Pages

30 January, 2015

Kutip jangan tak kutip

Sekali-sekala
Manipulate kanak2
Si Adeeb more than willing to help mama..kannnn!!

Kutip daun kering
Aktiviti wajib buat sejak 2 minggu ni
Daun kering byk sgt gugur,gara2 pokok besar yg tumbuh rimbun depan umah.
Pantang angin kuat sikit,penuh depan laman daun kering yang gugur
Tgh rajin buatler..kalo malas nanti aptb

Nak tebang pokok..sayang plak
Sebab kewujudan pokok tuh ler buat suasana redup jer..x panas sgt
Lagipun pokok tuh dah hidup sblm kami pindah masuk lagik.

Takperlah..kena rajin kutip jerlah daun kering tuh
Exercise jugak ptg2,ada jugak kuar peluh
Kalo tak,memanjang sawan tgk Astro AFC..pastuh drooling tgk orang masak best2..pastuh verangan

Cissss!!

Bab makan no wahid!!

29 January, 2015

WISHLIST 2015- part 1

Wishlist 2015
Bear with me,akan ada few part untuk wishlist tahun ni

Antara wishlist tahun ni

Revamp bilik anak2

Kalo dulu kak Ain & Auni ada bilik berasingan
Tapi tahun ni sibuk nak tido sama2

Rumah kami ada 4 bilik tido
Tp mostly budak2 suker tido kat living hall
Suker sgt golek2 depan tv
Aku pulak yg rimas sbb kena mengemas pagi2
Kelam kabut jadinya

Jadi aku mmg berhajat nak revamp bilik anak dara ni
Kena usahakan letak 2 katil yg berasingan so msg2 ada space sendiri
Gitu....bab berangan

Ikea mmg byk idea menarik
Tp poket yg tak berapa nak menarik
Mahal!!
Kalo ada yg murah,means that yg x berapa nak berkenan di mata aku
Plain..pale...no no no!!

Bilik kanak2 perabut kena minimalis
Warna kena ceria-either cat @ cadar mestilah warna2 yg comel
Cukup ruang nak bermain
Ruang belajar & simpanan

Seee....im done research ok!

Jadi mari kita berangan
Sambil layan gbr dr pak Google

Utk orang yang x byk duit macam aku
Kena beli sikit2
Tak leh beli sekali harung
Mana yg blh DIY kita DIY shj

Jimatkan?


Yang mana satu pilihan kalbu?

Tepuk dada tanya selera ..tp yang plg berkenan merah putih tuh...cun kan?

27 January, 2015

Tips Jutawan!

Tajuk tak menahan
Jangan risau..aku tak promote MLM
apatah lagi nak jual barang
Aku mmg xde gaya nak jadi bisneswomen berjaya

Mmg bukan minat aku
Tak tau kenapa...
Mungkin sbb aku ni tak berapa nak sabar nak layan orang kot..

Tip kaya raya cara mudah
Kuncinya terletak pada SEDEKAH

Tak kiralah sikit ke banyak ke
Itu terpulang pada individu
Yang penting kita IKHLAS

Aku dah lalui beberapa siri magik dengan sedekah nih..aku kongsi bukan sebab riak yang aku ni pemurah ke apa..just nak kongsi kisah benar..

Aku pulangkan pada Allah.Segala puji utk dia & yang jelik itu dtg dari kelemahan aku.

Salah satu kisah ajaibku disini:-

Tahun lepas kereta kami si Putih vios terlibat kes langgar lari,walaupun kerosakan minima tp kos nak ketuk &,cat hampir 1k jugak.Tgh2 bulan,mmglah kami takde bajet kecemasan macam tuh.

Kereta kami dilanggar hari Jumaat,hari Sabtu aku &,suami bawak mak ke majlis orang kawin yang diadakan di sebuah surau di Taman Maluri.Tumpang zohor disitu & nampak tabung derma yang mmg selalunya ada.Anak2 aku pemurah orangnya-Kak Ain,Auni dah dididik nampak tabung derma kita derma apa yang kita mampu.Dok tunggu aku bagi salam tahiyyat akhir,sesudah bagi salam-terus mintak duit nak masuk dalam tabung.

Kebetulan ada duit RM5 sekeping-bagilah pada kak Ain suh masuk dlm tabung.

Keesokkan harinya-pas Subuh,kawan baik yang menetap di Singapore whatsapp..aku bukak telekung pun belum-layanlah dia berborak.Dia tanyakan kereta yang kena langgar tuh,aku pun cerita serba ringkas.Dia baca post aku dlm fb.Dia tak banyak cakap,just bgtau dia nak bank in RM500 sbg sedekah tlg aku tgh ssh.Dan tak mau sebarang bayaran,dia kata dia tolong lillahitaala.Masyallah..Smg Allah murahkan rezekimu sahabat!

Menangis aku pagi tuh..Itulah pertama kali aku teringatkan ttg derma RM5,semalam tuh..Kuasa sedekah!

Dan sejak hari itu-aku usahakan menyimpan no akaun NGO -sbb lebih mudah buat transaksi online.Biarlah tak banyak pun janji kita ikhlas.

Aku kongsikan disini,supaya beri panduan utk kawan2-kerana sedekah terbukti takkan buat kita miskin.Sedekah itu ajaib!

Makin susah kita,makin kita kena kerap bersedekah.Janji Allah itu pasti.

Sekali lagi aku tegaskan,aku takde niat nak bermegah2 pasal sedekah ni,hanya nak berkongsi kisah benar yang berlaku pada diri aku kerana SEDEKAH.

Tip kaya hari ini-sudahkah anda bersedekah hari ini?

Jangan takut bersedekah,cubalah sekali..anda pun akan rasa magiknya!

Sekarang Allah bayar cash!

Senyum pun sedekah jugak kawan..

Selamat mengumpul saham akhirat.Biar kita kaya raya disana nanti.Alam yang abadi.

Moga2 kita dihimpun dibawah rahmat Allah hdknya.

Sayang kakak!

Adeeb sgt close dgn Kak Ain
Manja sgt2 dgn kakaknya
Ikut aje kakak pegi mana

Kakak pun rajin melayan
Ikut aje apa kehendak adik
Pendek kata sokmo kena buli

Kak Ain sayang sgt adik dia
Obvious sgt..
Balik sekolah terkam adik dulu
Mesti beli ntahapaapa jajan utk adik dia
Pujuk adik kalo adik nangis
Dukung merata,pegi main pun heret adiknya
Pimpin tangan adik berjalan

Auni,sayang jugak adik dia
Tp since dia kecik
Dia x reti sgt nak melayan Adeeb
Dia kurang sabar sikit

Eloklah tuh
Sayang adik beradik
Biar smp hujung nyawa

Sbg anak sulung
Aku selalu pesan pada Ain
Kalo aku xde,dia yg akan ganti tpt aku
Jd mama
Tlg kemas rumah,masak,jaga adik2

Dia marah betul kalo aku sebut bab mati2 ni
Tapi yealah..mati tak kenal usia
Mati jugak tak kenal waktu
Sampai masa,tak cepat sesaat,tak lewat sesaat katanya

Masa terlalu cepat berlalu
Samada kita sedar @ tidak
Anak2 makin membesar
Dan kita makin tua

Melalut jauh dah ni
Tapi ada hadis kata
'Elok untuk kita selalu mengingat mati ni'

Muhasabah amal buat bekal kita nanti
Sama2 kita usaha cari redha Allah
Amiiiinn

21 January, 2015

Adeeb Ridzqin @ 14 month

Buah hati dah makin membesar
Dah panjang akal
Mulut becok macam bertih jagung wpun kosakata masih terhad lagik

Dah tak mo mamam bubur
Dah ada gigi 7 batang-atas 4 batang, bawah 3 batang

Faveret kopok keping
Memang ada darah pantai timur kannn...

Paling sayang kak Ain
Manja sgt dgn kak Ain
Dan sgt close sama en papa
Kalo en papa ada,buat x nampak aje dgn mama!
Chaiiiitttt!!!

Separation anxiety ..hazabedah!
Jgn hrp lah nak tinggal kejap gi mandi,gi dapor ke
Bisa amukan!

Even nak memasak pun kena dukung sebelah tangan..aiyokhhh stress mama.

Dah nama anak lelaki
Lasak sgt2,semua nak panjat
Meja laptop,meja mkn,kabinet tv
Gugur jantung mak ko dik!!

Tapi lasak2 pun suker berjoget
Pantang tgk iklan Mee Sedap krispi tuh
Amboiiii...bukan main jogetnya!

Lagi satu iklan Maggi Kari
Siap dia mengajuk pelakon cilik Arissa tuh...kahkahkah

Seronok melalui fasa ini dgn kamu,anak
Jgnlah besar cepat sgt
Tak puas kelek baby lgk

#imtypicalmomma

19 January, 2015

Family @ weekend!

Sementara anak kecik nih ler
Byk aktiviti bersama hujung minggu
Nanti esok2 diorang dah besar,ntah mahu ntah tidak nak ajak jalan sama

Weekend terutamanya hari Ahad
Usually akan breakfast kat luar
Aku mengaku yg aku jarang masak sarapan hujung minggu unless ada sedikit vitamin rajin @ anak2 request nak makan itu-ini.

Kadang2 kak Ain suker order nasik lemak,takpun mee goreng mama katanya.Kalo dah anak order,mahu @ tak-mama kena rajinkan diri.Demi anak kan!

So after breakfast-terus g pasar borong.Ini mmg wajib pergi tetiap minggu-aku stock up barang basah seminggu sekali.Kalo g situ,mmg jimat banyak.RM50 seminggu ok..aku leh beli ikan 3 jenis/udang 1/2kg/ayam 1ekor &,sayur mayur.Jimat kan?

Pas balik pasar,singgah Aeon Equine pulak-en papa nak beli kasut..Memusing kejap,pastuh kalut balik rumah.Dok teringat ikan dalam keta-balik kelam kabut siang ikan,cuci bagai & simpan siap2 dlm freezer.Memasak kelam kabut jugak,dah lewat sgt utk lunch.Perut pun dah berdongdang sayang lapor..

Dah makan,golek2 sama kanak2-sambil ngadap tv!

Petang pas asar si Auni & Ain mengaruk nak g mandi kolam
En papa pun sudi melayan,ke Putrajaya pulak!

Orang bukan main ramai,tp budak2,diorang bukan leh kira..kalo diorang dah kata nak-terjun jugak dalam kolam.

Tapi tak smp 1/2jam pon aku bagi mandi,sbb sejuk berangin..si Auni bukan leh lama2 sgt-kalo mari lelah dia tuh..mmg haru ler kan..

Pas mandi,mengamuk lapor pulak.Mujur kolam mandi ni depan food court.Layan makan roti john & otak2.Kalo sapa2 yang tak tau,kolam mandi ni terletak di Presint 9,berdekatan dengan klinik kesihatan.

Jadikler..spend weekend gaya marhaen!

Bg aku,weekend x semestinya kena kuar duit banyak-bawak g taman permainan pun anak2 dah cukup seronok.Masa kita dengan anak2 sangat singkat sebenarnya,by the time diorang dah remaja-sure malu nak berjalan2 sama kita dah..Jangan jadikan alasan penat melayan anak,kita tak tau sampai bila sangat masa yang kita ada di dunia ini..

17 January, 2015

JJCM-Homst Recipe D Pulze-Cyberjaya

Malam semalam mmg keluar makan diluar
Since kak Ain sibuk nak makan ketam
Pas maghrib keluarlah sama anak2 wpun takde arah tujuan lagi

En papa tanya nak makan mana?
Aku pun jawab- kita gi cari makan kat Cyberjaya ajelah
Wpun blur tak tau nak g mana lagik

Cyberjaya dengan rumah aku letaknya tak sampai 15minit perjalanan..dekat sgt.
Bagitau en papa kita gi cari shopping mall baru tuh ajelah..sure banyak tempat makan kat dalam tuh

Tak sempat nak on waze
Dah smp depan mata
Terus masuk parkinglah.
Parking pun mudah,free lg buat masa ni

Still blur tak tau pegi mana
Masuk aje mall - level P1
Tgk ada Homst Recipe
Wah....ini sudah bagus..dah lama teringin nak cuba..ada few branches- yang aku perasan ada kat Kajang,Bangi,TTDI.just name a few!

After thai food,chinese muslim cousine mmg faveret aku..antara yang aku suker di Bangi- Red Wok.

Ramai jugak guest makan kat situ
Aku pun order makan terus
Lapar sgt2

Order- nasi goreng cina untuk Auni & Adeeb-RM8.90
Nasi putih -3
Salted egg soft shell crab-saiz regular rega RM28
Kung po chicken-RM15
Kangkung goreng belacan-RM8
Sup kosong-RM1
Fresh orange
100 plus untuk si Ain-dia ni mmg hantu 100 plus..ntah sapa yang dia ikut
Air cincau ais
Air suam

Verdict:-

Taste- sedap weiiii... 9/10
Portion- acceptable ,sayur banyak giler ..x hbs pun except sup kosong-comel giler mangkuk dia--8/10
Ambience-9/10
Price - acceptable,rate untuk normal chinese cuisine food..

Return again- definitely will come back again!!

Total lost -RM79.00

Untuk yang berdekatan-bolehlah mencuba..sedap sangat..!!

Banyak lagi menu yang ada
Tepuk dada tanya selera!

Sampai sekarang menyesal tak order dim sum semalam......mmmmmm!!!

16 January, 2015

Mee Bandung - after 35y/o

Mee Bandung ini merupakan makanan yang sgt signifikan dalam hidup aku semasa waktu kecil
Makanan mewah bagi aku
Lazatnya masyaAllah..tak jupe lagi rasa sesedap itu masa sekarang ni

Dilahirkan dalam keluarga besar
Serba kekurangan,makanya makanan Mee Bandung ini jd makanan mewah buat aku
Sekali sekala arwah abah akan beli
Kongsi ramai2-8 beradik
Aku masih ingat Pakcik Azman yang jual di kawasan penjaja dihadapan rumah kami

Kalo aku sakit masa kecik dulu
Arwah abah akan tanya
Apa yang aku nak makan?
Dan selalunya aku akan mengada2 order Mee Bandung takpun burger yang jual tepi jalan tuh.

Masa tuh kalo dpt mkn,demam terus baik
Begitulah arwah abah melayan aku adik beradik..makan jgn ditegah..makanlah tgh sihat ni..kang dah sakit-nak mkn pun tak lalu..

Eat like a king!!

Al fatihah untuk arwah Abah
Abdul Latib bin Amir
Left-4th December 1989

Dan selepas 35 tahun
Aku sajer mencuba masak mengikut resepi dalam online

Tapi rasanya tak sesedap Mee Bandung yang arwah abah beli
Tak sama..jauh sgt bezanya!!

Mungkin mee bandung abah itu lahir dari kasih sayang,makan secara berebut gitu bersama adik beradik yang lain..

Allahuakhbar
Hanya Mee Bandung

Boleh mengundang air mata
Sayu teringat arwah abah

Resepi Mee Bandung

Bahan2:-

Mee kuning
Udang/sotong
Fish ball
Fish cake
Sawi
Telur
Stok udang
Udang kering yang ditumbuk
Bawang merah+bawang putih-blend
Cili kering yang telah diblend halua -3sudu
Sos tomato/sos tiram
Daun sup/bawang goreng

Cara2:-

Tumis bawang2,sampai naik.bau
Masukkan udang kering
Dan cili giling
Tumis sampai pecah minyak

Baru masukkan stok udang
Udang,sotong,fish ball,fish cake
Masukkan sos tomato & sos tiram sekali

Perasakan ...
Dan akhir sekali pecahkan telur masa kuah tgh mengelegak
Make sure tak kacau ..sbb nak kan telur tuh cantik lagi kuning telurnya

Hidangkan
Celur mee + sayur sawi
Tabur daun sup
Bawang goreng (jika suka)
Limau kasturi perah jika suker masam2

2.0.1.5

Better late than never...kan!
Salam tahun baru semuà

Usia makin bertambah
Anak2makin membesar
Belanja makin banyak
Inflasi makin tinggi
Prepare untuk GST pulak..

Ini biasalah kan...

Tahun baru ramai dok renew azam
Aku pun ada azam aku sendiri

Azam nak memperbaiki solat
Takmo lewat2 solat lagik...
Dan pantau kak Ain solat

Apapun kena perbaiki diri dulu
Baru boleh tunjuk contoh teladan pada anak2

Teringat kata ustaz sewaktu berkunjung ke rumahnya bulan lepas

Anak2 itu ikut acuan ibubapanya
Kalo bagus acuan mak ayahnya
I/allah menjadilah anak2 itu

Ayat yang sungguh ringkas
Tapi deep!!!

Banyak lagi azam lain

Kena usaha lebih gigih lagi
Tahun lepas aku dah berjaya tutup semua kad kredit..alhamdulillah
Tahun ni kena usaha kumpul duit untuk simpanan anak2 pulak.

Ada 2-3 benda yang tak tercapai tahun lepas
Redha ajelah..bukan rezeki kan..

So carry forward tahun ni
Terutamanya bab nak beli MPV tuh
Takperlah berangan pun
Cita2 itu mmg perlu datang dgn angan2 dulu

Apapun kena settlekan segala hutang dahulu  sebelum nak buat hutang lain

Kena muhasabah diri dengan dugaan yang pernah aku lalui sepanjang tahun lepas
Belajar dari pengalaman
Dan didik diri supaya kawal emosi,jangan mudah percaya pada orang & yang paling penting-belajar jadi selfish sekali sekala supaya tak mudah diperkotak-katikkan.

Teringat ayat ni
Bila kita ingat Allah,Allah akan selalu ingat kita.

Apapun kesimpulan disini

Buat apapun
Selalu ingat Allah

Semoga kita dibawah rahmatNYA
Diberi perlindungan & hidayah Allah selalu
Salam pagi Jumaat

14 January, 2015

Seru!!

Tak tau kenapa
Sejak seminggu yang lalu
Macam jadi angau
Sampai termimpi2
Nak ke Mekah,nak buat umrah

Mula2 buat x tahu jer
Mungkin sbb Maulud nabi baru nih kan
Tapi bila tahap sampai termimpi2
Terkejut2 tengah malam
Rasanya memang lain
Meremang bulu roma bila teringat mimpi melihat kaabah depan mata..

Aku mula browse around
Blog mereka2 yang dah sampai sana
Kos2 yang terlibat
Ittenarynya
Gambar,aktiviti di sana
Serta tip2 berguna
Aku jugak sedang baca pengalaman mereka yang bawa anak-anak kesana

Inikah orang panggil seru?
Wallahuallam!!

Sedikit sebanyak
Ada impian dari dulu
Nak buat haji sebelum umur 45 tahun bersama kekasih halal ku-en papa
Sebelum umur makin tua
Sebelum penyakit datang bertandang
Supaya tak menyusah sapa2

Kena kerja kuat lagi
Kumpul duit nak ke sana
Dan kena banyak lagi ilmu nak kena cari
Moga Allah permudahkan niat ini

Cemburu tengok orang yang dah sampai sana
Siap bawa anak-anak
Allahuakhbar...seronoknya mentarbiah anak begitu!

pic:google
 









04 January, 2015

Random JB

Ini entry last kot untuk cuti2 JB
Overall takdelah semua tempat dapat kitorang pegi
Wpun ittenary nak cover semua
Tapi Danga Bay pun tak spt nak pegi
Kekangan Adeeb yang sakit

Elok pulak balik makan dari Senibong
Tgh2 malam tu Auni kena attack lelah
Jenuh pulak cari klinik.24hr area Taman Johor Jaya
Terpaksa cari klinik sbb tak berkesan guna inhaler yg ada..
kesian tgk dia malam tuh..tercungap2 menahan batuk

Papa dia yang memusing cari
Tawakal ajelah berdua sama Auni
Sbb ain & adeeb dah tido kat hotel
 
Next day -bangun pagi mengemas
Breakfast & check out
Sempat ke JPO-sajer nak tgk apa yang best sgt
But untuk orang yang bukan branded conscious rasanya JPO bukan untuk aku
Masuk jugak few boutique..Coach,Fossil,Gap..
Takdelah best sgt!
 
Apapun meh layan gambar yang ada dlm hp nih
Buat kenangan mama
So next time kena repeat jugak ke JB
Sebab tak puas hati berjalan kali nih


Dah semua anak2 x sihat
Nak berjalan pun x seronok sgt
Tunggu anak2 besar sikit
I/allah akan datang JB balik
Moga panjang umur mama & papa
Murah rezeki...ada masa,pasti akan ke JB lagik.
 
baru kuar bilik hotel-Silka JB
 
@ Hello Kitty Town
breakfast time
muka mama tak cukup tido!
HKT lagik
@JPO
@JPO lagik
queue nak main salin2 baju HK katanya!

JJCM-Seri Senibong Seafood SENIBONG JB

Pas balik dr makan kat Kacang Pool
Balik ke hotel
Tidokan si adeeb,mandikan anak2 & paksa anak2 tido berehat
Aku & suami curi masa untuk berehat,mandi,solat jamak zuhur & asar

 
Dalam kul 6:30pm
Set waze sekali lagi ke Senibong
Dok baca review macam best aje ke sana
Amik masa 1/2jam dalam keta


Sampai restoran masih lengang lagik
Ain &,Adeeb pulak tido sejak dalam keta

 
As usual
Order makan
Aku order tak banyak sgt
Sebab anak2 jenis suka makan ayam
Kecuali Auni suker makan sotong
Pilih sotong -order sotong goreng tepung
Dan tak tau ikan apa-sebab aku mintak staff kedai tu recommend ikan apa sedap utk dibakar..dia recommend ikan tak tau apa nama..100gram RM3.50-mmg sedap
Aku order sup sayur
Telur dadar jugak untuk auni & ain
Air oren,laici,nescafe tarik


Dan setiap meja memang ada orang serve otak2-mmg makanan wajib try kalo berkunjung ke Johor.
Servis cepat
Tempat makan pun selesa
Dan boleh jugak pilih betul2 tepi laut


Restoran ni dibina atas laut sebenarnya
Cantik sgt masa kami sampai tu
Senja kan..

 
Overall- rasa sangat sedap
Cuma kalo ikan bakar tuh ada pencicah lebih sedap
Harga- kena rm88 that day

Expected sbb ramai blogger yang review rega mcm mahal sikit.
Singapore border kan...tourist attraction plak tuh
For those yang nak pergi
Mungkin boleh mempertimbangkan restoran ni


Restoran ni letaknya paling depan sekali
Lot tepi
Mudah nak cari
Parking lot banyak


Cuma kena bayar masa nak masuk Senibong nih yea-tak ingat..rasa macam seringgit-dua jer.
Kalo ada rezeki ke Jb lagi
I/allah tak serik nak datang sini lagik.
stunning view!
kak Auni aje yang nak bergambar masa ni
foods..............
a must try-Otak-otak

03 January, 2015

JJCM-Kacang Pool Haji:Larkin JB

Balik dari Hello Kitty Town
Perut dah start lapor
Tak tau nak mkn kat mana
Makanya on waze cari arah ke bandaraya JB
Ntah m/mana ternampak balai bomba Larkin yg jd landmark untuk makan kacang pool yg famous tuh
Terus paksa en papa masuk & cari parking
Berderet orang beratur masa tuh
Parking senang
Depan kedai aje
Order 2- self service
Order jugak ABC kat sebelah kedai
Sedapnya...siap ada aiskrim!!
Utk first timer macam aku
Mmg sedap!!
Serius sedap...
Sedap rasa daging tuh campur dengan kacang tuh...terasa-rasa kat tekak pulak!!
Lapailio!
Mana nak cari kat area kl ni weiiiii...

JB Day 2-Hello Kitty Town

2nd day-bangun pagi bersiap
Bersilat menyiapkan anak2
Turun cafe untuk breakfast
Memang usually cari hotel yg provide breakfast
Selamatlah RM20 kan..

 
Breakfast spread...alhamdulillah macam2 jenis
Yang paling win bila waitress memusing offer tempe goreng cicah cili kicap
Wah!!mmg sedap
Dah sudah makan


On waze masuk keta
Ke Nusajaya kita
Disebabkan Adeeb x sihat
Maka hanya pergi satu tempat sahaja.


Hello Kitty Town
Jadikler utk anak dara berdua tuh
Ikutkan mmg xmo nk pg sbb Adeeb sakit
Tapi kesian tgk Ain & Auni yg teruja nak pg sejak dr umah lg
Tawakal ajelah
Lgpun dah sampai ..bu

kan sng nak smp JB lgk.
Adeeb boleh kata 70% masa hanya dalam stroller & mmg x bg dia kuar merayap sgt
Rega tiket RM55 seorang dgn MY id
Mmg xde apa sgt..


Budak2 aje yg excited
Kalo nak pegi lagi..rasanya tak ler kot
Sbb xde apa yang menarik
FM pun mahal ya rabbi kat dalam tuh
Makan,minum pun expectedlah reganya
Air kotak susu RM4..

 
Apapun kalo ada rezeki
Akan dtg lagi..mungkin ke Legoland pulak
Kali ni datang Adeeb sakit
Makanya tak berani nak berjalan ke sana

Mari kita layan gambar yang sempat diambil buat kenang-kenangan

ini kt entrance HKT
temankan Adeeb main..
sessi pakai baju ala HK katanya
kaler cookies HK..x sedap pon!
Gold HK
Ini tumpang bergambar kat luar HK tuh