Pages

28 May, 2015

Cuti Sekolah!

Cuti sekolah ni bukan budak2 aje yang excited
Mak pak budak lebih2 lagik
Lebih2 lagi aku ler
Dapatlah rehat sikit dari iron baju sekolah berpasang2 sehari
Takdelah kelam kabut sgt kalo dah mula cuti sekolah ni

Cuti sekolah ni akan balik ke Terengganu seminggu
Adik ipar nak bertunang 
Lagipun last sekali balik sana bulan 12 tahun lepas

Anak2 terutamanya Ain & Auni dok countdown bila nak balik kg
Apapun kena tggu kereta si putih siap dibaiki dulu
Tak larat rasa nak balik kg berlima kalo bawak Kenari comel tuh
Anak ramai,barang banyak
Mmg tak selesa sgt

Si putih rosak
Katanya kena servis brake pump
Wallahuallam
Tggu apa kata foreman hari ni

Tgh2 nak bercuti ni
Mmg pakai banyak duit
Time nak balik kg pulak keta meragam kaw2
Dugaan sungguhlah!!

Tapi demi menyempurnakan keinginan anak2 yang beria nak balik kampung
Usahakanlah jugak
Sampai boleh!!

Bagi aku balik kg
Merupakan cuti rehat total
Masak tak sgt
Setakat tolong kacau2 
Anak2 pandai bawak diri kat kg
Adeeb ramai tukang mengasuh
Mama mmg rehat goyang kakiler

Aku suka balik Terengganu
Seronok sbb malam2 sejuk macam ais
Tak yah aircond
Dah sejuk menggigil

Kalo en papa rajin
Bawaklah tgk pantai
Makan sotong celup tepung
Itupun mujur dah!!

Almaklumlah en papa bila dah smp kg dia
Action lebih
Nak ajak berjalan bukan main payah!

Kasi can lah kan
Orang sekali sekala balik kg

Utk yang nak berjalan cuti2 Msia
Selamat bercuti
Selamat memandu di jalanraya
Semoga selamat sampai ke destinasi

Aim balik kg kali ni

-makan sotong celup tepong
-g KT tgk orang sakit
-dapat cari nasi dagang
-tapau kopok lekor banyak2
-cari pulut lepa
-beli serunding persediaan puasa

Jadikler!!


-kalo dapat g Kenyir waterpark ni kan best!!


26 May, 2015

Adeeb @ 18 month

Membesarkan anak lelaki
Memang cabaran hebat utk aku
Dgn adanya anak sulung & kedua perempuan sebelum ini
Yang tak susah sgt nak dikawal

Being a mom to Adeeb
Aku kena keep fit 2x ganda dari dia
Kena panjang akal lebih lagi dari dia
Kena lagi lasak dari dia

Dia tak reti dok diam
Memanjat memang hobi no wahid
Suka buat aksi stunt yang buat mama darah tinggi
Sekarang ada penyakit suka buang nappy
Tak mo pakai nappy
Kalo dah pandai nak bagitau nak weewee ke nak poopoo ke
Senanglah mama potty train awal sikit
Ini haram x tau lagik
Alih2 suka2 hati membuang
Memang menguji kesabaran betul

Makan dgn dia
Dgn kita sekali kena pakai bip
Nak suap sendiri
Nak dok kat kerusi orang tua
Dok baby chair takmo
Memang pas makan dgn dia
Macam makan 10 orang sepahnya

Tapi dalam notty tuh
Dia anak paling manja 
Suka baring atas dada 
Pantang mama landing
Mesti panjat nak baring atas dada mama
Menangis mengadu boleh tahan
Kalo kakak cubit ke
Kakak bawak lari bantal busuk dia ke
Memang dia akan mengadu punya

Kakak2 rajin mengusik adik tuh
Selagi tak nangis tak berenti mengusik

Sabarlah mama!


*takmo pakai nappy,berboleng merata rumah


*gambar nih culik dari fb cikgu taska,suka nak mamam sendiri


*geram tgk tangan tuh!!

*hobi basuh pinggan mama!

Kemujurannya
Adeeb jarang sakit sekarang ni
Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah
Nikmat sihat utk anak pun tanda kemurahan rezeki utk kita kan?

Setakat batuk-flu
Adatlah dok ramai2 kat taska tuh
Memang mudah berjangkit

Kalo Adeeb flu mmg aku tak bagi ubat makan
Bagi spray Sterimar aje kat hidung
Dan kalo batuk teruk sgt baru bagi Salbutamol-ubat cair kahak
Selalunya menjadi utk Adeeb

Semoga Adeeb membesar dgn sihat
Dan jadi anak yang baik
Mama doa yang baik2 utk Adeeb
Kot boleh sorang ni jadi Tahfiz Al-quran
Jadikler..

Kena kejar akhirat dulu
Baru dunia akan menyusul

Moga-moga
Allah kabulkan!



25 May, 2015

Sukan Sekolah -family time!

Sejak anak2 sekolah
Memang aku & suami
Dah bertekad bagi komitmen penuh utk aktiviti persekolahan anak2
Kalo aku takde
Aku kena make sure hubby ada

Aku dulu kecik2
Mak ayah teruk keja
Adik beradik ramai rapat2 pulak tuh
Kena pulak arwah ayah meninggal masa umur aku 9 tahun

Nak mintak mak datang tgk aku amik hadiah kecemerlangan hujung tahun pun mak tak sempat nak amik
Sbb banyak sgt kekangan
Wpun aku faham kesusahan mak
Tapi jauh disudut hati
Kan best kalo mak datang tgk Lin
Sedih tgk orang lain seronok mak bapak datang bagi sokongan moral

Allahuakhbar
Aku budak sgt
Apalah sgt yang aku faham ttg erti susah

Sebab itu aku nekad
Akan adakan masa utk anak2
Walau sibuk macammana pun

So semalam berlangsung acara sukan tahunan Tabika Perpaduan sekolah Auni
Aku awal pagi dah bangun
Excited kalah aku yang nak berlari

Aku lima beranak
Siap bertikar bagai
Piknik kekdahnya
Semata2 demi anak seorang

Tak banyak gambar sempat snap
Aku sibuk dgn si Adeeb
Asik mtk dukung 24 jam
Sabor jerlah!!


*gambar Auni masa berbaris utk acara sukaneka


*dan si gomok adeeb yang xmo bjalan-asik mintak dukung 24 jam

Acara tamat dalam pukul 12
G makan tghr kat kedai baru balik umah
Smp umah aku pengsan beramai2
Migrain,muntah2

Allahaiii...mmg sakit sungguh 
Dan hari ni mmg aku MC
Tak larat sggh rasa badan kali ni

Kalah orang berlarik

Choyy!!



09 May, 2015

Selamat Hari Lahir -Ainee & Ain

8 May
Setiap tahun
Tarikh keramat -tarikh lahir bonda tercinta & anakanda yang amat dikasihi

Dan rugi rasanya tak amik kesempatan utk mencoret disini
Agak lama mengabaikan blog ni
Saat2 skrg sedang x berdaya & tak berapa sihat sgt nak blogging
Kesibukan dgn kerja yang tak berkesudahan

As usual hari lahir kedua mereka mmg akan disambut secara sederhana
Sambutan secara berjemaah
Dan biasanya mmg akan pegi makan malam kat restoran western sbb mak mmg suka makan steak segala

Aku pun sempat tempah kek dgn baker depan rumah sehari sebelum
Itu jer pun yang sempat
Jadilah utk orang2 biasa macam kita nih kan


Simple kek-kek coklat chiffon & nuts


Yang diraikan-puan Ainee aka my mom & Ain -anakanda tersayang


Family picca!


Cutting cake time!!

Jadilah makan anak beranak

Dan doa aku utk kedua mereka
Semoga Allah lindungi kedua mereka
Dimurahkan rezeki segenap segi
Dipermudah segala urusan

Panjang umur,jupe lagi 8 May tahun hadapan..