Pages

25 August, 2015

Reunion DAK


Mungkin ramai tak tau
Aku nih dibesarkan di rumah anak yatim Darul Kifayah dibawah kelolaan Baitulmal & JAWI bila arwah ayah meninggal dunia
Aku tinggal disana sejak umur 12 tahun
Dengan adik beradik yang ramai & hanya mak yang bekerja menyara kami 8 beradik confirmlah tak cukup kan
Mak mahukan yang terbaik utk aku

Tapi sikit pun aku tak sesal
Aku rasa beruntung sebab mak hantar aku dididik disana
Aku tak malu mengaku 
Aku bangga jadi produk anak yatim yang alhamdulillah-berjaya!

Seteleh 22 tahun
Kami menjejak kasih & tekad untuk bertemu dgn kawan2 lama & penyelia kami pada penghujung Syawal baru ni

Bukan mudah yea
Aku antara orang kuat event tuh
Segala komunikasi hanya melalui whatsapp semata2
Update kehadiran
Update pot luck
Sessi brainwash utk mereka yang kejap nak datang kejap taknak tu
Sessi kutip duit pun aku yang handle
Nak beli hadiah jer pun
Nyaris tak darah tinggi aku
2mggu +  punya perancangan
MasyaAllah..rasa nak nangis

Hari yang ditunggu2 pun tiba
Sampai hang handphone aku sbb beribu mesej whatsapp
Betapa excitednya kami nak berjumpa

Bila berjumpa 
Tak tau nak start dari mana
Banyaknya cerita
Inilah adik beradik aku
Waktu dok jauh dgn mak

Sila layan gambar yea

*selfie dengan penyelia paling sporting -Ustaz Azmi




Antara menu potluck kami

Kak Zura & Ina

sessi tazkirah & tahlil utk mereka yang telah meninggalkan kami lebih awal

Rakan2 lelaki Darul Kifayah bersama penyelia kami

*aku dan rakan2 perempuan yang berkesempatan hadir

*group photo!





Bila teringat majlis ni aku sure senyum sendiri
Mereka2 inilah yang mewarnakan hidup aku waktu kecil
Merekalah tempat bermanja,merajuk,mengadu
Pernah bergaduh,pernah bermasam muka
Pernah macam2lah
Makan minum sepinggan
Tido sebantal
Nakal pun sama2

Semoga Allah pelihara ukhuwah kita
Dan pelihara kawan2 semua dunia & akhirat.

Sumpah lillahitaala
Aku sayang korang semua!

Utk Ustaz Azmi
Terima kasih sebab rotan saya dulu 
Sebab kalo tak kerana rotan tu
Saya tak jadi orang macam sekarang!




21 August, 2015

WHATSAPP group!

Aku yakin kita semua kalo tak semua pun
Pasti 80% pengguna tegar smartphone
Tak kisahlah jenama apapun
Asalkan ianya smartphone

Kalo dah nama pengguna smartphone
Wajiblah ada at least 1 media sosial 
Macam aku -adalah pengguna fb ,ig & whatsapp tegar
We Chat,telegram sumer aku takde
Hanya 3 atas tuh shj

Bila dah ada whatsapp group
Confirmlah kawan2 gi create satu group 
Kadang2 bukan kata tak suka
Tapi secara eloknya
Ko gi lah tanya dia tu
Mahu ke tak?
Suka ke tak?
Jgn main tagged masuk dlm group
Itu kurang adab namanya

Whatsapp group ni bagi aku
Memang macam zaman tele-conference Telekom beramai2 dulu
Bezanya ko kena taip
Tak pun ko leh share gambar
Selfie bagai
Blh jugak share suara

Mula2 semua ok
Tapi bila silap topik 
Blh jadi rusuhan dlm whatsapp group tu
Ko sentap
Aku sentap
Dia sentap
Kena pulak yang emo
Left group!!

Dari niat awal nak merapatkan ukhwah
Ko dah rosakkan satu tali ukhwah

Belum lagi bab bergebang sampai 2-3 am
Aiyokhh
Get a life weiii
Gi jupe mana2
Borak smp lebam

Kadang2 terfikir
Takde keja lain ke mengadap hp 24jam
Tak makan-minum
Tak solat
Takde anak ke nak tgk?

Bila kita tak join 
Dok mengusik bukan2
Aiyokhhhh..
Mulalah sebut "malam jumaat ke smlm"

Sgt hampeh betul!


*screenshot aku merepek dlm fb smlm"

Bagi aku ler 
Semua benda ada limitation
Aku hanya melayan whatsapp kalo aku free
Kalo aku menyampah aku mute kan sje group tu
Tak kuasa nak layan
Aku jarang left group
Selalunya aku pm admin
Mtk remove aku aje kalo aku xmo join lg

Berwhatsapplah secara berhemah
Jaga hati semua orang
Jaga ayat yang kita guna
Jangan share gambar yang tak senonoh
Simpan ajelah utk diri sendiri
Tak yah tayang apa yang ko ada
Tak yah jek apa yang ko terima
Takde sapa nak tau

Share benda2 yang beri manafaat
Biar pahala berpanjangan
Pahala free takmo?

Rugilah!!

Sekian
Pesanan khidmat masyarakat!



19 August, 2015

Birthday anak-anak,event wajib tiap tahun!

17-8-2015
Sambutan hari lahir Auni yang ke 6 tahun

Tahun ni mama tak larat nak buat majlis bagai
Makanya sila sambut birthday di tadika sama kawan2

Tapi sehari awal, mama & papa sambut sama2 ke IOI City Mall
Makan2 sikit aje
Besday present dah bagi awal 3 hari
Tgh2 bulan ni..mmg tak leh sambut beria anak2

Mari tepek gambar utk kenangan masa depan


Beli kek sepotong aje kat Secret Recipe pastu letak lilin bagi dia tiup
Jadikler nak oiii
Lagipun dah order makan macam2

Esoknya barulah Auni sambut sama kawan2 kat tadika



Sangatlah diva ko nak!!



Jadikler utk suka2
Supaya nanti dah besar ingat mama /papa tak pernah lupa nak sambut birthday anak2

Semoga jadi anak yang baik
Berbakti utk agama,bangsa & negara
Semoga berjaya didunia sampai akhirat

Dan sihat2 selalu!