Pages

23 September, 2015

Ujian Allah-Osteoarthritis

Sejak bulan puasa hari tu
Aku mula perasan yang lutut sebelah kanan aku agak sakit
Kalo naik tangga
Aktiviti sujud dalam solat
Jadi aktiviti yang sedikit payah untuk aku

Aku pun ke Klinik Presint 9 Putrajaya
Terus doktor suh wat knee x-ray
Dapat result,doktor bagitau 
Initial developing of OA-Osteoarthritis 
Mak aikhhhh aku muda lagi weeii
Belum 50 lagik!!

Doktor paksa aku pegi fisio
Dah 2x aku pegi fisio
Ada nampak kurang sikit
Selain fisio aku jugak dah start telan supplement "glucosamine" dr Livewell
Dan aku dipaksa pakai Knee support
Nangis!!!


*hot press kat lutut utk pain relief 

Ada jugak physiotherapist tu ajarkan cara turun naik tangga yang selamat
Aktiviti senaman ringan yang boleh dibuat waktu senggang.

Next 7/10 kena gi fisio lagi
Hari nih rasa makin kurang dah sakit
Tgh usaha kurangkan ais 
Tgh usaha cut off weight

Doa smg cepat2 sihat
Mudalagi nak sakit lutut ni!


21 September, 2015

36 tahun

17-9-2015
Tarikh dimana  umur tua setahun lagik

Alhamdulillah
Officially 36 tahun
Allah pinjamkan umur selama ini
Tiada yang lebih bahagia selain masih bernafas disamping keluarga tercinta
Masih ada peluang Allah bagi untuk bertaubat.

Anak2 mmg ingat hari jadi mamanya ni
Pagi2 dah senyum,sengeh2
Nyanyi happy besday kat mama
Alahai anak..

36 tahun
Anak 3 orang
Ada harta sikit buat kesinambungan hidup hari2
Ada kerja tetap 
Ada suami yang baik,sahabat susah senang..truly blessed!
Syukurlah kan!!

Masih struggle dengan komitmen
Sedang usaha untuk debt free sblm hujung tahun ni

Kadang2 bila usia dah banyak ni
Takde apa yang kita nak sangat
Dapat freedom dr segi masa & kewangan
Mujurlah!

Semoga aku istiqamah didik nafsu-nafsi
Kumpul bekal nak bawak ke alam satu lagi tu-hidup kita makin singkat
Kalo nak balik kg pun 2/3 malam beg berjenis apatah lagi nak duduk selamanya di alam barzakh nanti
MasyaAllah

Moga berjaya didik anak2 
Jadi manusia yang lebih banyak bersyukur & jadi anak soleh/solehah
I/allah!!

*kek birthday mama-dia yang over!dah tua2,tak leh makan kek byk2..

*celebrate kecil-kecilan makan kek 2 potong kat SR,Bangi.Jadikler!!Itupun dah happy sgt..





02 September, 2015

Weekend Getaway-Melaka!

Cuti merdeka 3 hari
Mula2 bgtau en papa
Takmo gi mana2 sbb sumer hotel fully booked
Wpun anak2 dah merungut dah lama mama papa tak bawak g tido hotel
Budak2 skrg mmg demanded sggh

Maksud aku fully booked yg hak murah2 tu
Yang tinggal hak yang mahal-yang RM400--500 smlm
Dan aku mmg tak mampuler
Baik aku settle komitmen kalo nak bayar takat nak tido semalam kan..

Tapi husband berkeras nak cari jugak
Dia bagi aku destinasi pilihan
Katanya "jom g Melaka"
Last tido kat Melaka 5 tahun lepas
Ok thats make sense
Lagipun Melaka tak jauh mana
Kos yang bakal terlibat tak tinggi mana
Tol tak mahal mana
Minyak pun tak banyak sbb jarak dalam 2 jam perjalanan dari rumah kami

Jumaat senja baru aku jupe hotel thru agoda.com
Aku punya kriteria cari hotel sgt simple
Deluxe room
Ada swimming pool utk kanak2 berendam
Dan ada breakfast buffet sekali
Tak kisahler berapa bintang pun

Finally jupe EMPEROR HOTEL
Rega deluxe semalam RM107.00 tak termasuk GST & sekali buffet breakfast
Wallaweeiii
Murah kan?
So en papa setuju
Terus kira jadik

Packing baju malam sabtu
Sabtu bertolak dari rumah pukul 12tghr
Smp hotel pukul 3:30pm
Itupun sbb PLUS sesak dgn kenderaan
Dari susur Ayer Keroh nak ke Bandaraya Melaka pun sesak yaa rabbi

Sampai2 kami gi cari makan sbb anak2 tak makan tghr lagik
Memusing jugak cari kedai melayu
Almaklumlah tak biasa
Dok tpt orang kan..tapi mmg kebanyakan kedai makan tgh town dipelopori oleh orang Cina..
Jenuh kami carik pusing2

Lepas makan balik hotel
Anak2 melayan berendam dalam bath tub

*baru smp masa ni

*simple room-ada 2 katil divan single

*anak2 smp mmg rebut katil dulu

Lepas maghrib kami kuar semula nak cari makan
Set Waze kami ke Bandar Hilir
Mak aikhhhh sesak giler jalan
Waze pun tunjuk lane merah sepanjang jalan
Disebabkan tak tau nak gi makan mana
Kami makan kat food court Pahlawan Mall 
Sadis sungguh!

Sebelum tu anak2 nak naik beca
Layankan ajelah
Aku tak naik
Tak smp hati nak naik
Kesian kat abg beca
Aku dah ler besau godang ni
Anak2 naik sama papa dia jer

*tumpang berposing jap!liplapliplap beca dia weeiii


*makan kat food court Pahlawan Mall-mahal!

Balik hotel pengsan smp ke pagi
Esok merasa g buffet breakfast
Mmg complimentary sekali pakej bilik tuh
Food spread tak banyak mana
Tak kisahlah asalkan free


Pastu g menara Taming Sari walaupun aku tak minat sgt peghabis duit semata2 nak naik atas tu tak smp 1/2 jam tp anak2 yang excited sgt
Makanya naiklah jugak demi anak2
Rega 5 beranak-RM50

*gambar sementara menunggu giliran nak naik

*finally merasa wefie semasa di atas



*view dari atas

Turun dari situ baru pelan2 cari tempat nak makan tengahari

Tgk ramai review Asam Pedas Hajjah Mona

Marilah kita try
Ikut waze dalam 6km shj
Tapi disebabkan jalan kat bandar Melaka rata2 one way & sesak
Maka perjalanan kami rasanya amik masa jugak
Dgn anak2 meragam mmg mencabar sungguh

Smp kat situ rupanya terletak berhadapan Hotel Casa Del Rio 
Rumah teres corner lot yang dijadikan kedai makan
Adeeb pulak tido time tu
Orang queue nak tggu meja kosong
Mak aikhhh
Mujur ada stroller,takdelah penat berdukung



Verdict: aku tak reti nak explain tapi bukan taste aku lah sbb aku pernah rasa yang lebih sedap dari situ.Tapi masih sedap rasanya,kawan2 blh mencuba rada.Mana tau kena dengan selera kan?

Pas makan balik hotel
Bagi budak2 tido rehat 
Tapi diorang lebih sawankan bath tub hotel
Sabor jelah mak ko!

Ptg pas asar g bawak budak2 terjun kolam
Aku tak mandi pun
Biarlah papa diorang aje melayan
Aku lagi rela dok jaga beg kat tepi



*kolam kanak2..jadikler buat lepas gian!

Malamnya kami g makan kat kedai Thai shj
Tak pegi pun makan kat Umbai sbb masa nak masuk pun parking takde
Aku pun malas nak bersesak2
Tak kuasa
Nak makan pun jadi penat kalo masa menunggu lama & anak2 meragam
Baiklah cari kedai biasa2 aje
Asal makan & kenyang
Balik makan-tido pengsan smp ke pagi.

*last buffet breakfast sblm balik KL

Begitulah rangkuman ceritera cuti2 marhaen kami
Jadikler untuk mengembirakan anak2
Cukuplah sekali sekala bawak anak berjalan tgk tempat orang
Nak berjalan jauh lagi
Belum masanya
Zaman ekonomi meleset ni silalah dok diam2 kat umah

Terima kasih en papa sebab sudi belanja kami bercuti
Moga Allah murahkan rezeki papa bawak kami berjalan lagi

Amin ya Rabbal Alamin
M