Pages

25 November, 2015

JJCM:Kluang Station @ Gem In Mall Cyberjaya

Ahad lepas tak tau nak g breakfast mana
Maka en papa bawak kami makan kat Kluang Station kat Cyberjaya
Dari rumah aku ke Cyberjaya tak smp 15 minit driving pon

Kluang Station ni banyak cawangan 
Yang pernah aku pg dulu adalah yg kat Tesco Ampang
Kopi dia mmg kaw lah!




Evan Adeeb pun suka kopi dia
Tak pahit sgt
Tak manis sgt



Kami order breakfast set
Tak lah mahal sgt
Setiap breakfast set tu sekali dgn air kopi @ teh tarik

Order nasi lemak utk Ain
Order bubur utk Adeeb
Order set roti bakar utk Auni
Order set roti canai utk papa

Rega lingkungan RM 4:50 -RM 7:00 utk set yang kami order tu

Nasi lemak not bad jugak
Portion acceptable
Sdp jgk compare dgn Old town lol!

Makanan kesukaan Adeeb
Dia mmg peminat tegar bubur nasi
Yang ni lagi sedap dari bubur Mc D kot!

Signature roti bakar katanya
Tp aku rasa macam pelik sbb roti yang selalunya utk roti bakar kopitiam ni yang jenis panjang tuh kan
Tapi sedaplah..

Senang nak cari sebab letaknya di entrance shj

Blh cuba pada sesiapa yg berdekatan
Yang tak tau nak makan apa pg2

Utk aku-berbaloi utk dicuba
Blh dtg lagik next time!



21 November, 2015

Hari Orientasi-Auni Irdina

14-11-2015
Selesai sudah orientasi Tahun 1 utk anakanda Auni Irdina
Serius weiii..budak asik sakit ni nak masuk sekolah mainstream tahun depan!!

Uwaaa..
Mama rasa makin tua dah..

Hari Orientasi bermula dengan ujian Diagnostik untuk mengenal pasti samada anak kita boleh membaca,menulis & mengira
Ada 3 subjek utama-BM,BI & Math

Result ujian tu nanti baru anak2 kita ditentukan kelas masing2 mengikut keupayaan mereka.

Pastu ada taklimat utk ibubapa
Dan pemberian buku teks,baju sukan & tag nama yang ditempah awal dulu

Alhamdulilah
Semuanya berjalan lancar
Selain berkejar-kejaran dgn si Adeeb kat sekolah kakak

*pakai baju sekolah kak Ain,mama tak sempat nak beli hak baru lagik.

*tgh queue nak masuk kelas sebelum
Ujian diagnostik

*dan budak yang paling sibuk nak g sekolah kakak tu

*tuan tanah kedaung yang makin boolat!!

Tahun depan bersilatlah dgn Ain & Auni yang sekolah 2 sessi

Skrg tgh buat kira2 bajet nak beli baju sekolah anak..

Pengsan!!


19 November, 2015

Adeebs Turn Two @11-11-2015

Allahuakhbar..
Cepat sungguh masa berlari
Rasa macam baru aje bersalinkan si Adeeb di Putrajaya
Sekarang dah masuk 2 tahun

Adeeb dengan kisahnya tersendiri
Banyak yang aku tak kongsikan ttg dia diblog ini..
Tapi alhamdulillah
Terrific recovery progress with Adeeb

Sihat setakat ini
Aktif,talkative & sgt manja
Serta sgt menghiburkan kami sekeluarga

Syukur,Adeeb melengkapkan keluarga kecilku
Satu-satunya anak lelaki
Terlalu banyak doa aku utk dia
Terlalu banyak harapan aku pada dia
Namun,cukuplah kalo dia jadi manusia yang taat pada agama-cari akhirat 
Dan aku yakin dunia akan menyusul kemudiannya

Aku takde buat sambutan hari lahir utk dia
Makan sama2 anak beranak aje
Lagipun kekangan masa
Dan kesibukan aku nak hujung2 tahun ni
Aku beli kek sebijik
Jadikler

Dia yang excited nak potong kek dia sendiri
Tiup lilin bagai
Siap nyanyi happy birthday yuyu!!

Layan gambar aje lah
Mana yang ada



Utk Adeeb mama
Smg panjang umur
Murah rezeki selalu
Jadi anak yang soleh
Dan imamkan mama bila mama dah takde nanti

Sayang kamu sgt2!!


*siapa sangka bayi comelku ini dah 2 tahun..

Graduation Day-Auni Irdina 6yrs

Kisah ni agak basi sikit
Almaklumlah busy semacam mama ni
Macam2 keja
Nak mengadap blog pun xde masa

Diadakan di Auditorium Parcel E,Putrajaya
Utk yg belum tau,aku htr anak2 aku tadika marhaen aje
Tabika Perpaduan area rumah aku ni
Aku percaya kalo budak tu nak berjaya tak kira apa class pun tadika tu
Yang penting usaha dia
Aku pun produk tabika marhaen jugak
Lagilah..setahun aje belajar
Blh aje membaca,menulis tanpa masuk kelas pemulihan darjah 1

Alhamdulillah
Auni blh membaca ,menulis & mengira dengan baik walaupun bersekolah di tadika marhaen.
Aku mmg takde complaint apa2
Selain Auni makin domok
Kuat makan sejak dok tabika
Hahahhaha!!

Sila layan gambar anak dara 
Buat kenangan mama!



Auni ada masuk persembahan tarian kipas

Comel sgt anak mama!
Macam cina dah!
Siapa lagi nak puji kalo tak mamanya kan!

*group photo


Dan aku-tgh demam sok sek sok sek masa ni
Demi anak merangkak pun mama sanggup datang

*yang ni masa dapat cabutan nama bertuah!

Jadikler nak
Buat seronok2

Siapa sangka budak yang selalu jatuh sakit masa baby ni dah besar panjang
Semoga Auni jadi anak yang baik
Berjaya dunian& akhirat

Tetiba ada rasa sayu dalam hati


*mama makin tua lol!

08 November, 2015

JJCM: Wet World Resort Air Panas Pedas,N9

Setahun sekali
Wajiblah aku bawak anak2 g mandi Taman Tema
Kasi reward budak2 dah habis exam
Kasi dia puas mandi
Tapi as usual mandi Taman Tema kalo kat KL ni rega tak masuk akal sikit
Aiyokhhh mahal!

So bila google2 sana-sinun
Terbaca pasal Wet World Pedas ni
Rega ala2 marhaen
Dan tak jauh sgt dari rumah kami
Makanya berbondong2 lah pagi2
Angkut pelampung,tikar,kain baju salin dari rumah
Perjalanan 40 minit dari rumah

*tgk si Adeeb takmo lepas pelampung dia

*sabor jelah mak ko!

Rega tiket masuk shj
Tak termasuk rega ko nak sewa cabana @ sewa pelampung bagai
Sila refer gambar bawah ni

*sila tunjuk mykad

Layan gambar anak2 mandi
Buat kenangan mama nanti




Jangan expect tempat ni happening sgt macam Sunway Lagoon
Tapi aku suka sini sbb tak pack macam Sunway @ Desa water park
Yang ramai pun bangsa kita,orang melayu kita
So seronok jugaklah
Budak2 pun seronok mandi manda
Kemudahan asas yang biasa ada disediakan
Tempat salin pakaian,surau,kafe & sewa pelampung giant tu



*cabana ni sewanya rm30

Kesimpulannya-family short retreat yang best jugak
Sbb kos terlibat tak banyak
Tempat tak jauh dari rumah
Anak2 suka
Mak pak lagi suka!

So utk rakyat KL & Selangor
Blh consider utk kesini jugak utk mandi manda
Guna waze sahaja
I/allah tak sesat!

Tadaaa!!
Jupe lagi next entry..