Pages

26 October, 2015

Santau konon!

Cuti awal muharram tempohari
Aku berada di Taiping
Melawat sepupuku yg koma di ICU
Kerana kegagalan kedua-dua buah pinggangnya

Sepupu aku masih muda 
Belum mencecah 30 tahun
Dan masih anak dara belum berkawin lagi

Dia langsung tak tahu yang dia menghidap penyakit buah pinggang walaupun banyak simptom awal yang dia alami 3 bulan sebelum itu.
Dia hanya pergi klinik biasa & diberi sebegitu banyak ubat-kata doktor ada ulser perut.
Bila tak baik2 wpun dah telan ubat macam2,mak & ayah sedara aku bawak jupe bomoh-kononnya takut anaknya terkena "santau"
Hukaloh!!

Telanlah air jampi berbolong2
Sampai sengkak perut kembung air

Kemuncaknya dia sakit dada,rasa sesak nafas & pengsan
Dikejarkan ke hospital & koma 
Situasi sgt kritikal 
Emergency dialisis terpaksa dilakukan

Hari ke 6 baru beliau sedar dari koma
Masyaallah
Dan sekarang beliau dah dibenarkan keluar wad & diberi MC selama sebulan
Arahan dialisis telah diberi & masih dalam pemerhatian doktor lagi

Moral of the story
Peringatan untuk diri aku
Dan mungkin utk kawan2 jugak
Kalo sakit berpanjangan atau simptom sakit masih ada walaupun sudah berkurangan silalah melawat ke hospital-dapatkan diagnosis awal.Kalo mmg takdir Allah kita sakit teruk,i/allah ada ubatnya.Kita usaha & tawakal pada Allah.

Takyahlah jupe bomoh,tok dukun
Kita boleh try cuba perubatan alternatif bila perubatan moden tak menjadi
Tapi janganlah terus abaikan perubatan moden.

*gambar takde kena mengena dgn cerita,cuma gambar diambil ketika menunggu di luar wad ICU,Hospital Taiping.

Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan disini:-

Bila doktor telah mengesahkan tentang sakit sepupuku itu adalah kegagalan buah pinggang-soalan pertama yang ditanya adakah sepupuku mengamalkan pengambilan ubat kurus?

Sekadar buat renungan kita.







25 October, 2015

Sukaneka Taska Pancaran Harmoni-Adeeb menang besar!

Minggu lepas aku sempat menghadiri majlis sukaneka taska Adeeb
Ini memang acara tahunan taska 

Anak2 aku tak pernah lagi duduk rumah pengasuh
Sumer dari kecik membesar di taska
Taska bagi aku sgt sistematik
Takde istilah taska cuti sesuka hati
Dan anak2 lebih berdikari kalo dok taska
Ini pendapat peribadi aku ler
So far aku takde komplen pasal taska Adeeb skrg.
Alhamdulillah!!

Seronok pegi tgk Adeeb bersukaneka
Kalo ikut review cikgu2 dia kat taska
Dia sgt aktif & pantang dengar muzik
Tapi masa time warm up
Blh pulak dia berdiri tegak
Agaknya dia seram tgk crowd ramai.

Marilah layan gambar 
Buat kenangan mama bila dah tua nanti

*masa ni 1st round game dia-muka cuak


*tgk mama lagi rasa nak nangis

Adeeb join 2 games-games pertama kejar bola,itu dia kalah..sbb muka cuak gila!Games kedua baru menang no 2-kenapa menang sebab games no 2-minum yakult sapa cepat habis dia menang!Adeeb tang makan,minum mmg aku tak heran-dia menurun sawan makan mamanya!

Hahahahhaha

Kak Ain & Kak Auni pun join sukaneka
Kak Ain menang dapat no 2
Bawak bola guna gelung


Aku pun join games utk ibu bapa
Sajerlah nak kuarkan peluh
Seklai sekala kan..

Sukaneka tamat dalam pukul 12
Ada jamuan ringan
Ada upacara bagi hadiah & cabutan bertuah
Pastu balik rumah semua orang pengsan tido!


Dan nampaknya kali ni sedikit bernasib baik
Kami bawak balik banyak hadiah


Jadikler utk suka2
Tahun depan kena usaha keras lagi
Kita bolot hadiah lagik

Chaiyok!




08 October, 2015

JJCM: Foodys @Bangi Getaway

Minggu lepas aku & family g makan kat Foodys @ Bangi Getaway
Motifnya nak g Wadihana Seksyen 9 tapi bila pusing area tu macam restoran tu dah tutup 
Kempunan!

So pergilah Bangi Getaway
Syurga membeli belah orang pompuan sbb banyak betul jual baju,tudung segala jenis ada situ
Tapi aku bukan nak shopping
Aku nak g makan aje

Foodys ni pun under Wadihana
So aku expect menu pun sama macam Wadihana Seksyen 9
Tapi sila bermimpi yea mama!
Menunya terhad
Baru nak makan sup cendawan dalam roti tu!!

Sebabkan lapar
Order ajelah apa yang ada
Auni & Ain share order sizzling chicken chop


Ntah mana sizzlingnya aku pun tak tau
French fries lemau
Tapi rasa oklah
Anak2 aku takde complaint

En papa order Sizzling Lamb Chop kalo aku tak silap


Again..fries lemau
Lamb adalah masin..sgt masin
Memang tak tertelan..
Hukaloh!!

Aku order soto & Adeeb as usual dia suka makan bubur nasik

Yang nih boleh tahan,aku suka begedilnya.Adalah rasa sikit.

Dan ini nasi si Adeeb-sedap jugaklah bagi tekak akau & presentation pun not bad either!

Rega agak mahal sikit bagi aku ler
Portion: acceptable lah!

Ini ikut pendapat & pengalaman aku sndr
Mungkin nasib aku tak berapa nak baik
Mana tau masa kwn2 pegi
Best pulak kan..
Jgn pulak sebab baca review aku kotang takmo pegi pulak

Ok..cukup edisi review setakat ini
Rerajin nanti aku review lain pulak.

06 October, 2015

Lontong versi Opah Cik Nee

Ini mmg faveret no wahid aku
Lontong!

Menu wajib ada @ menu ulang tayang tiap kali musim raya keluarga aku
Seperiuk besar kami adik beradik kerjakan

Nak buat lontong tak susah
Nak mula tuh aje yang payah

Kali ni aku nak share resepi memasak lontong versi Mak Aku yang orang biasa panggil Cik Nee.

Bahan2:-

Kobis
Kacang panjang
Lobak
Sengkuang
*semua atas tu hiris halus2

Suun & fucuk-rendam dulu bagi lembut

Tempe
Tauhu
*potong kecik & goreng sebentar


Bawang merah+bawang putih +cili merah-hiris halus
Udang kering-tumbuk
Serai 1 batang-titik

Santan cair-1,1/2 biji-terpulang berapa banyak nak kuahnya
Santan pekat -1cawan (jika suka)

Cara2:-
Tumis segala bahan tumis (bawang segala & serai)
Tumis sampai wangi

Masuk santan cair

Then baru campak segala sayur2 keras macam-carrot+kacang panjang

Dah mendidih

Baru masuk sayur lembut2 tuh
Masukkan tempe & tauhu goreng tu

Masukkan santan pekat utk pekatkan kuah sedikit (agak2)
Masukkan daun kunyit (jika suka)

Masukkan suun & fucuk masa ni.

Dan perasakan sesedap rasa.

Hidangkan dengan nasi himpit + sambal ikan bilis

Ada orang suka sambal kacang
Atau sambal udang

Aku pulak suka makan dengan sambal ikan bilis.

Dan tambah kacang goreng + telur rebus jika suka.


*terus lapor tgk gambar ni!!

Selamat mencuba semua.
Deepavali nak dekat ni!!

Kan kita satu Malaysia!!

Aidiladha @ Dungun!

Setelah 2 tahun tak balik beraya Haji kat Dungun
Tahun ni baliklah jugak
Cadangnya nak buat akikah Adeeb kat kg sebab nak buat kat sini
Mahalnyalah kira sebahagian lembu kat sini
Dekat RM700..gulp!
Kalo 2 bahagian dah RM1400
Kat kg baru RM450 sebahagian

Raya jatuh hari Khamis
Rabu petang baru kami balik sbb aku masih ada urusan hari tu
Huru hara nak kuar KL menuju ke Tol Gombak
Boleh kata semua jalan nak masuk ke Tol Gombak-MRR2,DUKE-sumer sesak teruk.

Masuk tol Gombak-super sesak
Merasalah bersesak lama kat highway
Mencabar betul sbb dengan kanak2 lagi
Makan malam kat RNR Temerloh pun dah dekat pukul 10pm
Ank2 pun mengamuk lapor
Orang ramai,nak cari seat pun macam mengemis kekdahnya
Huhuhuhu!!

Selamat sampai kg pukul 2am
Nangis!!

Esok pagi kelam kabut bangun 
Dah pukul 7am-subuh dihujung waktu
Berebut iron baju raya masing2
Sebab en papa nak g solat raya

Pagi raya takde aktiviti
Makan apa aje org hidang


As usual ada nasi dagang
Ketupat palas + sambal ikan kering + kuah kacang

Pastuh sibuk menyiapkan rencah2 nak masak gulai
Sebab rencananya nak buat kenduri akikahnya lepas Asar
Tapi..en papa balik bagitau lembu yang sepatutnya nak disembelih tu boleh pulak terlepas..mak aikhhhh!!
Alih2 memang tak jadilah sembelih
Dah lembu tu naik minyak pulak pagi tu

Terpaksalah beli daging 10kg dari pasar semata2 nak masak sebab tetamu telah dijemput
Makanya majlis akikah adeeb ditunda lagi sehingga Disember ni
Nak buat sekali dengan majlis kawin adik ipar 

Esoknya aku membosan
Tak tau nak wat apa
Datanglah idea nak memasak lontong
Sebab tgk banyak jugak nasi himpit biras masak yang masih berbaki lagi
Maka dengan bantuan mak 
Tel mak tanya resepi
Maka jadilah lontong versi 36 tahun baru 1st time masak
Masak bukan susah pun tapi kalo dah dasar pemalas kan
Tak dapek nak menolong!!




Sedap sampai licin seperiuk
Tak sangka pulak org terengganu pandai makan lontong
Hahahah!!

So begitulah raya kami 
Takde cerita best pun
Terperuk kat rumah
Makan dan makan
Sabtu kami balik KL semula
Ahad melepek kat rumah
Penat travel nih!!