk nak ke restoran tu.

Dah Asar terus balik hotel,pengsan awal malam tadi.Pukul 9pm sumer dah tido!
Penat yaa rabbi!

Bangun pagi-solat subuh.Dengan masing2 tak mandi kecuali en papa terus g breakfast.Motip-heater problem.Mmg mencari nahas nak mandikan kanak2 sejuk2 tu.

Pas breakfast-mandi kolam balik budak2 ni,Last but not least kekdahnya.



Aku tak mandi-tak tau kenapa aku sakit kepala lagi pas makan.Dah seminggu aku sakit kepala waktu pagi melarat smp ke tengahari..

Check out pukul 11:30-pg try Cendol Bakar & Karipap king kong yang famous tu.


*order 3 mangkuk.aku rasa cendol Burhan tu lagi sedap kot..ikut tekak aku tp orang mmg ramailah jugak.

*dan karipap king kong-nothing to shout out..rasanya biasa aje cuma isi ayam dipotong kasar2 gitu dimasak sama kentang & saiznya yang besar.rega RM3.50.

Habis makan-terus masuk highway LATAR & balik ke rumah..

Habislah cerita cuti2 malaysia 2h1m versi marhaen.

Anak2 seronok jadilah kan..Makanya utk tahun 2015-penutup cuti2 Malaysia kami sekeluarga.Dua minggu lagi nak balik kg utk kenduri ayah su budak2 ni.







10 December, 2015

Buah hati Intan Payung Mama

Buah hati ku yang seorang ni
Dah 2 tahun 1 bulan
Mulut macam mak nenek
Faveret menyanyi
Lagu Kun Anta tuh mmg faveret dia

Balik kerja mmg terkam dia ni dulu
Sgtlah manja
Suka sgt meleset2 dgn mama
Manja yaa Rabbi!
Paling suka berdukung
Yang paling lomah lutut mama
Kalo tgk masak-mintak dukung!!

Sgt suka binatang
Kucing faveret dia
Kenetulan ada stray cats yang datang menumpang makan kat rumah
Dia lah jadi tukang panggil kucing makan
Kalo mama letak makan kat dalam bekas luar porch

Lasak jangan cakap 
Super lasak
Mmg penat bila start dia melasak ni
Lain macam rasa ada anak lelaki
Dia macam tak tau penat
Kita plak yang seriau dia berlari2 tak tgk keliling ni
Aiyokhhh!!

Tp sejak ada Adeeb
Aku rasa aku lebih banyak belajar bersabar
Ragam si Adeeb lebih lagi dari kakak2nya

Apapun mama mana tak sayang anak kan
Anak buat perangai lagu mana pun
Anak tetap anak
Dialah racun
Dialah penawar

Sayang sampai mati




07 December, 2015

Exercise lutut @ Taman Botani Putrajaya

Gila lama tak ke Taman Botani
Rasanya last sekali datang masa belum mengandungkan si Adeeb
Sekarang Adeeb dah 2 tahun pun

Since budak2 membosan dok rumah
Maka aku ajak diorang main beskal kat sini
Mak aikhhh..ramai pulak orang datang cuti2 sekolah ni
Nak sewa beskal pun 
Siapa cepat dia dapat kekdahnya

Sgt recommended utk yang berdekatan
Tempatnya cantik utk riadah
Dan sesuai utk seisi keluarga
Kalo takmo sewa beskal
Jalan2 pun ok jer
Kawasannya redup

Next time kena repeat lagi
Sbb that day tak puas pusing
Smp lewat sgt

Kata nak exercise lutut kan
Maka mengayuh beskal sgt membantu
Wpun sakit jugak mengayuh
Jenuh berurut malam tu

Padankan muka!


AzmilMiza-E-Day

Aku mmg jarang bercerita pasal family member aku dlm blog ni
Aku masih ada adik beradik yang tak kawin lagi
Ada 3 orang lagi semuanya
Satu abang
Satu adik lelaki
Dan satu adik perempuan yang belum sampai seru jodohnya

Dan minggu lepas
Abang aku selamat bertunang dengan gadis pilihannya
Orang Kepala Batas 

Seminggu sebelumnya sedikit huru-haa hidup aku
Sbb aku yang bertugas siapkan barang hantarannya
Walaupun sikit aje hantarnya
Tapi jenuh jugak weiii

Sila layan gambor di bawah :-

*bakul buah dgn bantuan anak sedara aku

*bekas cincin & duit hantaran.

*antara hantaran masa tu

*abang yang berdarah manis

*kak long tukang sarung cincin

*dan mak bersama bakal menantu

Semoga kekal sampai ke peringkat yang seterusnya

*cucu2 mak-baru separuh aje ni!!

Apapun majlis berjalan lancar
Cuaca pun cerah tak hujan hari tu
Alhamdulillah


Ok..next..cepat2 kumpul duit abangku
10k jer kot...

:))